SEJAUH MANA POLIS BERSAMA PH?
Muhammad
Nuruddin Bashah
Ahli PAS
Undi polis pada PH berkurang pasca
PRU 14.
Pada
PRU 14 lalu anggota keselamatan kebanyakkan memberi undi kepada PH dan diakui
sendiri oleh Penolong Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Dr Ong
Kian Ming yang menjelas kepada media analisa sokongan undi pos kepada PH.
Pada
8 April sebelum pembuangan undi di PRK Rantau, Dr. S.Streram mmeberi komen
bahawa pihak beliau (PH) yakin bahawa anggota polis dan tentera akan mengundi
beliau pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau esok
(Selasa).Setakat ini, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan anggota polis di
DUN itu dan mendengar permasalahan mereka.“Saya fikir mereka akan mengundi
calon PH dan saya merayu kepada mereka untuk beri peluang kepada kita dan
memenangkan kerusi ini sebab saya sudah jumpa polis walaupun saya belum jumpa
tentera. Saya fikir mereka akan menyokong kerajaan PH,” katanya kepada media
selepas melakukan kempen bertemu pengundi di Pekan Mambau pada Isnin[1].
Hal
ini terjadi sebaliknya selepas beberapa bulan pentadbiran PH. Misalnya dalam
PRK Cameron Higland, PH mensasarkan peningkatan sokongan pengundi awal dan pos
daripada sekitar 10% hingga 40% sekiranya
ingin merampas kerusi Cameron. Sebaliknya keputusan menyaksikan bahawa dalam
PRK Cameron Highland Daripada 122 undi pos, 70.3% dimenangi oleh BN,
peningkatan sebanyak 13.4% manakala PH menambah 10% sokongan pengundi pos
daripada 13.7% kepada 23.8%. Kebanyakan sokongan PAS daripada pengundi pos
pergi ke BN dalam PRK dengan PH mendapat selebihnya. PH tidak dapat mencapai
tahap sokongan 40% dalam PRK[2].
Manakala dalam PRK Rantau, , calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan mendapat 113
undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram hanya menerima 10 undi.
Isyarat
ini difahami PH namun mereka kelihatan
tidak mahu belajar daripada
keputusan PRK yang ada.
Sejarah PDRM dan hubungan dengan
kerajaan
Sebelum
sembang politik, mari kita tinjau bagaimana wujudnya PDRM dan bagaimana
hubungan eratnya dengan raja Melayu, tradisi, budaya Tanah Melayu, sinonimnya
dengan Islam dan sebagainya. Menurut laman sesawang bekaspolis.com sistem
kepolisan di negara ini bermula dengan berkuat kuasanya ‘Charter of Justice’ di
Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam yang diperkenalkan oleh King George III
itu telah memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa perundangan, penguatkuasa
lalu membawa kepada penubuhan Pasukan Polis di negeri itu.
Menjelang
awal abad ke-20 kesemua negeri di Tanah Melayu telah mentadbir Pasukan Polis
sendiri, masing-masing dengan sejarah, tradisi dan peranan yang berbeza-beza.
Hampir kesemua pasukan itu menjalankan fungsi separa tentera. Mereka pastilah
orang melayu yang taat kepada Raja, beragama islam semestinya dan faham budaya
setiap negeri masing-masing. Bermakna polis tanah melayu bukan sistem polis
sekular. Ia bukan kaku dan tiada nafas budaya. Polis tanah Melayu memiliki
citra tempatan yang kukuh.
Perkembangan
politik di Tanah Melayu akibat campur tangan Inggeris dalam pentadbiran
Negeri-negeri Melayu telah membawa perubahan pada Pasukan Polis. Bermula dengan
penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871 dan kemudiannya
penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896,
sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali berubah sehinggalah membawa
kepada penyatuan pentadbiran di bawah panji-panji Polis DiRaja Malaysia pada 16
September 1963. Selepas Tanah Melayu bebas daripada pemerintahan Jepun pada 1
April 1946, Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah
digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union dengan pusat pentadbiran di
Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan, Polis Malayan Union telah ditukar nama kepada Polis Persekutuan
Tanah Melayu. Pasukan ini telah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Polis.
Sebagai
anak tempatan Polis Tanah Melayu berjuang mempertahan kemerdekaan hingga
titisan darah terakhir. Perjuangan dan pengorbanan serta khidmat bakti anggota
pasukan polis dalam mempertahankan negara dari ancaman pemberontakan bersenjata
pengganas Komunis semasa tahun-tahun Darurat 1948 – 1960 telah membawa kepada
penganugerahan gelaran ‘DiRaja’ kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad pada 24
Julai 1958. Pada 11 November 1961, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan
menganugerahkan Panji-panji DiRaja kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah
Melayu. Panji-panji DiRaja yang menjadi kebanggaan dan kemegahan pegawai dan
anggota Pasukan Polis ini mengandungi lambang Polis DiRaja Persekutuan Tanah
Melayu dan disulam dengan benang perak perkataan ‘Darurat 1948 – 1960’. Baik,
kemudiannya Sabah Sarawak yang tanpa raja itupun disatukan polisnya dengan
semenanjung dan ini tidak memberi kesukaran budaya kerana budaya nusantara
dengan Raja berpisah tiada. Apabila negeri-negeri
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dalam Malaysia pada 16
September 1963, Pasukan Polis telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) dan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.
Politik Liberal PH memugar budaya
Hari
ini kita melihat wajah baru politik baru Malaysia Baru bawaan PH adalah
menyajikan rakyat dengan budaya politik, sosial dan budaya yang liberal iaitu
kelihartan cuba membebaskan diri daripada akar budaya dan sosial tradisi
Malaysia. Pemugaran budaya dan soial besar besaran dilakukan mereka cukup
menjolok mata dan nurani kaum pribumi dan bumiputera khasnya.Bermula isu
bahasa, tulisan bahasa kebangsaan, pandangan politik dan interaksi mereka
dengan istana, dasar skeptikal dan negatif terhadap penjawat awam yang
rata-ratanya bumiputera, cuba meliberalkan perlembagaan dengan ratifikasi
Statue Rom dan ICERD, isu penginaan islam yang tidak ditangani secara
komprehensif, isu pertikaian koata bumiputera dalam pelbagai aspek, isu gugur
kalimah islam dalam IC, mengaitkan perpaduan PAS UMNO sebagai pengganas dan
sebagainya kelihatan galak dilakukan melebihi reformasi ekonomi yang mereka
laungkan pra PRU 14 lalu. Memlikih secara drastik kaum bukan Islam memegang
jawatan utama negara, Hakim Negara, Peguam Negara, menguasai TH melalui
pemugaran rganisasi dan meletak non muslim mebguasai simpanan umat islam adalah
tindakan yang menjadi api dalam sosial tanahair.
Sikap
PH ini pastilah mengecewakan penjawam awam, anggota keselatan terutamanya polis
yang sekian lama menjunjung perlembagaan dan budaya Malaysia yang tiada
diskriminasi kaum selama ini.
Tradisi
Polis adalah taat dan patuh kepada Raja dan ini yang boleh mudah difahami
dengan kalimah DiRaja pada nama mereka sendiri. Mereka cenderung mendokong
feudal dan jika sebarang usaha menghakis perkara ini ia berhadapan dengan
pertentangan budaya yang dahsyat dan PH akan menerima akibat lebih malang dalam
siri pilihanraya akan datang.
Kebejatan PH pada Polis secara
langsung atau tidak langsung
Sesiapa
pun yang tiada penyakit otak boleh mengingati bahawa Pakatan Rakyat dahulu
cukup mendewakaln kalimah-kalimah daripada parti komponen tertentu dalam
PR/PH khususnya dengan menyebut polis
sebagai alat dan aparat kerajaan kerana kecewa dengan tindakan polis yang tidak
menyebelahi kerajaan. Malah lebih dahsyat terdapat laungan polis anjing
kerajaan yang pasti mengguris perasaan anggota PDRM.
Islam
yang dilanyak sepanjang PH memerintah juga pasti memberi kesan kepada sokongan
anggota keselamatan. Mari perhatikan beberapa kes melibatkan ‘nasib’ dan
‘batang tubuh’ Islam dilanyak sepanjang PH memerintah:
- Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam
dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam
keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.
- Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas
rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri,
Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama
Hindu. Katanya, jika dilihat, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh
individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan
menimbulkan ketegangan kaum namun mereka hanya dipanggil untuk beri
keterangan.Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad
SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama[3].
- Beberapa FB kaum Cina, Melayu, India yang menguna
Nabi, syariat Islam serta menghina Allah didiamkan oleh pemimpin PH
terutama yang beragama islam[4].
Hanya PDRM sahaja yang terkial kial menamngkap dan mendakwa mereka. Itupun
hukuman yang dijatuhkan dianggap tidak adil oleh Maestro pilitik DAP Lim
Kit Siang. Tiada pula ada pemimpin PH mengeluar kenyataan menasihati Lim
Kit Siang ini.
- Kemenangan PH kelihatan tiket bebas bagi kaum
liberal, kafir menghina Islam secara terbuka. RBA, cybertroper yang
dikelapasti pendokong PH banyak memuat naik gambar dan kenyataan yang
mengina Rasulullah dan syariat[5].
- Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri
Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr.
Zakir Naik sebagai ‘setan’. Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam
kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang
secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian
dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam[6].
- DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan
khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Sebelum ini exco
Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat
berkenaan isu menutup aurat. Chong Eng menyifatkan mesej tutup aurat tidak
membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan[7].
- Mengait isu nikah kanak kanak dengan Kelantan.
Ahli Parlimen daripada DAP, Kasthuri Patto mencetuskan kemarahan netizen
khususnya dalam kalangan umat Islam berikutan statusnya yang menyentuh
mengenai laporan berkenaan dasar tiada pusat hiburan di Kelantan. Ahli
Parlimen Batu Kawan itu memuat naik status berbunyi `Maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan?’ dalam status laman
sosial Facebooknya seolah olah orang Kelantan tiada hiburan amak akan
menjadikan kanak-kanak sebagai hiburan dan semua mengetahui ahli Parlimen
itu cuba mengaitkan syariat nikah islam dengan gejala seks kanak-kanak.
Tindakannya itu mengundang kecaman dan kemarahan netizen yang menyifatkan
beliau sebagai melampau sekali gus mendesak penjelasan lanjut wakil rakyat
berkenaan[8].
- DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung
dihantar ke Sarawak.
- DAP jelas tidak mahu islam sebagai agama
persekutuan. Pada Januari 2019 yang lalu, YB Teresa Kok dari parti DAP
dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa
beliau tidak setuju Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa
Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini
Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit
cuit Dato Zaini pada tahun 2010. Apabila diasak mereka pasti akan
mengeluar isi hati sebenar mereka terhadap Islam. Pada tahun 2010 dahulu
Mendiang Yb Karpal pernah mengatakan DAP bersetuju Islam agama rasmi
Persekutuan. Katanya DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan
akan mempertahankan perlembagaan
dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya[9].Pada
2013 lalu Lim Guan Eng[10]
pernah mengeluar satu ketetapan DAP kononnya DAP akan :
- Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan
Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan
meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
- Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
- Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan
serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai,
seperti yang termaktub dalam Artikel
3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
- Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan
Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa
ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang
bahasa.
Tetapi
umum melihat satu satu 4 perkara diatas dilanggar DAP dan PH.
- PH juga ghairah untuk menuntut negara agar
meraktifikasikan ICERD yang membawa kesan domino buruk kepada hak
bumiputera, raja melayu, keutuhan institusi agama Islam dan sebagainya.
Tulisan ini amat kecil untuk menampung ulasan panjang lebar berkaitan
petaka ICERD namun jelasdalam PH sendiri beratakan kerana kelihatan
BERSATU cenderung menolak ICERD diikuti ‘pendirian flip flop’PM dalam isu
ini yang meresahkan sekularis dalam PH. Semestinya anggota Polis dan
tentera yang menjunjung Perlembagaan dan sistem Beraja akan menolah ICERD walaupun
secara senyap.
- Sikap dan perangai memusuhi istana atau serti
kata lain biadab dengan raja juga kelihatan menjadi-jadi kini. Sepanjang
PH memerrintah kaum bukan Melayu dan segelintir sekularis melayu menonjol
sikap menghina mem’pariah’kan raja melalui karikatur, ulasan biadab di
media sosial dan sebagainya. Walaupun ada tindakan polis kepada yang
terlibat tetapi sikap para meneri dan pucuk pimpinan PH sendiri yang
menunjuk contoh tidak menghormati Raja menjadikan tangkapan polis itu sekadar ‘ada’ sahaja. Lihat sahaja
keberanian pendokong PH serta pemimpin senior PH sendiri melakukan
tindakan biadab mengeluar kenyataan-kenyataan menghina Raja melayu di Forum
awam Statut Rom yang diadakan di UM.
Rentetan itu Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Luar Negeri dengan pantas menggelarkan
‘Profesor Kangkung’ kepada sekumpulan ahli Akademik ekoran pandangan
mereka tidak selari dengan kerajaan dalam isu Rome Statute yang dianggap
sangat menghina dan tidak wajar[11].Tindakan
Kerajaan yang tidak jadi menandatangani Statut Rom dikeji Ahli parlimen
DAP Batu Kawan, YB Kasthuri Patto dengan menyifatkan tindakan tarik diri
yang dilakukan kerajaan dari Statut Rom adalah sesuatu yang “bodoh,
bangang dan mementingkan diri sendiri[12].
Kes
rusuhan yang dianggap berpunca kelemahan polis pasti menimbulkan
ketidakpuashatian pasuka polis yang senantiada ke hadapan menangani sebarang
rusahan dan himpunan. Misalnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha
menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya,
susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya beberapa bulan
yang lalu. Menurut beliau polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah
apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua
kumpulan India mengenai perpindahan kuil. Sebagai menteri seharusnya kenyataan
di saat api perkauman meningkat adalah kenyataan menyelesai bukannya point
fingger. Waytha sebelum ini terkenal dengan kenyataan rasisnya di luar negara
sehingga memburuk nama baik negara kita.
Insiden
orang awam (petugas pilihanraya PH) yang mengeledah kenderaan MPV milik PDRM adalah kemuncak kebiadaban dan
kebodohan PH mengawal tingkah laku ahli mereka. Mereka tidak diadabkan lantaran
kelihatan pergaduhan kerap berlaku semasa pemilihan parti serta kes bertumbuk
sesama mereka pasca pilihanraya Rantau
yang lalu. Dalam kes geledah MPV Polis mereka
memaksa untuk memeriksa kereta peronda polis (MPV), pada hari mengundi Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) Chung Hua, dan mendakwa anggotaplis membawa lebihan kertas undi. Apa hak mereka
untuk memeriksa MPV polis kerana mereka orang awam dan apabila bonet kereta
dibuka, hanya peti ubat dan peralatan[13].
Mereka tak ubah kaduk naik junjung.
Usaha
cuba memartabatkan tokoh komunis sebagai wira negara adalah suatu tindakan
biadab dan langsung buta sejarah yang teruk. Adakah anggota keselamatan yang
kehilangan keluarha, anggota badan dan cacat seumur hidup selama ini menentang
komunis wira negara? Ini tindakan paling tidak bijak oleh pendokong kerajaan
terutama sekularis muda yang sibuk berwacana dalam bilik hawa dingin tanpa tahu
realiti sejarah[14].
Terkini
tindakan PH membubarkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan
Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan
Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mengecewakan para veteran PDRM. Task
Force ini kesemuanya memiliki pengalaman hebat dan terlatih khas menangani
jenayah terancang, kongsi gelab dan sebagainya. Atas alasan pertindihan tugas,
ia bukan alasan baik untuk membubar terus sesuatu organisasi yang berwibawa
seperti ini. Tindakan PH hanya memberi untuk kepada penjenayah terancang
tidakkah mereka sedar kesannya?
Rentetan
keputusan PRK Rantau mari kita renungi kata-kata Dr. Ong Kian Ming Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah
Kebangsaan Pendidikan Politik untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) “Walaupun
PH berkuasa di peringkat persekutuan, kita tidak boleh mengandaikan bahawa akan
ada perubahan semulajadi dalam sokongan kepada kerajaan persekutuan di kalangan
kumpulan yang dilihat banyak bergantung kepada sokongan yang diberikan oleh
kerajaan persekutuan. Ini termasuklah masyarakat Orang Asli dan peneroka FELDA,
dua kumpulan pengundi yang paling penting di Cameron Highland”.