Saturday, September 20, 2014

HARAKAH KEKAL TANGGUNGJAWAB ISTIQAMAHNYA


HARAKAH KEKAL TANGGUNGJAWAB ISTIQAMAHNYA
Muhammad Nuruddin Bashah

Pasca Muktamar Pusat, atau pun sebelumnya, saya tidak berminat menulis dan mengulas isu konflik secara terbuka. Apabila membaca Harakah keluaran beberapa minggu lalu, saya tertarik dengan sisipan Fikrah yang mengenengahkan fungsi dan kemampuan Harakah sebagai medan dakwah dan siasah yang baik. Saya fikir ada baiknya saya menulis serba sedikit kenangan indah saya bersama akhbar rasmi PAS ini. Harakah adalah akhbar yang kekal bertanggungjawab secara ISTIQAMAH hingga kini.

Setiap gerakan Islam yang hebat pasti ada wadah media yang menjadi proksi aau lidah rasmi yang mengiringi perjuangan mereka. Akhbar, majalah, jurnal atau risalah adalah antara bahan utama yang membantu gerakan Islam sejak awal gerakan muwajahah silmiyyah diperkenal oleh Ikhwanul Muslimin. Teringat saya kisah indah kehebatan akhbar-akhbar Ikhwan yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi di dalam buku Aku Dan Al Ikhwan Al Muslimun. Akhbar Al Ikhwan bukan sahaja dijadikan bahan dakwah dan agenda siasah Ikhwan, malah ia diambil kesempatan pula oleh Imam Hassan Al Banna untuk menulis secara berkala dengan membawa agenda tarbiah sebagai agenda besar. Kuliah setiap hari selasanya dijadikan Risalah Selasa dan juga dimaktubkan di dalam akhbar Ikhwan.

Hal ini bagi saya tidak pelik malah ia juga amalan di Malaysia, Mursyidul Am PAS dan Presidennya tidak kering idea dan ilmu untuk terus menulis secara ISTIQAMAH dalam kolum khas nasihat dan tafsir mereka masing-masing. Malah jika tidak salah saya, Presiden kita Dato’ Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang telah mengulas tafsir dalam kolumnya sebelum menjadi presiden lagi. Inilah pengiktirafan berterusan Harakah kepada generasi ulama’ dan tuan guru-tuan guru berkaliber yang ada di dalam PAS. Kolum itu menjadi kegemaran saya dan saya secara berkala masih mengumpul dan meneliti bahan-bahan kedua Tuan Guru itu. Kepada mahasiswa atau aktivis yang bukan aliran agama, bahan seperti ini sahaja pun mampu menyebabkan anda berkebolehan untuk bertazkirah jika anda memanfaatkan tulisan -tulisan ini.

Saya tertarik dengan saranan Haji Ishak Surin YDP Kawasan Batu yang menyarankan agar golongan yang ‘berada’ atau berkemampuan untuk membeli Harakah dan menajanya untuk diedar kepada para pengundi, penyokong atau pihak yang tidak mengundi PAS. Bahan dalam Harakah sarat dengan isi 3 elemen Tarbiah, dakwah dan siasah. Ia mampu melunak hati yang keras untuk menerima kebenaran. Persoalannya ia perlu dibaca dengan ‘ISTIQAMAH’ dan itulah peranan kita memastikan bahan ini secara konsisten sampai ke tangan mereka. Saranan YDP Batu itu tidak baru, suatu ketika YB Ustaz Idris Ahmad juga pernah menyarankan untuk ahli PAS meletak Harakah di rumah-rumah pengundi dan kedai-kedai kopi untuk dijadian bahan sembang, bahan diskusi semasa ‘mengeteh atau mengopi’. Semasa saya menjadi Ketua Penerangan MTD Sungai Rapat sepanjang pilihanraya yang lalu, saya pernah membuat kertas kerja khas bagaimana UPU perlu menyahut seruan Ustaz Idris yang telah beliau bentang dalam Liqa’ Fikri PAS Perak sebelum itu malah saranan itu juga dimuatkan dalam artikel tetap Ustaz Idris dalam Harakah. Alhamdulillah ada UPU yang menyahut seruan dan memandang penting agenda ini.

Suatu ketika pasca pemecatan DSAI, Harakah menjadi terlalu laris bagaikan ikan yang naik ke darat sebelum tsunami. Saya menghayati fenomena itu kerana saya antara penjual Harakah sekitar tahun 1998 hingga 2002. Bapa saya sebagai pesara guru telah memiliki sebuah kedai ubatan tradisional dan kitab telah menjadikan Harakah sebagai salah satu bahan jualan kami. Untung tidak ke seberapa tetapi kepuasan memberi bahan yang amat ditagih ketika itu cukup terasa. Mungkin itulah perasa pengedar dadah, berasa puas memberi bahan tagih kepada para penagih, jika boleh diumpamakan. Kami terpaksa menunggu bekalan Harakah di Taman Brown Pulau Pinang daripada Pak Ibrahim (pengedar tahun-tahun itu). Kami juga terpaksa menjadi tukang angkut kepada pengedar Harakah lain yang tidak sempat ke Taman Brown setiap kali keluaran muncul. Harga ketika itu adalah RM 1.30. Sekaligus hubungan kami sesama penjual menjadi erat.

Pembeli Harakah ketika itu ada yang berseloroh, ‘dadah dah sampai belum, kami gian dah ni’. Dalam zaman yang belum dipengaruhi sihir media sosial dan gajet, akhbar cetak seperti Harakah menjadi tumpuan dan ia paling terserlah berbanding akhbar pembangkang lain.

Ada yang ingin menjadi pengedar ‘segera’ mengambil bekalan kepada kami tanpa mahu mengambil untung dan dijual dengan harga yang sama. Fenomena apakah ini? Ya para petugas PAS ketika itu sanggup menjadi kaki tangan Haraah secara tidak rasmi kerana Harakah benar-benar memacu GERAK, Reformasi dan segala kebangkitan ketika itu.

Kami jual hingga ke pasar tani dan pasar malam. Hari ini kita tidak lihat lagi suasana menjual harakah secara gerai ke gerai. Saya pernah melakukannya apabila Harakah Isnin tiba, kami yang juga memiliki gerai di Pasar Tani Ahad di Balik Pulau, mengelek Harakah untuk dijual dari orang ke orang, gerai ke gerai ala-ala ‘salesmen’ kerana Harakah dikehendaki segera oleh pembaca. Ayat ‘Harakah satu’, mai aku punya satu, ‘bagi stok lebih sikit’ adalah ayat yang saya masih ingat semasa menjual ala ‘salesmen’ dahulu. Ada juga yang ‘nakal’. Melempar Harakah yang saya hulur di hadapan saya. Oh ya ketika itu penyokong Dr Mahathir kan masih ada. Mereka cukup bencikan Harakah.

Apabila fenomena Harakah dikesan juak-juak Dr Mahathir maka beliau geledah dan rampas Harakah sesuka hati. Stok tergencat banyak kali. Ramai yang marah-marah pengedar seperti kami. Harakah dijadikan keluaran 2 kali sebulan! Tidak masuk akal dan harga menjadi RM 2.50. Harakah cukup tebal dan tidak mampu membuat liputan semua berita kena semuanya hangat dan panas. Harakah kembali normal cuma harga tidak kembali ke RM 1.30. Harga RM 2 cukup murah bagi anda memiliki JURNAL HARAKI seperti Harakah.

Harakah bermaksud gerakan. Secara bahasa dan istilahnya, Harakah memang telah terbukti menjadi akhbar gerakan dan ia bergerak secara ISTIQAMAH. Merujuk Tema Ucapan Rasmi Presiden PAS baru-baru ini, ‘Terus ISTIQAMAH’, Harakah telah lama berISTIQAMAH dalam membawa mesej lidah jamaah. Dalam mengharungi krisis MB Selangor, Harakah menjadi lidah yang mengembali fokus, tidak bersifat batu api sepertimana sihir media sosial, terus membawa isu kepincangan Barisan Nasional, mengenengah isu ekonomi, mustadhafin dan luar negara walaupun krisis kelihatannya lebih diminati oleh ahli PAS. Tidak hairan portal talian, meda sosial lebih diminati ahli PAS berbanding Harakah saat ini kerana Harakah tidak mengapikan krisis.



Saya teringat kata-kata Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dalam Persidangan ICT & Media Baru 2011 di KUIZM, beliau menegaskan media sosial dan media alternatif bukan mukjizat yang boleh membangkitkan rakyat atau mencorak sesuatu revolusi. Ia hanya menghebahkan dan menyemarakkan maklumat sahaja tanpa ada etika jurnalism dan etika kewartawanan yang berkesan. Tiada nilai pertanggungjawaban dalam menghebah atau menulis di media sosial. Inilah bezanya dengan Harakah. Kenyataan dalam talian cukup pantas dan segera kadangkala tidak melalui proses perenungan matlamat, faktor luaran dan kesam akibat sesuatu penulisan. Tidak seperti akhbar terbit /cetak yang terpaksa melalui proses demi proses sebelum dicetak. Kerana itu tulisannya matang.

Saya menjadikan Harakah sebagai materi utama dalam kerja news monitoring saya saban bulan. Sejak tahun 2007 hingga kini koleksi buku skrap pemantauan isu telah berpuluh-puluh dan isi perutnya kebanyakkan daripada Harakah. Kerja research dan meneliti isu secara belakang tabir yang saya lakukan beberapa tahun lalu untuk beberapa pemimpin jamaah juga mengambil manfaat daripada kerja news monitoring yang saya lakukan tanpa mengira jawatan, masa dan tanpa arahan sesiapa. Ia hobi, minat dan kesungguhan yang terbit kerana saya tida tergamak me ‘let go’ Harakah lama saya sebagai pembalut nasi lemak dan kepada pihak recycle paper sebelum saya membedah isi Harakah itu.

Bak kata Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dalam video biografi yang saya tonton beberapa tahun lalu, kata beliau Harakah umpama jurnal dan bahan separa akdemik ilmiah yang padat. Membacanya perlu teliti dan bersungguh. Jika membaca dan meneliti Harakah Insya Allah manfaatnya akan dirasai. Itulah antara ungkapan Mursyidul Am dalam video berkenaan jika saya tidak tersilap ingat.

Sejak mendengar ucapan itu, saya cuba mengajar diri saya membaca dengan tekun isi Harakah.

Agenda tarbiah juga telah lama menjadi agenda besar Harakah. Kolum dua Tuan Guru kita, kolum Ustaz Zainuddin Hashim, Abdul Shukor Harun, dan Kolum Ustaz Idris Ahmad. Tetapi adakah ia menjadi bahan bacaan ‘ISTIQAMAH’ ahli PAS. Adakah ahli PAS menitik beratkan menjadikan kolum ini sebagai bacaan wajib dalam usrah-usrahnya?

Jika di sekolah adalah majalah dalam darjah, ada akhbar dalam darjah, apa salahnya dalam usrah iaitu bilik darjah dalam jamaah diadakan akhbar dalam darjah iaitu Harakah? Saya yakin Harakah belum dimanfaat sepenuhnya oleh ahli dalam medan diskusi. Hal inilah yang mengganggu keseimbangan 3 elemen pemusatan kerja dalam jamaah. Elemen tarbiah menjadi dingin, lesu, malap dan mandom. Saban muktamar mengumandang idea tarbiah yang dinamik tetapi hakikatnya agenda mudah membedah Harakah pun belum mampu diISTIQAMAHkan oleh ahli dan para naqib dalam PAS bagaimana ingin dinamik lagi?


Presiden TERAS Cikgu Hj Azmi Abd Hamid ada mengulas bahawa Harakah telah menjadi media mainstreem. Saya juga mengikuti pemikiran dan kerja buat beliau dalam NGO MAPIM di Utara. Beliau antara pembaca Harakah yang tegar, setegar dua Tuan Guru kita yang membaca Harakah walaupun di dalam wad.

Ia kekal mainstreem sudah berdekad usianya sejak tahu 1987. Sejarah menyaksikan akhbar kebangkitan rakyat lain tidak mampu kekal seperti Al Imam, Pengasoh, Neracha dan juga zaman kita ini bebrapa nama akhbar yang tidak perlu kita nyatakan namanya telah terpadam penerbitannya. Mungkin kita boleh berkata akhbar islamis yang diharam berkenaan dilakukan oleh penjajah dan Harakah muncul di zaman moden 1980an. Tetapi realitinya Harakah bertahan dan ia mampu kekal. Faktor utama adalah ia akhbar yang berpenyokong. Semasa saya menulis untuk Era Pakatan sekitar tahun 2009, akhbar yang mulai naik nama itu padam di pertengahan jalan. Ia tiada pendokong yang mahu membelanya semasa aktiviti ‘penyaun’ mengeledah dan merampas naskhah Era Pakatan ketika itu. Mereka rugi ribuan ringgit. Maka perlu kita sedarkan kepada para ahli dan penyokong label akhbar untuk ahli PAS sahaja jangan dianggap sebagai ancaman Akta Cetak sahaja. Anggaplah ia satu motivasi bahawa ahli PAS perlu muhasabah kerana masih ramai ahli PAS yang tidak berselera membaca Harakah akhbar jamaah sendiri malah lebih gemar membaca akhbar rakan Pakatan Rakyat yang lain walaupun ia tidak menjadi kesalahan.

Saya mendoakan Harakah terus ISTIQAMAH dan kekal dalam perjuangan memartabat Islam dan rakyat di Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPP Sungai Petani
Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah
Ahli PAS

Jitra 8.54 pagi

20 September 2014


Friday, September 05, 2014

MENGENALI SHEIKH AHMAD AL FATANI-ARKITEK KEMERDEKAAN ALIRAN ISLAM

MENGENALI SHEIKH AHMAD AL FATANI-ARKITEK KEMERDEKAAN ALIRAN ISLAM1
Muhammad Nuruddin Bashah2
Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Tokoh Reformis & Pemikir Agung Melayu : Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fhatoni
(1856-1908)

Pengertian Apa itu Kemerdekaan dalam Islam
  • Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud - istiah isiqlal (merdeka) dan hurriyyah (pembebasan) tiada dalam A Quran dan hadis tetapi tidak bermakna Islam tidak perjuang merdeka. Sama dengan isu Allah wujud dan istilah Daulah Islamiyyah -keduanya juga tiada dalam Al Quran3.
  • Dalil asas bangsa merdeka4:

Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu. (Al Hadid ayat 9)

  • Tanwiriy (pencahayaan) sama dengan tahririy - enlightened
  • Sikap pribumi yang bersikap qabiliyyah lil isti’mar (colonizability) atau kebolehan mereka menerima penjajahan sehingga merasakan diri tidak sempurna jika tidak bertuankan penjajah.
  • Tulisan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab : "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu. "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita. "Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... "5.

Apa maksud penjajahan

  • Menurut Dr Siddiq Fadzil : isu agenda pembodohan ala Firaun yang membelenggu fikiran rakyat dalam kurungan ideologi pemerintah/penjajah6.
  • Al Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Amir Shakib Arsalan, Malik Ben Nabi sepakat dengan surah ar-Ra’d ayat 11 7iaitu konsep taghyir an nufus- mengubah watak, paradigma, wawasan dan iktiqad.
  • Malik Ben Nabi - konsep istiqlal al aql (kemerdekaan akal) - Prof Syed Hussein Al Attas - The captive mind (minda tertawan)
  • Penjajahan bermula selepas kejatuhan Islam Granada 1492 M, Tamadun Ghotic memulakan perjalanan diikuti bangsa Anglo Saxon dll.
  • Bukan sekadar penjajahn politik - tetapi budaya, jiwa, mental dijajah8.


Kenali Sheikh Ahmad Al Fatani
  • Nama penuh : Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain.
  • Dilahirkan pada 5 Syaaban tahun 1272H bersamaan 10 April 1856M di Kampung Sena Janjar, Kampung Jambu, Negeri Jerim dan berhijrah meninggalkan Fatani menuju ke Mekah bersama ibu bapa beliau ketika berumur empat tahun.
  • Menghafal pelbagai jenis matan seawal umur dua tahun lagi.
  • Sheikh Wan Ahmad al-Fatani merupakan seorang yang sangat cerdas otaknya dan sudah diakui alim semenjak berusia 12 tahun. Sekitar umurnya empat tahun, beliau telah mengikut ayah dan ibunya berpindah ke Makkah.
  • Menuntut pula di Baitul Maqdis selama dua tahun sehingga menjadi orang Melayu pertama yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang perubatan daripada Syeikh Abd al-Rahim al-Kabuli di samping ilmu-ilmu lain terutamanya yang berkaitan dengan bidang syariat9.
  • Sheikh Wan Ahmad al-Fatani merupakan orang Melayu pertama yang menuntut di Universiti al-Azhar.
  • Setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Mesir, Sheikh Wan Ahmad kembali semula ke tanah suci Makkah. Pada ketika itu, umurnya belum mencecah 30 tahun, namun, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjid al-Haram.
  • Anak murid :
    • Dari Patani sekitar 23 orang yang antaranya Syeikh Abdullah bin Qasim Senggora, Syeikh Muhammad bin Idris al-Fatani dan Syeikh Muhammad bin Hussein bin Abdul Latif al-Fatani.
    • Anak murid beliau dari Malaysia juga tidak kurang hebatnya sehingga jumlah yang dicatatkan melebihi 38 orang bahkan ada di kalangan mereka di kalangan sultan seperti Sultan Mansor yang merupakan sultan Kelantan dan Sultan Zainal Abidin iaitu sultan negeri Terengganu.
    • Syeikh Abdul Samad bin Muhammad Saleh yang lebih dikenali dengan Tuan Tabal, Syeikh Wan Sulaiman bin Sidiq, Mufti Kedah dan Tuan Guru Haji Omar bin Ismail, Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan.
    • Anak-anak kelahiran Cam/Kemboja untuk berguru seperti Hj. Muhammad Saleh, Tengku Sulaiman dan Tuan Guru Haji Muhammad Tahir Kemboja10.

Sheikh Ahmad memacu perjuangan bebaskan tanah air.11
  • Sheikh Ahmad memula langkah membangkit semangat menentang penjajah di Mekah dengan membina kader.
  • Snouck Hurgronje sanggup belajar dengan beliau semata-mata ingin menyekat benagkitan anti-penjajah.
  • Asas tarbiah Sheikh Ahmad: ilmu, ulama’, Uthamniyyah sebagai pelindung, tentang penjajah.
  • Murid yang dilatih untuk siasah-politik: Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Nik Ismail, Dato’ Muhammad Mohd Said (Menteri Besar Kelantan), Dato’ Laksamana Kelantan, Raja Ali kelana Riau, Haji Hassan Munas (Tok Janggut), dll.
  • Sheikh Ahmad tubuhkan Jamiyatul Fathaniyah. Akibatnya Raja Ali tubuhkan Jamiyatul Rusydiyah di Riau (Syed Sheikh Al Hadi jadi Setiausaha) dan seterusnya tertubuhnya Sarekat Dagang Islam 190912.
  • Sarekat Dagang Islam/tukar nama Sarekat Islam - tertubuhnya gerakan merdeka Indonesia - Nahdatul Ulama’ (Kaum Tua), Masyumi, Muhammadiyyah (Kaum Muda).
  • Tok Kenali tubuhkan MAIK di Kelantan bersama Dato’ Paduka Perdana Menteri Nik Mahmud.
  • Persekutuan islam Singapura oleh Mohd Eunos Abdulah 1900. Akibatnya tertubuhnya KMS 1926 yang mencetus KMM dan PKMM kemudiannya.
Kaum Tua mengasuh Kaum Muda13
  • Sheikh Ahmad ubah perhatian daripada Mekah ke Mesir kerana Sharif Mekah sudah tidak berminat memperkembang kitab pengajian melayu.
  • Murid-murid aliran Kaum Muda yang dihantar ke Mesir :
    • Sheikh tahir Jalaluddin
    • Syed Sheikh al Hadi.
  • Murid aliran Kaum Tua yang dihantar ke Mesir :
    • Sheikh Abd Ghani Acheh
    • Tok Kenali
  • Terpengaruh gerakan Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al Afghani- tubuhkan Jamiyatul Khairiyah 1923
  • Sekitar Jamiyatul Khairiyah :
    • Ustaz Othman Abdullah - pengarang Seruan Azhar, pengasas KMM 1937.
    • Sheikh Abu Bakar Al- Asyaari mewakiliJamiyatu Khairiyah ke Muktamar Sedunia di Palestin 1932.
  • Murid Sheikh Ahmad, Syed Sheikh Al Hadi muncul dengan Al Imam14. Sheikh Ahmad yang perkenalkan Kaum Muda dengan fikrah reformisme- tiada isu Kaum Tua tiada idea revolusioner.
  • Kaum Muda tubuhkan Maahad Al Mashoor - hasilkan pemimpin kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin Al Helmi.
Sheikh Ahmad cetus gerakan menentang penjajah peringkat Global15
  • Sheikh Ahmad berjaya mendekatkan Raja Ali kelana dengan Uthmaniyyah dan juga mengheret Syed Sheikh Al Hadi dengan diplomasi Uthmaniyyah.
  • Raja Ali Kelana - utus murid Sheikh Ahmad iaitu Raja Khalid Hitam ke Jepun 1912 untuk mohon abntaun bebaskan nusantara. Jepun sedang bangkit ketika itu16.
  • Hantar muridnya bernama Sheikh Wan Ishak berulang alik Mekah-Kemboja-suntik semagat bangkit lawan Barat dan Vietnam di IndoChina.

Sheikh Ahmad menguntik semangat Tok Janggut17.
  • Haji Mat Hassan MUnas hadir ke Mekah- 1902-1908 -berguru dengan Sheikh Ahmad.
  • Ketika itu British sibuk menjajah Baitul Maqdis. Di Mekah suntikan semangat benci Inggeris.
  • Perang jihad menentang British 1915- sejajar dengan kempen jihad Perang Dunia I Uthmaniyyah.

Di Terengganu juga ada bisa beliau18
  • Sheikh Ahmad bersahabat dengan Sultan Zainal Abidin III dan Tokku Paloh.
  • Mereka menyuntik semangat kepada Tuna Guru Abdul rahman Limbong.
  • Jihad Terangganu 1924-1928 -sempena kejatuhan Uthmaniyyah.
  • Bendera Stambol dikibarkan.

Pemikiran jihad /kemerdekaan Sheikh Ahmad Al Fatani
  • Perkataan jihad disebut sebanyak lebih 40 kali di dalam al-Quran.
  • Dalam al-Quran kalimah jihad ini membawa erti berjuang pada jalan Allah dan mempertahankan agama Islam secara umum. Antaranya seperti dalam surah al-Hajj 22:78, Surah al-Ankabut 29:69, Surah al-Baqarah 2:218 dan lain-lain lagi yang menekankan soal perjuangan di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad serta pengorbanan harta dan jiwa raga di jalan Allah.
  • Peranan ulama dalam membangkitkan perang jihad dan melancarkan perang sabil ke atas penjajah kuffar di Tanah Melayu yang terhenti setelah kekalahan Patani kembali memuncak pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20 Masihi.
  • Tiga pemberontakan yang dipimpin oleh ulama Pahang, Singapura, Kelantan dan Terengganu mempunyai hubungan yang rapat pengaruh Uthmaniyyah19.
  • Surat Sheikh Ahmad kepada Sultan Zainal Abidin III:
    • Mempadukan Islam dan Melayu.
    • Mempertinggi tamadun dan kebudayaan melayu.
    • Menggabungkan tamadun yang muafakat dengan syara’20.

Pemikiran dalam kitab As Siyasah wa Tadbir21;
  • Semua penjajah kerajaan-kerajaan melayu mesti digesa keluar.
  • Sekali-kali tidak boleh diperintah oleh bangsa asing terutama yang bukan beragama Islam.

Uthmaniyyah benteng kedaulatan Kerajaan Melayu
  • Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin karya Shaykh Wan Ahmad al-Fatani - sejarah tentang Kerajaan ‘Uthmaniyyah. Antara isu sejarah ‘Uthmaniyyah - isu ketenteraan22.
  • Sheikh Ahmad menceritakan Uthmaniyyah mempunyai struktur ketenteraan yang utuh dan kuat sehingga mampu menyaingi kekuataan ketenteraan kuasa-kuasa Eropah.
  • Kewujudan ‘Uthmaniyyah sebagai satu-satunya khalifah yang menaungi dunia Islam ketika itu turut menjadi faktor mengapa isu-isu berkaitan Kerajaan ‘Uthmaniyyah, termasuk ketenteraan, turut ditulis dalam karya tersebut.
  • Institusi ketenteraan ‘Uthmaniyyah iaitu tentera Inkishariyyah23, aktiviti ketenteraan ‘Uthmaniyyah ketika proses penubuhan dan pengukuhan di wilayah Turki dan ekspedisi jihad menentang kuasa Eropah. Isu tersebut yang dicatatkan dalam bahasa Melayu memberi kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui tentang sejarah ketenteraan Kerajaan ‘Uthmaniyyah.
  • Empayar Uthmaniyyah diiktiraf sebagai pelindung dan ejen pembebasan Kesultanan Melayu daripada penjajah Barat.
  • Di Singapura- jumpa risalah agar umat Islam memberontak menentang Inggeris yang ketika otu menyerang jajahan Turki di Balkan 1876.
  • Belanda memantau, mengetat syarat jemaah Haji. Tubuhkan konsulat di Jeddah pada tahun 1872. Inggeris juga bina Konsulat pada 1838.
  • Pengaruh Uthamniyyah -bendera Selangor, Johor, Panji Stambul di Kelantan, terengganu, Bendera Acheh.
  • Perang Balkan (1912-1913) – Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro
  • Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru.
  • Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.
  • 1912, Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya24.

  • Bukti Bantuan Uthmaniyyah terhadap Kesultanan Melayu Nusantara:
    • Hubungan Hang Tuah dengan Turki sejak abad 1400an.
    • Pemberontakan Dato’ Bahaman- ada usaha untuk mohon bantuan Uthamniyyah.
    • 1511 Portugis jajah Melaka 1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka. Portugis hancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyaki akan ke Melaka.
    • 1530an Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah. 160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk tolong Muslim tahun1564 Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia.
    • Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873 Belanda minta Acheh Putuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah; & tukar Bendera Acheh –Bintang Bulan– seperti Turki dengan Bendera Belanda. (Bendera Indonesia sekarang adalah bendera Belanda yang diubahsuai)
    • Johor - 1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul, 1893 – Sultan Abu Bakar lawat Istanbul kali ke2 Sultan Abdul Hamid kurniakan 2 wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Ruqayah ibu kepada Dato’ Onn Jaafar, 1894, kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor. Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar. Raja Ali Kelana (Mufti Johor) Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah Raja Ali Kelana ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan 1913 minta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah, yang telah jatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda. Raja Ali kerjasama dengan Syeikh Ahmad al-Fathani untuk satukan Melayu dengan Khilafah Misi Raja Ali itu gagal (Khilafah `Uthmaniyyah ketika itu lemah)

Benarkah gelombang jihad keagamaan gagal berbanding gelombang nasionalisme di Tanah Melayu
  • Belanda menganggap ajaran-ajaran dan tareqat itu sangat berbahaya kepada pemerintahan mereka.
  • Snouck Hurgronje penasihat paling menonjol mengenai masalah Islam untuk pemerintah Belanda menyatakan bahawa mengenai masalah Islam untuk pemerintah Belanda menyatakan bahawa para syeikh sufi adalah musuh paling berbahaya bagi pemerintah Belanda di Nusantara25.
  • Ulama’ dicalit dengan panggilan pengkhianat Sultan oleh British unuk mendilemekan orang Islam dalam feudalisme.
  • Gelombang ulama menentang penjajah tidak terbantut sepertimana tulisan buku teks sejarah-nasionalisme mengganti perjuangan ulama’ -sebaliknya gelombang berasas Islam ini berkongsi dengan kebanjiran kebangkitan cara ideologi lain.
  • Gelombang ini kekal-buktinya terbentu gerakan Islam sehingga kini.
  • Tuduhan mengatakan kebangkitan menentang penjajah oleh Tok Janggut dll sebagai gerakan tidak tersusun, responsif, melulu atau anarki adalah salah kerana hakikatnya mereka bergerak melalui gerakan seperti Sarekat islam, Jamiyatu Fataniyah, Jamiyatul Rusydiyah. Ia melalui perencanaan Istana Turki melalui kerja kuat ulama’ diplomatik Sheikh Ahmad Al Fathani.


Bertam
5 Sep 2014, 7.04 pagi.


1 Kertas ini disusun khas untuk siri penerangan, ilmiah sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Kali ke-57 tahun 2014. Tema kemerdekaan tahun ini adalah “Di sini bermula sebuah cinta”. Hal ini boleh dikaitkan dengan meneliti bahan tulisan ini, pembaca diharapkan akan mencintai dan menghayati perjuangan para alim ulama’.
2 Penulis boleh dihubungi melalui : jihadin82@yahoo.com, 017-6291368, FB nama penuh penulis.
3 Prof, Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, Kemerdekaan Dalam Islam: Menyuburkan Maknanya di Malaysia, Seminar Islam Hadhari, IKIM, 23-24 Ogos 2005.
4 Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Akademi Kajian Ketamadunan Kompleks Dar A’ Hikmah, 2012 (halaman 27)
5 Bughyat at-Thullab, jilid 1, (hlm. 95), Banyak lagi tulisan ulama’ dalam kitab-kitab jawi yang menggambarkan suasana jihad yang dipacu melalui Empayar Uthamniyyah. Penulis akan sediakan dalam tulisan yang lain.
6 Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Akademi Kajian Ketamadunan Kompleks Dar A’ Hikmah, 2012 (halaman 50)
7
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” ( Ar Ra’d ayat 11) 
8 Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, Perjanjian Budaya dan Kesan Kepada Jiwa Yang Merdeka, Seminar Islam Hadhari, IKIM, 23-24 Ogos 2005.
9 Muhammad Adib Samsudin dan Mohammad Zaini Bin Yahya, Pemikiran Usul Fikah Sheikh Ahmad Al Fathani dalam Kitab Al Fatawa Al Fataniyyah, Jurnal Melayu (7) 2011: 173 - 192
10 Ibid
11 Riduan Mohammad Nor dan Mohd Fadli Ghani, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, Jundi Resources, 2011 (halaman 96-100)
12 Kongres Sarekat Islam yang kedua diadakan pada bulan Oktober 1917, diikuti oleh Kongres ketiga antara 29 September hingga 6 Oktober 1918 di Surabaya. Dalam kongres ketiga ini, Cokroaminoto menyatakan bahawa jika Belanda tidak melakukan reformasi sosial secara besar-besaran, maka Sarekat Islam pada dirinya akan melakukannya di luar parlimen.

Sarekat Islam kemudian menjadi sebuah parti politik, dengan keanggotaannya berkembang dengan pesat. Daripada 360,000 orang anggota pada tahun 1916, keanggotaan Sarekat Islam meningkat menjadi dua juta orang pada tahun 1919, suatu kenaikan 77% setiap tahun pada tempoh tiga tahun tersebut. Sarekat Islam kemudian memainkan peranan yang penting dalam sejarah kemerdekaan Indonesia. Ketua SI, Omar Said Cokroaminoto mempunyai tiga orang pengikut seperti Sukarno, ahli nasionalisme, Semaun, ahli sosialis, dan Kartosuwiryo, ahli agama.
13 Riduan Mohammad Nor dan Mohd Fadli Ghani, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, Jundi Resources, 2011 (halaman 100-101)

14 Walaupun Al Imam dan Syed Sheikh Al Hadi dianggap sebagai mewakili aliran Kaum Muda mengupayakan kaum Melayu Islam serta memacu kepada kebangkitan intelektual-ulama’ Melayu, namun banyak kontroversi menyeliputi pemikiran sesetengah penggerak Kaum Muda. Ia bukan isu ijthadiyyah, ikhtilaf atau salafiyyah VS Mazhabiy, tetapi isu liberalisme, westomania, emansipasi gender dan isu kekaguman terhadap barat yang melampau. Hal ini akan dijelaskan oleh penulis dalam siri tulisan yang lain.
15 Riduan Mohammad Nor dan Mohd Fadli Ghani, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, Jundi Resources, 2011 (halaman 102)
16 Ketika kehadiran jepun 1940an, Jepun mencari keturunan Raja Khalid Hitam teapi berjumpa dengan Ibrahim yaakob. Dengan bantuan Ibrahim Jepun berjaya berjumpa keturunan Raja Khalid Hitam. Indonesia merdeka, Tanah melayu masih gagal ketika Jepun berundur.
17 Riduan Mohammad Nor dan Mohd Fadli Ghani, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, Jundi Resources, 2011 (halaman 103)
18 Ibid.
19 Riduan Mohammad Nor dan Mohd Fadli Ghani, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, Jundi Resources, 2011 (halaman 118)
20 Hj, Wan Mohd Shaghir Abdullah, Koleksi Khazanah Sheikh Ahmad Al Fathani, Pameran Manuskrip dan Khazanah Ulama’-Ulama’ Kelantan dan Patani, Kelantan 1992.

21 Ibid.
22 Ezad Azraai Jamsari, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Ermy Azziaty Rozali & Mohd Yusrizal Mohd Yunus Sejarah Ketenteraan ‘Uthmaniyyah dalam Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin Karya Shaykh Wan Ahmad al-Fatani, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
23 Institusi Ketenteraan ‘Uthmaniyyah: Inkishariyyah: Tentera inkishariyyah, atau janisarry dalam bahasa Inggeris, merupakan tentera elit Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang telah ditubuhkan oleh Sultan Murad I. Bagaimanapun, tentera tersebut telah dibubarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1826 setelah beliau memperkenal institusi ketenteraan baru, yang dikenali sebagai Nizam-I Cedid.
24 Britain sekat berita tentang peperangan Dunia Pertama yang menyaksikan Khilafah menentang Britain. Akhbar Neracha ditutup secara paksa oleh Britain dalam tahun 1915 dan akhbar Tunas Melayu juga ditutup oleh Britain.

25 Amnah Saayah Ismail, Rusleda Awang, 1Wan Kamal Mujani & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Persepsi Kalimah Jihad menurut Pandangan Ulama Nusantara, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)