Saturday, April 02, 2011

Fakta disebalik PRN Sarawak

Fakta disebalik PRN Sarawak

Lajnah Penerangan DPPK Gopeng

Menurut komentar A Kadir Jasin berkenaan scenario PRN Sarawak;

1. PRN ini akan menjadi penentu masa depan politik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Beliau sudah pun membayangkan yang beliau akan berundur selepas PRN;

2. PRN ini akan menjadi kayu pengukur kepada kemampuan BN untuk terus bergantung kepada Sarawak sebagai “penyelamat” di Parlimen. Kalau BN Sarawak dapat mengekalkan kedudukannya, BN pusat boleh terus bergantung kepada pengundi Sarawak untuk mengekalkan penguasaannya terhadap Dewan Rakyat.

(Dalam PRU 2008, BN Sarawak menyumbangkan 30 kerusi Parlimen dan Sabah 24 kerusi untuk menjadikan kerusi Parlimen BN 140.)

3. Faktor Abdul Taib akan memainkan peranan penting menentukan sama ada BN Sarawak akan terus mendapat sokongan atau tidak. Tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh beliau pasti akan dipergunakan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Rakyat;

4. Siapa akan menggantikan Abdul Taib juga penting. Dalam amalan sistem pecah dan perintahnya, Abdul Taib tidak memberi kata putus siapa bakal menggantikan beliau.

5. Kerana Abdul Taib memerintah begitu lama iaitu sejak 1981, kepemimpinan BN Sarawak menjadi tua dan ramai pemimpin berkaliber tersingkir atau bersara daripada politik. Kalau BN gagal mengemukakan pengganti yang meyakinkan bagi Abdul Taib dan menawarkan ramai calon muda, BN Sarawak akan mengalami masalah imej dan integriti, khasnya di kalangan pengundi muda;

6. Manakala rasisme menjadi semakin ketara di Semenanjung selepas PRU 2008, di Sarawak “nasionalisme” anak negeri juga memuncak akibat isu agama dan pemilikan tanah;

7. Isu-isu seperti Tanah Adat, dakwaan pencerobohan ke atas Tanah Adat oleh pembalak dan kontroversi mengenai penyebaran kitab Injil dalam bahasa Melayu serta tuntutan Gereja Roman Katolik ke atas kalimah Allah akan mempengaruhi pengundi;

8. Di kalangan orang Islam pun komitmen kepada BN Sarawak tidak padu lagi kerana persepsi bahawa mereka dipinggirkan atas dasar suku kaum dalam apa yang sering disebut Melanau-lawan-Melayu;

9. BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter;

10. Cabaran kepada PR pula adalah sama ada ia berani bertanding atau boleh bertanding atas platform yang sama, khasnya mengenai isu agama dan adat resam kerana ideologi mereka yang berlainan.

11. Namun PR berkemungkinan memperbaiki prestasinya di kawasan-kawasan bandar di mana ramai pengundi Cina dan di luar bandar di mana Iban/Dayak menjadi majoriti pengundi.

Faktor pendesak pembangkang;

1. Isu perebutan kerusi antara SNAP dan PKR yang belum selesai atau separa masak diselesaikan.

2. Terdapat kerjasama dibelakang tabir antara BN dengan SNAP.

3. Isu injil memang mendesak BN tetapi memberi peluang kepada PR yang bukan Islam iaitu PKR dan DAP sebaliknya mungkin merugikan PAS di semenanjung.

4. Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini. BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

Janji-janji BN terhadap Sarawak

1. TanSri Abdul Taib Mahmud isytihar RM 5.7 bilion untuk melaksanakan projek-projek di bawah NKRA (Bidang keberhasilan Utama Negara)

2. PM isytihar RM 252,35 juta untuk bekalan air dan elektrik Sarawak.

3. Usaha penyatuan Sarawak-sabah oleh Datuk Dr Jeffery Kitingan selepas keluar dari PKR cukup membimbangkan BN.

4. Sarawak, adalah tentera FRU simpanan BN kerana MP Sarawak mampu mengimbangi kekurangan jumlah MP BN di semenanjung.

Senario Sarawak

1. Hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka.

2. Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

3. Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)