NOTA BEDAH BUKU : FAHAMAN DAN IDEOLOGI UMAT ISLAM
Penulis : Y.B Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Ulasan : Saudara Muhammad Nuruddin Bashah[1]
BAB 17: SEKULARISME
- Definisi:
- Konsep Ad Dahri (golongan masa/atheis) adalah
asas no 1 sekular.
- Saeculum bermakna masa kini. Dan ia juga bererti
peristiwa-peristiwa masa kini.
- Al-Qaradawi lebih cenderung kepada ‘ilmaniyyah,
sedangkan al-Attas lebih kepada ‘almaniyyah[2].
- Mudah berkembang dan diterima kerana seolahnya ia
adalah konsep yang “up-to-date”.
- Istilah "sekularisme" pertama kali
digunakan oleh pengarang British George Holyoake pada 1851. – tetapi
gerakan pemikiran ini bergerak atas nama Romantisme, Humanisme lebih awal
lagi semasa Renaissance (bermula semasa kemelut dunia Islam 1492 M).
- Pengaruh Sekularisme Kepada Umat Islam –
Modernisme, Modernisme Pan Islamisme, inferior menerima ombak lambakan
ilmu sari superior.
- Gerakan Sekularisme Dalam Negara Islam –Pasca
Islamisme (katanya menunggang sekular untuk Islam)
BAB 18: NASIONALISME
- Definisi : mempertahan kedaulatan sebuah negara
dengan wujudkan konsep identiti bersama untuk sekelompok manusia.
- Jenis jenis fahaman Nasionalisme.
- Nasionalisme kenegaraan
- Nasionalisme etnisme
- Nasionalisme Budaya
- Nasionalisme agama
- Nasionalisme romantisme.
- Nasionalis menganggap negara adalah nation bukan
kingdom atau state sahaja.
- Beza kan istilah antropologi:
- Bangsa (Nation)
- Ras (race)
- Etnik (ethnic)
- Islam dan Nasionalisme : pertarungan yang cukup
lama. Bezakan Nationalisme modernisme Pan -Islamisme Muhammad Abduh,
Sheikh Al Hadi, pembawaan Prof Zulkifli Muhammad ke Malaya, PKMM, Hizbul
muslimin, PAS pra 80an denga pasca
80an dan pasca PRU 14.
- Bezakan Nasionalisme istana feudalisme dengan nationalisme ultra melayu contra
Istana.
- Perbandingan Nasionalisme dengan Islam
- Bezakan konsep : (ambil takrifan al Banna yang
menolak nasionalisme Arab)
- Watoniyyah
- Qaumiyyah
- Garis nipis setebal membran sel antara
Nasionalisme dengan chauvinisme.
- Nationalisme dan chauvinisme mengandungi unsur =
etnocentrism sama ada melampau atau tidak mlampau sahaja.
BAB 19: KAPITALISME
- Dasar-dasar Kapitalisme
- Kapitalisme -
pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan
berasaskan keuntungan.
- Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah
bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya
dengan yang miskin. Kapitalisme berasal dari perkataan ‘ capital ‘ yang
bermaksud “modal”.
- Dikenali sebagai laissez faire.
- Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan
pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan
pasaran dan perniagaan untuk keuntungan.
- Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak
zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh.
- Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak
berakhirnya era Feudalisme.
- Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah
dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era
perindustrian.
- Abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan
dan disebarkan ke seluruh dunia -
penerokaan dan penjelajahan Barat.
- Penubuhan negara bangsa (Nationstate) pada abad ke-16
Masehi juga turut menggalakkan perkembangan Kapitalisme. – ‘Nationstate’ pada 1500 adalah seperti
Portugal, Belanda, Britain, Amerika dan berlainan dengan konsep
Christandom sebelumnya (Rom Timur bermula 300 M) Barat, Frank, Kerajaan
Slav, Kerajaan Anglo Saxon, Kerajaan Norman, dll yang berasas aqidah
Kristian hingga 1000 M era Perang
Salib).
- Perkembangan kapitalisme Malaysia yang cuba
dihwaikan oleb Gomez dan Jomo bertitik tolak daripada kesan pelaksanaan dasar kolonial British
yang mewujudkan rnasyarakat majmuk di Malay sia dan pembahagian bidang
ekonomi mengikut kaum.
- Perbandingan Kapitalisme dengan Islam –
- Ekonomi kapitalisme : suatu disiplin ilmu
mengenai cara manusia membuat pilihan dalam penggunaan sumber produksi
yang terhad untuk menghasilkan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan
dan mendistribusikannya kepada anggota masyarakat untuk digunakan.
- Sistem Ekonomi Islam adalah suatu sistem ekonomi
- syariat Islam dengan berpedoman
kepada Al-quran dan Al Hadis. Meliputi kegiatan perekonomian seperti
jual-bel, simpan-pinjam, investasi, dan berbagai kegiatan ekonomi
lainnya. Pada pelaksanaan - menghindaari semuanya yang sifatnya Maisyir,
Gharar, Haram, Dzalim, Ikhtikar dan Riba.
BAB 20: KOMUNISME
- Pengasas: Komunisme adalah ideologi (dalam bidang
politik) yang dicetuskan oleh Karl Marx dan Fredrich Engels, yang hendak
menghapus hak-hak milik perseorangan dan menggantikannya dengan hak milik
bersama yang dikontrol oleh negara.
- Definisi:
- Komunisme adalah sebuah aliran berfikir
berlandaskan kepada atheisme,yang menjadikan material sebagai asas.
Ditafsirkannyasejarah berdasarkan pertarungan kelas dan faktor ekonomi.
- Konsep asas
:
i.
Diealektika
sejarah
ii.
Pertarungan kelas
iii.
Perjuangan
proletariat
- Perkembangan Ideologi Komunisme
- Fahaman komunis ini diperkenalkan oleh Karl Marx
pada 1847 melalui Manifesto
Komunis yang pernah menjadi anutan
berbilion manusia dahulu.
- 1859 Terbitnya origin of species tetapi Marx dah
bawa awal konsep darwinisme.
- Namun, fahaman tersebut mula berkembang hanya
pada sekitar 1900, sesudah Marx meninggal berbelas tahun.
- Kemudian,
menerusi hasil Revolusi Perindustrian di negara-negara Eropah,
semakin banyak wujudnya golongan yang tertindas dan menjadi mangsa kepada
golongan yang rakus menggunakan kekuasan dan kekayaan.
4. Menurut
Manifesto Komunis,Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama[2]:
a. Penghapusan Hakmilik Persendirian.
b. Cukai Pendapatan Progresif yang Berat.
c. Penghapusan Hak Harta Pusaka.
d. Perampasan Hak Pemilikan Harta.
e. Kewujudan Bank Pusat.
f.
Sistem Komunikasi
dan Pengangkutan Milik Penuh Kerajaan.
g. Kilang dan Kawasan Pertanian dimiliki Kerajaan.
h. Golongan Pekerja Dikawal Kerajaan.
i.
Perancangan
Serantau dan Perladangan yang Dikorporatkan.
j.
Pendidikan di
bawah Kawalan Kerajaan.
5. Fakta
Kesulitan Melaksana Komunisme Marxisme :
a. Konsep ini dianggap tidak mampu dilaksana oleh Marx
sendiri- tidak realistik.
b. Dilaksana oleh tyrant rakus yang bukan ahli fralsafah
tetapi hanya menungga idea Marx untuk legitimasi empayar mereka.
c. Komunisme tidak seiring dengan Fasisme walaupun sama
sama zalim sdama sama jahat.
d. Monopoli yang dilakukan oleh pihak pemerintah tentunya
akan sangat merugikan masyarakat. Disindir dalam Novel Animal Farm.
e. Hak Asasi Manusia atau HAM tidak lagi dihargai dan
masyarakat banyak yang tertindas karena hal tersebut.
f.
Anti agama
menyebabkan ia bercanggah majoriti manusia di bumi.
BAB 21: SOSIALISME
Sejarah
dan Tokoh
- Penggunaan istilah “Sosialisme” sebgai suatu
aliran faham politik dan gerakan sosial mulai tejadi dalam gerakan sosial
yang dipelopori oleh Robert Owen di Inggris dalam tahun-tahun 30-an abad
ke-19.
- Di Eropa, misalnya, pada zaman Yunani Kuno, -
konsep “masyarakat ideal” yang diidam-idamkan oleh Plato (427-347 Sebelum
Masehi).
- Menurut cita-cita Plato, masyarakat yang
sempurna itu berbentuk negara Republik dengan kaum Kesatria sebagai
pillar.
- Mereka hidup secara kolektif di dalam
asrama-asrama yang disediakan oleh negara.
- Mereka tidak mempunyai hak milik perseorangan
atas apapun juga.
- Segala kebutuhan hidupnya dijamin oleh negara,
bahkan negara menyediakan wanita-wanita pilihan untuk dijadikan isteri
mereka.
- Anak-anak mereka sejak lahir sudah dipisahkan
dari orangtuanya dan dipelihara serta dididik oleh negara dalam
tempat-tempat yang disediakan khusus untuknya.
- Kaum ibunya hanya diperkenankan datang ke tempat-tempat
itu pada waktu-waktu yang sudah ditentukan untuk menyusui anak-anak yang
ada disitu tanpa mengenali anaknya sendiri atau bukan.
- Pemimpin
dipilih diantara kaum ksatria itu. Demikianlah garis besar
“masyarakat ideal” yang diimpikan oleh Plato pada waktu itu.
- Selain itu, dari sudut sejarah Eropah pula,
falsafah penentangan terhadap sistem kapitalisme ini telah berlaku bermula
pada abad ke-18 oleh Thomas Paine.
- memperjuangkan prinsip yang hampir sama seperti
falsafah sosialisme walaupun istilah sosialisme itu belum wujud.
- Prinsip tersebut terkandung dalam Agrarian
Justice bertujuan untuk penyelarasan pencukaian pemilik harta bagi
keperluan golongan miskin.
- Oleh itu,
para sarjana menyimpulkan bahawa falsafah Agrarian Justice jelas
mempunyai falsafah yang sama dengan falsafah sosialisme yakni konsep
keadilan ekonomi.
- Namun begitu, pada tahun 1789, istilah
‘sosialisme’ muncul selepas Revolusi Perancis oleh Comte Henri de
Saint-Simon. Beliau menggunakan istilah ‘sosialisme’ kerana ingin
membezakan mereka dengan doktrin liberal ‘individualism’.
- Oleh itu fahaman ini tersebar di Perancis dan
Britain sekitar awal abad ke-19.
- Antara
ahli falsafah yang terpengaruh dengan laungan sosialisme ini ialah Robert
Owen, Charles Fourier, Pierre-Joseph Proudhon, Louis Blanc, dan
Saint-Simon.
- Mereka menggunakan gelaran Associationism yang
berpegang kepada kepada teori utopian yang bertujuan untuk mengkritik
kemiskinan dan ketidaksaksamaan yang keterlaluan di Eropah.
- Konsep terkini sosialisme moden :
- Anti feudal
- Gerakan emansipasi
- Liberal agama tetapi masih tegar sosialisme
ekonomi tetapi kadangkala murtad juga dari sosialisme.
Perbandingan
Sosialisme dengan Islam – artikel Nuruddin dalam tajuk Unsur Kebajikan dalam
Sosialisme
BAB 22: FREEMASON
Sejarah
Penubuhan – Artikel Nuruddin
Penubuhannya
penuh rahsia. Sesetengah berpendapat Freemason ini ditubuhkan pada zaman raja
Herod Agrippa I (10 SM- 44 M) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang
pemerintah Yahudi bagi menentang perkembangan agama Kristian pada masa itu. Seawal
zaman Nabi Zakaria.
Penubuhan
diterus oleh Askar Templar semasa Perang Salib.
Unsur
spiritualisme, sihir Babylon, mistik Bani Israel bergabung dengan cita-cita
politik.
Gerakan
yang luas dan bukan sekadar melibatkan kaum Yahudi tidak seperti Zionis yang
masih terbatas dan dibintangi oleh yahudi Ashkenazi sahaja.
Terlibat
dalam Dalam Beberapa Kekacauan Dunia – Artikel Nuruddin
Lions
Club
Rotary
Club
SEKIAN SELAMAT MENDALAMI ILMU IDEOLOGI
[1] Penulis merupakan penulis sambilan, berlatar belakang
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM, Diploma Pengajian Islam KPTI Caw Ipoh dan
kini sedang menyambung pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam di OUM. Dalam PAS bertindak selaku Pengarah Jabatan
Strategik DPPNK 2019-2020.
[2] Al-Qaradawi misalnya menyatakan bahwa menerjemahkan
sekularisme sebagai ‘ilmaniyyah tidak saja “satu terjemahan yang tidak teliti
(ghayru daqiqah)”, tetapi juga “satu terjemahan yang tidak betul (ghayru
sahihah),” karena “perkataan [sekularisme] itu tidak mempunyai kaitan langsung
dengan lafaz al-‘ilm (ilmu) dan akar.