Wednesday, December 02, 2015

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI BANTU SIAPKAN RUMAH IBU TUNGGAL


Sg.Petani, 28 Nov 2015 – Pemuda PAS kawasan Sg.Petani melalui jabatan amalnya terus giat melaksanakan aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat. Bertempat di Kampung Sg.Emas, Kota Kuala Muda pada Sabtu yang lalu, kali ini mereka terlibat dalam projek membaiki rumah ibu tunggal yang separa siap.

Projek yang dijalankan secara gotong royong ini melibatkan anggota-anggota Jabatan Amal Sg.Petani dan disertai oleh penduduk setempat. Bermula pada awal pagi, mereka telah berkumpul dan membahagi-bahagikan tugas-tugas, antaranya membancuh simen, menampal dinding dan memasak untuk semua petugas. Secaranya khususnya, tugasan utama projek membaiki rumah ibu tunggal ini adalah menampal dinding rumah yang terbengkalai sekian lama untuk keselesaan keluarga tersebut.
Menurut pengarah program iaitu En. Khairul Nizal bin Osman, yang juga Penyelaras Unit Amal Sg.Petani, projek ini sebagai salah satu dari misi PAS Kedah iaitu kebajikan dengan membantu memenuhi keperluan asas golongan yang tidak berkemampuan. Rumah sebagai tempat kediaman seharusnya memenuhi ciri-ciri sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan selain tempat pembesaran anak-anak.







Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, 2 buah rumah yang sebelumnya separa siap berjaya disudahkan dengan jayanya. Rata-rata ahli Unit Amal yang ditemuai melahirkan rasa puas hati atas segala penat lelah yang akhirnya berbaloi dengan kejayaan menyiapkan projek ini.
Untuk terbitan Sinar dan Harakah






Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)