Saturday, February 19, 2022

KAJIAN KRONOLOGI - KENYATAAN PEMIMPIN UMNO TERHADAP PAS MENYANGGAH MUAFAKAT

 



KAJIAN KRONOLOGI - KENYATAAN PEMIMPIN UMNO TERHADAP PAS MENYANGGAH  MUAFAKAT

Dikumpul oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

22 November 2021.

  1. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta agar Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari tidak bersikap angkuh dengan menyatakan Pas dan Perikatan Nasional (PN) masih mampu menggugat kubu Barisan Nasional (BN) di Melaka. (https://www.sinarharian.com.my/article/173860/BERITA/Politik/Tak-perlu-angkuh-nak-gugat-kubu-BN-pemuda-UMNO-bidas-Pas )

6 Desember 2021

2.       Zahid Hamidi- Muafakat Nasional, UMNO bertepuk sebelah tangan. berkata pimpinan PAS sering menyatakan sokongan kepada MN, tetapi menolak pelawaan UMNO untuk berpadu atas nama MN pada PRN Melaka. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/895879/muafakat-nasional-umno-bertepuk-sebelah-tangan-zahid )

 

11 Disember 2021

3.       Datuk Nur Jazlan Mohamed- UMNO Bahagian Pulai cadang putus hubungan dengan PAS. "PAS ini saya cukup hairan kerana seolah-olah dia parti dominan di negara kita, sedangkan UMNO adalah parti yang dominan”. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/897783/umno-bahagian-pulai-cadang-putus-hubungan-dengan-pas )

 

12 Disember 2021

4.       Ketua Pemuda UMNO Terengganu , Tengku Haphiz Tengku Putera- UMNO Terengganu sedia bergerak sendiri tanpa PAS. (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2021/12/898041/umno-terengganu-sedia-bergerak-sendiri-tanpa-pas )

7 Januari 2022.

5.       Timbalan Pengerusi UMNO Johor-  Datuk Nur Jazlan Mohamed - Semua 'pasangan' Pas merana selepas bersama.  Pas  tidak pernah ikhlas dalam membentuk kerjasama dengan parti lain membuatkan pakatan yang dibina sering tersasar.  Pas mempunyai banyak sejarah buruk dalam menjalinkan kerjasama politik dengan parti lain. (https://www.sinarharian.com.my/article/181859/BERITA/Politik/Semua-pasangan-Pas-merana-selepas-bersama-Nur-Jazlan )

 

22 Januari 2022

6.       Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub- UMNO Kelantan putus hubungan dengan PAS negeri. selagi PAS di peringkat negeri dan pusat memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, maka selama itulah tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Kelantan akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914510/umno-kelantan-putus-hubungan-dengan-pas-negeri )

 

 

23 Januari 2022.

 

7.       Timbalan Pengerusi UMNO Johor-  Datuk Nur Jazlan Mohamed - Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan “knockout” di pilihan raya negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.  (https://www.youtube.com/watch?v=xBDTJQ3ANXM 

24 Januari 2022

8.       Ketua Puteri UMNO negeri, Marzuani Ardila Ariffin, - Puteri UMNO Kelantan sokong putus hubungan PAS negeri, nyatakan bahawa  25,000 ahli Puteri UMNO Kelantan sebulat suara menyokong pendirian UMNO negeri untuk memutuskan hubungan dengan PAS Kelantan. Juga berkata pihaknya menghormati keputusan PAS Kelantan yang walak kepada keputusan PAS Pusat. (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/01/915068/puteri-umno-kelantan-sokong-putus-hubungan-pas-negeri )

26 Januari 2022.

  1. Timbalan Pengerusi UMNO Johor-  Datuk Nur Jazlan Mohamed - PAS tamak mahu banyak kerusi, nak berlagak dengan Umno. “Orang yang tak ada kekuatan nak letak syarat melebih-lebih, sudahlah tolak tawaran lima kerusi daripada Umno untuk PRN Melaka dan lepas itu ikut Bersatu dalam PN dan kalah pula di semua lapan kerusi yang mereka (PAS) tanding, malah dapat undi kurang daripada Bersatu,” (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/01/26/pas-tamak-mahu-banyak-kerusi-nak-berlagak-dengan-umno-kata-nur-jazlan/)
  2. Timbalan Pengerusi UMNO Johor-  Datuk Nur Jazlan Mohamed - PAS cari 'pintu belakang' di Johor. Katanya PAS buat  percubaan  untuk mendapatkan pertemuan dengan ketua Umno Johor Hasni Mohammad adalah percubaan untuk "menyelamatkan diri" dan memastikan mereka kekal dalam kerajaan. (https://www.malaysiakini.com/news/608420 )
  3. Timbalan Pengerusi UMNO Johor-  Datuk Nur Jazlan Mohamed – “Mengapa kita perlu membantu (pihak) yang lemah? Di Melaka, mereka telah membuktikan (mereka lemah). Mereka tidak bersekutu dengan kita dan kehilangan segala-galanya...” (https://www.malaysiakini.com/news/608420 )
  4. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan - PAS-UMNO: Majoriti mahu BN berseorangan,  namun akan diteliti  (https://www.youtube.com/watch?v=hX4VMui_Pu4

 

13 Feb 2022.

13.   Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin - UMNO Kedah perlu menilai semula hubungan bersama Pas yang dilihat sombong. (https://www.sinarharian.com.my/article/187657/BERITA/Politik/UMNO-Kedah-perlu-nilai-semula-hubungan-dengan-Pas )

14.   Timbalan Pengerusi UMNO Johor-  Datuk Nur Jazlan Mohamed - kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah itu disifatkan sebagai tak sedar diri dan meminta pemimpin Pas itu cermin diri sebelum menuduh UMNO. Menyatakan episod kegagalan negara adalah apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bersama PN pula mentadbir Malaysia.  (https://www.sinarharian.com.my/article/187614/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Pas-kena-cermin-diri-Nur-Jazlan )

 

16 Feb 2022

15.   Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri - kenyataan Menteri Besar Kedah yang dikatakan bersifat provokasi iaitu menolak BN di Johor  dikhuatiri bakal meruntuhkan Muafakat Nasional (MN). Muhammad Sanusi itu ‘dayus’ kerana tidak berani berkata secara semuka kepada dua ADUN BN, sebaliknya ketika beliau berada di Johor. (https://www.sinarharian.com.my/article/188160/BERITA/Politik/Kenyataan-Muhammad-Sanusi-bakal-runtuhkan-Muafakat-Nasional )

 

16.   Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii - Umno mampu menang pilihan raya tanpa PAS, ini realitinya . ini terbukti dengan kemenangan besar Umno di Melaka apabila PAS mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu.  Razlan turut mengimbas kembali bahawa kemenangan BN di PRK Tanjung Piai bukan hanya semata-mata kerana sokongan PAS tetapi juga atas faktor-faktor lain. (https://www.youtube.com/watch?v=Ge5HwjxC_Ko )

 

 

 

 

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)