Monday, September 06, 2010

Tolak iklan pluralisme agama TV3

KENYATAAN MEDIA

Tolak iklan pluralisme agama TV3

Pemuda Islam Gopeng menyahut bantahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab menyiarkan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan yang berunsur pluralism (penyatuan semua agama) kelihatan menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur agama Krismas , Hindu dan Buddha .

PAS adalah parti yang cukup tegar memperjuangkan perpaduan keharmonian kaum malah berangkatan dengan kaum bukan Islam menolak kezaliman dan kemungkaran. Namun ada bezanya denga perpaduan kosmetik yang ditaja oleh BN dan TV3. BN mempromosikan kehidupan perkauman dalam parti berasingan dan hanya bersatu atas label 1Malaysia. Hakikatnya tiada keterlibatan harmoni perjuangan antara kaum yang di bawa.

Dalam hal akidah, Islam tetap adalah akidah Islam malah kaum bukan islam tidak pernah dipaksa menganut Islam dalam mana-mana persepakatan masyarakat (tahalluf siasiy) pada zaman rasulullah. TV3 yang terlalu ingin mendokong kalimah 1Malaysia sanggup menerbitkan iklan liberal agama sebegini.

Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Desakan perlu dilakukan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. FINAS masih jauh daripada menjadi badan yang mampu mengawal kefahaman akidah melainkan hanya memotong adegan lucah semata-mata. Keselarasan erat perlu diantara FINAS dan JAKIM jika benar media Malaysia ingin dihormati diperingkat dunia.

TV3 juga perlu mengubah sikap semberono menerbitkan apa-apa bahan media. Walaupun terkenal dengan siri ala islamik seperti Jejak rasul, Al Kuliyyah dan Kalamullah, TV3 juga terkenal dengan siaran berunsur politik seolah-oleh menjadi lidah rasmi pemerintah. Perlu juga ustaz-ustaz TV3 yang menjayakan rancangan-rancangan Islamik tersebut menegur tindakan media ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)