Saturday, December 08, 2012

Majlis Sumbangsih PASTi Gopeng- penghargaan kepada Guru PASTI


Sungai Rapat- 6 Disember 2012

Markaz PAS Kawasan Gopeng (ILHAM) menyaksikan sambutan Majlis Sumbangsih dan Hari Ukhuwah PASTI Kawasan Gopeng 2012 yang diadakan khusus untuk menghargai sumbangan para guru PASTI kawasan yang telah berkhidmat sepanjang tahun.

Majlis yang juga bertujuan merapatkan pimpinan PAS Kawasan, ahli PAS Gopeng dengan tenaga kerja PASTI telah berjaya menyuntik semangat dan motivasi kerja yang tinggi di kalangan guru selepas mendengar pesanan, amanat dan taujihat daripada para pimpinan.

Ustaz Abu Bakar Hussin Pesuruhjaya PAS Perak  selaku tetamu pada malam tersebut telah menyatakan betapa pentingnya peranan guru PASTI dalam menyediakan generasi amilin untuk kerja perjuangan Islam akan datang.

Tuan Haji Rahim selaku YDP Pas Kawasan Gopeng juga menyuntik idea kepada para guru untuk kerap menyaksikan video-video youtube berkenaan pendidikan awal kana-kanak untuk mengekstrak idea daripada sistem pendidikan luar yang mungkin boleh diadaptasi ke dalam pentarbiahan PASTI.

Ustaz Radzi Zainon juga tidak lupa memberi perangsang kepada para guru dengan mengibaratkan guru PASTI sebagai Panglima Tanpa Nama iaitu qaidah sulbah (tulang belakang) gerakan Islam yang kurang publisiti tetapi terbukti amal Islami mereka. 

Tidak lupa juga penghargaan daripada Ketua Pemuda PAS Gopeng Y.M Raja Mohd Yusuf dan ungkapan penghargaan daripada Pengerusi PAS Kawasan Saudara Firdaus Hj Fahme.

Semoga majlis sebegini mampu menjulang jasa baik guru PASTI yang telah berkorban melebihi laba dunia yang mereka perolehi dan semoga perjuangan mereka akan menghiasi taman syurga kelak.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng


















No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)