Monday, November 17, 2014

Kenyataan Media DPPN Kedah - JAWAPAN TERHADAP KENYATAAN KU NAN PAS PARTI AJARAN SESAT

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KEDAH


JAWAPAN TERHADAP KENYATAAN DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR BAHAWA PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT

1. DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH (DPPNK) memandang berat dan serius tuduhan rambang dan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agong UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, pada Ahad 2hb November 2014 dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO bahawa PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS adalah parti ajaran sesat. Sehingga hari ini kenyataan jahat tersebut masih belum ditarik balik oleh Datuk Seri.

2.  DPPNK MENUNTUT Datuk Seri membuat kenyataan terbuka MEMOHON MAAF dan menarik balik kenyataan yang tersasar tersebut.

3. DPPNK menyenaraikan di sini beberapa hujah untuk tatapan Datuk Seri.
4. Fasal 3 Perlembagaan PAS menegaskan bahawa DASAR PAS ialah Islam dan seruannya ialah ALLAHU AKBAR.

5. Fasal 5  pula menegaskan bahawa tujuan PAS ialah "memperjuangkan
wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan huku-hukumnya menuju keredhaan Allah.
6. Fasal 6 pula menegaskan usaha-usaha PAS antaranya "menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan".
7. Fasal 7 pula menegaskan hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS.

8. Fasal 8 pula memperuntukkan penubuhan Majlis Syura 'Ulamak bagi memandu dan menjamin segala aktiviti PAS sentiasa bertepatan dengan  dasar PAS iaitu Islam.

9. Peruntukan-peruntukan perlembagaan yang menegaskan kedudukan PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan Islam seumpama  ini tidak terdapat dalam perlembagaan parti UMNO yang didokong oleh Datuk Seri Tengku Adnan.

10. Dakwaan Datuk Seri bahawa UMNO sebagai parti Melayu yang boleh memastikan akidah umat Islam terpelihara adalah tersasar dari realiti yang sebenar. Sepanjang merdeka sejak 1951 UMNO sebagai  parti pemerintah yang berkuasa telah membiarkan pemikiran dan aqidah yang rosak berkembang seperti sekular yang memisahkan agama daripada politik, pluralisma beragama yang melihat semua agama adalah sama membawa ke syurga dan liberalisma beragama yang mempertikai hukum-hakam Islam.

11. Malah usaha menegakkan Syariat Islam seperti undang-undang jenayah Islam masih gagal dinobatkan  dan tidak dipandang serius oleh UMNO selaku pemerintah yang mengaku Islam.

12. DPPNK sekali lagi mendesak Datuk Seri Tengku Adnan menarik kembali tuduhan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.


Mohd Nasir bin Zakaria
Ketua
Dewan Pemuda Pas Kedah
Rabu 12 Muharram 1436 H / 5hb Nov 2014

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)