Sunday, August 24, 2014

Apa makna gerakan pemuda yang dinamik - Suhaizan Kayat


Apa makna gerakan pemuda yang dinamik - Suhaizan Kayat

Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Kedah tahun ini kelihatan kena pada saatnya apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia mengupas isu ‘gelagat organisasi’ dengan baik sekali.

Muktamar kali ke -48 ini diadakan di Pusat Tarbiah Islam Merbok,Pengkalan Kakap,Merbok.

Selaku ‘pendatang baru’ ke bumi Kedah walaupun dilahirkan di bumi Sungai Petani, penulis meneliti ucapan perasmian oleh Saudara Suhaizan Kayat dengan penuh minat.

Mantan pensyarah universiti yang dibuang kerja seusia 29 tahun ini seolah-olah menyabung ucaptama Ketua Dewan Pemuda Kedah YB Ustaz Nasir Zakaria yang menggariskan keperluan menyusun kerja secara dinamik dan anjal dengan pekerluan madu’ anak muda. Juga Ustaz Nasir menekankan keprrluan bangkit selepas terpana dengan kekalahan kejatuhan kerajaan PAS Kedah pada PRU yang baru berlalu.

Saudara Suhaizan yang cukup mesra alam dengan anak muda serta tenaga pemuda akar umbi menekankan konsep pengurusan yang anjal serta efisyen. Pengurusan sebuah tapak perumahan tidak sama dengan pengurusan membina sebuah sahaja rumah. Pengurusan sebuah rumah juga jauh beza daripada pengurusan membina reban ayam. Begitulah analogi mudah tetapi tepat yang dilontar beliau kepada hadirin perwakilan dan pemerhati.



Kekuatan PAS adalah pengurusan tradisi yang telah berakar umbi dalam PAS. Namun bergerak dengan masa pengurusan PAS perlu efisyen dengan perubahan anak muda yang menyertai. Dalam keghairahan pemuda bekerja siang malam memenangkan parti dan jamaah, sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa pemuda PAS tiada pengurusan sumber manusia yang teratur. Hal ini dikatakan oleh beliau menyebabkan kita teraba-raba siapakan pemimpin pelapis walaupun kita memiliki sistem pengkaderan, sistem penapisan pelapis. Konsep-konsep on job training, konsep penambahan skill kepada pemuda adalah antara rencah utama dalam konsep gaya pengurusan sumber manusia.





Suhaizan juga menegur pemuda yang hanya tahu bertanya di mana pemuda PAS dalam isu itu dan ini. Sedangkan si penanya perlu bertanya di mana mereka semasa PAS bekerja siang dan malam. Ramai yang masih diuliti kesedapan bekerja dalam jawatan hebat menyebabkan tidak mahu memberi komitmen sebenar dalam perjuangan. Isu komitmen atau dalam bahasa arabnya iltizam dijelas lengkap dalam Kitab Aafat A’la Thoriq (Wabak Sepanjang Jalan) Jilid 2 oleh Dr. Syed Muhammad Noh. Para pemuda wajar memiliki buku ini dan diperbahas dalam majlis tarbiah.



Walaupun bukanlah hujah ini menyeru agar kesemua pihak meletak jawatan semberono, namun Suhaizan berkata pengalaman dirinya membuktikan dengan dipecat seawal usia 29 tahun beliau mampu hidup bernafas sehingga kini dan Ketua Pemuda PAS ini juga terkenal dengan tabiatnya yang suka bergerak dalam ceramah dan sebagainya dengan menggunakan pengangkutan awam.

Suhaizan selaku pengamal ilmu teknikal juga membahaskan isu tarbiah dan engurusan yang dinamik. Beliau cuba mengupas istilah yang kerap dijadikan retorik ucaptama ini secara bersahaja. Dinamik katanya adalah suatu pergerakan bebas yang terkawal dalam sesebuah sistem.

Dari aspek mekanikal, dinamik adalah cabang ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya dgn gerakan jasad.

Dari aspek storan dinamik(dynamic storage) bermaksud storan komputer yang perlu dicas atau disegarkan semula berulang kali untuk mengelakkan data yang dipegangnya luput.

Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat keputusan yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai objektif yang jelas.



Individu yang dinamik seperti yang dinyatakan dalam Kamud Dewan Bahasa adalah individu bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pem­bangunan masyarakat yg lebih.

Pada pandangan penulis, tarbiah (pendidikan) yang dinamik dalam pemuda PAS pelru diadakan bengkel khas, diwacana daripada pusat sehingga akar umbi, jika tidak ia akan terus berretorik dan mengindahkan tulisan ucaptama para pemimpin saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPNK
2014


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)