Monday, March 18, 2013

Memo Rakyat Pengkalan Pegoh Bantah Cukai Taksiran - di Mana Dialog ?


18 Mac 2013- Pengkalan Pegoh

Satu Memorandum telah dihantar oleh wakil Penduduk Kampung Pengkalan Pegoh iaitu Saudara Anuar Bin Ibrahim kepada Yang Berbahagia Dato' Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi Bin Haji Hashim berhubung pengeluaran notis cukai taksiran baru-baru ini pada 14 Mac 2013 di pejabat Dato' Bandar.

Memorandum yang bertajuk Sekreteriat Adhoc Bertindak Untuk Bantahan Cukai taksiran Kepada Pemilik Pegangan Kampung Pengkalan Pegoh Lahat ini antara lain menjelaskan rasa tidakpuashati di kalangan rakyat memandangkan cukai MBI kelihatan tidak relevan bagi mereka yang masih tidak mendapat kemudahan MBI seperti pegankutan sampah yang konsisten, lampun jalan dan perpraritan yang baik serta tiada pemotongan rumput dilakukan secara berjadual.

penduduk merasakan pihak kerajaan perlu melakukan dialog untuk menderengar luahan rakyat dan memberi gambaran justifikasi sebarang tindakan terkini oleh kerajaan sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan.

Saudara Anuar menegaskan bahawa penduduk mendesak agar dialog diadakan dengan kadar segera jika benar kerajaan masih mengakui ada rasa tanggungjawab terhadap penduduk di situ.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat.












Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)