Monday, April 29, 2013

Bukti UMNO Gopeng yang khianat sek agama rakyat

Ramai yang telah menjumpai risalah fitnah isu SAR (Sekolah Agama Rakyat) di sekitar Medan Gopeng, Batu Gajah dan beberapa perkampungan melayu.

Ternyata UMNO ingin bermain api di DUN Sungai Rapat. Kepada rakyat, sila tonton video-video di bawah.



Vi


Video-video terdahulu di bawah telah lama disebar. Cuma Video di atas disimpan iaitu bahagian ucapan Mudir Sekolah Agam,a Rakyat taman Pegoh Aman sendiri yang sebenarnya jelak dengan sikap pura-pura UMNO dalam isu sekolah agama rakyat.

isu ini dicetus oleh mereka dan diapikan atas nama perkauman. penyokong UMNO yang tua-tua layak dipanggil 'atuk' memaki kaum Cina yang hadir ke dialog bersama Datuk Hamidah Osman dengan ungkapan haram jadah dan sebagainya.

Mereka diasuh atas nama perkauman bukan asuhan Islam.

Mereka yang pertama sekali menghalau anak-anak pelajar sekolah agama di Dewan Orang Ramai Desa Aman pada Mei 2012. Pelajar berkenaan menumpang Dewan Orang Ramai sejak surau dua tingkat direnovasi.

Mereka hanya membawa masuk anak-anak tersebut kembali ke dalam dewan selepas Radzi Zainon Calon PAS Sungai Rapat bersama YB Dr Lee Boon Chye menziarhi dan membuat sidang media isu penghalauan anak-anak sekolah agama ke khemah sementara. Rakyat yang beragama Islam, anak-anak islam dilayan seperti pelarian haram.

Inilah sikap sebenar UMNO yang diterajui oleh Datuk Hamidah Osman yang baru-baru ini mempelajari silat cekak harimau kerana mencekak leher seorang lelaki bukan muhrim bernama Dr Lee Boon Chye.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat


Sunday, April 28, 2013

Anak Muda Taman Taufik banjiri Program Barbeku PAS

 28 April 2013-Taman Song Choon

Jumaat lalu Program Santai Anak Muda anjuran Unit Peti Undi (PAS) Taman Taufik disambut hangat oleh penduduk sekitar taman berkenaan dan Taman Song Choon.

Imam Zulkifli selaku ketua UPU berkata program ini adalah santai dan ia untuk meraikan kelompok anak muda taman-taman berhampiran yang selama ini membantu kempen, konvoi dan program peringkat UPU.

Majlis yang dimulakan dengan tazkirah Ustaz Ridzwan Mohd Noor cukup ceria apabila ustaz menceritakan pengalaman beliau sebagai gitaris tempatan. Beliau memberi galakan jkepada anak muda agar selian muzik mereka boleh berusaha sama untuk mengenali dan mendekati Allah serta gerakan Islam seperti PAS.

Ucapan Dewan Pemuda PAS Gopeng diwakili oleh Timbalannya Saudara Firdaus Bin Hj Fahme yang merupakan anak kepada seorang pengasas PAS Kawasan Gopeng. Beliau mengalukan anak muda untuk bersama Dewan Pemuda semasa dan selepas Pilihanraya ini.

Ucapan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Gopeng Muhammad Nuruddin antara lain menjelaskan perbezaan besar layanan BN terhadap anak muda yang disumbat dengan hiburan, wang dan muzik manakala PAS dan Pakatan Rakyat membawa anak muda mendekati markaz, mendengar kuliah dan berjinak dengan surau serta berpolitik secara berakhlak.

Majlis barbeku itu turut dihadiri oleh beberapa penduduk berbangsa India yang merupakan anggota DHPP PAS.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat


















Tangan Sekular hancurkan bendera Parti Islam di Batu Gajah

28 April 2013- Batu Gajah

Laporan polis telah dibuat oleh Saudara Rosdy Abdullah apabila beliau menyaksikan beberapa bendera besar dan billboard kempen PAS di Batu Gajah dimusnahkan.

Rosdy yang juga merupakan Timbalan YDP Pas Batu Gajah merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak juga menyatakan sekitar jam 6 pagi tadi, asap kesan bakar bendera besar tersebut masih kelihatan.

Justeru jentera PAS Sungai rapat telah mengeluar arahan agar penyokong dan petugas PAS bersabar serta memperbanyakkan wirid yang disaranklan oleh lajnah tarbiah negeri untuk menjadikan dosa dan kezaliman musuh sebagai asbab kemenangan kempen PAS.

Jentera juga meminta ahli dan petugas agar jangan termain dengan agenda provokasi lawan yang telah dilatih untuk menjadi samseng jalanan walaupun billboard kempen sepanjang lebuhraya membuat kempen dusta bahawa kerajaan BN membawa agenda kemamuran, mengikut undang-undang dan membawa keamanan sebaliknya pembangkan mengikut undang-undang rimba.

"Kita megikut undang-undang kerajaan , semangat federalisme dan semangat demokrasi. Jadi kami hadir ke Balai Polis batu Gajah dan membuat laporan polis menurut saluran yang betul. kami berharap rakyat akan semakian mengenali siapa yang membawa agenda samseng dengan siapa yang sebenarnya mengikut undang-undang" jelas Tuan Haji Ismail YDP PAS Batu Gajah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan majlis Tindakan DUN PAS  (MTD) Sungai Rapat





Friday, April 26, 2013

Masyarakat Tionghua MTD New Village hangat sambut Radzi Zainon


25 April 2013- Batu Gajah

Kira-kira jam 5.15 petang rombongan kempen Radzi Zainon hadir dengan diiringi petugas PAS Batu gajah dan aktivis PAS Ara Payung ddi MTD New Village Batu gajah.

Kehadiran rombongan ini disambut sekitar 30 penduduk kampung baru yang terdiri daripada kaum Cina dan India.

Dialog dan diskusi yang diadakan berjaya menarik perhatian kaum Cina terhadap kesediaan Radzi untuk memimpin pelbagai kaum di DUN Sungai Rapat.

Menurut Fauziah Ketua Jentera Pilihanraya Batu Gajah (Muslimat), terlalu ketara sambutan kaum Cina dan India terhadap radzi berbanding terhadap Datuk hamidah terutama di sekitar Ara Payung akhir-akhir ini. Pengabaian ratusan isu mustadhafin di Ara Payung dan perlakuan penyokong UMNO yang masih menganut fahaman perkauman menyebabkan rakyat yang kini tidak mahu hidup dalam komunalisme ingin cuba meninggalkan part-parti lapuk yang membawa agenda perkauman chauvinisme penjajah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat









60 pendengar ceramah kelompok Radzi dalam hujan lebat

23 April 2013- Gopeng

Selalunya ceramah kelompok hanya dihadiri oleh jiran-jiran terdekat penganjur ceramah. tetapi Selasa lalu lebih 60 orang hadirin telah hadir ke ceramah kelompok yang disampaikan oleh Calon PAS Sungai rapat Radzi Zainon 

Radzi yang juga lebih mesra dikenali sebagai Ustaz radzi memulakan ceramah pada  8.00 malam
 kerana kawasan Taman taufik adalah kawasan yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Cina.

Sebelum ini jika PAS menganjur program bersama Saudara Ricard Wong juga memulakan aktiviti edaran risalah seawal 7 petang.

Lebih memberangsangkan ceramah seramai ini diadakan dalam suasana hujan lebat.  Semoga isi ceramah dan hasil dialog dapat membveri info sahih yang mempu membawa gelombang esedaran rakyat berkenaan natijah pentadbiran BN selama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit penerangan MTD Sungai Rapat







Wednesday, April 24, 2013

Sebab-sebab Muslimat UMNO cekak leher lelaki


Datuk Hamidah bekas ADUN Sungai Rapat dan bakal bergelar 'mantan' yang mencekak leher Dr Lee Boon Chye Calon Parlimen Gopeng (PKR) baru-baru ini tidak terlalu menghairankan rakyat memandangkan beliau telah diboo di Pasar Batu Gajah pada 21 April 2013 yang lalu.

Beliau hanya giat mundar mandir selepas lega terpilih sebagai calon pada saat akhir walaupun mendapat saingan ketat daripada Dato' Hamzah. Tidak seperti Radzi Zainon yang giat mengunjungi rakyat kerana PAS tuntas memilih beliau sebagai bakal YB Sungai rapat memandangkan kredibiliti, 'akhlak' dan pendidikan beliau yang lebih baik berbanding Datuk Hamidah Osman yang kini digelar ratu samseng.

Senarai kesamsengan UMNO malaysia tidak muat jika disenaraikan disini, dari peristiwa baling kasut di masjid Pumpong hinggalah insiden menarik tudung mahasiswi di parlimen Pekan baru baru ini. Keganasan di Felda sehinggalah peristiwa serangan pejabat PKR dan majlios hadiah kek tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dari mamak hinggalah melayu banjar, UMNO mengajar ahlinya menjadi samseng walaupun 'bertudung'.

Selain peristiwa diboo (disaksikan juga oleh penulis dan isteri), beliau hanya disertai skuad BN seramai 15 orang termasuk blogger penfitnah yang bernama Sahak.

Baru-baru ini 19 April, PAS Muslimat Ara Payung menganjurkan siri bacaan yasin dan tahlil untuk memastikan anggota petugas PAS tiada gangguan 'ilmu hitam ' atau kegiatan tidak bermoral pihak tertentu. Pergantungan kuat PAS dengan Allah memungkinkan kegagalan perencanaan jahat pihak-pihak tertentu.

Lajnah tarbiah PAS Negeri Perak juga giat menghebahakan wirid harian serta anjuran solat hajat perdana setiap minggu di merata tempat juga cukup memungkin kejayaan Parti islam ini.

Lebih mengamarahkan Datuk Hamidah adalah selepas pengisytiharaan bekas Ketua kampung Ara payong keluar UMNO dan tekadnya untuk berkempen bagi pihak PAS!

Lebih nakal, anak muda PAS menghasilkan tulisan PAS di Batu gajah secara alaHollywood untuk meningkatkan syiar gerakan Islam tersebut.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat










Profil Calon PAS N43 DUN Sungai Rapat....tenung dan undi!!


Team Kempen PAS Sungai Rapat ziarahi mangsa kebakaran Pinji Mewah

24 April 2013 - Sungai Rapat

Musibah kebakaran yang terjadi pada jam  9.30  pagi di Taman Pinji Mewah hari ini telah diziarahi oleh Team Kempen Radzi Zainon. 

radzi yang sampai sekitar jam 10.30 pagi menemui magsa yang masih dalam pantang bersalin selama 20 hari iaitu Puan Noraini Al- Baris Maulad Karim.. 

Semasa kejadian, mangsa tinggal bersama adik dan juga bayi yg baru 20 hari dilahirkan. Tiga jentera kereta bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Calon PAS Radzi sempat menghulurkan sedikit bantuan mewakili daripada Pusat Khidmat PAS Sungai Rapat  untuk mangsa dan diharapkan bantuan berterusan masyarakat sekeliling untuk mangsa diteruskan dengan tersiarnya berita ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat






Tuesday, April 23, 2013

Golongan Dhaif dan sakit Pinji Mewah terima kunjungan Radzi Zainon

21 April 2013 - Taman Pinji Mewah 

Ahad lalu 10 pagi  Rombongan Radzi Zainon menziarahi beberapa rumah yang didiami oleh golongan lemah dan memerlukan bantuan.

Insya Allah hebahan berita golongan ini untuk menarik perhatian golongan berkemampuan untuk turun menyalurkan bantuan. 





ziarah makcik halijah bt pandak kamis (opah). - demam dan tonsil


ziarah makcik ngah taksiah

 ziarah makcik endon terlantar sakit tua



ziarah puan norbakyah - digantung tak bertali / anak 6 org masih bersekolah / tidak bekerja


ziarah makcik robiah yang terlantar angin ahmar dh 10 tahun. Tak dpt bantuan jabatan kebajikan masyarakat. Pernah dpt bantuan jkm selama 6 bulan tapi di tarik balik tanpa sebab.

Monday, April 22, 2013

Radzi Zainon menziarahi kematian di Rapat Jaya

22 April 2013- Rapat Jaya

Sekitar jam  8.00 pagi hari ini Team Kempen Radzi Zainon hadir menziarahi kematian di Kampung  Rapat Jaya. Allayarham Khairil Anuar Basharuddin telah meninggal  pada jam 3 pagi semalam di Hospital Besar Ipoh  disebabkan kencing manis.

Moga Allah mencucuri ruh Arwah dan ditempatkan di kalangan hamba yang soleh dan mukminin.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat



Doakan bekas Ketua Kampung Ara Payong sertai PAS

22 April 2013- Batu Gajah

Rentetan keluarnya Haji Daud Bin Itam Raffar PJK daripada UMNO melalui surat rasminya kepada Setiausaha Agong UMNO bertarikh  0 Oktober 2012, pihak Team Kempen radzi Zainon telah menziarahi rumah beliau pada hari ini.

Lawatan ini disertai oleh beberapa wakil muslimat Batu Gajah yang mengiringi Calon PAS berkenaan untuk mendengar sendiri luahan hati Haji Daud yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Ara Payong.

Beliau yang berminat untuk kempen bagi pihak PAS telah diserahkan borang keahlian PAS dan dihadiahkan sehelai T Shirt PAS sebagai kempen agar beliau berada dalam tarbiah dan pendidikan PAS.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat










Dialog Radzi Zainon bersama Penganut Sivasakhti Sungai Rapat


20 April 2013- Sungai Rapat

Sabtu lalu suatu dialog khas Pakatan Rakyat Gopeng bersama Persatuan Penganut Sivasakhti telah diadakan di  Bilik Gerakan Pilihanraya Taman Maju Rapat.

Seramai 20 peserta termasuk beberapa hadirin berbangsa melayu dan Cina hadir untuk mendengar tawaran Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya.

Antara soalan yang bermain di minda kaum India ini adalah berkenaan pendidikan percuma dan bagaimana kerajaan mampu menampung perbelanjaan untuk membantu rakyat dalam amaun yang cukup besar.

Soalan-soalan berkenaan dijawab baik oleh Dr Lee Boon Chye calon Parlimen Gopeng serta Radzi Zainon selaku calon DUN Sungai Rapat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

 


















Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)