PAS TEGAS
BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM
Oleh :
Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI
PETANI - 4 APRIL
“ PAS
bersifat fundementalisme dalam mempertahankan perkara usul Parti
tetapi dalam masa yang sama juga bersifat anjal dalam perkara
strategi siasah yang kini dicemburui lawan dan kawan’, demikian
ualasan penting Ir Haji Khairil Nizam Khairudin semasa merasmikan
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani 2 April
baru-baru ini.
Semasa
menjawab soalan paling ‘hot’ di kalangan aktivis PAS iaitu masa
depan PAS bersama Ikatan serta bagaimana mendepani situasi lawan 3
atau empat penjuru kelak, beliau secara tenang dan berhemah
menjelaskan betapa kepimpinan yang ada telah memerah minda dan
berijtihd sehabis baik berasaskan situasi organisasi dalam dan luar
semasa.
“
Pimpinan mungkin tidak mampu meramal masa hadapan namun mampu
menjadikan khazanah pengalaman sebagai faktor utama merencana
strategi politik yang Insya Allah merupakan sebahagaian episod
rangkaian perencanaan Allah. Bukankah ini salah satu episod
perencanaan Allah? Kita tidak boleh lari dari episod ini. Siapa yang
berani jamin situasi PAS bersama Ikatan adalah situasi tetap (quo)
sedangkan ia masih dalam ruang strategi politik. Mungkin suatu hari
menjelang pilihanraya ramai lagi pihak akan kembali bersama PAS
kerana melihat sendiri PAS melaksanakan kerja, janji dan berkhidmat
untuk rakyat”, jelas beliau sebelum menutup ucapan perasmian dengan
menekankan kefahaman konsep tahaluf dan taawun dengan baik.
Mesuarat
Agung Pemuda Sungai Petani kali-32 bermula sejak 9 pagi sehingga 2
petang tiada pemilihan sebaliknya membahas aktiviti lajnah-lajnah
secara terperinci.
Ketua
Pemuda PAS Sungai Petani dalam amanatnya kepada para pemuda
mengingatkan pemuda agar meneliti daftar pemilih dan setiap cawangan
perlu merralisasikan harapan PAS mengecapi 5000 pemilih yang baru
sambil menegaskan kefahaman ayat surah Muhammad ayat 7 berkaitan
keperluan membantu agama dan dakwah Islam. 5000 undi target itu
adalah untuk menawan DUN Pantai Merdeka dalam pilihanraya yang akan
datang.
Mesyuarat
juga diwarnai dengan pesanan padat daripada tokoh pendakwah Ustaz
Sahrir Long Ketua Penerangan PAS Sungai Petani dengan penekanan
betapa benarnya janji Alah dan Rasul bahawa gerakan dakwah akan kekal
relevan dan mandiri sehingga kiamat.
Ustaz
Aizat Zakaria yang mewakili Pemuda PAS Kedah pula memberi 10 pesanan
Imam Hassan Al Banna sebagai buah tangan berharga untuk dihadam dan
ditekuni di peringkat cawangan. Antara ciri penting yang ditekankan
adalah konsep aqidah yang sahih, ibadat yang tekun dan berasaskan
ilmu serta konsep amal ijtima’e dalam menyediakan khidmat kepada
masyarakat.
Mesyuarat
ditamatkan awal untuk meberi laluan kepada hadiri menyertai Himpunan
Derita Penoreh di Sik pada waktu petangnya.