Monday, January 20, 2014

FAKTA PENTING- Kerajaan Malaysia Dan Sin -Tax (CUKAI HASIL DOSA)

FAKTA PENTING- Kerajaan Malaysia Dan Sin -Tax (CUKAI HASIL DOSA)
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng 2014
Firman Allah dalm surah Al-Baqarah, ayat 219:


Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
  1. Cukai dosa (Sin Tax) adalah sejenis cukai sumptuary : cukai khusus dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan secara amnya tidak diingini,
  2. Contohnya alkohol dan tembakau , perjudian, dan kenderaan yang mengeluarkan bahan pencemar yang berlebihan.
  3. Penerimaan cukai sumptuary mungkin lebih besar daripada cukai pendapatan atau cukai jualan.

ARAK1
Akta-akta berkaitan arak
  1. Arak di kedai serbaneka dibenarkan oleh UMNO!
    1. Kerajaan Malaysia (dipimpin oleh UMNO-Islam) - luluskan Akta Eksais 1976 (Akta 176)
    2. Juga Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liqour yang memabukkan) 1976.
  2. Lesen arak Lesen Eksais/Bia yang dibenarkan oleh kerajaan Malayia (UMNO-Islam)
    1. Jualan Runcit - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis
    2. Rumah Awam Kelas I menjual minuman keras secara runcit
    3. Rumah Awam Kelas II tidak termasuk todi.
    4. Rumah Awam Kelas III Jual dan minum di premis sahaja
    5. Pemborong - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis.

  3. Akta longgar, misalnya;
    1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hanya boleh ambil tindakan - Perintah Perihal Dagangan (penggunaan perbahasan 'halal' dan penandaaan makanan) 1975, juga di bawah Akta 87 turut digunakan untuk penguatkuasaan status halal.
    2. Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak.

    3. Akta Eksais 176,
      1. Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.
      2. Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan juga memerlukan lesen.
      3. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen.
      4. Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967.
      5. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan.
      6. Seksyen 32(c) - sekiranya jualan runcit liquor ini tidak melebihi 27 liter - tidak memerlukan lesen.
      7. Jadi kalau undang-undang induk dalam Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual. Maka pihak PBT tiada kuasa untuk mengehadkan jualan bir itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh PBT.

  4. Percanggahan undang-undang syariah-sivil dalam hal arak
    1. Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan mana-mana orang Islam kalau dia buat, dia minum, dia jual, dia pamer, dia beli, dia menyimpan semuanya minuman mabuk dia salah.
    2. Enakmen syariah ini tidak mampu dilaksanakan apabila Akta Eksais membenarkan.
    3. Kes boleh dicabar ke Mahkamah Sivil melalui Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan sebagainya.
    4. Beer adalah kategori minuman (yang juga memabukkan) dengan kandungan alkohol yang rendah - tetapi tidak tertakluk kepada akta-akta tadi. Dari sudut perundangan yang ada di Negara ini, ia setaraf coca-cola, pepsi, 7-up dan lain-lain minuman ringan dalam tin. ini yang banyak diminum dan mudah didapati di kedai 24 jam dan kedai restoren bukan Islam. Budak-budak melayu Islam yang kita emosikan tadi kebanyakkannya melanggah yang jenis ini.
    5. Jika ditangkap, didakwa di bawah Enekmen Jenayah Syariah boleh dibebaskan.
UMNO-BN dan arak bagai isi dan kuku
  1. The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil.
  2. Kerajaan Kedah (PAS) sebelum ini tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana Akta Eksais 176 seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967.
  3. UMNO tidak pernah membantah iklan arak berbahas Inggeris dalam akhbar bawah MCA (The Star)
  4. UMNO-Islam tidak pernah membantah arak dihidangkan dalam pesawat MAS
  5. Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010 Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia.
  6. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia.
  7. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras.
  8. Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun2.
  9. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.
  10. Amerika - terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun.
  11. November, 2001, sebuah institut yang berkaitan dengan masalah alkohol di Amerika yang dikenali sebagai National Institute on Alcohol Abuse And Alcoholism melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan alkohol berjumlah $185 bilion setahun.
  12. UK - BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan, peratus wanita yang mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50% di dalam masa 10 tahun.
  13. Amerika - National prohibition of alcohol (1920-33)--the "noble experiment" pada awalnya berjaya kurangkan penggunaan, kemudian naik mendadak seiring dengan jenayah dan amsalah sosial. Gagal diharamkan jika tanpa kefahaman3.
  14. Badan Kesehatan Dunia (WHO) pada tahun 2011 mencatat sebanyak 2,5 juta penduduk dunia meninggal akibat alkohol dan sekitar 9 persen dari kematian itu terjadi pada orang muda berusia 15-29 tahun.
  15. Minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam Akta Dadah Berbahaya sedangkan kesannya ke atas kehidupan manusia ataupun rakyat begitu meluas sekali.
JUDI
  1. Akta-akta berkaitan judi
    1. Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495)- pengawalan perjudian dan rumah judi terbuka.
    2. Akta Betting And Sweeptake Duties Act 1948 (Akta 201)
    3. Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) -“Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1 jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka”.
    4. Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65)
    5. Akta Loteri 1952 (Akta 288) - pengawalan perjudian bagi sebab keagamaan, pelajaran.
    6. Akta Pertaruhan Pool 1967 (Akta 384)- penubuhan lembaga bagi mengurus perlesenan, operasi pertaruhan mesin slot pool)
    7. Akta Eksasis 1976 [Akta 176],
    8. Akta Perlumbaaan (Lembaga Totalisator) 1961[Akta 494]
    9. Akta Duti Pertaruhan Dan Ambil
    10. Tagan 1948 (pertaruhan) [Akta 201].
UMNO-BN dan judi bagai isi dengan kuku
  1. Siapa kawal perlesenan judi?
    1. Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan Judi.
  2. Kerajaan Pakatan Rakyat sukar membendung industri judi kerana;
    1. Perlembagaan Persekutuan JADUAL KESEMBILAN [Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri
Senarai II—Senarai Negeri
(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.
  1. Apa yang mampu kerajaan Pakatan Rakyat lakukan?
    1. Kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis].
    2. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri.
    3. Kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi.
    4. Lesen judi hanya dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, Premis di bawah kerajaan negeri. Di Kelantan, judi langsung tiada premis disebabkan itulah lesen tidak bermanfaat di Kelantan.
  2. Hentikan jadikan perlancongan judi sebagai ikon negara
    1. Sepertimana Las Vegas dijadikan ikon perlancongan judi di Amerika. Malaysia kini terkenal melalui Genting Highland yang menjadi lubuk dosa kepada negara Islam, contoh kepada negara OIC lain, sepertimana yang dibanggakan oleh pemimpin UMNO.
    2. Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.
    3. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi.
  3. Masih ramai umat islam masuk ke premis judi walaupun ada papantanda judi itu haram bagi orang muslim.
    1. kesalahan berjudi bagi individu Islam pula diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri-Negeri. Sebagai contoh Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Seksyen 18 menyatakan, antara lain seperti berikut: ―18. Berjudi (1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
    2. Peruntukan undang-undang yang sedia ada kelihatan tidak mampu menghalang kaum muslim terutama melayu daripada memasuki premis judi. Masih ada melayu bebas masuk ke kedai tikam nombor.


  1. Pengarah syarikat judi masih ada yang beragama Islam. Sedangkan umat islam dilarang masuk ke premis judi dan dihalang berjudi.
Fakta daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' Cetakan Pertama Jun 2003 oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan (sehingga 2010) terbitan Lajnah Penerangan PAS Pusat, saham pemimpin melayu islam dalam syarikat judi adalah :
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
  1. Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
  2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
  3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
  4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
b) Dalam Genting Berhad
  1. Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
  2. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
  3. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
  4. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
    c) Dalam Sports Toto
  1. Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
  2. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
  3. Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
4. Sinonim kerajaan UMNO dengan judi Kenyataan dangkal pemimpin UMNO terhadap judi


  1. Umno mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim ( Tok Wan mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram. Ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.
  2. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya.
  3. Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah menutup operasi Lembaga Loteri. Penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat (LKM) ini sebenarnya sudah sekian lama bergerak. Ketika itu ramai umat Islam keliru sama ada tiket Loteri Kebajikan Masyarakat ini ditakrifkan sebagai judi atau tidak kerana ia berlabelkan ‘kebajikan untuk masyarakat’.
  4. Apabila tamat tempoh operasi LKM, tidak pula memberi kesan positif kepada rakyat. Pemberhentian LKM tidak begitu banyak hilang hasilnya kerana syarikat judi lain terus membayar cukai lantaran budaya judi semakin meningkat.
  5. Kerajaan UMNO-Islam (bukan DAP) telah menganugerahkan kepada Lim Goh Tong tanah di Genting Highland untuk industri judi yang terbesar di Asia Tenggara. Hasil negara sebahagiannya adalah dari hasil judi.


Isu Sin Tax (cukai hasil dosa)
  1. Cukai sin-tax dimasukkan dalam Akaun Disatukan- antaranya bayar gaji penjawat awam.
  2. Sumber pendapatan negara hasil dari arak, judi, pelacuran berlesen, riba', rampasan hak petroleum, penindasan terhadap rakyat merupakan satu pendapatan yang tidak berkat dan negara akan terus dihimpit dengan hutang yang semakin lama semakin bertimbung tanpa jalan penyelesaian.
  3. Menurut Us Zaharudin Abd Rahman4 -
  1. Selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan.
  2. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.
Arak-Hasil pendapatan negara
  1. Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais (Pengecualian) (Pindaan) No 2 (2008) yang diwartakan pada 1 Jun 2008.
Judi-Hasil pendapatan negara
  1. Jawapan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.
    1. sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.
  2. 2014- terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia
  3. 2014-jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor 178 hari.
  4. Jawapan Menteri Kewangan pada sidang Parlimen September 2013, kerajaan Malaysia telah mengutip RM70.8 juta untuk cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013.
  5. Jawapan Parlimen pada 31 Oktober 2013 juga menjelaskan jumlah cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion. Purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian.
  6. Mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta (2012).


  1. Mutakhir hasil kutipan judi ;
      1. Tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67,
      2. 2009 (RM2,292,892,729.5),
      3. 2010 (RM2,335,160,184.27)
      4. 2011 (RM2,486,975,543.29).
      5. Jumlah = RM9,317,068,054.74


Bertam
12.21 malam 20 Jan 2014
1 Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi misalnya pernah mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal. Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof). Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH).
2 Malaysia arak murah - 40 % alkohol. Beer terkuat di dunia Snake Venom 67.5% alkohol.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)