Sunday, July 24, 2016

PAS SUNGAI PETANI ANJUR SAMBUTAN 65 TAHUN PAS SERTA MENGALUKAN MASYARAKAT KE JAMUAN AIDILFITRI

Oleh : Muhannad Nuruddin Bashah

TIKAM BATU- 25 Julai 2016

PAS Sungai petani menjemput rakyat tempatan sekitar Sungai Petani untuk menghadiri dua program bersama rakyat iaitu Sambutan 65 Tahun PAS Peringkat Sungai Petani pada 29 Julai serta jamuan Aidilfitri  pada 30 Julai terbuka untuk semua.

Program dijadualkan  bertempat di Dataran Balai Islam Tikam Batu.

Menurut Ustaz Rosli Darus, selaku Pengara program serta merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Sungai Petani menyatakan dua program ini bertujuan merapatkan PAS bersama rakyat serta memberi penerangan berkenaan persejarahan PAS sejak ditubuhkan 65 tahun yang lalu.

“ PAS kekal relevan dan kekal misi memartabat kebajikan rakyat, berjuang mencelik rakyat berkenaan syariah Islam secara konsisten dan dua program ini bertujuan untuk itu sekaligus menjadikan agenda ukhuwah dan persaudaraan merentasi parti dan latar belakang sebagai semangat utama”, jelas Ustaz Rosli.

Pada 29 Julai sambutan 65 tahun PAS dimulakan pada jam 5 petang dengan persembahan pentas dan forum Sejarah PAS bersama Ustaz Hashim Jasin, Dato’ Yusof Husin @ Pak Chop mantan Senator, serta Ustaz Fadhil Nor Sahani selaku moderator. Pada malamnya pula Forum perdana bersama panel Ustaz Fawwaz Mat Jan, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Badarudin serta Ustaz Shanmugam Shah.

Sambutan Jamuan Aidilfitri pula bermula pada jam 2 petang hingga 5 petangdebgan pelbagai juadah makanan tempatan.antaranya ayam goreng meletop resepi khas PAS Sungai Petani serta Ais Krim Kifayah iaitu ais krim buatan bumiputera Islam Sungai Petani. 


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)