Monday, March 03, 2014

ADUN Sungai Rapat jengah mangsa tanah jerlus




3 Mac 2014 - Sungai Rapat 

Kejadian tanah jerlus yang berlaku di Kg Pengkalan Gate Tambahan jam 4 pagi 1 Mac lalu.

Tiga rumah terlibat dalam kejadian itu yang mana salah satu rumah dalam keadaan  sangat bahaya apabila lubang sedalam lebih 15 kaki dan selebar lebih 20 kaki wujud akibat tanah jerlus atau tanah termendap ke bawah.   

YB Radzi, ADUN Sg. Rapat sempat melawat tempat kejadian petang semalam di samping bertanya khabar mangsa-mangsa kejadian yang kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kg. Pengkalan Gate tidak jauh dari rumah mereka.      

Pihak-pihak berwajib seperti bomba, polis dan JKM telah datang meninjau untuk memantau keadaan dan menghulurkan bantuan di samping orang-orang kampung dan jiran taman-taman sekeliling.     

Turut menziarahi mangsa ialah Ahli Parlimen Gopeng, YB. Dr Lee Boon Chye.







Sunday, March 02, 2014

Rumah Terbakar di Batu Gajah- ADUN Sungai Rapat turun melawat


27 Februari 2014- Batu Gajah

ADUN Sungai Rapat YB Radzi telah i melawat kebakaran yang berlaku sebentar tadi sekitar jam  1.30 tengahari di rumah Tuan Hj Ahmad Tharmizi.    Skuad Asnaf Perihatin, MAIPk turut tiba selepas itu untuk  meninjau kebakaran.  


YB Radzi meluangkan masa hampir 40 minit bertanya khabar keluarga berkenaan dan meninjau sendiri kebakaran yang dianggar memusnahkan hampir 70% bahagian dalam rumah berkenaan.    

Rumah yang terbakar ini adalah jiran bersebelahan dengan rumah Tn Hj Baharom.    YB  Radzi telah menghulurkan sedikit wang sebagai bantuan awal di samping Skuad Asnaf Perihatin MAIPk juga turut berbuat demikian.    

Semasa lawatan diadakan Unit forensik jabatan bomba Batu Gajah sedang melakukan siasatan berkaitan punca-punca kebakaran.      

"Saya bersyukur kerana orang-orang kampung dan Taman Tasek keluar beramai ramai serta proaktif membantu setakat yang terdaya di samping pasukan bomba yang datang dengsn dua jenteranya", ulas YB Radzi di tempat kejadian.


YB Radzi tahnik bayi di Kg Sengat





1 Mac 2014- Gopeng
Anak ialah anugerah Allah S.W.T yang berharga di dunia ini. Ramai dalam kalangan pasangan yang berkahwin ini menanti saat bahagia seperti ini iaitu saat meminang cahaya mata.

Apabila si anak lahir, Islam menganjurkan si ayah melakukan banyak perkara sunat.
YB Radzi Zainon berkesempatan melakukan tahnik atau istilah belah mulut di rumah salah satu rumah jemaah,kawan baik Aruah Pak Majid di kg Sengat petang tadi.

Kisah Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya perlu dijadikan iktibar betapa pentingnya anak dalam kehdupan muslim.

Nabi Zakaria memohon dengan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali-Imran, ayat 38)

Yb Radzi Zainon sempat juga meziarahi Ustaz Zakaria Timb. Ketua Cawangan Simpang pulai di rumahnya di kampung tersusun Sengat.
Cucu sulung ustaz Zakaria pada minggu lepas telah meninggal dunia akibat masalah jantung.








Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)