Monday, September 15, 2008

Di Malaysia ada undang-undang hutan.

Di Malaysia - yang membela anak gadis dirogol akan masuk penjara.

Di Malaysia- yang dedah hal rasuah akan di tahan di bawah akta kerahsiaan.

Di Malaysia- yang bercakap hal perkauman bebas, yang siarkan berita si pembuat ucapan akan ditahan.

Di Malaysia- sesiapa yang diugut juga akan ditahan dalam ISA, demi menjaga keselamatan yang kena ugut?

Di Malaysia- yang cabut keris bercakap perkauman bebas, yang menonton pula kena tuduh.

Di Malaysia- demostrasi bantah kezaliman pentadbiran Universiti akan ditahan, yang berdemo demo perkauman akan dijulang.

Di samping indah dengan pusat perlancongan dan memilki budaya majmuk yang unik, Malaysia juga memiliki keindahan undang-undang ala hutan tropika!!

No comments:

Post a Comment

Berikan Komentar anda!