Tuesday, November 03, 2009

Dayasaing antarabangsa Malaysia jatuh akibat kegagalan BN

Disiar dalam Suara Keadilan 17-24 November 2009, Harakah 23 November serta Era Pakatan 16 November.

Dayasaing antarabangsa Malaysia jatuh akibat kegagalan BN

Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 Malaysia menunjukkan Malaysia jatuh 3 anak tangga ke tangga 24 untuk sesi 2009 hingga 2010 disebabkan kegagalan Malaysia dalam penilaian pillar(teras) pertama penilaian iaitu berkaitan Institusi.

Di antara sub-unsur atau elemen penting yang dinilai dalam teras institusi adalah aspek jenayah, pengurusan sindiket haram, keselamatan, kebebasan kehakiman, persepsi masyarakat terhadap sistem politik, etika firma-firma kerajaan dan badan berkanun serta ketelusan pembuat dasar negara (pemimpin). Aspek akauntabiliti atau hisbah merupakan perkara penting yang telah menjatuhkan negara kita sebanyak 3 tangga ke tangga ke-24 hari ini.

Antara indeks yang boleh kita perhati bersama adalah aspek Kepercayaan rakyat kepada ahli politik pada tangga ke-33 dunia. Kebebasan kehakiman pula Malaysia berada pada tangga -53. Kebolehtelusan pembuatan dasar kerajaan pula Malaysia berada pada tangga ke-30 dunia. Perkhidmatan polis juga dinilai iaitu berada pada tangga ke-48.

Sebelum ini beberapa media alternatif telah mendedahkan tahap jenayah di Malaysia berada di tangga ke-95 manakala keganasan pula berada pada tangga ke-97.

Berdasarkan kajian terperinci ini, jelas menunjukkan sistem politik dan persepsi rakyat terhadap akauntabiliti, ketelusan serta keefisienan perjalanan agensi dan institusi kerajaan adalah amat penting. Jelas daripada laporan ini juga menunjukkan sebarang aspek teras pertama laporan ini (institusi) boleh mempengaruhi teras ke-6 iaitu Efisiensi Pasaran Sihat (Goods market efficiency) yang melibatkan jumlah pelabur asing serta pengembangan pasaran produk da perkhidmatan negara.

Terbongkar juga, kenyataan kerajaan bahawa negara kehilangan pelabur asing akibat perubahan politik yang bertukar kepada pembangkang adalah dusta semata-mata.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)