Sunday, March 25, 2012

CERAMAH MULTIMEDIA PEMUDA GOPENG TEKNIK BERKESAN TARIK HADIRIN

CERAMAH MULTIMEDIA PEMUDA GOPENG TEKNIK BERKESAN TARIK HADIRIN

21 Mac 2012 Sungai Rapat- Dewan Pemuda PAS Gopeng telah menampilkan siri penerangan yang lebih interaktif dan berkesan iaitu roadshow ceramah multimedia di seluruh DUN Sungai Rapat. Program ini terbukti berkesan semasa pertama kali dilancarkan di markaz PAS UPU Desa Perlancongan pada 21 Mac yang lalu.

Ceramah Multimedia kali pertama ini adalah hasil kerjasama Dewan Pemuda Kawasan bersama MTD Sungai Rapat. Menurut saudara Haris Alimudin selaku Naib Ketua Pemuda DPP Gopeng, program pada malam tersebut adalah langkah permulaan sebelum pemuda akan bergerak dari satu UPU ke satu UPU. Beliau yang juga merupakan seorang peguam turut menyampaikan ceramah penutup dalam program berkenaan.

Program Ceramah Multimedia meliputi beberapa aktiviti yang bermula dengan Ucapan Aluan Ketua DPPK Gopeng ym Saudara Raja Muhammad Yusuf diikuti dengan pembentangan slide penerangan oleh Saudara Tarmizi selaku ketua Jentera Pilihanraya DPPK Gopeng dan dipengerusikan oleh saudara Muhammad Nuruddin selaku Ketua Penerangan DPPK Gopeng.

Selain Ceramah penutup oleh saudara Haris, ceramah yang menggunakan LCD dan multimedia ini turut memaparan beberapa klip video yang menarik perhatian hadirin sehingga tiada hadirin yang pulang sebelum selesai majlis.

Antara klip video yang ditayang adalah Filem pendek Gua Ikut Enta lakonan DPP Malaysia, Video Rosmah PM Malaysia serta video Isu setinggan di Batu Gajah.

Rata-rata hadirin bersetuju kaedah tayangan video, persembahan multimedia lebih menarik, berkesan dan mudah difahami berbanding ceramah biasa.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng










No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)