Friday, January 28, 2011

BN memperbodohkan rakyat dengan cabaran turunkan harga barang terhadap kerajaan PR

BN memperbodohkan rakyat dengan cabaran turunkan harga barang terhadap kerajaan PR

UMNO dan BN kini cukup kian tertekan, demikianlah yang boleh disimpulkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng apabila meneliti pandangan dan kecaman pimpinan BN terhadap sikap optimistic dan agresif PR untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan am.

Berdasarkan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan yang mencabar Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya mengawal dan menurunkan harga minyak seperti yang disiar dalam Sinar Harian 26 Januari 2011, rakyat perak semakin menragui kemampuan BN membela rakyat.

Beliau bercakap sebelum pertemuan dengan Pimpinan MCA Labis, “Yang pembangkang ni kata BN ni barang naik, barang naik ni, saya nak mencabar hari ini pada pembangkang turunkan harga minyak di negeri yang mereka perintah, turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….”“… Kelantan cari duit, Pulau Pinang cari duit, Kedah cari duit sendiri, Selangor cari duit sendiri, bagi subsidi jangan tuduh (kerana) kita (BN) harga barang naik…”

Melalui ungkapan sebegini, jelas pemimpin UMNO-BN melatah dan cukup melenting apabila ada kelompok lain yang sudi mengambil tempat mereka ‘membela rakyat’.

Pemuda PAS Gopeng juga sedih melihat ramai rakyat DUN Tenang yang cuba dialih pandang berkenaan isu harga barang. Rata-rata media massa elektronik hanya menemubual rakyat (pro BN) dan rakyat kelihatannya ‘bersyukur’ kerana barang makanan masih mampu dibeli dan masih ada dalam pasaran. Adakah ini cara BN mendidik ekonomi kepada rakyat sehingga rakyat disorokan fakta petaka indeks harga barang yang bakal pada masa akan datang?

Mengapa Ahmad Maslan tidak dedahkan kenyataan Dato’ Seri Idris Jala bahawa kerajaan akan hapuskan subsidi barang terkawal sehingga tahun 2015 !

Malah FOMCA juga mengakui barangan makanan asas di Malaysia tiada stok penimbal menyebabakan krisis tidak cukup barang boleh berlaku. Malah lebih buruk FOMCA juga mendedahkan tiada amaran awal kerajaan terhadap kenaikan harga menyebabkan jika import harga naik, pembekal alternatif tidak dicari. Mengapa hal ini BN membisu malah menyarakankan rakyat menanam sayur untuk mengatasi keniakn harga bawang.

Isu harga barang bukan isu mainan seperti yang Ahmad Maslan fahami. Cabarannya kepada kerajaan PR jelas menampikjan kejahilannya terhadap sistem federalisasi dan ruang kuasa kerajaan negeri berbanding kerajaan pusat. Besar kemungkin beliau ingin menjahilkan rakyat melalui cabarang kebudak-budakan tersebut.

Jika benar ramalan Merdeka Center berdasarkan laporan pada sekitar Disember 2010 bahawa sokongan terhadap BN purata menurun dari angka bulan Mei 2010. Sokongan pada bulan Mei 2010 terhadap kerajaan BN adalah 72 persen telah jatuh dalam kajian Disember 2010 kepada 69 persen. Mengikut pandangan itu penurunan peratusan ini adalah disebabkan kenaikan harga, berpunca dari kenaikan harga bahan bakar dan gula.

UMNO tidak mampu menyelesaikan isu harga barang lantaran sejak 12 tahun hanya mendedahkan bajet defesit dalam Parlimen. Rakyat mahukan perubahan dan PRU-13 adalah medan paling baik untuk realisasikan hasrat rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Thursday, January 20, 2011

tahap pendidikan tinggi negara...

30% rakyat malaysia masuk U, berbanding Korea selatan 96% masuk U, orang melayu ada kata buat apa ramai2 masuk U nanti gaji kena bagi banyak...lingkup la negara....kesian Malaysia..

Saturday, January 15, 2011

Sejarah Ketuanan Melayu

Sejarah Ketuanan Melayu

· Digunakan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad @ Dolah Kok Lanas (DKL) selepas pilihanraya 1986.

· DKL baru menang kerusi dan berhasrat bertanding jawatan ahli MT Umno pada Perhimpunan Agung Umno April 1987.

· DKL bangkitkan isu ketuanan Melayu dalam ucapan di Singapura pada 31 Ogos 1986. Tujuannya untuk mengukuhkan kedudukan beliau setelah jadi MP selepas digugurkan sebagai Timb Menteri dan ditahan ISA hingga 1981 sebagai seorang komunis.

· Menunjukkan pemikiran DKL dan mungkin Umno dalam tahun 1980-an.

· 1. “Let us make no mistake-the political system in Malaysia is founded on Malay dominance. That is the premise from which we should start. The Malays must be politically dominant in Malaysia as the Chinese are politically dominance in Singapore. The political system of Malay dominance was born out of a sacrosanct social contract which preceded national independence

· Terjemahan : “Jangan kita silap faham-sistem politik Malaysia adalah berasaskan ketuanan Melayu. Ini adalah landasan permulaan kita. Di Malaysia, orang-orang Melayu mesti memegang ketuanan politik seperti mana Singapura orang-orang Cina memegang ketuanan politik. Sistem politik berlandaskan ketuanan Melayu ini dilahirkan daripada satu kontrak social yang keramat sebelum kemerdekaan negara.

· DKL merujuk kepada DAP dan PAS sebagai parti pembangkang.

· 2. “Let us think again. A strong opposition? From which party? PAS and the DAP? One a religious extremist party which does not accept the present system and the other a racial chauvinist party which also does not accept the present system.

· Terjemahan : “Mari kita fikir sekali lagi. Satu pembangkang yang kuat? Dari parti mana? PAS dan DAP? Satu parti bersifat ekstrim agama yang tidak menerima system politik yang sedia ada dan parti satu lagi itu bersifat perkauman chauvinis yang juga tidak menerima system yang sedia ada.”

· Menurut sejarah, Umno mengalami perpecahan besar pada dan selepas Perhimpunan Umno 1987.

· Dr. Mahathir mengalahkan musuh politiknya, Musa Hitam dan Ku Li, terus menguasai politik Umno sehingga tahun 1993, berdepan dengan Anwar Ibrahim.

· Pilihan raya 1999, isu dan slogan ketuanan Melayu dimainkan semula bila Umno menghadapi masalah politik (kemenangan besar PAS di Kelantan & Terengganu)

· Pilihan raya 2008, pengundi bukan Melayu menolak Umno-BN hingga 4 negeri lain jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Sunday, January 09, 2011

Di mana kewajaran isteri menteri ke luar negara sekarang?

Kenyataan Media

Di mana kewajaran isteri menteri ke luar negara sekarang?

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Dewan Pemuda PAS Gopeng berpendapat, adalah perlu dan wajar bagi pihak kerajaan meneliti semula kewajaran lawatan para isteri menteri yang diketuai oleh Datin Seri Rosmah ke Arab Saudi baru-baru ini.

Sehingga kini, rakyat bawahan terutamanya belum mendapat sebarang maklumbalas yang positif, memberangsangkan serta komprehensif berkenan hasil lawatan dan penghantaran deligasi isteri Perdana menetri ke luar negara.

Rosmah bersama delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas dengan pesawat khas untuk mengadakan rombongan ke Arab Saudi.

Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas pada pukul 2.30 petang Sabtu (8 januari 2011) melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Bernama)

Di Arab Saudi, beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh.

Rakyat Malaysia tentu sekali berpendapat bahawa ucaptama sebegitu hanya layak diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Menteri Luar Negara yang diberi mandat oleh kerajaan untuk portfolio sebegitu.

Di dalam suasana negara yang diramalkan bakal bengkrap oleh para penganalisa ekonomi dan menteri kabinet, bajet yang cukup besar masih diluluskan kepada isteri para menteri ke luar negara walaupun kemungkinan tanpa membawa sebarang hasil yang cukup dampak kepada politik dan ekonomi negara.

Rakyat merasakan, cukup Projek Permata yang menelan jutaan ringgit dilepaskan ke tangan isteri Perdana Menteri walaupun program sedemikian rupa tidak membawa kesan besar kepada masyarakat marhain. Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor pernah dinyatakan oleh Presiden PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan, fokus kerajaan telah tersasar melalui perlaburan wang sebegini besar memandangkan PERMATA juga masih di peringkat percubaan.

Jika benar isteri para Menteri ingin terlibat dalam isu-isu antarabangsa, kebajikan dan pendidikan, mereka boleh sahaja menjadi penaung NGO-NGO yang sekian lama ikhlas bekerja dalam isu-isu sosial tanpa perlu menelan jutaan ringgit untuk melaksanakan misi mereka. Kini Malaysia memiliki banyaak NGO yang konsisten malah non partisan dalam melaksanakan perjuangan mereka. Kehadiran aktivis sosial atas nama isteri Menteri tidak sama dengan kehadiran mereka atas tiket NGO yang lebih ikhlas berkhidmat atas misi sosial.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

9 januari 2011

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)