Monday, January 09, 2012

Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)-kemenangan kes DSAI

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
ANWAR TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
IKRAM berharap keputusan mahkamah ini adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes-kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.
IKRAM percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan.
IKRAM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.
IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)