Tuesday, March 23, 2010

Diskusi bersama anak muda Pulau Pinang

Jumaat lalu 19 Mac 2010 saya pulang sekejap ke Pulau Pinang untuk sertai Diskusi Anak Muda berkaitan demokrasi dan kefahaman berkenaan aspek perlaksanaan demokrasi di malaysia. Saya ingat ia anjuran SUARAM kerana yang menghebahkan iklan diskusi ini adalah sahabat saya yang senang untuk saya panggil Cheng sahaja. Beliau kini koordinator SUARAM menggantikan Lau Su Shi. Apa pun mereka berdua adalah antara aktivis DEMA yang aktif dalam isu anak muda, mahasiswa dan demokrasi. Rupanya ia anjuran personal oleh Cheng sendiri untuk memberi medan baru pertukaran idea dan pengalaman membaca dan mengkaji melalui medium santai dan terbuka.

Macam biasa diskusi macam ini jika di zon utara –penang, majoriti peserta adalah mahasiswa berbangsa Cina. Ada juga beberapa peserta melayu dan beberapa siswi PMIUSM.

Saya hadir sebagai sahabat Cheng serta bekas mahasiswa untuk bersama mendengar wacana setempat serta idea mahasiswa Pulau Pinang.

Terkejut juga saya bila yang mengkoordinator diskusi itu adalah Saudara Koy yang datang dari Kuala Lumpur. Baru saya tahu dia baru tamat master sosiologi di UKM. Koy yang berhaluan kiri ini cukup anti dunia kapitalis malah cukup erat dengan dunia diskusi buku di zon lembah klang. Saya sempat minta dia emailkan tesis master kepada saya sebab saya nak tahu idea dia selama bergelumang di UKM. Dulu dia UIA dalam bidang Undang-undang. Jual nasik lemak sekitar Briekfield untuk dijadikan wang yuran menyambung pengajian. Bagus sikap dia dalam usaha mengelak riba PTPTN atau apa-apa loan yang kapitalis anjurkan.

Rata-rata bagus idea mereka berkaitan pengkopratan pendidikan dan bagaimana menyedarkan mahasiswa dan anak muda betapa pendidikan mereka kini adalah berbayar dan dijadikan komodi oleh pemerintah. Saya berpendapat bukan pengkopratan tetapi pemerdagangan pendidikan. Kampus kini adalah medan bisnes. Tidak hairanlah ramai mahasiswa giat dengan MLM sejak awal tahun 2000 lagi. Semua sebab tiada wang, tak cukup wang serta terpengaruh dengan dunia persaingan wang dan laba. Mahasiswa kini juga tidak lagi gila mengumpul buku dan tesis seperti era 1070an dahulu.

Dah jadi zikir gamaknya bila mahasiswa melayu-islamik ingin berbincang isu siasah, mahasiswa atau perjuangan pelajar lebih cenderung menjadi isu AUKU sebagai target utama. Malah perjuangan menentang AUKU hanya diwariskan dari senior kepada junior tanpa faham apa itu isu jangka panjang dengan isu substensi yang perlu diupayakan. Bukan isu AUKU tidak pelru diutamakan, malah memang jelas AUKU membezakan mahasiswa kini dengan senior-senior mereka yang kurang asakan daripada AUKU. Tetapi ia bukan satu paranoid yang perlu ditakuti sehingga ia menghampakan perjuangan mahasiswa. Tambah malang mahasiswa terlalu diasak bahawa mereka kini terkepung sehingga mereka cukup mendoakan aautonomos kampus sebelum mahu bertindak apa-apa. Selagi tidak ‘bebas’ mereka ingin kekal cetek ilmu, kekal tak membaca, kurang pengaruh dan kredibiliti dalam bersiasah malah tiada kepakaran sampingan dicapai selain ilmu kursus akademik masing-masing. Alasan ‘masih terkurung’ kadang kala dijadikan alasan selesa untuk mahasiswa hanya menunggu kebebasa tanpa mengisi ruang perjuangan di kampus melalui segenap peluang yang ada.


Muhammad Nuruddin Bashah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)