Friday, August 23, 2019

GENRE DAKWAH DR ZAKIR SUDAH BERDEKAD DI MALAYSIA KENAPA SEKARANG BARU DIBENCI



GENRE DAKWAH DR ZAKIR SUDAH BERDEKAD DI MALAYSIA KENAPA SEKARANG BARU DIBENCI
Muhammad Nuruddin Bashah

Mutakhir ini rentetan batahan terbuka  beberapa NGO, perseorangan dan pemimpin DAP khususnya terhadap Dr Zakir Naik menyebabkan sekelip mata berlaku beberapa perkara di bawah:
1.       Imej Dr Zakir yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Malaysia yang melakukan dakwah melalui dialog perbandingan agama dengan merujuk sumber semua kitab induk agama yang diperbahaskan kelihatan buruk, pelik dan berdosa.
2.       Golongan yang tidak mengambil tahu isu perkembangan dakwah tempatan tiba-tiba mengeluar kenyataan dakwah Dr zakir tidak sesuai dengan waqi’ tempatan Malaysia. Erti kata lain tidak sesuai dengan konteks negara ini.
3.       Golongan yang jahil silibus perbandingan agama dengan semberono memetik dalil ayat Qran “ Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am : 108) dan dengan melulu mengatakan Nabi tidak menghina sembahan agama lain dan Dr Zakir tidak mengikuti kaedah metodologi dakwah Rasulullah.
4.       Kebangkitan penyokong Dap yang ghairah mengusir Dr Zakir semberono tanpa tahu asal usul isu malah sebelum digembar gembur mereka tidaks sedar pun dakwah seumpama Dr Zakir telah lama berakar di Malaysia.
5.       Menteri PH yang dulunya ahli ahli dakwah belaka yang tiba-tiba mengomen Dr Zakir perlu henti dakwah dan tidak sesuai dakwahnya denga konteks Malaysia.

Komentar no 1
Untuk pengetahun bagi yang baru tahu kewujudan susuk bernama Dr Zakir Naik ini selepas dipopular oleh pengikut DAP yang ekstrim, beliau adalah tokoh yang popular dan telah lama berdakwah melalui metodologi dakwah perbandingan agama untuk membuka mata bukan Islam bahawa banyak lagi elemen dalam kitab mereka yang belum merek kaji dan apa perkaitan Nabi Muhammad dan Islam yang ada dalam kitab mereka. Beliau Cuma dikempen agar dipalit imej buruk kerana secara jahat dikaitkan dengan siri keganasan dan sebagainya.
Komentar no 2
Golongan ini sebenarnya hanya tinggal dalam gua sepanjang proses perkembangan dakwah di Malaysia. Tidak pernah mengambil tahu pun jatuh bangun dakwah di Malaysia. Apabila bangsa DAP bangun mengamuk kepada Dr Zakir mereka merasakan ada sesuatu yang konon sedang mencarik keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia tanpa usul periksa mereka pun menyokong pembantah Dr Zakir dengan mnemyebut ert waqi dan realiti sedangkan metodologi dakwah pun mereka jahil. Mereka tidak tahupun dakwah sebegini aktif di kampus, banyak dalam media sosial, malah ada kampus menyedia silibus pelajaran perbandingan agama.
Komentar no 3
Golongan ini pula tidak dapat membeza antara mengcaci menghina agama lain yang Allah larang dengan dakwah menghurai kitab-kitab antara agama yang juga kaedah dakwah Nabi di Mekah yang masyarakatnya majmuk juga. Nabi juga digelar pemecah belah dan penghina nenek moyang semasa Nabi menghurai banyak ayat-ayat Al Quran dari 3 juzuk terakhir Al Quran. Golongan ini tidak pernah membaca terjemahan 3 juzuk terakhir yang jika dibaca mereka pasti mereka membakar al Quran kononnya Al Quran itu menghina agama orang lain. Golongan ini jahil dan perlu menghadiri beberapa siri seminar dan bengkel dakwah antara agama.
Komentar no 4
DAP dan NGO yang membantah Dr Zakir ini sebenarnya cuba mencari satu isu yang boleh membantu dakwah yang sekian lama dibenci mereka dengan menacari susuk individu yang bukan warganegara sebagai punching bag. Dr Zakir ada nilai sepunya yang mampu diraih oleh emreka iaitu bersatu dalam semangat membantah orang luar menghina rakyat tempatan. Jadi kempen sebergini mudah. Mereka tidak mampu menghunus tohmahan dan merai kebangkitan rakyat menolak dakwah jika ia orang tempatan seperti NGO IPSI di Pulai Pinang, Bro Shah Kirit, Dr Ravi Abdullah, Dar Ridwan Tee, Dr Danial Zainal Abidin (juga orang kuat dakwah inter agama di Pulau Pinang dan ada buku tentang Bukti Muhammad dalam kitab agama lain yang dikarangnya) kerana mereka orang Malaysia. Kempen tidak akan berjaya. Maka memalu perang kepada Dr zakir lebih mudah dan mengalih banyak isu-isu kebejatan pemerintahan PH di malaysia.

Komentar no 5
Ini golongan yang alim dan bijak pandai malah mereka telah lama berkecimpung dalam dakwah sebegini berdekad lamanya. NGO JIM, IKRAM antara NGO yang kuiat bergerak dalam dialog sebegini. Tetapi selepas IKRAM mencium tangan DAP dan akur semua keputusan DAP kelihatan Menteri keluaran tarbiah tempatan mulai membantah kaedah Dr Zakir seolah-olah mereka baru dilahirkan ibu mereka  semalam. Seolah baru kenal Dr Zakir semalam. Malah dalam FB mereka sendiri dahulunya cukup mengiktiraf dakwah Dr Zakir kini FB mereka sernada golongan anti dakwah anti islam. Golongan ini lucu dan sedang memperbodohkan diri mereka sendiri. Nak haramkan dakwah Dr Zakir? Adakah PH berhasrat haramkan semua silibus perbandingan agama juga di kampus atas alasan rtidak sesuai dengan dakwah Malaysia.

Perlu diketahui…..
1.       Zakir Naik bknnya pencetus dialog inter agama atau banding agama, dia pun salah satu kader sahaja. Dahulu  IKRAM/JIM juga membawa semangat Ahmad Deedat (sebelum menyintai  DAP).
2.       Dahulu DAP tiada taring, jadi mereka tidak mampu menyentuh isu ini. Selepas berkuasa lihat bagaimana perangai mereka.
3.       Dr Zakir bawa keganasan?
a.       Berapa statistik kuil diserang sepanjang dakwah beliau?
b.      Tiada bomba mati disebabkan dakwah Zakir.
4.       Isu  Zakir Naik ni diprojek oleh DAP antaranya difikirkan logik untuk  tutup isu:
a.       Skandal ratusan ribu permohonan warganegara,
b.      isu tambak laut Pulau Pinang,
c.       isu rogol amah,
d.      isu Wanji ghaib dari hukuman kerana huina Raja Melayu,
e.      isu hutang negara mencacak naik 900 bilion dll.
5.       Adakah Dr Zakir yang guris keharmonian negara? SIapa yang keluar kenyataan di bawah?
a.       Siapa  menggelarkan kerajaan Kelantan sebagai Taliban.
b.      Siapa pernah mencadangkan agama Islam dibuang daripada kad pengenalan.
c.       Siapapernah memuat naik gambar bendera Malaysia dengan jalur warna hitam.
d.      Siapa pernah menuduh orang melayu yang mencetuskan ketegangan di kuil Seafield.
e.      Siapa pernah menggelar melayu kaum pendatang.
f.        Siapa pernah menghina Angkatan Tentera Malaysia.
g.       Siapayang semberono membantah tulisan jawi dalam silibus tetapi tanpa malu guna jwi dalam produk keluaran mereka.
h.      Siapa  pernah mengatakan orang-orang Hindu di Malaysia dipaksa memeluk Islam untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.
i.         Siapa sewaktu di Belanda mendakwa 10 ribu kuil hindu telah dirobohkan di Malaysia sejak merdeka dan 23 ribu lagi dalam risiko.
Jadi penganut islam yang melulu menghentam Dr Zakir lihat kembali anda dalam ketagori yang mana dan selamat mendalami dakwah antara agama sebelum menjadi lidah penghina Islam.

Bandar Puteri Jaya Sungai Petani
23 Ogos 2019
Jumaat

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)