Tuesday, March 17, 2015

Dialog Poket Rakyat, mencelikkan rakyat isu kebejatan ekonomi Malaysia



Dialog Poket Rakyat, mencelikkan rakyat isu kebejatan ekonomi Malaysia

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

ALOR SETAR - 17 Mac 2015
Sempena siri penjelajahan Ketua penerangan DPPM Saudara Nasaie Ismail ke negeri Kedah, Lajnah Penerangan DPPN Kedah telah melancar program pakej “Dialog Poket Rakyat Koiy Tembuih” atau dalam bahasa bakunya Poket Rakyat Semakin Tembus.

Nasaie yang akan merasmikan mesyuarat agong pemuda kawasan di beberapa tempat akan turut berceramah di waktu petang dan malam bersama rakyat serata Kedah bermula 14 Mac.

Program berkenaan telah diputuskan melalui mesyuarat lajnah penerangan da kami mendapati isu ekonomi rakyat, tekanan ekonomi akibat GST, bahasa penarikan subsidi dan isu harga lantai getah, deposit air SADA dan banyak isu lain adalah isu yang perlu difahamkan kepada rakyat”, jelas Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman Ketua Penerangan DPPN Kedah.

Program yang bermula di Teluk Wang Sungai Petani akan diteruskan di kawasan Baling, Sik, Padang Serai, Kubang Pasu dan lain-lain kawasan dan ia disertai oleh Saudara Nasaie sendiri.

“Ekonomi bukan isu dalam bilik darjah, bukan isu kuliah universiti semata-mata, ekonomi adalah kuasa tuan-tuan untuk membeli, mengurus kehidupan, beribadah dan hidup dengan sejahtera, jika kesemua kesejahteraan ini hilang atau mengalami tekanan bermakna tuan-tuan sedang mengalami himpitan ekonomi”, kata Nasaie semasa ceramah di Teluk Wang.


Program ini akan diteruskan sehingga menjelang GST dan akan turut menjadikan agenda membantah TPPA sebagai agenda besar lajnah Penerangan DPPN Kedah. Disamping ceramah, prgram ini diseiringkan dengan edaram risalah terbitan lajnah penerangan DPPN Kedah.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)