Apa makna gerakan pemuda yang dinamik - Suhaizan
Kayat
Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Kedah tahun ini kelihatan
kena pada saatnya apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia mengupas
isu ‘gelagat organisasi’ dengan baik sekali.
Muktamar kali ke -48 ini diadakan di Pusat
Tarbiah Islam Merbok,Pengkalan Kakap,Merbok.
Selaku ‘pendatang baru’ ke bumi Kedah walaupun dilahirkan di bumi
Sungai Petani, penulis meneliti ucapan perasmian oleh Saudara
Suhaizan Kayat dengan penuh minat.
Mantan pensyarah universiti yang dibuang kerja seusia 29 tahun ini
seolah-olah menyabung ucaptama Ketua Dewan Pemuda Kedah YB Ustaz
Nasir Zakaria yang menggariskan keperluan menyusun kerja secara
dinamik dan anjal dengan pekerluan madu’ anak muda. Juga Ustaz
Nasir menekankan keprrluan bangkit selepas terpana dengan kekalahan
kejatuhan kerajaan PAS Kedah pada PRU yang baru berlalu.
Saudara Suhaizan yang cukup mesra alam dengan anak muda serta tenaga
pemuda akar umbi menekankan konsep pengurusan yang anjal serta
efisyen. Pengurusan sebuah tapak perumahan tidak sama dengan
pengurusan membina sebuah sahaja rumah. Pengurusan sebuah rumah juga
jauh beza daripada pengurusan membina reban ayam. Begitulah analogi
mudah tetapi tepat yang dilontar beliau kepada hadirin perwakilan dan
pemerhati.
Kekuatan PAS adalah pengurusan tradisi yang telah berakar umbi dalam
PAS. Namun bergerak dengan masa pengurusan PAS perlu efisyen dengan
perubahan anak muda yang menyertai. Dalam keghairahan pemuda bekerja
siang malam memenangkan parti dan jamaah, sebenarnya ramai yang tidak
menyedari bahawa pemuda PAS tiada pengurusan sumber manusia yang
teratur. Hal ini dikatakan oleh beliau menyebabkan kita teraba-raba
siapakan pemimpin pelapis walaupun kita memiliki sistem pengkaderan,
sistem penapisan pelapis. Konsep-konsep on job training, konsep
penambahan skill kepada pemuda adalah antara rencah utama dalam
konsep gaya pengurusan sumber manusia.
Suhaizan juga menegur pemuda yang hanya tahu
bertanya di mana pemuda PAS dalam isu itu dan ini. Sedangkan si
penanya perlu bertanya di mana mereka semasa PAS bekerja siang dan
malam. Ramai yang masih diuliti kesedapan bekerja dalam jawatan hebat
menyebabkan tidak mahu memberi komitmen sebenar dalam perjuangan. Isu
komitmen atau dalam bahasa arabnya iltizam dijelas lengkap dalam
Kitab Aafat A’la Thoriq (Wabak Sepanjang Jalan) Jilid 2 oleh Dr.
Syed Muhammad Noh. Para pemuda wajar memiliki buku
ini dan diperbahas dalam majlis tarbiah.
Walaupun bukanlah hujah ini menyeru agar kesemua pihak meletak
jawatan semberono, namun Suhaizan berkata pengalaman dirinya
membuktikan dengan dipecat seawal usia 29 tahun beliau mampu hidup
bernafas sehingga kini dan Ketua Pemuda PAS ini juga terkenal dengan
tabiatnya yang suka bergerak dalam ceramah dan sebagainya dengan
menggunakan pengangkutan awam.
Suhaizan selaku pengamal ilmu teknikal juga membahaskan isu tarbiah
dan engurusan yang dinamik. Beliau cuba mengupas istilah yang kerap
dijadikan retorik ucaptama ini secara bersahaja. Dinamik katanya
adalah suatu pergerakan bebas yang terkawal dalam sesebuah sistem.
Dari aspek mekanikal, dinamik adalah cabang
ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya dgn gerakan jasad.
Dari aspek storan dinamik(dynamic storage)
bermaksud storan komputer yang perlu dicas atau disegarkan
semula berulang kali untuk mengelakkan data yang dipegangnya luput.
Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat keputusan
yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai
objektif yang jelas.
Individu yang dinamik seperti yang dinyatakan
dalam Kamud Dewan Bahasa adalah individu bertenaga dan
berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan
pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih.
Pada pandangan penulis, tarbiah (pendidikan) yang dinamik dalam
pemuda PAS pelru diadakan bengkel khas, diwacana daripada pusat
sehingga akar umbi, jika tidak ia akan terus berretorik dan
mengindahkan tulisan ucaptama para pemimpin saban tahun.
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPNK
2014