Showing posts with label Perkauman. Show all posts
Showing posts with label Perkauman. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Media perkauman; ciptaan siapa?

Media cetak Malaysia tumbuh sejak zaman pentadbiran British. Dengan aktifnya Kesatuan Melayu negeri-negeri dan persatuan bangsa Cina dan India seberang laut, penerbitan bahan cetak lebih kepada pemusatan bangsa dan tanahair asal. Keharmonian kaum yang digembar-gembur oleh pemimpin BN kepada pihak luar adalah berlawanan dengan kondisi sebenar masyarakat di sini. Sin Chew daily dituduh sebagai agen penyebaran idea perkauman. Bagi masyarakat luar bandar tuduhansebegini mudah diterima. Bagaimana pula bagii golongan terpelajar, terdidik dan golongan pemikir-inteligensia? Adakah mereka tidak mudh mengesan pembohongan jika menggunakan metod pemikiran kritikal?
Akar umbinya adalah, menjelang pilihanraya atau jika merasakan ruang politik sempit, masyarakat di Malaysia lebih senang mengguakan sentimen kaum dan ras. Siapakah yang mengajar masyarakat hingga menjadi sebegini rupa?
Saya tertarik dengan artikel Jangan Biarkan Bangsa Lain Ambil hak Melayu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 25 Ogos 2005. saya sifatkan artikel ini juga bersifat perkauman. Adakah Utusan sahaja mengeluarkan artikel pro melayu sebegini? Dalam artikel ini, pengundi Permatang Pauh diingatkan akan bahayanya Pakatan rakyat yang akan melebur hak melayu. Siapakah yang memulakan politik perkauman? Natijah yang cukup jengkel adalah; wartawan yang menyiarkan kenyataan rasis pemimpin UMNO ditahan.
Rakyat Malaysia perlu mendalami adat dan budaya kaum lain selain menjaga budaya bangsa sendiri. rakyat Malaysia perlu bersedia dengan senajta perkauman daripada pihak tertetntu yang akan menggunakan hujah perkauman apabila mereka tersepit.
Pendita Bitara.

Sunday, August 17, 2008

Semboyan Perkauman mula dimainkan semula.

Semboyan Perkauman mula dimainkan semula.


Pengamat politik hanya menggeleng kepala melihat aksi pejuang idealis mahasiswa daripada UiTM baru-baru ini. Memang benar mereka pejuang melayu….pejuang mahasiswa….memang benar mungkin merekalah selama ini pejuang isu yuran pelajar, pengkomersialan kampus, isu AUKU yang mengongkong pelajar dan merekalah mungkin pejuang agar intelek varsiti bukan sekadar penggiat akademik ala kangkung….ilmiah tak ke mana….pangkat yang lebih…mungkin mereka jugalah yang bersungguh benar mungkin agar universiti di Malaysia ini kembali mengutamakan program akademik dan bukannya melatih menjadi kader politikus tertentu….hebat dan syabas….(mungkin)…

Kepada mahasiswa UiTM yang mengamuk terhadap Menteri Besar Selangor atas isu kuota melayu dan bumiputra di UITM al malayuiyyah di sini ada beberapa persoalan, tugasan yang wajar dijawab oleh kalian….

Siapakah yang membuka kuota untuk bukan bumiputera di MRSM suatu ketika dahulu? Adakah Menteri Besar Selangor? Adakah saat itu PKR dan Pakatan Rakyat telah wujud memerintah di bumi Selangor?

Siapakah yang membuka ruang bukan melayu di Matrikulasi atas dasar dan alasan meritokrasi? Adakah Tan Sri Khalid?

Kalian menyokong agenda masyarakat majmuk. Ada di kalangan politikus mengamuk sakan jika dilaksanakan hukum Islam di Malaysia atas alasan masyarakat majmuk. Jika benar majmuk kenapa perlu takut UiTM diberi peluang kepada kaum bukan bumi dan melayu? Jika benar ia sebuah institusi pendidikan melayu yang mendokong Islam, bukankah UIA juga memberi ruang kepada kaum bukan melayu mendekati dan mempelajari ilmu-ilmu agama di UIA. Berapa ramai intelek bukan Islam yang mula memahami kondisi hukum Islam hanya selepas mengikuti kelas-kelas tamadun Islam dan bahasa Arab di UIA. Bukankah itu positif? Mengapa perlu pertahankan nama Melayu seolah-olah bangsa yang menjadi ukuran dalam segenap aspek? Mengapa dahulu pelajar MRSM dan Matrikulasi tidak digesa oleh ‘pihak’ tertentu untuk mengamuk sakan apabila ada usaha memasukkan bukan bumi dan melayu ke dalam institusi tersebut?

GPMS mula ingin diheret semula memasuki dunia kampus UM dengar katanya…tak tahulah kebenaran cerita ini. Agenda pro melayu mula berdegar-degar, sedangkan parti pemerintah dihempuk penafian 2/3 hanya juga antaranya di sebabkan keris Hishamuddin yang terhunus. Tidak serik kah ingin bermain api perkauman di Malaysia dan kini juga di kampus-kampus? Gelaran aspirasi tidak lagi relevan kerana aspirasi bermaksud aspirasi Kerajaan sedangkan telah banyak negeri di malaysia yang berkerajaankan pembangkang. Bukankah UiTM Shah Alam sendiri berada di bawah kerajaan pembangkang?

Saya menyokong tindakan HEP USM yang menggalakkan pelajarnya berniaga dan mempamerkan bakat keusahawanan sepanjang pesta Konvo. Bukan itu sahaja setiap gerai pelajar wajib bersifat multi rasial untuk menggalakkan integrasi. Bukan kah ini idea yang baik? Bukannya memancar api perkauman dan keresahan kaum lain sedangkan pendapat Menteri Besar Selangor belum tentu menjadi kenyataan kerana UiTM bukannya di di bawah Selangor tetapi di bawah menteri pelajaran yang masih ‘suci’ di bawah kerajaan pusat.

Ingat satu pesanan ini….apabila sesebuah kerajaan itu lemah, propaganda perkauman antaranya akan dimainkan….lihat peristiwa 13 Mei. Lihat sahaja kini perjumpaan PAS UMNO dipolitikkan. Lihat kini hujah biasa tentang melayu di UiTM mula dimainkan dengan galaknya. Orang melayu kini hilang rasa sensitif dengan hujah sebegini kerana pada mereka baik melayu atau nama keturunan apa pun jika kebejatan sosial dan ekonomi mencengkam mereka…mereka tetap akan hidup begitu juga tiada perubahan….

Di kampus-kampus….menjelang pilihanraya ini, pelajar Akademi Islam, Fakulti Islam atau yang pro agama akan dipinggir dan diselar secara terbuka….rayuan untuk tinggal di kolej kediaman juga dimainkan isu perkauman dan sentimen kepartian…inilah modal insan caturan kita….(mungkin)

Mahasiswa yang bijak akan mengatur isu mana yang wajar diperjuangkan…isu FTA umpamanya…isu alam sekitar umpamanya…isu manipulasi wanita, isu penataran nilai akademik golongan intelektual sebagai contohnya….bukan sekadar melaung agenda bangsa tanpa sedar siapa sebenarnya menjahanamkan bangsa….kepada yang berbangsa melayu..baiklah anda berjuang untuk agama anda…lebih daripada perjuangan bangsa yang tak kunjung sudah….(mungkin)….


Pendita Bitara

Pondok Upeh

Bestari Tuition Centre Balik Pulau


GPMS di luluskan oleh HEP seminggu selepas MHS. Majlis perasmian adalah pda 22hb Julai 2008 dengan bekas Pengerusi GPMS satu ketika dahulu. En Suhaimi.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)