Friday, September 06, 2019

GENERALISASI MUSLIM MENOLAK PRODUK BUKAN MUSLIM ITU BERSEBAB.



GENERALISASI MUSLIM MENOLAK PRODUK BUKAN MUSLIM ITU BERSEBAB.
Muhammad Nuruddin Bashah

Yang bersalah itu DAP, yang biadab menghina Islam, budaya Melayu dan Raja Melayu itu pendokong DAP, mengapa peniaga dan pengusaha bukan muslim bawahan yang menerima tempiasnya? Inilah reaksi ‘generalisasi’ yang berlaku kerana kebencian rakyat terbanyak kepada DAP sudah tidak terbendung lagi.

Media mediaPH seperti Malaysiakini dan pemimpin PH, para Menteri seolah-olah pekak dan bodoh apabila melantun kalimah boikot berbanding kempen sebenar iaitu UTAMAKAN PRODUK MUSLIM. Umat Islam sememangnya tidak akan memboikot produk bukan Muslim yang HALAL atas banyak faktor.

  1. ·         Pertama, kilang bukan Muslim itu pun dibanjiri pekerja kaum Muslim.
  2. ·        Kedua, belum semua produk harian berjaya dikeluar oleh 100% Muslim. Industri kecil dan sederhana Muslim masih banyak menumpu makanan tradisional dan belum meliputi semua produk harian.
  3. ·       Ketiga, kedai kedai dan gedung umat Islam pun sebahagian besar produk bercampur antara muslim atau tidak muslim.

Jadi orang melayu Islam dan bumiputera hanya akan kekal berkempen Utamakan Produk dan Servis orang Muslim dan kekal mengkomsumsi barangan bukan Muslim lain tanpa ada ragu selagi ianya HALAL.
Prioritinya di sini:
  1. Utamakan Keluaran dan servis  Muslim yang Halal
  2. Pilihan kedua Keluaran danservis bukan Muslim yang Halal
Ada diskriminasi? Ada tindakan bercanggah undang-undang? Ada sentimen kebencian? Pemimpin PH yang tolol sahaja yang melatah sedangkan isu besar pertkuaman yang mereka sendiri cetuskan mereka diamkan.

PH adalah gandingan parti bekas pembangkang yang cukup menjuarai teknik ‘politik provokatif’ dan mereka pakar dalam hal itu. Jadinya selepas menjadi kerajaan,  budaya provokasi, fallacy (herotan isu), mainan media dan persepsi, sarkastik adalah antara reaksi PH dalam sebarang isu.

PH bukan gandingan kerajaan yang mewakili majoriti rakyat jika diambil kira aspek demografi kaum dan agama. Makanya mereka tidak berminat  mewakili  lidah umat Islam pun,  lantaran itu kenyataan harian mereka hanya  cenderung menyejukkan kaum bukan Islam dan hal ini ketara dan cukup jelas.
Rakyat jelak apabila jemaah menteri dan pemimpin PH cuba mengaitkan aktiviti kempen utamakan barangan muslim (dengan kalimah boikot) dengan aktiviti anti keamanan, cuba membuat keresahan antara kaum, anggap kempen yang tolol, malah yang menjadi Khadam DAP terus membuka sirah mengatakan Nabi tidak memboikot.

Namun PH diam seribu bahasa apabila rakyat berbangsa bukan bumiputera atau Menteri Rasis PH:
1.       Menaikkan bendera terbalik (penghinaan yang cukup dibenci bumiputera tetapi disenyapkan oleh PH)
2.       Memboikot tulisan jawi secara terangan hingga kempen ponteng ke sekolah.
3.       Mendiam diri dengan kebiadaban Dong Zong menghina sistem pendidikan neara walaupun rakyat masih bersyukur Tun Mahathir masih ada jati negara yang kuat.
4.       Menteri DAP secara biadab menyerap penggunaan tulisan cina untuk urusna rasmi yang bercanggah semangat perlembagaan (Dr Aziz Bari menikus dalam hal ini).
5.       Membebaskan banduan yang didapati bersalah menghina Raja dan YDPA (Wanji).
6.       Cuba mendekati dan meratifikasikan ICERD secara senyap walaupun kita bersyukur BERSATU masih ada jati negara yang baik.
7.       Siri penginaan Islam, Nabi dan institusi Islam yang cukup banyak dilapor kepada polis (sejak PH mentadbir) Lihat kenyataan Tan Sri Mahyudin Yasin.
8.       Menteri PH menghina kaum Melayu Islam secara terangan.
9.       Menteri PH berkaitan pengganas Tamil cuba menjadi ejen negara luar untuk memastikan Dr Zakir Naik pendakwah kesayangan Muslim Malaysia ditangkap.
Para Menteri PH yang mengubah suai istilah (utamakan) kepada boikot cuba menakutkan rakyat dan melakukan provokasi dengan hujah:
1.       Kesan buruk kepada rantaian bekalan dalam negara.
2.       Ketegangan antara kaum.
3.       Apa akan jadi kepada pekerja Muslim
4.       Produk Muslim mana mencukupi , kopiah ke mekah pun buatan China.

Ini semua teknik saraf PH membawa rakyat menakuti worst condition dalam sesuatu tindakan (action) sedangkan kita tahu tiada ketegangan akan berlaku. Misalnya hal pembuangan buruh kononnya akan berlaku, sebenarnya kilang sederhana tetap memerlukan kaum Islam sebagai pekerja kerana kaum Cina mana mahu menjadi operator kilang. Sesiapa yang bekerja dalam industri akan faham kenyataan ini mereka majoriti hanya ada dalam   level pengurusan sahaja. Kita tidak persoalkan hal ini kerana majoriti perkilangan dikuasai mereka. Mahu tidak mahu pekerja muslim rakyat terbanyak kekal relevan kerana mereka modal insan terbanyak dan termudah diperolehi. Sebaliknya pengusaha bukan Muslim yang bakal akur dengan tuntutan kempen ini.

Kempen ini juga amat ditakuti DAP dan sekutunya kerana peniaga Cina dan India mula memberi tekanan kepada DAP yang kelihatan punca kemarahan kaum melayu. Kempen ini (bukan boikot) sebenarnya  bertepatan dengan ajaran Islam (maqasid syarak), selari dengan sirah Rasulullah di mana Nabi membuka pasar baru di negara Madinah untuk menyaingi dominasi ekonomi Yahudi. Malah ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka (liberalisation of economy). Jika Dr Aziz Bari (konon pakar perlembagaan) secara melulu membenarkan (mengiyakan tindakan) tindakan kaum Cina yang menaik bendera terbalik atas alasan tiada percanggahan menurut perlembagaan negara, mengapa pula tindakan yang tiada klausa dalam perlembagan ini ditakuti pula. Aneh bukan?

PAS telah menegaskan kempen yang mengajak pengguna mengutamakan barangan muslim adalah tindakan inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan serta perlu dilihat secara positif dan bukannya dengan persepsi provokasi amalan PH itu. Kempen sokong produk muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas. Pengusaha muslim adalah rakyat Malaysia dan komponen penting ekonomi dalam negara. Adakah PH hanya anggap pengusaha bukan Muslim sahaja yang membina ekonomi negara. Ini takrifan berat sebelah dari kerajaan.

Kempen ini akan banyak membantu usahawan IKS (industri kecil dan sederhana) dan luar bandar serta menjadikannya lebih berdaya saing. Kaum Muslim Malaysia tidak akan hairan pun jika kaum bukan Muslim atau DAP sekalipun melaksana kempen barangan bukan Muslim. Mereka mungkin tidak akan berjaya kerana peratusan pengguna kaum Muslim terlalu besar. Jika tidak masakan muncul produk kaum bukan Muslim menggunakan nama wanita Islam, nama masjid, logo keislaman dan amalan tulisan  jawi pada label produk mereka? Sebanhagian kaum bukan Muslim mereka mula menunjukkan kebencian syiar islam dan melayu sejak PH berkuasa. Di mana silapnya dan puncanya?

Pada pandangan penulis, interaksi muamalat muslim non muslim Malaysia memang aman sebelum ini. Namun kebiadaban pihak tertentu muncul akibat banyak provokasi dari DAP khususnya menyebabkan kaum Melayu Islam bereaksi dengan  generalisasikan sasaran untuk bertindak balas. Mereka menolak khidmat dan produk bukan muslim secara umum kerana DAP dan labelan Cina DAP itu kian menebal akibat tindak tanduk DAP sendiri yang rasis. Peniaga bukan Muslim yang bukan anggota DAP menerima tempiasan buruk walaupun ramai bangsa Cina India sebenarnya tiada masalah dengan logo bernama Islam, melayu, jawi dan sebagainya. Namun reaksi  ia satu pengajaran dan desakan domino dari akar umbi agar kaum bukan Muslim menilai semula DAP (yang kini menjadi pujaan mereka itu) bahawa rakyat terbanyak cukup marahkan parti pujaan mereka itu. Mereka mesti menolak DAP untuk menundukkan perkauman di Malaysia dan kembali harmoni seperti dahulu kala.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)