Bebas otak beku di mucim wabak dengan buku dan budaya membaca (escapism)
**********************************
Menurut laporan BBC Di UK, penjualan fiksyen meningkat dan tajuk pendidikan anak-anak naik 234% ke tahap ketiga tertinggi yang dicatat pada minggu terakhir bulan Mac. Begitu juga di AS, terdapat peningkatan sebanyak 66% dalam penjualan buku bukan fiksyen kanak-kanak pada minggu yang berakhir pada 21 Mac, menurut Kumpulan NPD. (sumber weforum.org)
Lock Down dan pengasingan diri (uzlah moden akibat wabak) di seluruh dunia telah mengakibat kenaikan trend membaca dan pembelian buku digital mahupun cetak. ( astro awani)
Menurut kata Hugo Setzer, presiden Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA) peningkatan dalam membaca,dan pembelian buku adalah cara yang ideal untuk melarikan diri dari empat tembok kita,malah juga untuk memahami apa yang berlaku di sekitar kita, bagaimana mengatasinya dan bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih baik di masa depan.
Akibat sekolah ditutup di banyak tempat di dunia, ibu bapa beralih ke sumber dalam talian dan buku teks tradisional. Data Kumpulan NPD menunjukkan peningkatan buku kanak-kanak di AS didorong oleh penjualan buku aktiviti umum, telah meningkat 128%, alat bantu belajar yang meningkat 235% (tablet, pc dan sebsagainya), dan tajuk sekolah dan pendidikan yang meningkat 143%.
Saya sendiri membeli banyak buku yang dijual murah melalui shopee dan rakan-rakan jual online yang menawar harga bagus sepanjang PKP ini. Saya sasarkan dalam tempoh PKP untuk dalami balaghah, mantiq, nahu, buku ekonomi dunia, sejarah melayu dan info militari. Rakan jualan buku online saya ada memaklumkan jualan mereka agak memberangsang sepanjang PKP…. Moga Allah membantu kalian dalam jihad ilmu.