Tuesday, October 07, 2014

KENYATAAN MEDIA- PESTA ARAK : Tegas bertindak bawah perundangan sedia ada

KENYATAAN MEDIA 7 OKTOBER 2014

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
PESTA ARAK : Tegas bertindak bawah perundangan sedia ada

Bercakap soal arak dan mungkar, dalam senario sekarang pasti akan dipalit sebagai ekstrik, ortodoks, jahil politik atau tidak faham kondisi semasa.

Namun sebagai penggerak Parti Islam, saya merasakan perlu bersuara bersama untuk menyatakan tekad dan penegasan agar pihak berwajib menghentikan Pesta Arak yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam Selangor.

Atas tanggungjawab memartabatkan syariat Islam, PAS akan terus berkempen agar masyarakat Malaysia mengenali syariah yang sebenar iaitu Islam jelas TIDAK melarang menganut agama lain untuk meminum arak atau memakan makanan yang dilarang terhadap umat Islam. Hal ini jelas. Namun ia bukan untuk dipromosikan sebagai suatu syiar atau lambang kemebagan sesebuah negeri atau negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan yang jelas.

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong agar kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bersama bertindak menghentikan Oktober Fest Carlsberg Malaysia (Pesta Arak) yang dipromosikan secara meluas bermula 24 Sept dan kemudiannya berlanjutan hingga 12 Oktober nanti.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Pihak kami sedar dengan permit dan lesen yang mereka ada adalah atas restu dan kehendak kerajaan Pusat juga kerana perlesenan arak dan judi semuanya bermula di Parlimen. Hal inilah yang menyukarkan kerajaan Pakatan Rakyat yang terpaksa menanggung biawak hidup yang dicipta oleh UMNO.

Pihak kami juga berasa ulasan Umno Selangor melalui Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar yang melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Pesta ini sebagai kenyataan yang lucu kerana UMNO lah yang bermegah mebina kilang-kilang arak di sepanjang lebuhraya Shah Alam. Udara arak itupun seolah-oleh disaji percuma kepada penduduk berdekatan adakah UMNO tidak kesal dan malu?

Pihak kami yang juga pernah bersuara agar Arak dan Aurat diperketat di syarikat MAS sebelum ini masih istiqmah akan bersuara untuk memartabatkaN syariah. Pihak kami menunggu reaksi yang sama Pemuda UMNO setelah tajuk hadapan Sinar Harian Selasa 26 Ogos 2014 tertera “ Henti Arak Tutup Arak” dan “Pemuda UMNO minta MAS lakukan transformasi dengan terapkan elemen patuh syariah untuk tingkatkan imej penerbangan itu”.

Akta Eksais 1976 (Akta 176), Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liqour yang memabukkan) 1976, Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) kesemuanya dilulusan oleh kerajaan pusat.

Akar umbi permaalahan arak ini adalah lesen, dan ia adalah ruang kuasa kerajaan pusat. Namun begitu walaupun ia berada diruang kuasa pusat, kerajaan negeri dan pemimpin tempatan harus bersuara, menasihati atau berusaha membendung gejala ini secara tegas dan berhemah. Ini tanggungjawab kerajaan negeri dan tempatan juga.

Ia berbeza daam hal rumah berhala kerana dalam kes peperangan sebagai contoh, Islam mengiktiraf keamanan pihak bukan Islam yang berlindung di rumah ibadat atau berhala bukan Islam tetapi tiada nas dan dalil yang mengiktiraf keselamatan di premis judi dan arak. Ini bezanya dan harap tiada pihak yang menyamakan kes kebebasan beragama dengan kes kebebasan meminum arak secara terbuka.

Pihak bukan Islam perlu didik untuk mengetahui maqasid (objektif) syariah yang sebenarnya. Denagn hasrat mereka untuk menganjurkan aktiviti sebegini perlulah pemimpin yang terhampir dengan mereka berusaha memahamkan mereka berkenaan hal-hal sebegini.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah







Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)