Saturday, January 23, 2021

SIASAH SYARIYYAH MENCEGAH KEPANIKAN SOSIAL DALAM TEMPOH COVID



SIASAH SYARIYYAH MENCEGAH KEPANIKAN SOSIAL DALAM  TEMPOH COVID

Muhammad Nuruddin Bashah

 Disiar dalam HD : https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/23/covid-19-siyasah-syariyyah-cegah-kepanikan-sosial/ 

Kecelaruan kefahaman hukum dan salah  maklumat  yang tercetus di kalangan masyarakat adalah antara penyebab kepanikan sosial yang kini kerap berlaku. Menurut Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Malaya, hal ini disebabkan wujudnya kelompok mengambil kesempatan melakukan ijtihad dalam menentukan hukum hingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat sedangkan mereka tidak memiliki kelayakan atau autoriti melakukannya[1].

Ketidaklayakan terbahagi kepada dua. Satu golongan yang benar tidak layak iaitu golongan ulama’ segera, yang tidak mahir satu pun ilmu alat, fiqh dan tidak menguasai usul fiqh dengan baik. Yang kedua golongan yang mahir segala keperluan ulama’ yang faqih tetapi tidak berada dalam saf autoriti negeri atau negara. Erti kata lain mereka tidak mewakili ‘ulil amri’ dalam penetapan hukum untuk golongan awam.

Kepanikan ini juga terhasil apabila rakyat tidak mengutamakan maklumat rasmi atau krisis skeptikal dengan maklumat kerajaan atas pelbagai alasan. Betapa serius kepanikan sosial dan salah maklumat boleh kita lihat teladan di Iran apabila dilaporkan  44 dilaporkan maut manakala ratusan lagi dimasukkan ke hospital di Iran akibat terminum alkohol beracun yang konon digunakan untuk merawat koronavirus (Covid-19). Tragedi  itu berlaku selepas terdapat khabar angin yang mendakwa pengambilan alkohol boleh menyembuhkan atau mencegah jangkitan virus tersebut[2].

Tulisan ini penulis khusukan perbahasan sekitar impak covid-19 yang menghasilkan kepanikan sosial.

 

 

 

Apa itu  Kepanikan sosial

Panik sosial bukanlah fenomena baru. Ia fitrah manusia sejak zaman batu. Panik itu menyediakan diri kita untuk bertindak dan menyelamatkan diri. Namun ia boleh menjadi teruk dan negatif jika tidak dikawal pemerintah. Beberapa kajian ada  membincangkan keadaan panik sosial,  antaranya adalah Goode dengan teori ‘grassroots’, Cohen dengan tulisan ‘folk devilsh’ dan Hall mengenai gelagat  masyarakat apabila melihat  satu peristiwa[3].

Cohen mengenalpasti  bahawa terdapat empat agen yang berpengaruh  dalam menanam  sebuah kepanikan sosial iaitu: media massa, usahawan, kawalan budaya dan masyarakat. Dari senarai ini  medialah yang paling berpengaruh. Cohen  menggunakan istilah ‘Folk devils’ atau pengacau masyarakat untuk menggambarkan kelompok, orang, pelaku yang menjadi “musuh media” karena dianggap membahayakan moral masyarakat. Dalam konteks ini Covid-19 adalah virus yang sangat berbahaya dan dapat membunuh dalam waktu cepat.

Media secara aktif menyiarkan berita-berita perkembangan tentang Covid-19 namun maklumat ini akan terbina  sebagai pengacau  atau folk devils, orang-orang yang tertular atau terjangkit adakan segera ditanggapi  sebagai ‘anasir pengganggu’ dalam masyarakat. Teori pelabelan penyimpangan, yang berasal dari teori sosial interaksionisme simbolik adalah teori yang paling penting dari Cohen. Masyarakatlah yang memberi label pada suatu peristiwa atau insiden. Kepanikan sosial menurut teori Cohen merupakan  situasi atau  kelompok manusia  yang muncul dan didefinisikan sebagai ancaman bagi nilai atau kepentingan masyarakat. Dalam kes  penyebaran Covid-19, media membuat norma yang awalnya berjalan dengan baik dan sesuai dengan tatanan nilai yang berlaku di masyarakat berubah menjadi kefahaman  buruk. Misalnya keburukan terpancar apabila masyaraat yang panik memborong barang secara berlebihan yang mengakibatkan kehilangan  barang seperti roti Gardinia dalam  pasaran .

Panik sosial yang ada di Malaysia

Antara kepanikan sosial yang tercetus pada awal penularan wabak hingga kini adalah melibatkan isu keagamaan, ibadat, isu pegurusan komoditi dan bekalan serta mekanisme penularan:

  1. PKP akan kurang makanan

Kepanikan paling awal PKP adalah hilangnya roti putih dan telur dalam pasaran akibat permintaan melampau tinggi. Ini satu pembelian panik dan ia tidak wajar berlaku sedangkan kerajaan telah memberi jaminan kecukupan makanan sebelum mengisytihar PKP.

  1. Kesan sampingan vaksin dan vaksin perlu ditolak kerana agenda Yahudi.

Antara kitab rujukan golongan ini adalah buku Jerry D. Gray di dalam buku Deadly Mist bahawa suntikan-suntikan yang diberikan adalah merupakan ciptaan Amerika Syarikat dan Yahudi untuk mengawal dan membunuh populasi dunia yang sudah terlalu ramai. Kononnya  dengan mencipta virus-virus baharu dan ianya juga digunakan untuk melemahkan sistem imunisasi.

  1. Isu negara lain boleh solat rapat kerajaan melayu Islam tetapi tutup masjid

Kempen sebegini memang tiada dalam media mainstreem tetapi banyak dalam media sosial, berbalas-balas jawab menjawab seolah-olah tiada isu besar untuk dibahas. Ada juga agamawan yang membawa contoh negara lain seolah tiada pihak autoriti agama dalam negara ini atau erti kata lain si penyebar itu merasa lebih ‘alim’ daripada pihak anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Serangan kepanikan sosial dilancar menerusi rantaian maklumat palsu dan  samar-samar atau ‘ambiguity’ :

  1. Propaganda antivaksin

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim menyatakan kerajaan memang memantau rapi dakyah antivaksin melalui media sosial hari ini.  Ada juga golongan kumpulan yang berada di tengah-tengah iaitu kumpulan 'vaccine hesitancy group' yang mempunyai keraguan terhadap vaksin terutamanya vaksin Covid-19, tetapi tidak menolak vaksin secara langsung. Mereka ini mudah dipujuk oleh dakyah antivaksin[4].

  1. Teori palsu konspirasi

New York Times, 20 April 2020 mendedahkan  virus korona telah menyebabkan banyak teori konspirasi, maklumat terpesong  dan propaganda[5]. Karen M. Douglas, ahli psikologi sosial yang mengkaji  kepercayaan konspirasi di University of Kent di England menyatakan semasa kepanikan sosial ini, masyarakat percaya ada pihak yang mengetahui sesuatu rahsia atau agenda yang menyebabkan mereka tertarik mempercayai teori konspirasi. Ahli teori konspirasi semua membawa mesej , bahawa satu-satunya perlindungan adalah datang dari mereka yang mengetahui kebenaran rahsia itu dan ini.

  1. Tokoh ulama’ selebriti atau ulama’ persendirian

Video tular baru-baru ini mengenai pendakwah terkenal tanah air Ustaz Kazim Elias yang mempersoalkan amalan norma baharu ketika penularan Covid-19 wajar dikaji semula. Menerusi video itu, pendakwah berkenaan mendakwa tatacara solat berjemaah bercanggah dengan syariat Islam apabila perlu mengambil jarak berbanding dirapatkan seperti saranan hadis[6].

  1. Golongan politikus yang mengambil kesempatan

Contoh untuk sub topik ini boleh ditinjau sendiri kerana terlalu banyak dan ia berlaku silih berganti selagi adanya minat untuk berpoliticking dalam isu melibat nyawa seperti Covid-198 ini.

Apa peranan  konsep  siasah syariyyah?

Para fuqaha mentakrifkan siyasah syar`iyyah sebagai tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzuknya. Dalam penakrifan lain mereka berkata menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak[7]. Kebanyakan tulisan yang berkaitan dengan siyasah syar`iyyah mendefinasikan pengertian siyasah dengan definasi yang berkisar di atas kedua-dua takrif tersebut.

Ibn Khaldun  membahagi siasah kepada ‘siasah diniyah’ pengurusan keagamaan dan ‘siasah aqliyah’ iaitu berlaraskan akal, polisi dan kebijakan pemerintah. Siasah yang  bersandarkan kepada kekuatan akal (siyasah aqliyyah) juga wajib dipatuhi[8]. Kewajiban mematuhi siyasah akal ini kerana tindakan, keputusan dan dasar yang diambil melalui kaedah ini tetap berpandu kepada kepentingan dan kemaslahatan masyarakat seluruhnya. Siasah inilah yang diterap oleh kerajaan Malaysia dalam menentukan kaedah saf dalam solat semasa wabak, bilangan jemaah dalam masjid, mewajibkan vaksin dan mewajibkan swab test, menyekat perjalanan harian rakyat, mengawal perjalanan industri sepanjang wabak. Ia bukan semata-mata bersumberkan para ulama’ arahan kerajaan melalui KKM juga merupakan siasah kerajaan Malaysia untuk menjaga ‘Ad dharuriah al khams’ rakyatnya.

Misalnya kerajaan melaksanakan PKP adalah bersumberkan kaedah sadd az zirai’   سَدُّ الذَّرِيعَةِ merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan.

Majoriti rakyat Malaysia akur dan patuh dengan arahan KKM, Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Perdana Menteri hal Ehwal Agama serta majlis-majlis agama negeri-negeri. Hanya segelintir kecil sahaja yang kononnya memberontak namun ia tidak popular. Bersatunya rakyat bersama ketetepan kerajaan mengharungi wabak adalah satu kesatuan yang berkat dan benar.

Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka’ (Hadits riwayat Ibn Majah).

Siasah kerajaan mengurus kefahaman dan pengamalan

a)      Isu vaksin

Arahan KKM

Pada  Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan hebahan menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan , ‘claim’ atau kenyataan terhadap tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19 termasuklah di Internet melainkan sumbernya daripada KKM[9]. Hal ini bukan menampilkan KKM itu ‘ arrogant’ atau apa. Bukan pula menunjukkan kerajaan menyempitan definisi kesihatan hanya melalui KKM. Ia sebagai satu pencegahan daripada berlakunya eksploitasi terhadap minda pengguna agar membeli dengan gopoh sehingga terkena produk yang menipu. Ia satu tindakan menjaga maslahah umum di kalangan rakyat terbanyak.

Berbicara tentang antivaksin, Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun menganggap  mereka sebagai  ancaman kepada negara kerana kempen mereka mampu  merencatkan usaha kerajaan mengekang penularan wabak berkenaan[10]. Golongan ini  yang turut terdiri daripada cerdik pandai  itu dengan mudah boleh mempengaruhi orang lain untuk menolak vaksin Covid-19 sekiranya penularan pandemik itu masih berlaku dalam keadaan negara sudah menerima vaksin. Bekalan vaksin yang akan diterima pada peringkat awal memmang terhad  beberapa juta sahaja manakala populasi rakyat kira-kira 30 juta. Bermakna Covid 19 tidak akan segera lenyap dengan penvaksinan peringkat awal. Ia perlu beberapa peringkat dan gelombang.  Selalunya golongan anti vaksin mampu memanipulasi keadaan ini.

Sokongan pihak autoriti agama

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri  ada mengupas pandangan tokoh ulama dunia, Sheikh Abdallah Sheikh Al-Mahfoudh Bayyah mengenai vaksin Covid-19.  Sheikh Abdallah yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu ada membuat penghuraian penggunaan vaksin itu dalam kalangan umat Islam secara tuntas menurut empat mazhab[11]. Sheikh Abdullah juga berpandangan adalah wajib di sisi syarak kepada semua pihak yang lain untuk menghulurkan bantuan kepada kementerian negara masing-masing menguruskan hal ini dengan bantuan yang sepatutnya, bagi menghalang penyebaran dan menghapuskan wabak ini. Hal ini dengan tidak menyebarkan info-info yang tidak benar dan hanya menyebarkan maklumat rasmi daripada kementerian[12].

Dari segi fatwa, keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang mengambil ketetapan untuk mengharuskan penggunaan vaksin Covid-19[13]. Keputusan pandangan ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, Sultan serta Raja di negeri-negeri bagi mendapatkan perkenan untuk tindakan selanjutnya. Menurut Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, penetapan wajib mengambil vaksin yang  ditetapkan kerajaan adalah satu usaha yang sangat baik. Malah umat Islam  tidak sewenang-wenangnya memberikan hukum dan menghalang umat Islam daripada mengambil vaksin tersebut tanpa bukti-bukti yang kukuh. Muzakarah dibuat secara kolektif bukannya secara keputusan ulama’ persendirian atau bebas. Muzakarah mengambil keputusan yang penuh tanggungjawab terhadap masa depan rakyat dan realistik dengan kondisi negara.

b)      Ijtihad saf dan bilangan jamaah masjid

Arahan autoriti agama Islam di  Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bagaimana norma baru ke masjid adalah menurut syarak dan ianya mematuhi kehendak Islam.

  • Keputusan berkaitan masjid adalah  dalam kerangka hukum ditetapkan melalui ijtihad dalam wewenang sebuah kerajaan yang sah.
  • Berpandukan kaedah kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa tindak-tanduk imam (pemerintah) terhadap rakyatnya hendaklah didasarkan kepada maslahah (kepentingan umum semasa).

عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَة تَصَرَّفُ الإمَامِ

Kaedah ini bermakna pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

  • Norma baharu ini bukanlah bergantung kepada satu pendapat ulamak sahaja.
  • Pembudayaan norma baharu juga adalah berdasarkan pandangan daripada Muzakarah Majlis Fatwa (MF) Kebangsaan, fatwa di peringkat negeri, bahkan fatwa ulama di peringkat antarabangsa.

Apa komentar ulama’ yang murshid?

Ulama tersohor kini Habib Umar Ibn Hafiz pernah berucap bahawa masjid boleh  menjadi tempat-tempat kesembuhan. Selagi mana  pemerintah tidak melarang untuk menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap wajib hadir. Akan tetapi jika ada larangan maka mereka wajib berkumpul untuk solat di rumah-rumah mereka. Mereka juga wajib merutinkan zikir-zikir mereka dan bersedekah sebagai cara untuk menjaga (dari virus). Habib Umar juga menyarankan bawang merah dan bawang putih sebagai ubat alternatif  untuk menghadapi virus sebagai satu ikhtiar tambahan bukannya menafikan perubatan biasa.  Rakyat juga harus tetap tenang dan tidak panik[14].

Seorang ulama Islam terkemuka Kanada Menurut Sheikh Mohammed Tahir Al-Qadri mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan teori konspirasi mengenai vaksin COVID-19.  Dakyah itu  viral di media sosial sebagai cubaan mempengaruhi orang ramai menolak suntikan vaksin COVID-19 dan menurut beliau bertentangan dengan ajaran Islam kerana menyelamatkan nyawa adalah satu ibadah dan ia dituntut dalam ajaran agama kita[15].

Demikian nasihat para ulama’ yang mursyid, tidak mementingkan diri malah membawa mesej ketaatan kepada ulul amri dalam hal siasah syariyyah yang menguntungkan rakyat.

 

BPJ SP

23 Jan 2021 12.45 mlm.



[1] Halaman 35, Berita Harian  Januari 2021

[3] Ririn Purba , Kepanikan Sosial Akibat Munculnya Covid-19

 

[7] Prof. Dr. Abd Jalil Borham , Konsep Siyasah Syari’yyah dan Perlaksanaannya dalam konteks Malaysia

[8] Pengantar Pengajian Syariah, Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, Paizah Hj Ismail

[15] https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778233/umat-islam-kanada-diingatkan-jangan-terpedaya-teori-konspirasi-anti 

Wednesday, January 20, 2021

HINDAR BUDAYA POLITIK YANG MERESAHKAN RAKYAT

 



HINDAR BUDAYA  POLITIK  YANG MERESAHKAN  RAKYAT

Muhammad Nuruddin Bashah

Jabatan Strategik DPPNK


Disiarkan dalam HD : https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/21/hindar-budaya-politik-yang-meresahkan-rakyat/

Mood Rakyat mutakhir ini

Mood melibatkan faktor emosi dan hati. Mood bukan suatu yang boleh dipupuk melainkan ia ‘trigger’ secara semulajadi berdasarkan persekitaran dan pengalaman semasa. Jika berbahas mood rakyat kita boleh mudah menilai melalui kupasan netizen yang mewakili hati nurani rakyat semasa.

Rakyat sejak PRU  hanya tenang beberapa minggu sahaja sebaliknya terus merasa jelak dan muak dengan politik apabila pemimpin dan parti sandaran mereka tidak membawa perubahan sebaliknya hanya memperbanyakkan polemik, pergaduhan sesama mereka, perubahan sosial yang melampau dan kenyataan yang mengguris perasaan sesama etnik[1].

Faktor mood dan perasaan rakyat juga amat dicermati oleh YAB Perdana Menteri kita terkini. Misalnya beberapa kali beliau menyatakan pendirian tidak menumpu memikirkan soal politik kepartian sejak mula dilantik Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan berbaur politik, kerana sedar rakyat telah lama muak dengan 'cerita politik', terutama yang menyentuh soal parti dan kuasa. Justerus, beliau terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berdepan penularan wabak COVID-19 dan merangka pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi negara terus stabil[2].

Raja kita adalah payung rakyat. Ternyata raja mengetahui segala sudut keadaan rakyat. Sultan  Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga menyatakan rasa  dukacita baginda dengan sikap kebanyakan ahli-ahli politik. Melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda tahu  keresahan rakyat dan sedar rakyat telah mula bosan dan meluat dengan segala tindak-tanduk ahli politik yang sentiasa bercakaran serta bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara[3].

Faktor mood yang jelak politik bukan menunjukkan rakyat kita menjadi zombie anarki yang memusuhi feudal, memusuhi establishment atau anti peraturan. Mereka patuh peraturan, masih membayar cukai, saman dan mamatuhi perauran PBT dan sebagainya. Mereka muak kepada soal parti, siapa kawan dengan siapa, siapa nak jadi perdana menteri dan sewaktu dengannya. Hal ini disebabkan:

Kekecewaan mereka dengan prestasi PH dan banyak krisis berbanding penyelesaian.

  • Kekecewaan apabila Tun M yang dianggap simbol penyatu dalam PH tetapi disanggah sendiri oleh politikus kerajaan PH sehingga mendesak beliau sehingga terpaksa meletak jawatan dan berhasillah peralihan kuasa.
  • Wabak Covd-19 yang belum malap dan semakin membuak yang mengubah gaya hidup yang menekan emosi rakyat.
  • Trauma pasca banjir, kehilangan, kerugian dan sebagainya cukup membebankan rakyat.
  • Penurunan prestasi ekonomi isi rumah akibat PKP dan sebagainya.
  • Segala angan-angan politik, manifesto dan janji pilihanraya  rupanya tidak semudah memetik jari dan peratusan rakyat skeptikal dengan kertas yang bernama manifesto sedang meningkat.

Rakyat menolak sebarang PRU yang membeban sosial, ekonomi dan rakyat

Jika ditanya rakyat  dari kedai kopi ke kedai kopi, salon rambut ke salun rambut, pasar malam ke pasar malam adakah mereka mahukan Pilihanraya Umum dalam masa terdekat atau hanya angan-angan pemimpin politik,  pasti majoriti akan menolak PRU dengan pelbagai alasan yang masuk akal. Cubalah buat servey bagi badan-badan bebas yang sedia ada. Jangan hanya buat melalui talian sahaja. Idea PRU dalam keadaan wabak dan ekonomi yang teruk ini adalah idea yang amat berisiko, buruk dan tidak memahami keperitan rakyat. Fasa pemulihan kini menjadi fasa PKP semula iaitu bermula 22 Januari semua negeri selain Sarawak akan berPKP semula. Adakah ini graf pemulihan yang baik. Jika pun vaksin akan mulai sampai Februari, pelalian akan diberi dua kali dan hanya beberapa peratus sahaja rakyat akan akan divaksi dalam fasa permulaan. Kesan kepada ekonomi masih jauh dari kejayaan. Domino ini mengambil masa agak panjang untuk pulih.

Penulis  petik beberapa badan yang mewakili rakyat non partisan :

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  mengeluar kenyataan menolak sebarang cadangan pilihan raya umum secara mengejut (snap election) malah disifatkan  sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kepada rakyat.Menurut ABIM ia jelas selepas  peningkatan mendadak jumlah kes serta kluster baharu ekoran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang  cukup menggambarkan kesan buruk menimpa rakyat yang menyebabkan berlakunya sentimen kebencian rakyat terhadap pemimpin politik yang suka bertelagah di saat wabak memuncak[4].

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Menteri Sains yang mewakili parti yang membentuk kerajaan PN menyatakan berdasarkan  data-data jangkitan (COVID-19) dan sebagainya, beliau sedar  sekiranya diadakan pilihan raya umum, ianya akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada kesihatan awam.

 

Budaya pragmatik politikus perlu dikurang dan pentingnya memiliki tekad yang ikhlas

Penulis bersetuju dengan pandangan beberapa penulis media yang membahagikana rakyat kepada dua bahagi. Rakyat jelata atau rakyat terbanyak yang tiada berkepentingan dengan rakyat borjois politik yang memiliki kuasa dan nama. Rakyat sebenarnya kini tidak mudah dimanipulasi dengan jualangan slogan demi rakyat, untuk rakyat, kuasa rakyat dan kepentingan rakyat. Rakyat tidak tertarik dengan terma dan klausa lagi. Mereka menantikan lanjutan tindakan dari susuk politikus dan pemimpin yang sedia ada.

Pragmatisme yang masih tiada kunjung malap menyebabkan masih ada ahli politik yang cuba mengkucar kacirkan keamanan yang sudah sedia ada. Di pihak pembangkang, semasa memerintah 22 bulan bercakaran hingga terjatuh kerajaan sendiri. PM sendiri terpaksa meletak jawatan. Kini dari pihak kerajaan pula rakyat mengintai masih adakah virus yang akan merosakkan kerajaan PN yang dilihat mula ‘memberi muka’ serta mengutamakan kepada mereka.

Politik atau siasah tanpa terikat kemas dengan ideologi yang jelas adalah politik pragmatisme. Walaupun parti memiliki ideologi perjuangan tetapi jika pemimpin berideologi pragmatik ia akan membawa kepada kesan dalam sesuatu pasukan politik. Pragmatik memang ada kebaikan bagi rakyat apabila sesuatu gerakan politik mengubah cara berpolitik demi memberi keutamaan dan keselesaan kepada rakyat. Tetapi jika pragmatik itu tujuan untuk diri sendiri dan mula mengenepikan rakyat maka ia jelas akan merobohkan dan bukannya membangunkan.

Buat masa kini matlamat kesatuan Melayu Islam adalah matlamat besar merentasi matlamat peribadi parti politik yang mendokong kerajaan. Maka seharusnya agenda memperkasa matlamat ini diutamakan termasuk mengekalkan kerajaan PN yang mengutamakan kesatuan melayu Islam, menjaga agama, sistem beraja, perlembagaan, keharmonian kaum dan kebajikan rakyat terbanyak.

Menjunjung kepekaan YDPA terhadap kegeringan politik terkini

Sebelum peghisytiharan darurat terkini, permohonan darurat pernah ditolak oleh Raja-raja melayu berdasarkan keyakinan Raja-Raja melayu terhadap prestasi pentadbiran kerajaan PN. Rata-rata pemimpin kerajaan dan sebahagaian pembangkang menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong Sultan Abdullah  dan kebijaksanaan Raja-raja Melayu yang telah bersidang sebelum mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat di negara ini. Seri Paduka  Yang Dipertuan Agong  turut menyatakan keyakinannya dengan keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 daripada terus merebak. Pemimpin-permimpin kerajaan dan sebahagian pembangkang juga bersetuju untuk tidak berpoliticking berlebihan sebaliknya menumpukan perhatian kepada Covid -19 dan kesusahan rakyat. Semasa ada usaha pembangkang  untuk menggagalkan bajet, pada 28 Oktober, Seri Paduka sekali lagi menasihatkan ahli politik agar menghentikan segala perbalahan politik dan pembentangan Belanjawan 2021 diluluskan tanpa ada gangguan mana-mana pihak demi rakyat.

Penulis senaraikan sebahagian pihak-pihak yang menjunjung titah Seri Paduka  dan disiar melalui media semasa:

  • Gabungan Parti Sarawak (GPS) [5].
  • UMNO[6]
  • Kerajaan Pahang [7]
  • Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang boleh dianggap mewakili PAS[8].
  • Parti Warisan Sabah (Warisan)[9]
  • Parti Amanah Negara (Amanah)[10]

Secara umum kita melihat jelas banyak pihak akur untuk menghentikan politicking, usaha menggagalkan bajet.  atau desakan politik untuk menukar kerajaan dalam masa covid dan ekonomi yang masih teruk.

Jadi dari mana datangnya desakan untuk berpilihanraya sehingga YAB Perdana Menteri terpaksa memohon sekali lagi pengisytiharaan darurat agar kerajaan stabil untuk melaksana tugas untuk negara dan kebajikan rakyat yang belum selesai?

 Pentingnya stabil

Stabil politik dan sosial adalah penting untuk menangani kesan wabak Covid 19, kesan akibat banjir beberapa negeri timur dan selatan tanahair serta dampak ekonomi. Selepas akur dengan titih Seri Paduka pada Oktober yang lalu, terjadi juga beberapa keadaan yang menunjukkan ketidakstabilan politik. Kerajaan PN memang tidak kuat kerana tidak memiliki / majoriti pun. Kerajaan ini boleh tumbang jika masih ada MP yang berniat menukar mahkhoda negara. Semasa tulisan ini ditulis telah ada dua MP pro kerajaan yang telah menarik sokongan terhadap PN. Pilihanraya adalah jalan terbaik untuk membentuk semula kerajaan yang stabil dan absah pilihan rakyat.

Persoalannya, sesuaikan sekarang berpilihanraya? Siasah pilihanraya adalah asas kestabilan dan kestabilan perlu untuk tangani Covid, banjir dan ekonomi seperti yang dinyatakan di atas. Asasnya pilihanraya. Tetapi ia tidak sesuai dilaksanakan sekarang.

Atas logik penerusan menyelesai masalah rakyat, memastikan bajet tersalur kepada rakyat dengan lancar dan menarik pelabur luar, maka proklamasi darurat adalah satu keperluan.

Kerajaan sejak Mac telah menggunakan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 324). Namun ada kekangannya berbanding peruntukan di bawah Ordinan Darurat.

  1. kerajaan tidak perlu  berlengah dalam membuat perkiraan dengan pihak swasta untuk menggunakan premis perubatan swasta serta sumber, utiliti dan aset. Kerajaan ada kuasa lebih dalam berurusan dengan pihak swasta.
  2. penguatkuasaan peraturan berkenaan kawalan penularan pandemik boleh disegerakan tanpa urusan briokrasi dan peraturan yang menyukarkan.
  3. Darurat tertakluk dengan Seri Paduka YDA dan Baginda  payung bagi semua parti politik. Baginda Yang di-Pertuan Agong juga memperoleh pandangan yang menyeluruh daripada semua pihak dan bebas daripada pengaruh politik kerana Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan keahliannya boleh  terdiri daripada anggota parti-parti kerajaan, pembangkang dan profesional.
  4. Kerajaan mampu mengambil secara sementara tanah, bangunan atau apa-apa bentuk harta alih daripada mana-mana pihak dan menggunakannya untuk tujuan yang bersesuaian dalam memerangi COVID-19.
  5. Kerajaan boleh dengan mudah mendapat kerjasama kerana semua pihak perlu mematuhi arahan apabila diminta oleh Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan sumber seperti sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset berkaitan dengannya.
  6. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang semasa tempoh darurat. Hal ini amat tidak disukai pembangkang kerana tidak berupaya berpolemik, berpolitik serta tidak mampu membangkang. Realitinya semasa berkuasa mereka antara pemonteng sidang yang unggul hingga beralasan tidak hadir kerana parlimen sejuk.
  7.  Malah tiada Pilihan Raya Umum, Negeri atau Pilihan Raya Kecil dibenarkan sepanjang tempoh darurat. Bagi pihak yang mula berkempen agar disegerakan  PRU baru baru ini, Ordinan ini tidak disukai mereka.

Politikus bersabarlah. Rakyat mula lihat tanpa MP pun negara boleh lancar. Misalnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Gerik ditangguh akibat ancaman COVID-19 dan kawasan itu tiada wakil rakyat namun kebajikan rakyat berjalan seperti biasa kerana kerajaan kita bukan berpaksi kepada MP dan ADUN semata-mata. Misalnya selepas kekosongan Batu Sapi, dalam tempoh 60 hari SPR perlu mengambil tindakan untuk isi kekosongan itu kecuali jika kerajaan isytihar kawasan itu sebagai  darurat. Seri Paduka telah mengisytihar darurat bagi kawasan Batu Sapi dan tiada PRK berlaku. Jadi, darurat telah berjaya mengelakkan PRK yang berisko wabak, membuang wang serta menambahkan keresahan rakyat. Demikian Darurat  2021 mampu memberi keselesaan kepada rakyat.

Kestabilan politik adalah amat penting dalam merencanakan perancangan ekonomi negara. tahun 2021 merupakan permulaan Rancangan Malaysia ke-12 yang amat penting untuk menjadi tapak permulaan rancangan ekonomi Malaysia dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Situasi sekarang rakyat bukannya manja. Misalnya menurut pandangan Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa perkara  perlu diteruskan mungkin hingga ke tahun hadapan 2022  kerana pemulihan ekonomi rakyat, PKS, industri  yang terjejas teruk. Menurut beliau:

  1. Keutamaan terhadap  suntikan fiskal ke dalam ekonomi domestik terutamanya suntikan fiskal langsung kepada individu, isi rumah dan peniaga wajar diteruskan.
  2. Dana untuk pinjaman perniagaan harus ditambah dan proses permohonan untuk mendapatkan pinjaman tersebut juga perlu dipermudahkan dan bersasar kepada perusahaan mikro serta Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terutamanya dalam kalangan peniaga bumiputera. PKS adalah sektor yang penting ia merupakan sumber pendapatan rakyat, peluang pekerjaan serta menghasilkan eksport negara.

 

  1. Selain itu, moratorium wajar   dilanjutkan tetapi bersasar kepada yang amat memerlukannya sahaja. Bagi yang gajinya berjalan tidak perlu diberi kemudahan ini.
  2. Pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga harus dirombak dengan melantik golongan profesional yang benar-benar layak sahaja.
  3. Industri baharu seperti IR4.0 dan ekonomi digital juga iberi keutamaan di samping meningkatkan penguasaan Malaysia di dalam hab halal global.
  4. Golongan peniaga dan industri juga mengharapkan dasar dan polisi bantuan kepada perniagaan harus diteruskan pada tahun hadapan (2022) kerana negara kita masih belum benar-benar pulih daripada kemelut ekonomi yang melanda pada masa kini.

Kesemua hal di atas hanya mampu difikir, digarap, disusun dan dilaksana oleh kerajaan yang aman, stabil dan terhindar dari politicking yang tidak berkesudahan. Ordinan darurat adalah solusi tepat yang tersedia melalui Perlembagaan Persekutuan. Ia juga menghindarkan budaya politik yang meresahkan rakyat terbanyak.



Tuesday, June 30, 2020

TRAGEDI PEMBUNUHAN ADIB ; MENILAI DASAR KERAJAAN PH DAN PN



TRAGEDI PEMBUNUHAN ADIB ; MENILAI DASAR KERAJAAN PH DAN PN
Muhammad Nuruddin Bashah
Pengarah Jabatan Strategik DPPN Kedah
Muqaddimah
Semua mengingati tarikh 26 November 2018 lalu berlaku satu tragedi rusuhan di kuil yang melibat kematian seorang anggota Bomba Muhammad Adib bin Mohd Kassim 24 ,  dari  Balai Bomba Subang Jaya. Beliau ialah salah seorang daripada 9 responden kepada rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada 26 November 2018, dan dilaporkan telah diserang ketika tiba di tempat kejadian rusuhan[1].
Selama 21 hari dimasukkan ke hospital selepas dipukul sehingga kritikal sejak 26 November, bibirnya bergerak dan disahkan dalam keadaan stabil malah boleh menjawab soalan bertulis. Namun pada 3 Disember, keadaan paru-parunya mula merosot dan pada 17 Disember 2018, beliau disahkan meninggal dunia.
Huru hara kuil bukan sebab perkauman
Walaupun ada ketegangan antara kaum berlaku akibat banyak kenyataan para menteri PH ketika itu, namun asal tragedi rusuhan kuil itu bukannya disebabkan api perkauman. Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan selama dua hari yang telah berlaku pada 26 November hingga 27 November 2018 di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Rusuhan ini berpunca daripada perselisihan faham antara pihak kuil dan pihak pemaju iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut[2].
Namun pihak One City menafikan serta mereka mengupah samseng melayu ke kuil sebaliknya mereka telah  bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil, dan penangguhan penempatan semula kuil bagi memberi laluan kepada upacara yang perlu diadakan sebagai usaha pemaju itu meyelesaikan isu perpindahan secara aman[3].Pihak pemaju juga menyatakan pengambilalihan tapak kuil itu telah dibawa dalam dua kes mahkamah. Misterinya siapa yang megupah melayu berkenaan dan adakah polis tidakdapat mengesan punca rusuhan?
Manakala Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media khas di Putrajaya menjelaskan siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan[4]. Jadi siapa yang mengupah samseng melayu itu? Kerajaan hari ini iaitu PN perlu menyiasat akar ini dan dedahkan kepada rakyat kebenarannya.
Rusuhan pertama
1.       Berlaku pada 26 November sekitar 2.00 pagi
2.       Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya mengarahkan pasukan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke tempat kejadian
3.       Pergaduhan di dalam kuil antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan.
4.       Kumpulan lelaki Melayu tersebut telah melarikan diri.
5.       18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan. ( penganut-penganut agama Hindu membakar beberapa kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki tersebut). 5.00 pagi bomba tiba mengawal kebakaran.
6.       Sekitar jam 1.00 tengah hari seorang lelaki warga asing dipercayai dibelasah orang ramai didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di kawasan kuil tersebut.
7.       Suasana di sekitar kuil kembali bertukar kecoh .
8.       Keadaan terkawal dengan bantuan  polis dan sepasukan anggota FRU berkawal di lokasi terbabit. Pihak bomba datang lagi  memadamkan kebakaran rumah kongsi tersebut.
9.       Pengerusi Badan Bertindak kuil tersebut iaitu S. Ramaji telah mendakwa pencerobohan yang dilakukan sekitar pukul 2 pagi tadi dilakukan oleh kira-kira 250 orang dari kalangan Melayu dan juga orang asing yang bersenjata berbahaya seperti pisau, parang, kapak, batang kayu dan lain-lain.
10.   17 suspek telah ditangkap
11.   Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan tiada kaitan dengan isu perkauman.
Rusuhan kedua (Kematian Adib)
1.       Petang 26 November, orang ramai berkumpul semula.
2.       Rusuhan kedua pada awal pagi 27 November yang disertai lebih kurang 10,000 orang kaum India. (rentetan api perkauman dicetus melalui ucapan menteri yang tidak bertanggugjawab)
3.       Ketika rusuhan kedua beberapa kenderaan lagi telah dibakar oleh perusuh.
4.       Pihak bomba dihalang dan diserang oleh perusuh. (ketika inilah Adib dibelasah hingga mati)
5.       Sekumpulan perusuh menyerang premis pemaju sekitar pukul 2.00 pagi di Menara MCT, lebih kurang 1 km dari kuil.
6.       Pada jam 9.00 pagi, keadaan kembali reda dan terkawal menurut  Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.
7.       10.45 malam pula, terdapat pula lebih kurang 50 orang Melayu membuat himpunan dan berarak ke arah jalan utama di hadapan kuil.
8.       Polis sekat kemaraan mereka dan mengawal kumpulan itu.
9.       4 orang lelaki yang menyertai himpunan tersebut telah ditahan polis kerana tidak mahu  bersurai oleh polis.



Tiupan perkuaman oleh menteri DAP
Sejurus menang pilihanraya PRU-14, DAP bukanlah parti yang mahir ekonomi maka isu ekonomi langsung tidak sipandang utama. Sebaliknya DAP galak ingin melaksanakan semua intiupati perlembagaannya iaitu penyamarataan kaum, atas nama Malaysian Malaysia dan cara mereka yang drastik kelihatan berjaya menimbulkan kemarahan rakyat terbanyak iaitu kaum Melayu Islam.
Sebelum tragedi pembunuhan Adib, beberapa isu yang memberi kesan kepada emosi rakyat telah berlaku dan ia tidak dikawal  oleh pihak kerajaan. Malah secara terbuka pihak menteri juga mengeluar kenyataan berbaur perkauman.
Banyak sungguh PH bermian api dalam isu perkauman. Yang lebih menarik khadam khadam DAP ari kalangan PAN pula menuduh PAS dan UMNO asyik bersentimen bangsa. Media telah merekod semua tindak tanduk PH. Suatu himpunan besar-besaran telah dirancang pada 8 Disember 2018 bagi menzahirkan penentangan terhadap ICERD yang ghairah ingin dilaksanakan oleh PH. Namun kita bersyukur kerajaan Bersatu antara komponen PH yang kelihatan menolak ICERD malah kelihatan  menyertai himpunan berkenaan di ibu kota negara.
Mari kita semak:
  1. Tak semena-mena seorang bertaraf menteri iaitu Menteri Sumber Manusia DAP, YB M. Kulasegaran mengeluar kenyataan mengatakan orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini dalam satu video berbahasa tamil pada 21 Julai 2018. Beliau tidak mengaku salah hingga didesak akhirnya meminta maaf pada 30 Julai memohon maaf dan menarik balik perkataan ‘pendatang’ berhubung kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang, manakala orang India sebagai penduduk asal Tanah Melayu[5].
  2. Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, YB Ganabatirau  pada 26 November 2018 melalui status Facebooknya   mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang sekumpulan Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. Adib dibunuh dalam rusuhan kali kedua pada 27 November 2018. Statusnya diedit selepas melihat kemarahan kaum India[6].
  3. Kenyataan bersama Menteri-menteri PH India di Parlimen selepas tuduhan YB Ganabatirau, mengkritik dan menyalahkan pihak polis kerana lewat dan gagal mengawal keadaan serangan ke atas Kuil Sri Mariamman Seafield hakikatnya membakar api perkauman dan menambah kemarahan orang India sehingga dilaporkan berkumpul seramai 10,000 di Kuil Sri Marimman pada malam kedua mengamuk dan melakukan rusuhan sehingga berlakunya peristiwa kematian anggota bomba Arwah Adib. P. Waytha Moorthy seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional boleh menyalahkan pihak polis[7]. Sedangkan beliau sepatutnya belajar daripada pihak polis untuk mengawal keadaaan dan mengelakkan panik serta keresahan dalam masyarakat.
  4. Pada 5 Mac 2019 Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa Agenda Penyatuan Ummah di antara UMNO-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. Pada7 Mac beliau menukar kenyataan semula[8].
  5. Pada 8 Mac 2019 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DAP, YB Ngar Kor Ming mendakwa jika UMNO-PAS berjaya berkerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk Kerajaan Taliban seperti di Afghanistan. Beliau enggan meminta maaf malah bertikam lidah pula dengan KJ dalam Parlimen[9].
  6. Pemimpin DAP pada 9 Mac 2019 , YB Chong Chien Jen menambah perisa lagi apabila menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming bahawa penyatuan UMNO dan PAS bakal membentuk Kerajaan Taliban sekiranya menang pilihanraya seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis dikalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini[10].
  7. Lebih biadab apabila Adun Mengkibol DAP, YB Chew Chong Sin pada 16 Mac 2019  tak semena-mena mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstrimis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama UMNO-PAS untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. Namun disebabkan sentimen antarabangsa ketika itu adalah bersimpati dengan muslim malah Perdana Menteri New Zealand sendiri bersimpati sungguh dengan kaum muslim di sana, maka beliau membuat u-turn dengan penuh memalukan dan meminta maaf atas kata-kata biadabnya[11].
  8. Pada 9 Ogos 2019, Ahli Parlimen Kluang DAP, YB Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah. Presiden MCA pula menyelar kenyataan MP Kluang ini dengan merujuk  sebuah laporan di sebuah portal di mana Ahli Parlimen DAP Kluang Wong Shu Qi dikutip mengatakan, "Orang Cina akan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Jawi ketika pornografi digunakan sebagai contoh[12].
  9. YB Lim Guan Eng pada 19 Ogos 2019 membuat menyataan bodoh sekali lagi dengan mendakwa Kerajaan UMNO dan PAS jika berjaya dibentuk akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia serta berbahaya[13].
  10. Kenyataan rasis dan cauvinis Menteri Perpaduan Senator, P. Waytha Moorty yang mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar kerana kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil. Walaupun ini kenyataan lama, tetapi Waytha Moorthy enggan untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya kepada media luar negara adalah amat tidak bertanggungjawab dan menzahirkan sifat rasis pimpinan PH[14]. Link ini telah dibuang https://www.youtube.com/watch?v=IvgiNVgU8gY
Tujuan 10 fakta ini dimuatkan agar pembaca boleh menilai paradigma pemimpin PH apabila berhadapan isu melibat perkauman.

Pihak kuil yang serba salah
Pada 28 November 2018,  Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib parah akibat kemalangan jalan raya. Pihak kuil Sri Maha Mariamman Seafield mendakwa anggota bomba yang cedera tidak dipukul, tetapi sebenarnya dilanggar oleh jentera bomba demikian menurut  Setiausaha pasukan petugasnya, V. K. Regu berdasarkan  tiga video yang tersebar di media sosial yang menunjukkan jentera bomba berundur secara tiba-tiba, dan Muhammad Adib berada di belakangnya[15].
Namun begitu pada 29 November 2018, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak kuil tidak benar berdasarkan kesan luka dan siasatan yang masih belum selesai[16].
Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, SW Ramaji memohon maaf kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kerana membuat kenyataan tidak benar dan  beliau menyatakan tidak berniat untuk menyakiti anggota keluarga Adib. Beliau memberi komen setelah melihat  rakaman video yang memaparkan sebuah jentera bomba mengundur laju ketika seorang anggota bomba berada di belakang jentera itu dan menyangka anggota itu adalah Muhammad Adib[17]. Sebagai ketua kuil kenyataan awalnya adalah reaksi biasa bagi menjaga pihak kuil dari tuduhan dan ia mungkin satu kenyataan panik.

Adib mengaku dipukul
Muhammad Adib mengakui dia ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) oleh perusuh dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dalam jawapan bertulisnya terhadap 15 soalan yang dikemukakan Ketua Balai JPBM USJ, Syed Syahril Anuar Syed Sulaiman (saksi ke-18)  ketika allahyarham menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Menurut saksi kesihatannya semakin baik dan Adib boleh menulis ketika itu[18].
Dolak dalik PH dan Tommy
Pasca rusuhan desakan terhadap Waytha Moorthy Ponnusamy selaku Menteri Perpaduan supaya meletakkan jawatan atau dipecat. Waytha Moorthy melulu  mengambil sikap menyebelahi pihak kuil (sepatutnya membiarkan pihak polis yang memberi komen) , dan apabila beliau bersama beberapa ahli Parlimen India PH membuat sidang media di Parlimen dan membuat kenyataan menyalahkan polis[19]. Protes diadakan di Klang bagi menuntut bela terhadap kematian Muhammad Adib.
Namun selain isu Waytha yang hanya penambah perisa dalam insiden ini, sikap dan tindak tanduk Peguam Negara yang janggal juga perlu diperhatikan.
Semasa rancak siasatan kes Adib, saksi dansasek ditahan dan sebagainya, Peguam Negara umumkan perlunya inkues untuk kenalpasti punca kematian baru boleh mendakwa. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpandangan inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib tidak perlu diadakan kerana hanya akan melengah-lengahkan keadilan kepada keluarga mangsa[20]. Ramai mempertikai keperluan inkues dibuat memandangkan kes berkenaan diklasifikasi semula oleh polis sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Malah doktor pakar yang terbabit dalam bedah siasat juga akan mengemukakan laporan punca kematian Muhammad Adib.
Selepas inkues dilaksanakan, Prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pernah tergendala apabila peguam, Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga anggota bomba tersebut menarik diri sercara tiba-tiba dan misteri. Pembatalan tugasnya mengakibatkan pemanggilan  semula saksi ke-29 Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor Dr Shahrom Abd Wahid, sekali gus terbatal ketika itu[21].  Penamatan ini seolah ada pihak tercabar dengan kredibiliti Syazlin yang begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan buat Muhammad Adib.
Rupanya Peguam Negara yang  membatalkan lantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim melalui sepucuk surat. Kandungan surat tersebut antaranya menyebut Syazlin telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.  Syazlin dilantik pada peringkat awal untuk memastikan dan melengkapkan fakta mengenai kematian Muhammad Adib. Beliau adalah isteri kepada Setiausaha Akhbar Zuraida dan melaksana tugas  atas dasar 'pro bono' (tanpa bayaran).Lantikan Syazlin telah diketahui umum sejak inkues bermula 11 Februari 2019. Berita mengatakan  Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin melantik Syazlin tanpa pengetahuan Tommy adalah tidak betul[22].
Tommy hina mahkamah?
Tan Sri Tommy Thomas didakwa bertindak subjudis dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim[23].
Bapa Adib Mohd Kassim, 64 memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) melalui Tetuan Mohd Zubir Embong dan Associate di Mahkamah Koroner. Mahkamah kemudian mendapati wujud prima facie atas imbangan keberangkatan.
Beliau memfailkan permohonan perintah komital terhadap Tommy kerana telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Penguam Negara pada 3 April 2019  menyatakan kematian Muhammad Adib bukanlah dipukul.
Tommy  terpaksan melantik dua peguam swasta bagi mewakili beliau dalam rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan mahkamah membenarkan memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) yang difailkan bapa Adib.Dua peguam itu adalah Zainur Zakaria dan Datuk S Ambiga bersama dua lagi Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy serta Markiranjit Kaur mewakili Peguam Negara[24].
Jawapan balas Tommy pula:
  1. Katanya  pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah untuk memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan berhubung punca kematian Adib[25].  Jadi timbalannya kerja atas arahan siapa?
  2. Kedua Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy (bagi pihak Tommy)  memberitahu Mahkamah Koroner di sini ia kerana dakwaan keluarga anggota bomba itu bahawa afidavit Tommy yang didakwa menggangu inkues serta menghina mahkamah tidak diberikan secara terperinci. Inilah kepandaian peguam negara ini iaitu  hanya memutar belit kematian rakyat yang seolah-olah ada konspirasidalam kerajaan PH untuk menidakkan keadilan untuk Adib[26].
Atas 2 tindakan di bawah ini Tommy didesak untuk dipecat. (selain kegagalan menasihati kerajaan isu ICERD, melepas kes rasuah dan Siti Kasim)[27] iaitu :
  1. Pihak Jabatan Peguam Negara juga dakwa kematian Adib bukan sebab dipukul, ia jelas melangkaui keputusan mahkamah.
  2. Arahkan peguam KPKT, Syazlin tarik diri dan kita rasakan Tommy bertindak di luar bidang kuasa.

Adib terbukti dibunuh
Siasatan terbaru mencadangkan bahawa kecederaan Adib bukan disebabkan serangan pukulan, dan inkues kes ini masih berlangsung.
Prosiding inkues berakhir pada 27 September 2019 apabila Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Dapatan Mahkamah Koroner[28]:
  1. Menjawab 3  persoalan utama iaitu persoalan iaitu:
a)      Sama ada Muhammad Adib dipukul pada rusuhan
b)      Mengapa anggota bomba itu tidak mempertahankan diri,
c)       Kenapa mangsa hanya mengaku dipukul kepada kakitangan perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan ketuanya.
  1. Keterangan saksi ke-10, pemandu Mitsubishi Storm, Mohd Hafizan Nordin, 33, mengatakanada  seorang wanita India, ‘adik, jangan masuk... nanti kena pukul’ (menunjukkan perlakuan memukul).
  2. Keterangan saksi ke-8, S Suresh, 33, terdapat sekumpulan antara 10 dan 20 orang yang mengerumuni seseorang dengan ada gerakan seperti memukul atau memijak. Beliau  dengar jangan pukul dalam Bahasa Tamil.... adaperkataan ‘bomba pun nak pukul’.
NARRESH: Saya tak ada apa-apa respons. Sebab orang di sana... orang tak nak ambil apa-apa tindakan.
HAMDAN[29]: Maksud kamu?
NARRESH: Saya masuk dalam ‘crowd’ itu. Saya tengok mereka sibuk nak ambil gambar dan video sahaja.
HAMDAN: Selepas itu?
NARRESH: Saya fikir sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Saya tak boleh biarkan dan kena selamatkan dia dan bawa dia ke hospital.
HAMDAN: Ketika kamu sampai, ada tak ada pada bila-bila masa kamu nampak sesiapa pukul mangsa?
NARRESH: Tak. Tapi kedengaran orang dalam itu cakap... bomba pun mereka ada pukul. Mereka cakap dalam Bahasa Tamil.
HAMDAN: Boleh kamu kenal pasti sesiapa?
NARRESH: Tak.
  1. Pukulan terhadap mangsa di luar EMRS menyebabkan mangsa sudah tidak sedar dan mustahil untuk mempertahankan diri.
  2. Mangsa hanya memberitahu dia dipukul kepada saksi ke-16, Pembantu Pegawai Pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Mohd Ashraff Baruji dan saksi ke-18, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman kerana kerana hubungan erat antara mereka (diakui mahkamah). Perilaku Mohd Ashraff ketika memberi keterangan yang jelas beremosi termasuk sebak jelas menunjukkan perhubungan mesra antara dia dan Muhammad Adib. Mohd Ashraff  orang terakhir setiap hari yang menjaga mangsa dan sentiasa memberikan kata-kata semangat termasuk mempersiapkan mangsa setiap kali Adib mahu tidur juga menunjukkan hubungan mesra antara mereka.
  3. Mahkamah mengakui  kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal rusuhan di kuil berkenaan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib,  hanya dalam keadaan bersiap-sedia dan melihat perusuh merusuh.
Kita berbangga kerana rakyat Malaysia seperti Narresh masih ada disaat api kebencian sedang bermainsemasa rusuhan itu. Narresh adalah individu yang membantu Muhammad Adib pada malam insiden rusuhan. Narresh yang melihat Muhammad Adib mengalami kecederaan ketika itu membawa anggota bomba itu ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk rawatan lanjut serta bertindak menghubungi rakan sekerja Muhammad Adib bagi memaklumkan kejadian yang berlaku. Beliau dikecam serta mendapat panggilan ugutan kerana tindakan beliau yang sanggup menjadi saksi kepada pembunuhan Adib. Namkun sebagai anggota Pertahanan Awam yang dilatih mencintai tanahair dan negara, beliau bertindak melawan arus bangsanya sendiri ketika ini[30].
Menurut  pakar Patologi United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid berhubung keputusan inkues daripada Mahkamah Koroner semalam mengenai punca kematian Adib, beliau memuji Koroner Rofiah Mohamad dan disifatkan keputusan itu sebagai bull's eye  atau tepat. Berdasarkan kepada keputusan yang dikeluarkan itu, secara keseluruhannya menurut beliau  menggambarkan bahawa Koroner sememangnya seorang yang sangat berpengalaman[31].
PH mendiamkan diri
PH melalui Peguam Negaranya Tommy Thomas kelihatan hanya bertindak pantas dalam skandal kes melibatkan pemimpin mereka. Sebaliknya dalam kes Adib dibuat pelbagai kesusahan dan seolah-olah bapa Adib keseorangan membela anak mereka.
Selepas 3 bulan Mahkamah Koroner mengeluar keputusan menunjukkan Adib dibunuh, tiada satu tindakan konkrit dari pihak Peguam Negara untuk mempercepat kes ini. Saspek-saspek  dibebas dengan jaminan polis dan terus hilang dari media perdana.  Tommy tidak mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, walaupun berjanji untuk berbuat demikian pada 30 September 2019.
Tommy mengakui beliau hanya lantikan politik walaupun cuba melaksanakan keadilan semampunya[32]. Tommy kelihatan hanya dilantik untuk membersihkan PH:
  1. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, kerana memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Razak menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2018.
  2. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kampar dari Dap, Thomas Su Keong Siong, kerana menganjurkan perhimpunan haram menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Julai 2018.
  3. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap MP  Pasir Gudang  PKR, Hassan Abdul Karim, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Julai 2018.
  4. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, bekas Naib Presiden PKR, N Surendran, dan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Julai 2018.
  5. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap peguam, Eric Paulsen, dan bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018.
  6. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 Ogos 2018.
  7. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018.
  8. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap pereka grafik, Fahmi Reza, kerana memuat naik imej badut menyerupai Datuk Seri Najib Razak di Instagram miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2018.
  9. Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa dari Dap merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dan bekas Ahli Parlimen Stampin dari Dap, Julian Tan Kok Ping, kerana melibatkan diri dalam demonstrasi haram menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuching pada 17 Disember 2018.
  10. Membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Zabedah Kassim, kerana menunjukkan isyarat lucah menyebabkan beliau tidak jadi didakwa pada 11 Februari 2019.
  11. Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Seremban Jaya dari Dap, P Gunasekaran, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Februari 2020.
  12. Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Gadek dari Dap, G Saminathan, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari 2020.

Dasar PN terhadap kes Adib
Kini PN akan meneruskan gerakan menyiasat semula dengan nada dan semangat yang menyebelahi Adib. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan juga menegaskan  siasatan diteruskan untuk mengenal pasti dua atau lebih individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Menurut beliau kes ini  sudah dibentangkan dalam Kabinet.
Bapa Adib sendiri menganggap  ‘pemerintah’ sebelum ini seolah cuba menutup kebenaran, dan respon Tommy hanya terhadap isu hina Mahkamah sahaja buaknnay penegasan memburu si pembunuh.  Beliau menunggu tindakan polis  membela anaknya selepas Mahkamah Koroner memutuskan Adib dibunuh pada 27 September 2019[33].
Mungkin sebelum ini kita sibuk dengan wabak dans ebagainya, namun ia bukanlagi alasan apabila wabak kian mensifar.
Bapa Adib kini juga telah  kemukakan representasi kepada Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara baru, bagi mendapatkan pendirian beliau berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap Thomas selaku Peguam Negara  sebelum ini.
Pandangan Peguam Mohd Khairul Azam bin Abdul,Aziz juga perlu diberi perhatian kerajaan PN kini. Dengan 38  foto perusuh yang disebar sejurus tragedi berdarah itu kenapa hingga kini tiada tangkapan semula. Beliau juga mendesak polis membawa semula 4 individu saspek pukul yang dijamin bon mahkamah dan jaminan polis untuk disiasat semula dengan teliti[34].
Parti komponen PN pelru sebulat suara menggesa agar kes ini disegerakan tindakannya serta dikemaskini segala info dari semasa ke semasa.



[14] youtube.com/watch?v=IvgiNVgU8gY
[29] Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada prosiding hari keenam inkues berkenaan di Mahkamah Koroner, Shah Alam.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)