Wednesday, August 28, 2019

PRIMORDIALISME YANG MEMBINA BANGSA MALAYSIA ADALAH COMMON VALUE PEMBANGKANG


PRIMORDIALISME YANG MEMBINA BANGSA MALAYSIA ADALAH COMMON VALUE PEMBANGKANG

Muhammad Nuruddin Bashah

Menyaksikan forum Town Hall Pemuda Kedah ( 27 Ogos 2019) yang melibatkan 4 Ketua Pemuda Negeri Kedah, dari parti PAS, Umno, MCA, MIC cukup mengujakan dan menyedari betapa saf pembangkang bakal memberi sengatan berbahaya kepada PH pada pilihanraya akan datang baik Umum atau kecil. Menarik semalam di Dewan Al Amin Kg Bagan Alor Setar, topik bernilai sepunya  iaitu Perpaduan Dalam Realiti Anak Muda dikupas secara santai, berisi, tanpa emosi, memiliki semangat bernilai sepunya yang amat tinggi dan padu.

Oh alangkah marah dan gelisah PH jika mereka melihat satu demi satu lagi forum sebegini jika dianjur pula oleh UMNO, MIC dan MCA yang juga melibatkan 4 parti pembangkang utama ini kerana grand design mereka memecah-belah pembangkang dan menjatuhkan self esteem MCA dan UMNO khususnya kini kian tidak ampuh dan tidak menjadi. MCA dan UMNO tiada sebab untuk jatuh moral jika mereka ikhlas berpolitik untuk rakyat. Hanya sekali dipalu rakyat tidak wajar bagi mereka  jatuh moral terlalu lama.

Apa perlunya nilai sepunya dijulang? Nilai sepunya atau common value adalah titik sama (homofili)  yang menjadi rujukan untuk menyatupadukan saf ketumbukan pembangkang untuk menumbangkan PH dalam misi menyelamatkan Malaysia daripada dijarah, dirosakkan sosial, ekonomi dan budayanya melalui agenda gila mereka iaitu liberalisasi sosial yang cukup merosakkan.
Saya tidak berkesempatan berucap soalan atau pandangan semalam tetapi pada pemikiran saya ligat bermain apa yang saya tekankan dalam tulisan ini iaitu common value yang menyatukan bukan perbezaan titik yang membisahkan dan membinasakan. Ya common value utama dalam 4 parti tua dalam negara ini adalah nilai primordialisme yang menjadi amalan dan paradigma para pemimpin dan ahlinya sekian lama samada mereka sedari atau tidak.

Secara umum, primordialisme adalah sebuah pandangan atau faham yang memegang teguh hal-hal yang dibawa sejak kecil leluhur kita, baik mengenai tradisi, adat-istiadat, suku bangsa, ras, agama, kepercayaan, daerah asal kelahiran, serta segala sesuatu yang ada di dalam lingkungan pertamanya sesuatu masyarakat.

Primordialisme sebagai identiti  sebuah golongan atau kelompok sosial merupakan faktor yang penting dalam memperkuat ikatan golongan atau kelompok bersangkutan dalam menghadapi ancaman dari luar. Sebenarnya nilai primordialisme inilah yang disatukan dalam rukunegara negara kita. Primordialisme dibenci liberalisme sebagaimana mereka membenci aliran fikir romantisme.
Lihat isi kandungan Rukunegara.

·         Kepercayaan kepada Tuhan
·         Kesetiaan kepada Raja dan Negara
·         Keluhuran Perlembagaan
·         Kedaulatan Undang-undang
·         Kesopanan dan Kesusilaan

Perhatikan bagaimana unsur sepunya terbesar dalam masyarakat kita diterjemah iaitu percaya adanya tuhan dan tidak menganut fahaman atheis yang merosakkan sosial.  Nilai sepunya dalam Rukunegara ini jika dipegang erat maka baiklah kerukunan rakyatnya, terbinalah masyarakat yang tahu adab sopan, menghormati nilai bersama, memahami nilai sejarah susah payah membina negara dan tidak menjentik isu sensitiviti yang yang senagaja dicipta atas nama Malaysian Malaysia yang cuba melakukan aksi re-engineering sosial negara kita.

Rakyat kita majoriti tidak menerima liberal. Lihat sahaja budaya beragama kita menatijahkan masyarakat yang masih menolak budaya LGBT yang bernafsu buas. Namun, tidak bermakna juga rakyat kita ortodoks, lembab dan tidak berdaya saing.

Pasca modernisme cuma membawa naratif dan takrifan nilai kemunduran dan kekakuan akal bagi mana-mana pihak yang mengenggam agama dan budaya,  sebaliknya bagi golongan happy go lucky, free thinker, sekular, bebas mengkritik bersuara menguris sesiapa sahaja, mereka dianggap moden, maju dan berfikiran maju. Ini fahaman yang sakit. Mereka sakit dalam fahaman sosiologi. Mereka jahil dalam resepi kemakmuran dek kerana tergila mengejar fahaman ‘pop’ iaitu libralisme yang kononnya memajukan negara hingga mereka ghairah :

  1. Mengkritik ketuhanan sendiri
  2. Menghina agama lain Nabi dan pihak lain
  3. Menghina raja-raja yang sekian lama memayungi rakyat
  4. Menghina bahasa eka (kebangsaan) dan tulisan Eka (tulisan rumi melayu)  serta warisan negara iaitu jawi
  5. Mengguna bahasa dan tulisan selain bahasa melayu dalam agenda rasmi yang menjelekkan rakyat.
Sikap mereka tyang menjolok mata dan hati ini tidak pula mereka tampilkan sepenuhnya sebelum memenangi PRU-14 dahulu. Bermakna jika ditampil awal sahlah mereka akan kalah PRU,  kerana selain ekonomi yang mampu menarik minat pengundi, unsur tradisi dan primordialisme juga merupakan unsur yang diambil kira oleh rakyat untuik memilih. Mereka sanggup  memilih PH bukan bermakna mereka sanggup meliberalisasikan budaya mereka dan keharmonian antara kaum misalnya sejarah  bisnes sesama rakyat yang aman sekaian lamanya.

Reaksi kaum melayu memboikot barangan selain bumiputra memberi kesan bukan sahaja kepada DAP tetapi rata rata kaum bukan melayu yang tidaklah berfahaman liberal seperti DAP. Bermakna corak tadbir DAP memberi kesan buruk kepada kaum bukan melayu juga sebenarnya, dan mereka pasti terasa lebih lagi kesan ini menjelang 5 tahun pentadbiran PH ini.

DAP  adalah parti sekian lama memain politik  anti establishment, anti budaya perdana negara kita walaupun tiada di perlembagaan parti tetapi tindak tanduk mereka begitulah nampaknya. Parti DAP bukan senang dirombak budaya dan tradisi juangnya. Sekularisasi sepenuhnya  adalah hajat mereka. Sekularisasi sepenuhnya ini  pasti menggoncang tradisi primordialisme rakyat yang rata rata aman beragama, aman bersosial, menghormati raja, setia kepada negara dan tidak bersuara bagi pihak negara luar. (rujuk kes P Ramasamy)

Seperti kata-kata Ketua Pemuda MIC semalam, sekian lama MIC berjuang, tiada suntikan menyanggah Rukunegara digagaskan, malah mereka berjuang meminta hak bagi kaum mereka secara baik tanpa perlu membanding-banding apa yang bumiputera atau masyarakat terbanyak perolehi.  MIC walaupun nampak berjuang atas nama ras masyarakat berasal India, mereka tidak mengamal chauvinsime yang memberi tekanan sosial kepada negara. Berbeza pandangan dalam hal agama dan budaya pastilah berlaku kerana itulah hakikat hidup bermasyarakat tetapi jika teras kerukunan dipegang mana mungkin berlaku ketegangan seperti hari ini.

Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri mengakui laporan polis dalam isu menghina agama dan Nabi, Tuhan dan Raja meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.  Ini indikator yang jelas memberi isyarat bahawa Malaysia perlu kembali kepada keharmonian asal.

Tidak seperti PH common value mereka bertahun lamanya adalah bencikan DSN, isu 1MDB yang samar-samar, mencari isu Rosmah yang juga belum terbukti dan bermain angka statistik ekonomi secara sewqenangnya untuk memanipulasi persepsi ahli mereka dan rakyat umumnya.

Berlainan Parti pembangkang kini, mereka  kelihatan memiliki nilai common value yang menjungjung perpaduan, keutuhan perlmebagaan, tradisi agama menurut aturan perlembagaan dan ia jelas ditampil sekain lama oleh parti PAS, UMNO, MCA dan MIC masing-masing. Jika bergerak atas isu semata-mata dan punching bag yang samar samar, keutuhan inter-parti tidak akan kekal dan terjadilah seperti kerosakan dalaman PH hari ini. 

Parti pembangkang perlu insaf, melakukan rebranding yang agresif agar palitan moral, rasuah, korupsi tidak berulang. Hakikatnya rakyat mahu kerajaan yang terdahulu cumanya perlu dipugar budaya dan amalan politik yang tercemar. Kerana rakyat masih kuat menggenggam primordialisme, tradisi dan peribadi Bangsa Malaysia selama ini. Rakyat Malaysia tidak suka budaya liberal yang merosakkan walaupun  mungkin mereka tidak mampu mendefinisikan liberalisme dengan baik.

Friday, August 23, 2019

GENRE DAKWAH DR ZAKIR SUDAH BERDEKAD DI MALAYSIA KENAPA SEKARANG BARU DIBENCI



GENRE DAKWAH DR ZAKIR SUDAH BERDEKAD DI MALAYSIA KENAPA SEKARANG BARU DIBENCI
Muhammad Nuruddin Bashah

Mutakhir ini rentetan batahan terbuka  beberapa NGO, perseorangan dan pemimpin DAP khususnya terhadap Dr Zakir Naik menyebabkan sekelip mata berlaku beberapa perkara di bawah:
1.       Imej Dr Zakir yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Malaysia yang melakukan dakwah melalui dialog perbandingan agama dengan merujuk sumber semua kitab induk agama yang diperbahaskan kelihatan buruk, pelik dan berdosa.
2.       Golongan yang tidak mengambil tahu isu perkembangan dakwah tempatan tiba-tiba mengeluar kenyataan dakwah Dr zakir tidak sesuai dengan waqi’ tempatan Malaysia. Erti kata lain tidak sesuai dengan konteks negara ini.
3.       Golongan yang jahil silibus perbandingan agama dengan semberono memetik dalil ayat Qran “ Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am : 108) dan dengan melulu mengatakan Nabi tidak menghina sembahan agama lain dan Dr Zakir tidak mengikuti kaedah metodologi dakwah Rasulullah.
4.       Kebangkitan penyokong Dap yang ghairah mengusir Dr Zakir semberono tanpa tahu asal usul isu malah sebelum digembar gembur mereka tidaks sedar pun dakwah seumpama Dr Zakir telah lama berakar di Malaysia.
5.       Menteri PH yang dulunya ahli ahli dakwah belaka yang tiba-tiba mengomen Dr Zakir perlu henti dakwah dan tidak sesuai dakwahnya denga konteks Malaysia.

Komentar no 1
Untuk pengetahun bagi yang baru tahu kewujudan susuk bernama Dr Zakir Naik ini selepas dipopular oleh pengikut DAP yang ekstrim, beliau adalah tokoh yang popular dan telah lama berdakwah melalui metodologi dakwah perbandingan agama untuk membuka mata bukan Islam bahawa banyak lagi elemen dalam kitab mereka yang belum merek kaji dan apa perkaitan Nabi Muhammad dan Islam yang ada dalam kitab mereka. Beliau Cuma dikempen agar dipalit imej buruk kerana secara jahat dikaitkan dengan siri keganasan dan sebagainya.
Komentar no 2
Golongan ini sebenarnya hanya tinggal dalam gua sepanjang proses perkembangan dakwah di Malaysia. Tidak pernah mengambil tahu pun jatuh bangun dakwah di Malaysia. Apabila bangsa DAP bangun mengamuk kepada Dr Zakir mereka merasakan ada sesuatu yang konon sedang mencarik keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia tanpa usul periksa mereka pun menyokong pembantah Dr Zakir dengan mnemyebut ert waqi dan realiti sedangkan metodologi dakwah pun mereka jahil. Mereka tidak tahupun dakwah sebegini aktif di kampus, banyak dalam media sosial, malah ada kampus menyedia silibus pelajaran perbandingan agama.
Komentar no 3
Golongan ini pula tidak dapat membeza antara mengcaci menghina agama lain yang Allah larang dengan dakwah menghurai kitab-kitab antara agama yang juga kaedah dakwah Nabi di Mekah yang masyarakatnya majmuk juga. Nabi juga digelar pemecah belah dan penghina nenek moyang semasa Nabi menghurai banyak ayat-ayat Al Quran dari 3 juzuk terakhir Al Quran. Golongan ini tidak pernah membaca terjemahan 3 juzuk terakhir yang jika dibaca mereka pasti mereka membakar al Quran kononnya Al Quran itu menghina agama orang lain. Golongan ini jahil dan perlu menghadiri beberapa siri seminar dan bengkel dakwah antara agama.
Komentar no 4
DAP dan NGO yang membantah Dr Zakir ini sebenarnya cuba mencari satu isu yang boleh membantu dakwah yang sekian lama dibenci mereka dengan menacari susuk individu yang bukan warganegara sebagai punching bag. Dr Zakir ada nilai sepunya yang mampu diraih oleh emreka iaitu bersatu dalam semangat membantah orang luar menghina rakyat tempatan. Jadi kempen sebergini mudah. Mereka tidak mampu menghunus tohmahan dan merai kebangkitan rakyat menolak dakwah jika ia orang tempatan seperti NGO IPSI di Pulai Pinang, Bro Shah Kirit, Dr Ravi Abdullah, Dar Ridwan Tee, Dr Danial Zainal Abidin (juga orang kuat dakwah inter agama di Pulau Pinang dan ada buku tentang Bukti Muhammad dalam kitab agama lain yang dikarangnya) kerana mereka orang Malaysia. Kempen tidak akan berjaya. Maka memalu perang kepada Dr zakir lebih mudah dan mengalih banyak isu-isu kebejatan pemerintahan PH di malaysia.

Komentar no 5
Ini golongan yang alim dan bijak pandai malah mereka telah lama berkecimpung dalam dakwah sebegini berdekad lamanya. NGO JIM, IKRAM antara NGO yang kuiat bergerak dalam dialog sebegini. Tetapi selepas IKRAM mencium tangan DAP dan akur semua keputusan DAP kelihatan Menteri keluaran tarbiah tempatan mulai membantah kaedah Dr Zakir seolah-olah mereka baru dilahirkan ibu mereka  semalam. Seolah baru kenal Dr Zakir semalam. Malah dalam FB mereka sendiri dahulunya cukup mengiktiraf dakwah Dr Zakir kini FB mereka sernada golongan anti dakwah anti islam. Golongan ini lucu dan sedang memperbodohkan diri mereka sendiri. Nak haramkan dakwah Dr Zakir? Adakah PH berhasrat haramkan semua silibus perbandingan agama juga di kampus atas alasan rtidak sesuai dengan dakwah Malaysia.

Perlu diketahui…..
1.       Zakir Naik bknnya pencetus dialog inter agama atau banding agama, dia pun salah satu kader sahaja. Dahulu  IKRAM/JIM juga membawa semangat Ahmad Deedat (sebelum menyintai  DAP).
2.       Dahulu DAP tiada taring, jadi mereka tidak mampu menyentuh isu ini. Selepas berkuasa lihat bagaimana perangai mereka.
3.       Dr Zakir bawa keganasan?
a.       Berapa statistik kuil diserang sepanjang dakwah beliau?
b.      Tiada bomba mati disebabkan dakwah Zakir.
4.       Isu  Zakir Naik ni diprojek oleh DAP antaranya difikirkan logik untuk  tutup isu:
a.       Skandal ratusan ribu permohonan warganegara,
b.      isu tambak laut Pulau Pinang,
c.       isu rogol amah,
d.      isu Wanji ghaib dari hukuman kerana huina Raja Melayu,
e.      isu hutang negara mencacak naik 900 bilion dll.
5.       Adakah Dr Zakir yang guris keharmonian negara? SIapa yang keluar kenyataan di bawah?
a.       Siapa  menggelarkan kerajaan Kelantan sebagai Taliban.
b.      Siapa pernah mencadangkan agama Islam dibuang daripada kad pengenalan.
c.       Siapapernah memuat naik gambar bendera Malaysia dengan jalur warna hitam.
d.      Siapa pernah menuduh orang melayu yang mencetuskan ketegangan di kuil Seafield.
e.      Siapa pernah menggelar melayu kaum pendatang.
f.        Siapa pernah menghina Angkatan Tentera Malaysia.
g.       Siapayang semberono membantah tulisan jawi dalam silibus tetapi tanpa malu guna jwi dalam produk keluaran mereka.
h.      Siapa  pernah mengatakan orang-orang Hindu di Malaysia dipaksa memeluk Islam untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.
i.         Siapa sewaktu di Belanda mendakwa 10 ribu kuil hindu telah dirobohkan di Malaysia sejak merdeka dan 23 ribu lagi dalam risiko.
Jadi penganut islam yang melulu menghentam Dr Zakir lihat kembali anda dalam ketagori yang mana dan selamat mendalami dakwah antara agama sebelum menjadi lidah penghina Islam.

Bandar Puteri Jaya Sungai Petani
23 Ogos 2019
Jumaat

Sunday, August 18, 2019

UJIKAJI ISU PERKAUMAN PH


PERBANDINGAN AGAMA- SEKARANG BARU JADI ANCAMAN?

Zakir Naik bknnya pencetus dialog inter agama atau banding agama, dia pun salah satu kader shj. Dulu gang Ikram dalam PAN pun memuja Ahmad Deedat (sebelum cium tgn DAP). Tuuu gang kader dialog banding agama di IPSI P.Pinang, berlambak, tu Gang Shah Kirit.... Tu gang lajnah dakwah Kampus lembah kelang berlambak yang memang diasuh beberapa pendakwah saudara baru yg hebat.....
Dulu DAP tak da taring, mana dia sentuh gang ni semua kan? Tu silibus banding agama pun dah ada di kampus kampus....
Huuuh byk DAP nak kena kerja keras halau dan lapor polis untuk tangkap semua....
Cuma Dr Zakir ni org luar tu ja yg mudah.... Pidato,kursus dan kelas Perbandingan agama ni dah lama dah.... JIM antara ungguli program dakwah melibatkan kaedah warisan Ahmad Deedat ini..Dr Danial antara pengarang kitab perbandingan yang tidak disangkal sesiapa.... Kita tau pure IKRAM xsetuju...tapi apa blh buat....bos is DAP... yang gang tak ambik tau silibus perbandingan agama ni copy paste ayat DAP ja

NOTA BEDAH BUKU : FAHAMAN DAN IDEOLOGI UMAT ISLAM



NOTA BEDAH BUKU :  FAHAMAN DAN IDEOLOGI UMAT ISLAM
Penulis : Y.B Tuan Guru Hj  Abdul Hadi Awang
Ulasan : Saudara Muhammad Nuruddin Bashah[1]

BAB 17: SEKULARISME
  1. Definisi:
    1. Konsep Ad Dahri (golongan masa/atheis) adalah asas no 1 sekular.
    2. Saeculum bermakna masa kini. Dan ia juga bererti peristiwa-peristiwa masa kini.
    3. Al-Qaradawi lebih cenderung kepada ‘ilmaniyyah, sedangkan al-Attas lebih kepada ‘almaniyyah[2].
  2. Mudah berkembang dan diterima kerana seolahnya ia adalah konsep yang “up-to-date”.
  3. Istilah "sekularisme" pertama kali digunakan oleh pengarang British George Holyoake pada 1851. – tetapi gerakan pemikiran ini bergerak atas nama Romantisme, Humanisme lebih awal lagi semasa Renaissance (bermula semasa kemelut dunia Islam  1492 M).
  4. Pengaruh Sekularisme Kepada Umat Islam – Modernisme, Modernisme Pan Islamisme, inferior menerima ombak lambakan ilmu sari superior.
  5. Gerakan Sekularisme Dalam Negara Islam –Pasca Islamisme (katanya menunggang sekular untuk Islam)
BAB 18: NASIONALISME
  1. Definisi : mempertahan kedaulatan sebuah negara dengan wujudkan konsep identiti bersama untuk sekelompok manusia.
  2. Jenis jenis fahaman Nasionalisme.
    1. Nasionalisme kenegaraan
    2. Nasionalisme etnisme
    3. Nasionalisme Budaya
    4. Nasionalisme agama
    5. Nasionalisme romantisme.
  3. Nasionalis menganggap negara adalah nation bukan kingdom atau state sahaja.
  4. Beza kan istilah antropologi:
    1. Bangsa (Nation)
    2. Ras (race)
    3. Etnik (ethnic)
  5. Islam dan Nasionalisme : pertarungan yang cukup lama. Bezakan Nationalisme modernisme Pan -Islamisme Muhammad Abduh, Sheikh Al Hadi, pembawaan Prof Zulkifli Muhammad ke Malaya, PKMM, Hizbul muslimin, PAS pra 80an denga  pasca 80an dan pasca PRU 14.
    1. Bezakan Nasionalisme istana feudalisme  dengan nationalisme ultra melayu contra Istana.
    2. Perbandingan Nasionalisme dengan Islam
  6. Bezakan konsep : (ambil takrifan al Banna yang menolak nasionalisme Arab)
  7. Watoniyyah
  8. Qaumiyyah
  9. Garis nipis setebal membran sel antara Nasionalisme dengan chauvinisme.
  10. Nationalisme dan chauvinisme mengandungi unsur = etnocentrism sama ada melampau atau tidak mlampau sahaja.

BAB 19: KAPITALISME
  1. Dasar-dasar Kapitalisme
  2. Kapitalisme -  pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan.
  3. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Kapitalisme berasal dari perkataan ‘ capital ‘ yang bermaksud “modal”.
  4. Dikenali sebagai laissez faire.
  5. Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan.
  6. Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh.
  7. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.
  8. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian.
  9. Abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan disebarkan ke seluruh dunia -  penerokaan dan penjelajahan Barat.
  10. Penubuhan negara bangsa (Nationstate) pada abad ke-16 Masehi juga turut menggalakkan perkembangan Kapitalisme.  – ‘Nationstate’ pada 1500 adalah seperti Portugal, Belanda, Britain, Amerika dan berlainan dengan konsep Christandom sebelumnya (Rom Timur bermula 300 M) Barat, Frank, Kerajaan Slav, Kerajaan Anglo Saxon, Kerajaan Norman, dll yang berasas aqidah Kristian  hingga 1000 M era Perang Salib).
  11. Perkembangan kapitalisme Malaysia yang cuba dihwaikan oleb Gomez dan Jomo bertitik tolak daripada  kesan pelaksanaan dasar kolonial British yang mewujudkan rnasyarakat majmuk di Malay sia dan pembahagian bidang ekonomi mengikut kaum.
  12. Perbandingan Kapitalisme dengan Islam –
    1. Ekonomi kapitalisme : suatu disiplin ilmu mengenai cara manusia membuat pilihan dalam penggunaan sumber produksi yang terhad untuk menghasilkan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan dan mendistribusikannya kepada anggota masyarakat untuk digunakan.
    2. Sistem Ekonomi Islam adalah suatu sistem ekonomi -  syariat Islam dengan berpedoman kepada Al-quran dan Al Hadis. Meliputi kegiatan perekonomian seperti jual-bel, simpan-pinjam, investasi, dan berbagai kegiatan ekonomi lainnya. Pada pelaksanaan - menghindaari semuanya yang sifatnya Maisyir, Gharar, Haram, Dzalim, Ikhtikar dan Riba.

BAB 20: KOMUNISME
  1. Pengasas: Komunisme adalah ideologi (dalam bidang politik) yang dicetuskan oleh Karl Marx dan Fredrich Engels, yang hendak menghapus hak-hak milik perseorangan dan menggantikannya dengan hak milik bersama yang dikontrol oleh negara.
  2. Definisi:
    1. Komunisme adalah sebuah aliran berfikir berlandaskan kepada atheisme,yang menjadikan material sebagai asas. Ditafsirkannyasejarah berdasarkan pertarungan kelas dan faktor ekonomi.
    2. Konsep asas  :
                                                               i.      Diealektika sejarah
                                                             ii.      Pertarungan kelas
                                                            iii.      Perjuangan proletariat

  1. Perkembangan Ideologi Komunisme
    1. Fahaman komunis ini diperkenalkan oleh Karl Marx pada 1847 melalui  Manifesto Komunis yang  pernah menjadi anutan berbilion manusia dahulu.
    2. 1859 Terbitnya origin of species tetapi Marx dah bawa awal konsep darwinisme.
    3. Namun, fahaman tersebut mula berkembang hanya pada sekitar 1900, sesudah Marx meninggal berbelas tahun. 
    4. Kemudian,  menerusi hasil Revolusi Perindustrian di negara-negara Eropah, semakin banyak wujudnya golongan yang tertindas dan menjadi mangsa kepada golongan yang rakus menggunakan kekuasan dan kekayaan.
4.            Menurut Manifesto Komunis,Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama[2]:

a.       Penghapusan Hakmilik Persendirian.
b.      Cukai Pendapatan Progresif yang Berat.
c.       Penghapusan Hak Harta Pusaka.
d.      Perampasan Hak Pemilikan Harta.
e.      Kewujudan Bank Pusat.
f.        Sistem Komunikasi dan Pengangkutan Milik Penuh Kerajaan.
g.       Kilang dan Kawasan Pertanian dimiliki Kerajaan.
h.      Golongan Pekerja Dikawal Kerajaan.
i.         Perancangan Serantau dan Perladangan yang Dikorporatkan.
j.        Pendidikan di bawah Kawalan Kerajaan.
5.            Fakta Kesulitan Melaksana Komunisme Marxisme :
a.       Konsep ini dianggap tidak mampu dilaksana oleh Marx sendiri- tidak realistik.
b.      Dilaksana oleh tyrant rakus yang bukan ahli fralsafah tetapi hanya menungga idea Marx untuk legitimasi empayar mereka.
c.       Komunisme tidak seiring dengan Fasisme walaupun sama sama zalim sdama sama jahat.
d.      Monopoli yang dilakukan oleh pihak pemerintah tentunya akan sangat merugikan masyarakat. Disindir dalam Novel Animal Farm.
e.      Hak Asasi Manusia atau HAM tidak lagi dihargai dan masyarakat banyak yang tertindas karena hal tersebut.
f.        Anti agama menyebabkan ia bercanggah majoriti manusia di bumi.
BAB 21: SOSIALISME
Sejarah dan Tokoh
  1. Penggunaan istilah “Sosialisme” sebgai suatu aliran faham politik dan gerakan sosial mulai tejadi dalam gerakan sosial yang dipelopori oleh Robert Owen di Inggris dalam tahun-tahun 30-an abad ke-19.
  2. Di Eropa, misalnya, pada zaman Yunani Kuno, - konsep “masyarakat ideal” yang diidam-idamkan oleh Plato (427-347 Sebelum Masehi).
    1. Menurut cita-cita Plato, masyarakat yang sempurna itu berbentuk negara Republik dengan kaum Kesatria sebagai pillar.
    2. Mereka hidup secara kolektif di dalam asrama-asrama yang disediakan oleh negara.
    3. Mereka tidak mempunyai hak milik perseorangan atas apapun juga.
    4. Segala kebutuhan hidupnya dijamin oleh negara, bahkan negara menyediakan wanita-wanita pilihan untuk dijadikan isteri mereka.
    5. Anak-anak mereka sejak lahir sudah dipisahkan dari orangtuanya dan dipelihara serta dididik oleh negara dalam tempat-tempat yang disediakan khusus untuknya.
    6. Kaum ibunya hanya diperkenankan datang ke tempat-tempat itu pada waktu-waktu yang sudah ditentukan untuk menyusui anak-anak yang ada disitu tanpa mengenali anaknya sendiri atau bukan.
    7. Pemimpin  dipilih diantara kaum ksatria itu. Demikianlah garis besar “masyarakat ideal” yang diimpikan oleh Plato pada waktu itu.
  3. Selain itu, dari sudut sejarah Eropah pula, falsafah penentangan terhadap sistem kapitalisme ini telah berlaku bermula pada abad ke-18 oleh Thomas Paine.
    1. memperjuangkan prinsip yang hampir sama seperti falsafah sosialisme walaupun istilah sosialisme itu belum wujud.
    2. Prinsip tersebut terkandung dalam Agrarian Justice bertujuan untuk penyelarasan pencukaian pemilik harta bagi keperluan golongan miskin.
    3.  Oleh itu, para sarjana menyimpulkan bahawa falsafah Agrarian Justice jelas mempunyai falsafah yang sama dengan falsafah sosialisme yakni konsep keadilan ekonomi.
    4. Namun begitu, pada tahun 1789, istilah ‘sosialisme’ muncul selepas Revolusi Perancis oleh Comte Henri de Saint-Simon. Beliau menggunakan istilah ‘sosialisme’ kerana ingin membezakan mereka dengan doktrin liberal ‘individualism’.
    5. Oleh itu fahaman ini tersebar di Perancis dan Britain sekitar awal abad ke-19.
    6.  Antara ahli falsafah yang terpengaruh dengan laungan sosialisme ini ialah Robert Owen, Charles Fourier, Pierre-Joseph Proudhon, Louis Blanc, dan Saint-Simon.
    7. Mereka menggunakan gelaran Associationism yang berpegang kepada kepada teori utopian yang bertujuan untuk mengkritik kemiskinan dan ketidaksaksamaan yang keterlaluan di Eropah.
  4. Konsep terkini sosialisme moden :
    1. Anti feudal
    2. Gerakan emansipasi
    3. Liberal agama tetapi masih tegar sosialisme ekonomi tetapi kadangkala murtad juga dari sosialisme.
Perbandingan Sosialisme dengan Islam – artikel Nuruddin dalam tajuk Unsur Kebajikan dalam Sosialisme
BAB 22: FREEMASON
Sejarah Penubuhan – Artikel Nuruddin
Penubuhannya penuh rahsia. Sesetengah berpendapat Freemason ini ditubuhkan pada zaman raja Herod Agrippa I (10 SM- 44 M) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang pemerintah Yahudi bagi menentang perkembangan agama Kristian pada masa itu. Seawal zaman Nabi Zakaria.
Penubuhan diterus oleh Askar Templar semasa Perang Salib.
Unsur spiritualisme, sihir Babylon, mistik Bani Israel bergabung dengan cita-cita politik.
Gerakan yang luas dan bukan sekadar melibatkan kaum Yahudi tidak seperti Zionis yang masih terbatas dan dibintangi oleh yahudi Ashkenazi sahaja.
Terlibat dalam Dalam Beberapa Kekacauan Dunia – Artikel Nuruddin
Lions Club
Rotary Club
SEKIAN SELAMAT MENDALAMI ILMU IDEOLOGI


[1] Penulis merupakan penulis sambilan, berlatar belakang Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM, Diploma Pengajian Islam KPTI Caw Ipoh dan kini sedang menyambung pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam di OUM.  Dalam PAS bertindak selaku Pengarah Jabatan Strategik DPPNK 2019-2020.
[2] Al-Qaradawi misalnya menyatakan bahwa menerjemahkan sekularisme sebagai ‘ilmaniyyah tidak saja “satu terjemahan yang tidak teliti (ghayru daqiqah)”, tetapi juga “satu terjemahan yang tidak betul (ghayru sahihah),” karena “perkataan [sekularisme] itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan lafaz al-‘ilm (ilmu) dan akar.

SEJAUH MANA POLIS BERSAMA PH?



SEJAUH MANA POLIS BERSAMA PH?
Muhammad Nuruddin Bashah
Ahli PAS
Undi polis pada PH berkurang pasca PRU 14.
Pada PRU 14 lalu anggota keselamatan kebanyakkan memberi undi kepada PH dan diakui sendiri oleh Penolong Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Dr Ong Kian Ming yang menjelas kepada media analisa sokongan undi pos kepada PH.
Pada 8 April sebelum pembuangan undi di PRK Rantau, Dr. S.Streram mmeberi komen bahawa pihak beliau (PH) yakin bahawa anggota polis dan tentera akan mengundi beliau pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau esok (Selasa).Setakat ini, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan anggota polis di DUN itu dan mendengar permasalahan mereka.“Saya fikir mereka akan mengundi calon PH dan saya merayu kepada mereka untuk beri peluang kepada kita dan memenangkan kerusi ini sebab saya sudah jumpa polis walaupun saya belum jumpa tentera. Saya fikir mereka akan menyokong kerajaan PH,” katanya kepada media selepas melakukan kempen bertemu pengundi di Pekan Mambau pada Isnin[1].
Hal ini terjadi sebaliknya selepas beberapa bulan pentadbiran PH. Misalnya dalam PRK Cameron Higland, PH mensasarkan peningkatan sokongan pengundi awal dan pos daripada sekitar 10% hingga  40% sekiranya ingin merampas kerusi Cameron. Sebaliknya keputusan menyaksikan bahawa dalam PRK Cameron Highland Daripada 122 undi pos, 70.3% dimenangi oleh BN, peningkatan sebanyak 13.4% manakala PH menambah 10% sokongan pengundi pos daripada 13.7% kepada 23.8%. Kebanyakan sokongan PAS daripada pengundi pos pergi ke BN dalam PRK dengan PH mendapat selebihnya. PH tidak dapat mencapai tahap sokongan 40% dalam PRK[2]. Manakala dalam PRK Rantau, , calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan mendapat 113 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram hanya menerima 10 undi.
Isyarat ini difahami PH namun mereka kelihatan  tidak mahu  belajar daripada keputusan PRK yang ada.

Sejarah PDRM dan hubungan dengan kerajaan
Sebelum sembang politik, mari kita tinjau bagaimana wujudnya PDRM dan bagaimana hubungan eratnya dengan raja Melayu, tradisi, budaya Tanah Melayu, sinonimnya dengan Islam dan sebagainya. Menurut laman sesawang bekaspolis.com sistem kepolisan di negara ini bermula dengan berkuat kuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam yang diperkenalkan oleh King George III itu telah memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa perundangan, penguatkuasa lalu membawa kepada penubuhan Pasukan Polis di negeri itu.
Menjelang awal abad ke-20 kesemua negeri di Tanah Melayu telah mentadbir Pasukan Polis sendiri, masing-masing dengan sejarah, tradisi dan peranan yang berbeza-beza. Hampir kesemua pasukan itu menjalankan fungsi separa tentera. Mereka pastilah orang melayu yang taat kepada Raja, beragama islam semestinya dan faham budaya setiap negeri masing-masing. Bermakna polis tanah melayu bukan sistem polis sekular. Ia bukan kaku dan tiada nafas budaya. Polis tanah Melayu memiliki citra tempatan yang kukuh.
Perkembangan politik di Tanah Melayu akibat campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah membawa perubahan pada Pasukan Polis. Bermula dengan penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871 dan kemudiannya penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896, sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali berubah sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbiran di bawah panji-panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963. Selepas Tanah Melayu bebas daripada pemerintahan Jepun pada 1 April 1946, Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, Polis Malayan Union telah ditukar nama kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pasukan ini telah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Polis.
Sebagai anak tempatan Polis Tanah Melayu berjuang mempertahan kemerdekaan hingga titisan darah terakhir. Perjuangan dan pengorbanan serta khidmat bakti anggota pasukan polis dalam mempertahankan negara dari ancaman pemberontakan bersenjata pengganas Komunis semasa tahun-tahun Darurat 1948 – 1960 telah membawa kepada penganugerahan gelaran ‘DiRaja’ kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958. Pada 11 November 1961, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan menganugerahkan Panji-panji DiRaja kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Panji-panji DiRaja yang menjadi kebanggaan dan kemegahan pegawai dan anggota Pasukan Polis ini mengandungi lambang Polis DiRaja Persekutuan Tanah Melayu dan disulam dengan benang perak perkataan ‘Darurat 1948 – 1960’. Baik, kemudiannya Sabah Sarawak yang tanpa raja itupun disatukan polisnya dengan semenanjung dan ini tidak memberi kesukaran budaya kerana budaya nusantara dengan Raja berpisah tiada.  Apabila negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dalam Malaysia pada 16 September 1963, Pasukan Polis telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.
Politik Liberal PH memugar budaya
Hari ini kita melihat wajah baru politik baru Malaysia Baru bawaan PH adalah menyajikan rakyat dengan budaya politik, sosial dan budaya yang liberal iaitu kelihartan cuba membebaskan diri daripada akar budaya dan sosial tradisi Malaysia. Pemugaran budaya dan soial besar besaran dilakukan mereka cukup menjolok mata dan nurani kaum pribumi dan bumiputera khasnya.Bermula isu bahasa, tulisan bahasa kebangsaan, pandangan politik dan interaksi mereka dengan istana, dasar skeptikal dan negatif terhadap penjawat awam yang rata-ratanya bumiputera, cuba meliberalkan perlembagaan dengan ratifikasi Statue Rom dan ICERD, isu penginaan islam yang tidak ditangani secara komprehensif, isu pertikaian koata bumiputera dalam pelbagai aspek, isu gugur kalimah islam dalam IC, mengaitkan perpaduan PAS UMNO sebagai pengganas dan sebagainya kelihatan galak dilakukan melebihi reformasi ekonomi yang mereka laungkan pra PRU 14 lalu. Memlikih secara drastik kaum bukan Islam memegang jawatan utama negara, Hakim Negara, Peguam Negara, menguasai TH melalui pemugaran rganisasi dan meletak non muslim mebguasai simpanan umat islam adalah tindakan yang menjadi api dalam sosial tanahair.
Sikap PH ini pastilah mengecewakan penjawam awam, anggota keselatan terutamanya polis yang sekian lama menjunjung perlembagaan dan budaya Malaysia yang tiada diskriminasi kaum selama ini.
Tradisi Polis adalah taat dan patuh kepada Raja dan ini yang boleh mudah difahami dengan kalimah DiRaja pada nama mereka sendiri. Mereka cenderung mendokong feudal dan jika sebarang usaha menghakis perkara ini ia berhadapan dengan pertentangan budaya yang dahsyat dan PH akan menerima akibat lebih malang dalam siri pilihanraya akan datang.

Kebejatan PH pada Polis secara langsung atau tidak langsung
Sesiapa pun yang tiada penyakit otak boleh mengingati bahawa Pakatan Rakyat dahulu cukup mendewakaln kalimah-kalimah daripada parti komponen tertentu dalam PR/PH  khususnya dengan menyebut polis sebagai alat dan aparat kerajaan kerana kecewa dengan tindakan polis yang tidak menyebelahi kerajaan. Malah lebih dahsyat terdapat laungan polis anjing kerajaan yang pasti mengguris perasaan anggota PDRM.
Islam yang dilanyak sepanjang PH memerintah juga pasti memberi kesan kepada sokongan anggota keselamatan. Mari perhatikan beberapa kes melibatkan ‘nasib’ dan ‘batang tubuh’ Islam dilanyak sepanjang PH memerintah:
  1. Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.
  2. Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu. Katanya, jika dilihat, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum namun mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama[3].
  3. Beberapa FB kaum Cina, Melayu, India yang menguna Nabi, syariat Islam serta menghina Allah didiamkan oleh pemimpin PH terutama yang beragama islam[4]. Hanya PDRM sahaja yang terkial kial menamngkap dan mendakwa mereka. Itupun hukuman yang dijatuhkan dianggap tidak adil oleh Maestro pilitik DAP Lim Kit Siang. Tiada pula ada pemimpin PH mengeluar kenyataan menasihati Lim Kit Siang ini.
  4. Kemenangan PH kelihatan tiket bebas bagi kaum liberal, kafir menghina Islam secara terbuka. RBA, cybertroper yang dikelapasti pendokong PH banyak memuat naik gambar dan kenyataan yang mengina Rasulullah dan syariat[5].
  5. Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’. Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam[6].
  6. DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Sebelum ini exco Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat berkenaan isu menutup aurat. Chong Eng menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan[7].
  7. Mengait isu nikah kanak kanak dengan Kelantan. Ahli Parlimen daripada DAP, Kasthuri Patto mencetuskan kemarahan netizen khususnya dalam kalangan umat Islam berikutan statusnya yang menyentuh mengenai laporan berkenaan dasar tiada pusat hiburan di Kelantan. Ahli Parlimen Batu Kawan itu memuat naik status berbunyi `Maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan?’ dalam status laman sosial Facebooknya seolah olah orang Kelantan tiada hiburan amak akan menjadikan kanak-kanak sebagai hiburan dan semua mengetahui ahli Parlimen itu cuba mengaitkan syariat nikah islam dengan gejala seks kanak-kanak. Tindakannya itu mengundang kecaman dan kemarahan netizen yang menyifatkan beliau sebagai melampau sekali gus mendesak penjelasan lanjut wakil rakyat berkenaan[8].
  8. DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak.
  9. DAP jelas tidak mahu islam sebagai agama persekutuan. Pada Januari 2019 yang lalu, YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010. Apabila diasak mereka pasti akan mengeluar isi hati sebenar mereka terhadap Islam. Pada tahun 2010 dahulu Mendiang Yb Karpal pernah mengatakan DAP bersetuju Islam agama rasmi Persekutuan. Katanya DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan  mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya[9].Pada 2013 lalu Lim Guan Eng[10] pernah mengeluar satu ketetapan DAP kononnya DAP akan :
    1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
    2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
    3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel  3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
    4. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.
Tetapi umum melihat satu satu 4 perkara diatas dilanggar DAP dan PH.
  1. PH juga ghairah untuk menuntut negara agar meraktifikasikan ICERD yang membawa kesan domino buruk kepada hak bumiputera, raja melayu, keutuhan institusi agama Islam dan sebagainya. Tulisan ini amat kecil untuk menampung ulasan panjang lebar berkaitan petaka ICERD namun jelasdalam PH sendiri beratakan kerana kelihatan BERSATU cenderung menolak ICERD diikuti ‘pendirian flip flop’PM dalam isu ini yang meresahkan sekularis dalam PH. Semestinya anggota Polis dan tentera yang menjunjung Perlembagaan dan sistem Beraja akan menolah ICERD walaupun secara senyap.

  1. Sikap dan perangai memusuhi istana atau serti kata lain biadab dengan raja juga kelihatan menjadi-jadi kini. Sepanjang PH memerrintah kaum bukan Melayu dan segelintir sekularis melayu menonjol sikap menghina mem’pariah’kan raja melalui karikatur, ulasan biadab di media sosial dan sebagainya. Walaupun ada tindakan polis kepada yang terlibat tetapi sikap para meneri dan pucuk pimpinan PH sendiri yang menunjuk contoh tidak menghormati Raja menjadikan tangkapan polis itu  sekadar ‘ada’ sahaja. Lihat sahaja keberanian pendokong PH serta pemimpin senior PH sendiri melakukan tindakan biadab mengeluar kenyataan-kenyataan menghina Raja melayu di Forum awam Statut Rom yang diadakan  di UM. Rentetan itu Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Luar Negeri dengan pantas menggelarkan ‘Profesor Kangkung’ kepada sekumpulan ahli Akademik ekoran pandangan mereka tidak selari dengan kerajaan dalam isu Rome Statute yang dianggap sangat menghina dan tidak wajar[11].Tindakan Kerajaan yang tidak jadi menandatangani Statut Rom dikeji Ahli parlimen DAP Batu Kawan, YB Kasthuri Patto dengan menyifatkan tindakan tarik diri yang dilakukan kerajaan dari Statut Rom adalah sesuatu yang “bodoh, bangang dan mementingkan diri sendiri[12].
Kes rusuhan yang dianggap berpunca kelemahan polis pasti menimbulkan ketidakpuashatian pasuka polis yang senantiada ke hadapan menangani sebarang rusahan dan himpunan. Misalnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya beberapa bulan yang lalu. Menurut beliau polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil. Sebagai menteri seharusnya kenyataan di saat api perkauman meningkat adalah kenyataan menyelesai bukannya point fingger. Waytha sebelum ini terkenal dengan kenyataan rasisnya di luar negara sehingga memburuk nama baik negara kita.
Insiden orang awam (petugas pilihanraya PH) yang mengeledah kenderaan  MPV milik PDRM adalah kemuncak kebiadaban dan kebodohan PH mengawal tingkah laku ahli mereka. Mereka tidak diadabkan lantaran kelihatan pergaduhan kerap berlaku semasa pemilihan parti serta kes bertumbuk sesama mereka  pasca pilihanraya Rantau yang lalu.  Dalam kes geledah MPV Polis mereka memaksa untuk memeriksa kereta peronda polis (MPV), pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau  di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, dan mendakwa anggotaplis  membawa lebihan kertas undi. Apa hak mereka untuk memeriksa MPV polis kerana mereka orang awam dan apabila bonet kereta dibuka, hanya peti ubat dan peralatan[13]. Mereka tak ubah kaduk naik junjung.
Usaha cuba memartabatkan tokoh komunis sebagai wira negara adalah suatu tindakan biadab dan langsung buta sejarah yang teruk. Adakah anggota keselamatan yang kehilangan keluarha, anggota badan dan cacat seumur hidup selama ini menentang komunis wira negara? Ini tindakan paling tidak bijak oleh pendokong kerajaan terutama sekularis muda yang sibuk berwacana dalam bilik hawa dingin tanpa tahu realiti sejarah[14].
Terkini tindakan PH membubarkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mengecewakan para veteran PDRM. Task Force ini kesemuanya memiliki pengalaman hebat dan terlatih khas menangani jenayah terancang, kongsi gelab dan sebagainya. Atas alasan pertindihan tugas, ia bukan alasan baik untuk membubar terus sesuatu organisasi yang berwibawa seperti ini. Tindakan PH hanya memberi untuk kepada penjenayah terancang tidakkah mereka sedar kesannya?
Rentetan keputusan PRK Rantau mari kita renungi kata-kata Dr. Ong Kian Ming  Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah Kebangsaan Pendidikan Politik untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) “Walaupun PH berkuasa di peringkat persekutuan, kita tidak boleh mengandaikan bahawa akan ada perubahan semulajadi dalam sokongan kepada kerajaan persekutuan di kalangan kumpulan yang dilihat banyak bergantung kepada sokongan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. Ini termasuklah masyarakat Orang Asli dan peneroka FELDA, dua kumpulan pengundi yang paling penting di Cameron Highland”.



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)