Showing posts with label Aktiviti PAS. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PAS. Show all posts

Monday, March 01, 2010

Perasmian Dewan Perhimpunan Penyokong PAS di Kampar

Semalam Lajnah Perpaduan Nasional Perak turun ke Kampar untuk merasmikan penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS di Kawasan Kampar.

Tahniah kepada tenaga LPN Kampar kerana kerjasama lajnah yag eratlah mengakibatkan kejayaan ini. Lebih 10 orang kaum India datag ke majlis tersebut. Kerjasama Dewan Harian PAS Kaw Kampar amat mengembirakan kami. Untuk pengetahuan semua, YDP kawasan ini adalah YAB Ir Nizar Jamaluddin.

Keahlian Dewan Perhimpunan Kampar adalah sekitar 50 orang.

Di bawah adalah ucapan daripada En Appalasamy iaitu Naib Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak merangkap ketua Dewan di Tapah.






Thursday, January 28, 2010

Sehari Lajnah Perpaduan di Parit Buntar

24 Januari 2010 yang lalu (Ahad), Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Perak telah mengadakan program sehari bersama PAS ZON Utara.

Pada sesi awal pagi, Mesyuarat Agung Pertama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak telah diadakan di Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntar (YB Dr Mujahid). Alhamdulillah, Perak kini telah memiliki struktur organisasi Dewan Perhimpunan peringkat negeri yang lengkap. Malah organisasi penaja ini telah sekian lama mengadakan aktiviti seluruh perak bersdama rakyat serta membantu beberapa siri pilihanraya seluruh Malaysia.

Pada sesi tengahari satu kenyataan media dan temuramah oleh akhbar Cina dan India telah di adakan. YB Zainuddin (Pengerusi LPN Perak) telah memberi penjelasan lengkap berkenaan hala tuju frwan Perhimpunan di Perak.

Di sebelah petangnya kami ke Markaz PAS Titi Serong untuyk mengadakan pula Taklimat KHAS Lajnah Perpaduan Nasional Perak kepada ahli Dewan Harian Pas kawasan zon Utara iaitu PAS Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Taiping dan Bukit Gantang.

Turut hadir ialah pengerusi LPN kawasan-kawasan yang terlibat.

Saya jadi penegrusi majlis merangkap penulis laporan program. YB Zainuddin membentagkan Draf Buku Peraturan Dewan Perhimpunan kepada hadiri. Dr Mujahid pula memberi sorotan perjuangan LPN menubuhkan Dewan ini. Insya Allah, sasya akan pparkan banyak fakta sejarah penubuhan Dewan yang unik ini dalam sebuah gerakan Islam pertama dunia memiliki sayap bagi kaum bukan Islam!

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha
Lajnah Perpaduan Nasional Perak




Sunday, October 25, 2009

Jamuan Raya Pakatan Rakyat Perak

Saya hadir ke mesyuarat Kelab Penyokong PAS Perak. Kami perlu kemaskinikan senarai keahlian untuk diserahkan kepada PAS Pusat.

PAS Kawasan-kawasan perlu lebih pro aktif untuk mengukuhkan kelab yang telah wujud diperingkat kawasan masing-masing kerana LPN Pusat sedang giat menguasakan Kelab dijadikan Sayap Parti.

Amat perlu kerjasama LPN Kawasan, PAS Kawasan dan para ahli akar umbi menghidupkan kelab serta mengurus kelab dengan baik dengan aktiviti mahabbah yang bermanfaat kerana sokongan kuat PAS Perak berpunca dari undi Cina dan India yang setia dengan PAS.

Jika ahli PAS sedar apa itu dakwah, mereka pasti konsisten dan berminat dengan kerja mengurus Kelab ini.

Selesai metting jam 7 petang, kami bersolat maghrib di Masjid Negeri dan terus menyertai Jamuan Hari raya Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Negeri.

Cukup ramai manusia, pelbagai bangsa. Pertama kali saya menyaksikan jamuan anjuran yang disertai PAS dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan semua kaum! Semua jenis tarian ada.

Turut diselitkan pelbagai ceramah daripada pemimpin Pakatan Rakyat Perak.

Semua mendoakan DUN Bubar pada 28 Oktober nanti...dan Lajnah Perpaduan Kaum, pasti bekerja kuat...

Muhammad Nuruddin Bashah
SU LPN Perak










Thursday, October 15, 2009

Sokongan Non Muslim kepada BN meningkat?


Sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad lalu.

Sebanyak 67 peratus pengundi Melayu menyokong Isa. Bagaimanapun sebanyak 73 peratus pengundi bukan Melayu mengundi BN.

Adakah strategi kempen Kelab Penyokong PAS merosot atau salah teknik?

Kelab penyokong PAS Perak telah siap sedia sejak awal pengumuman Pilihanraya Kecil...

Disebabkan halangan daripada 'orang sendiri'...LPN Perak dan KPP Perak pecah belah....Penyelaras KPP 'diguling' disaat akhir?

Kepada yang terlibat merencat dakwah ini.....sila kembali ke pangkal jalan...

Setiausaha LPN Perak

Wednesday, October 14, 2009

WACANA ILMIAH Sebat Kerana Arak: Adilkah?

Isu sebat terhadap Kartika telah dimanipulasikan untuk dijadikan momentuk menghancurkan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia. Justeru itu, kini PAS melalui Ketua Pemuda Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sendiri akan bergelut dalam satu wacana yang semestinya merupakan satu usaha komited PAS terhadap masa depan syariah di Malaysia.

Jika saban ketika, NGO dan badan bebas Islam yang giat menghebah serta memahamkan masyarakat berkenaan kebiadaban Sister In Islam, IFC, JAG dan sebagainya, semestinya parti politik seperti PAS juga perlu menampilkan sikap. Ya sejak serangan terhadap SIS melalui usul untuk mengharamkan SIS dalam Muktamar PAS baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat juga kerap menyiarkan kenyataan media untuk terus menggunakan mediam politik dan massa untuk menghapuskan sebarang gerakan mencabar Mahkamah Syariah. Takbir!!

WACANA ILMIAH Sebat Kerana Arak: Adilkah?

22 Oktober 2009

Auditorium KOM

Universiti Islam Antarabangsa Kuantan

8.30 malam

Panelis:

· Ustaz NasrudinTantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

· Dato’ Safri (Exco Agama Kerajaan Pahang)

· En Najid Husin ( Peguam Syarie Pahang)

· Turut diundang (Sisters In Islam)

Masuk Percuma

Pernah suatu ketika, golongan liberalis telah mengadakan forum bersama beberapa wakil politik pro-sekular dan hanya wakil ABIM yang hadir mewakili orang beriman dan semestinya perwakilan ABIM tersebut dibantai teruk. Sekarang mari kita beramai menyokong kepimpinan Islam berhujah isu yang mencarik syariah di Negara kita ini. Matlamat liberalis di Negara ini ialah menghancurkan syariah secara bersepadu melalui gemblengan tenaga yang cukup besar.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Lajnah Politik Dewan Pemuda PAS Pusat

Tuesday, September 22, 2009

Perhubungan erat antara kaum di majlis Rumah Terbuka Raya

YB Zainuddin (Pak Din) bos kami...

Pagi-pagi lagi saya telah bertolak dari Pulau Pinang terus ke Lubok Merbau untuk berkunjung ke majlis rumah terbuka YB Haji Zainuddin, ADUN Lubok Merbau merangkap bos saya dalam Lajnah Perpaduan Nasional Perak.

Sampai di sana seperti yang saya jangka, majlis tersebut benar-benar mencerminkan hasrat Lajnah Perpaduan Nasional iaitu integrasi dan kebersamaan semua kaum walaupun dalam majlis perayaan Hari Raya kita. Begitu ramai pengunjung yang hadir, Cina kampung, Hindu pekan, semua ada, golongan bukan Melayu elit hingga ke pekerja am, semua berada di sana untuk meraikan YB yang mereka sayangi.

Betul, Padang Rengas adalah kubu UMNO. Semua berkata begitu kepada YB sebelum beliau bertanding. Tetapi daripada apa yang beliau ceritakan kepada saya, walaupun banglo beliau besar, beliau mewah kerana bekas PTD yang tersohor hingga ke luar negara, tetapi beliau mengkaji sosio budaya masyarakat Lubok Merbau terlebih dahulu. Di situ masyarakat mementingkan hubungan kekeluargaan dan kekitaan yang tinggi. Jadi beliau ‘tackel’ cara kekeluargaan. Turun berjumpa adik beradik sendiri. Ikat persaudaraan cara kampung. Beliau juga lebih senang dipanggil Pak Din sahaja. Akibatnya, walaupun menang tipis, ia tetap merealisasikan PAS menang.

Gerombolan DAP Sg Siput hadir bersama YB Sivakumar, YB Nga Kor Meng dan beberapa lagi YB yang tidak sempat saya amati.

Kelab Penyokong PAS Cina juga hadir dan saya sempat berbual-bual dengan mereka. Namun begitu saya tetap merasakan majlis ini berjaya kerana kaum bukan Islam yang hadir bukan semuanya dari Kelab Penyokong PAS tetapi 80% adalah rakyat Lubok Merbau sendiri.

Saya dan Abg Man Kasut (Penyelaras Kelab Penyokong PAS Perak) berbual-bual tadi. Kami merancang untuk mengadakan jamuan makan malam bersama kaum Cina sempena Gong Xi Fat Choi akan datang di Restoren Laksamana Cheng Ho Ipoh. Ya, kami akan cuba menjemput sama Amy Search untuk memeriahkan sambutan antara kaum ini kerana Amy adalah pengusaha restoren rangkaian ini di Kuala Lumpur.

Kami terus mengambil saudara Khalilul Rahman, Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Perak untuk bersama-sama ke rumah terbuka YDP PAS Lenggong.

Subhanallah….ini sahaja kami bertiga dapat lafaz tadi….Lenggong satu tempat terpencil berhampiran Gerik. Tetapi majlis rumah terbuka di tepi sungai Perak itu cukup padat dihadiri oleh kaum Cina dan India!

Hampir 45% hadirin adalah dari kaum Cina. Rumah terbuka ini dianjur oleh Haji Razman Zakaria, YDP PAS Kawasan Lenggong. Beliau adalah usahawan yang baru kembali dari Kuala Lumpur untuk menetap di kawasan sendiri. Sahih benar pilihan ahli PAS Lenggong melantik beliau sebagai YDP.

Lebih menarik lagi, semua orang Cina yang hadir ke situ memanggil beliau YDP….mana YDP kami. Seolah-olah mereka juga ahli PAS mengiktiraf Haji Razman sebagai YDP.

‘Public relation’ dan personaliti beliau cukup kemas dan berpengaruh. Saya juga mendapat tahu majoriti Cina yang hadir adalah kaum kerabat Datuk Ong Ka Chuan, salah seorang menteri Kabinet.

Sememangnya pimpinan PAS kawasan-kawasan perlu memiliki hubungan interaksi kaum dan hubungan rakyat yang luas dan fleksibel. Nama PAS dan bayang-bayang PAS tidak lagi menghantui rakyat sebagai parti asing, malah ia menjadi tempat aduan rakyat, pentas politik alternatif dan medium saluran kehendak rakyat yang efisien.

Bukan sahaja kaum bukan Islam, golongan yang mungkin asing dengan tuntutan menutup aurat juga tidak canggung ke rumah terbuka pemimpin PAS hari ini kerana keterbukaan kita menerima mereka. Ini yang dapat dilihat di dua rumah terbuka pemimpin PAS yang kami hadiri hari ini.


Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak







Yang serban tu Ustaz NorAzli Taliban, mantan Ketua Pemuda PAS Perak


Saudara Khalilul Rahman, saya dan Abg Man Kasut Taiping

Kiri sekali, Haji Razman Zakaria YDP PAS Lenggong


Kiri sekali Abg Adnan (Pak Nan) dia cukup fasih cakap Cina. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Lenggong. Memang padan dengan sifat dia. Lepas ini beliau akan bantu KPP Negeri pulak.


Sunday, September 13, 2009

PAS bersedia memimpin DUN Sg Rapat Gopeng


PAS bersedia memimpin DUN Sg Rapat Gopeng

Hari ini sepanjang hari, ahli PAS Gopeng dengan diterajui oleh Ustaz Radzi Zainon (Calon DUN Sg Rapat) memberi sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban masyarakat miskin, fakir dan anak yatim sekitar Kawasan Gopeng.

Tadi saya sempat bersama beliau dan anggota Duta Penyelamat dan Kasih Sayang PAS Gopeng di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan.

Bermula di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat, bantuan terus menerus dilakukan dari rumah ke rumah.

Dengan aktifnya Pusat Khidmat DUN, walaupun PAS gagal memenangi kerusi tersebut, PAS Kawasan Gopeng tetap meneruskan agenda menjaga kebajikan dan menjadi medium suara rakyat di DUN yang PAS bertanding.

DUN ini terdiri daripada 62.39% Melayu, 28.04% Cina dan 6.58% India. Majoriti UMNO menurun daripada 6269 undi pada 2004 kepada 636 undi pada 2008 yang lalu.

Ini bermakna PAS tidak boleh berhenti berkhidmat untuk masyarakat. PAS diterima di sini. Sikap dan tindakan Ustaz Radzi yang senantiasa mengunjungi rakyat, memberi nasihat, memudahcara, tazkirah dan menjadi imam di seluruh kawasan DUN menampilkan sikap seperti beliau sedang berkempen selepas penamaan calon. Bibir sentiasa memberi nasihat dan mendoakan fakir miskin pada setiap kali menyampaikan sumbangan.

Rakyat mudah untuk bertemu beliau di Pejabat beliau yang juga merupakan Pusat Jualan Herba Bio-Sirih. Sambil berniaga, beliau akan terus mengunjungi rakyat di sini.

Muhammad Nuruddin Bashah
PAS Kawasan Gopeng









Sunday, September 06, 2009

Akhlak dengan kaum bukan Islam.

Akhlak dengan kaum bukan Islam.

Banyak kali Uncle Kandasamy mengucapkan terima kasih kepada saya kerna melayan beliau dengan baik semasa majlis berbuka puasa Presiden PAS bersama rakyat Gugusan Manjoi Perak.

Beliau yang datang ke Ipoh dari Selama adalah untuk menjayakan Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS India Negeri Perak.

Kata beliau kepada saya, walaupun orang PAS berpuasa, sedang membuka puasa, masih sudi melayan mereka (seramai 6-7 orang) untuk makan bersama. Sudah lah lauknya melimpah kata beliau. Banyak kali beliau mengulang-ulang ayat itu amalah diceritakan pula perasaan beliau kepada rakan-rakannya berbangsa India yang lain.

Sebenarnya saya dan Abg Man Kasut cuak juga apabila kami sampai ke Manjoi serentak dengan azan maghrib. Bukan apa, kami cua kerana hidangan dalam polistrene itu adalah gulai daging! Hindhu mana makan lembu. UMNO sahaja hina kepercayaan mereka. Adakah kami Lajnah Perpaduan Nasional akan menghina mereka juga?

Mujur tiba-tiba semasa kami makan berbuka (gang India minum sirap dahulu), datang sekumpulan muslimat membawa hidangan udang dan ayam. Cukup banyak diberikan kepada gang India tadi dan kami (saya dan abg Man ) pun ‘fire’ lagi sekali!

Sambil makan Kandasamy berkata,

‘banyak-banyak terima kasih ya macha…lapar pun korang layan kami…lagi bagi makan ayam tau kami tak makan daging….kami pun tak cakap mau datang sini….mau layan ramai orang pun layan kami lagi’

Saya kata, memang Islam wajib layan tetamu bukan Islam sebegitu…..kami bawa Uncle untuk lihat bagaimana orang Islam berbuka, solat ramai-ramai….

Dakwah perlu langkah…..langkah merapatkan sosio bukan Islam dengan sosio Islam, bukan menghumban jauh dari dunia mereka…

Kelmarin kira sibuk jugak saya, datang dari Pulau Pinang terus bermesyuarat untuk bengkel strategik Setiausaha setiap lajnah peringkat Perak. Lepas selesai plan strategik, bermesyuarat pula dengan kaum Cina untuk Program Kuih Bulan dan Pesta tanglong ‘Kong Ming’ anjuran PAS.

Gang Cina aktif, tak banyak cakap. Mereka hendak ada program, jalan kerja dan PAS dapat hubungkan Cina dengan PAS itu sahaja.

Saya berkata kepada Abg Man, alangka indahnya perkara ini terjadi di Pulau Pinang…..baru bukan melayu kenal PAS….

Bagi saya hijrah ke Perak ada makna…ada ruang….ada didikan baru…

Muhammad Nuruddin Bashah

Penolong Setiausaha

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)