Wednesday, August 28, 2019

PRIMORDIALISME YANG MEMBINA BANGSA MALAYSIA ADALAH COMMON VALUE PEMBANGKANG


PRIMORDIALISME YANG MEMBINA BANGSA MALAYSIA ADALAH COMMON VALUE PEMBANGKANG

Muhammad Nuruddin Bashah

Menyaksikan forum Town Hall Pemuda Kedah ( 27 Ogos 2019) yang melibatkan 4 Ketua Pemuda Negeri Kedah, dari parti PAS, Umno, MCA, MIC cukup mengujakan dan menyedari betapa saf pembangkang bakal memberi sengatan berbahaya kepada PH pada pilihanraya akan datang baik Umum atau kecil. Menarik semalam di Dewan Al Amin Kg Bagan Alor Setar, topik bernilai sepunya  iaitu Perpaduan Dalam Realiti Anak Muda dikupas secara santai, berisi, tanpa emosi, memiliki semangat bernilai sepunya yang amat tinggi dan padu.

Oh alangkah marah dan gelisah PH jika mereka melihat satu demi satu lagi forum sebegini jika dianjur pula oleh UMNO, MIC dan MCA yang juga melibatkan 4 parti pembangkang utama ini kerana grand design mereka memecah-belah pembangkang dan menjatuhkan self esteem MCA dan UMNO khususnya kini kian tidak ampuh dan tidak menjadi. MCA dan UMNO tiada sebab untuk jatuh moral jika mereka ikhlas berpolitik untuk rakyat. Hanya sekali dipalu rakyat tidak wajar bagi mereka  jatuh moral terlalu lama.

Apa perlunya nilai sepunya dijulang? Nilai sepunya atau common value adalah titik sama (homofili)  yang menjadi rujukan untuk menyatupadukan saf ketumbukan pembangkang untuk menumbangkan PH dalam misi menyelamatkan Malaysia daripada dijarah, dirosakkan sosial, ekonomi dan budayanya melalui agenda gila mereka iaitu liberalisasi sosial yang cukup merosakkan.
Saya tidak berkesempatan berucap soalan atau pandangan semalam tetapi pada pemikiran saya ligat bermain apa yang saya tekankan dalam tulisan ini iaitu common value yang menyatukan bukan perbezaan titik yang membisahkan dan membinasakan. Ya common value utama dalam 4 parti tua dalam negara ini adalah nilai primordialisme yang menjadi amalan dan paradigma para pemimpin dan ahlinya sekian lama samada mereka sedari atau tidak.

Secara umum, primordialisme adalah sebuah pandangan atau faham yang memegang teguh hal-hal yang dibawa sejak kecil leluhur kita, baik mengenai tradisi, adat-istiadat, suku bangsa, ras, agama, kepercayaan, daerah asal kelahiran, serta segala sesuatu yang ada di dalam lingkungan pertamanya sesuatu masyarakat.

Primordialisme sebagai identiti  sebuah golongan atau kelompok sosial merupakan faktor yang penting dalam memperkuat ikatan golongan atau kelompok bersangkutan dalam menghadapi ancaman dari luar. Sebenarnya nilai primordialisme inilah yang disatukan dalam rukunegara negara kita. Primordialisme dibenci liberalisme sebagaimana mereka membenci aliran fikir romantisme.
Lihat isi kandungan Rukunegara.

·         Kepercayaan kepada Tuhan
·         Kesetiaan kepada Raja dan Negara
·         Keluhuran Perlembagaan
·         Kedaulatan Undang-undang
·         Kesopanan dan Kesusilaan

Perhatikan bagaimana unsur sepunya terbesar dalam masyarakat kita diterjemah iaitu percaya adanya tuhan dan tidak menganut fahaman atheis yang merosakkan sosial.  Nilai sepunya dalam Rukunegara ini jika dipegang erat maka baiklah kerukunan rakyatnya, terbinalah masyarakat yang tahu adab sopan, menghormati nilai bersama, memahami nilai sejarah susah payah membina negara dan tidak menjentik isu sensitiviti yang yang senagaja dicipta atas nama Malaysian Malaysia yang cuba melakukan aksi re-engineering sosial negara kita.

Rakyat kita majoriti tidak menerima liberal. Lihat sahaja budaya beragama kita menatijahkan masyarakat yang masih menolak budaya LGBT yang bernafsu buas. Namun, tidak bermakna juga rakyat kita ortodoks, lembab dan tidak berdaya saing.

Pasca modernisme cuma membawa naratif dan takrifan nilai kemunduran dan kekakuan akal bagi mana-mana pihak yang mengenggam agama dan budaya,  sebaliknya bagi golongan happy go lucky, free thinker, sekular, bebas mengkritik bersuara menguris sesiapa sahaja, mereka dianggap moden, maju dan berfikiran maju. Ini fahaman yang sakit. Mereka sakit dalam fahaman sosiologi. Mereka jahil dalam resepi kemakmuran dek kerana tergila mengejar fahaman ‘pop’ iaitu libralisme yang kononnya memajukan negara hingga mereka ghairah :

  1. Mengkritik ketuhanan sendiri
  2. Menghina agama lain Nabi dan pihak lain
  3. Menghina raja-raja yang sekian lama memayungi rakyat
  4. Menghina bahasa eka (kebangsaan) dan tulisan Eka (tulisan rumi melayu)  serta warisan negara iaitu jawi
  5. Mengguna bahasa dan tulisan selain bahasa melayu dalam agenda rasmi yang menjelekkan rakyat.
Sikap mereka tyang menjolok mata dan hati ini tidak pula mereka tampilkan sepenuhnya sebelum memenangi PRU-14 dahulu. Bermakna jika ditampil awal sahlah mereka akan kalah PRU,  kerana selain ekonomi yang mampu menarik minat pengundi, unsur tradisi dan primordialisme juga merupakan unsur yang diambil kira oleh rakyat untuik memilih. Mereka sanggup  memilih PH bukan bermakna mereka sanggup meliberalisasikan budaya mereka dan keharmonian antara kaum misalnya sejarah  bisnes sesama rakyat yang aman sekaian lamanya.

Reaksi kaum melayu memboikot barangan selain bumiputra memberi kesan bukan sahaja kepada DAP tetapi rata rata kaum bukan melayu yang tidaklah berfahaman liberal seperti DAP. Bermakna corak tadbir DAP memberi kesan buruk kepada kaum bukan melayu juga sebenarnya, dan mereka pasti terasa lebih lagi kesan ini menjelang 5 tahun pentadbiran PH ini.

DAP  adalah parti sekian lama memain politik  anti establishment, anti budaya perdana negara kita walaupun tiada di perlembagaan parti tetapi tindak tanduk mereka begitulah nampaknya. Parti DAP bukan senang dirombak budaya dan tradisi juangnya. Sekularisasi sepenuhnya  adalah hajat mereka. Sekularisasi sepenuhnya ini  pasti menggoncang tradisi primordialisme rakyat yang rata rata aman beragama, aman bersosial, menghormati raja, setia kepada negara dan tidak bersuara bagi pihak negara luar. (rujuk kes P Ramasamy)

Seperti kata-kata Ketua Pemuda MIC semalam, sekian lama MIC berjuang, tiada suntikan menyanggah Rukunegara digagaskan, malah mereka berjuang meminta hak bagi kaum mereka secara baik tanpa perlu membanding-banding apa yang bumiputera atau masyarakat terbanyak perolehi.  MIC walaupun nampak berjuang atas nama ras masyarakat berasal India, mereka tidak mengamal chauvinsime yang memberi tekanan sosial kepada negara. Berbeza pandangan dalam hal agama dan budaya pastilah berlaku kerana itulah hakikat hidup bermasyarakat tetapi jika teras kerukunan dipegang mana mungkin berlaku ketegangan seperti hari ini.

Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri mengakui laporan polis dalam isu menghina agama dan Nabi, Tuhan dan Raja meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.  Ini indikator yang jelas memberi isyarat bahawa Malaysia perlu kembali kepada keharmonian asal.

Tidak seperti PH common value mereka bertahun lamanya adalah bencikan DSN, isu 1MDB yang samar-samar, mencari isu Rosmah yang juga belum terbukti dan bermain angka statistik ekonomi secara sewqenangnya untuk memanipulasi persepsi ahli mereka dan rakyat umumnya.

Berlainan Parti pembangkang kini, mereka  kelihatan memiliki nilai common value yang menjungjung perpaduan, keutuhan perlmebagaan, tradisi agama menurut aturan perlembagaan dan ia jelas ditampil sekain lama oleh parti PAS, UMNO, MCA dan MIC masing-masing. Jika bergerak atas isu semata-mata dan punching bag yang samar samar, keutuhan inter-parti tidak akan kekal dan terjadilah seperti kerosakan dalaman PH hari ini. 

Parti pembangkang perlu insaf, melakukan rebranding yang agresif agar palitan moral, rasuah, korupsi tidak berulang. Hakikatnya rakyat mahu kerajaan yang terdahulu cumanya perlu dipugar budaya dan amalan politik yang tercemar. Kerana rakyat masih kuat menggenggam primordialisme, tradisi dan peribadi Bangsa Malaysia selama ini. Rakyat Malaysia tidak suka budaya liberal yang merosakkan walaupun  mungkin mereka tidak mampu mendefinisikan liberalisme dengan baik.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)