Monday, July 24, 2023

OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN


 

OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN

Terengganu Strategic & Integrity Institute

17 May 2023

Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

(Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat)

Catatan dan rumusan : Muhammad Nuruddin Bashah

 

1.       OPR adalah penanda aras dasar moneteri yang ditadbir Bank Negara Malaysia. Diperkenalkan pada April 2004

2.       Kadarnya adalah 2.7 % naik dan kadang turun semula. Dasar mengawal pencairan kewangan dalam negara.

3.       OPR naik untuk kurangkan kecairan kewangan, OPR turun kerana Bank Negara ingin tingkatkan pencairan kewangan.

4.       Kadar OPR sekarang sama seperti pra Covid 19 iaitu kadar pada 7 Mei 2019, ketika Covid diturunkan hingga 1.75 % untuk cairkan kewangan.

5.       Kesan jangka pendek kenaikan OPR : umpama rawatan kecamasan kepada orang yang cedera untuk menstabilkannya.

6.       Kesan jangka panjang kenaikan OPR

7.       OPR tidak akan beri kesan kepada peminjam kadar tetap.

8.       Jawapan di parlimen : sebahagian peminjam iaitu 50.3 peratus daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah adalah pinjaman BERKADAR TETAP berjumlah 6.4 juta akaun. Bagi peminjam berpendapatan rendah iaitu pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan termasuk golongan B40, dianggarkan sebanyak 54.8 peratus daripada jumlah akaun pinjaman adalah berasaskan kadar tetap melibatkan 3.5 juta akaun.

9.       Bagi yang terkesan (pinjaman ikut kadar berubah)  perlu hubungi Bank dan AKPK untuk jadualkan semula pembayaran mengikut kemampuan.

10.   Kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu M40 sebanyak dua peratus bagi membantu meringankan beban golongan itu. Bermula tahun ini membabitkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000 setahun. Memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai, lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300. Tetapi majoriti pendapatan rakyat adalah membayar pinjaman bukannya cukap pendapatan.

11.   Kos hidup makin tinggi juga menjadi beban utama bukannya cukai.

12.   Money illusion berlaku : kita seronok gaji naik tetapi kuasa membeli klurang kerana kos hidup terus naik laju. Kerajaan bukan sekadar bincang isu gaji minima tetapi pengawalan harga barang.

13.   Dr Afzanizam sendiri kata pengawalan harga barang cukup misteri.

14.   Zaman Tun Razak beras tahap keberdikarian (self-sufficiency) 83 % selebihnya perlukan  import.

15.   Sekitar 2020 tahap keberdikarian (self-sufficiency)

a.       Ketam (93 peratus), selebihnya import.

b.       Ikan kembung (83 peratus), selebihnya import.

c.       Kelapa (78 peratus), selebihnya import.

d.       Beras (70 peratus) selebihnya import.

e.       Cili Besar (39 peratus), selebihnya import.

f.        Daging Lembu (25 peratus), selebihnya import.

16.   OPR yang naik juga akan menaikkan kadar keuntungan penyimpan (pendeposit) di bank bank.

17.   Deposit bank adalah kaedah untuk dapat keuntungan walaupun rendah tetapi melebihi kadar insflasi dan tiada risiko.

18.   OPR jika difahami baik akan kurangkan keresahan masyarakat tertuama golongan yang tiada membuat sebarang pembiayaan bank.

19.   Peniaga biasa jangan pula naikkan harga barang bila dengar OPR naik kerana semasa OPR rendah mereka tidak pula turunkan harga dan servis mereka. Kadang ada peniaga tidak terkesan OPR sengaja naikkan harga barang. Menyebabkan rantaian barang naik harga.

FAKTA KESAN BAIK OPR DAN BURUKNYA KEPADA B40


 

FAKTA KESAN BAIK OPR DAN BURUKNYA KEPADA B40

Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah

1.       Satu pertiga pinjaman B40 adalah pada kadar tetap.

2.       BNM berpandangan bahawa kenaikan kadar OPR secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara.

3.       Sekiranya OPR dinaikkan secara tergesa-gesa dan pada magnitud yang besar, ia boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Filipina dan Turki, masing-masing mencatat kadar inflasi sebanyak 9.1 peratus, 6.1 peratus dan 78.6 peratus.

4.       Menurut Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Anuar Shah Bali Mahomed, memang ada yang menerima kesan positif kenaikan OPR, namun ramai pula menerima kesan membebankan disebabkan oleh kenaikan ini.

a.       Antaranya adalah pihak bank kerana melalui kenaikan OPR itu, pendapatan bank meningkat,

b.       Pendeposit tetap kerana menerima pulangan kadar keuntungan yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan OPR.

c.       Para pelabur yang berpotensi memperoleh pulangan yang lebih tinggi dan seterusnya menjadi tarikan untuk pelabur baharu untuk turut serta menyimpan.

5.       Namun dalam masa sama, jika kita ambil kira secara keseluruhan, kesan tekanan dan bebanan dirasai oleh lebih ramai rakyat Malaysia B40

6.       Kerana 2/3 B40 pinjaman tidak tetap malah pinjaman Islam juga ada kesan OPR walaupun sedikit.

7.       Tinjauan celik kewangan RinggitPlus Malaysia 2022 -  63 peratus daripada 3,144 responden berusia 18 tahun ke atas di negara ini hanya mampu bertahan tiga bulan atau kurang dengan simpanan mereka,

8.       70 peratus responden menyatakan mereka menyimpan kurang RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung duit.

9.       Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 oleh Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) membabitkan 3,000 responden itu antara lain mendapati 47 peratus responden mengakui sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000 dan hanya 20 peratus mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh tiga bulan atau lebih, jika hilang pendapatan.

10.   Ia secara konsisten menunjukkan simpanan rakyat Malaysia tidak berada pada tahap yang diharapkan, dalam masa sama turut mempunyai komitmen ansuran pinjaman bank lebih tinggi," katanya.

11.   Kenaikan OPR ini juga kuasa membeli pengguna akan berkurangan disebabkan pengguna terpaksa menggunakan pendapatan yang ada untuk membayar bayaran pinjaman bulanan lebih tinggi.

12.   2/3 dari B40 terjejas kerana selain peningkatan  membayar pinjaman, mereka perlu lebih berjimat untuk perbelanjaan lain dan berhadapan dengan tekanan luar biasa terhadap kenaikan mendadak harga barang. (isu harga barang yang paling menekan selain OPR)

 

  Rujukan:

Amri, S. A. K. (2023, May 9). OPR bebankan Golongan B40, M40 - Penganalisis. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/964952/opr-bebankan-golongan-b40-m40-penganalisis

 

Ahmad, M. R. (2022, August 9). Kadar OPR Tidak bebani B40. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2022/08/09/kadar-opr-tidak-bebani-b40/

 

Azil, F. (2022, August 9). B40 tidak terlalu terjejas dengan kenaikan OPR - Mohd Shahar. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/b40-tidak-terlalu-terjejas-dengan-kenaikan-opr-mohd-shahar-375235

Sunday, July 23, 2023

NOTA WACANA -KE MANA ARAH GELOMBANG UNDI ANAK MUDA?

 


KE MANA ARAH GELOMBANG UNDI ANAK MUDA?

Terengganu Strategic & Integrity Institute

Dr Mohd Zuhdi Marsuki (AJK PAS Pusat, Reaktor KUIZM)

Mohd Hamdan Sharif (Ketua Penerangan Berjasa)

Moderator Puan Hawa Yaacub (Influencer)

Link video: https://www.facebook.com/tsisterengganuofficial/videos/889258232732676/

Catatan dan rumusan: Muhammad Nuruddin Bashah

View Berjasa:

1.       Politik kepartian dan identiti  telah lama menjadi faktor pilihanraya. Berjasa bersetuju dengan jika dikatakan pengundi muda selesa menjadi atas pagar dan melakuklan swing tanpa jangka. Anak muda kini dinamik, fleksible.

2.       Anak muda tidak suka terikat dan jurang maklumat menjadi dekat dan terlalu cepat.

3.       Kajian IRIS Institut pasca PRU 15 81.1 % anak muda tidak terpengaruh ideologi ibu bapa mereka.

4.       72% anak muda ada kecenderungan tertentu misalnya terpengaruh gelombang Hijau gelombang kebangkitan melayu dll.

5.       Mudah tukar sokongan saat akhir.

6.       Kerajaan Madani kelihatan akan sukar tawan anak muda kerana anak muda ingat janji dan tunggu perlaksanannnya.



View PAS:

1.       2008, 2013, trend pengundi Cina muda dan tua  konsisten terarah kepada PR dan PH

2.       Dr Zuhdi melihat trend pasca PRU 15 yang lalu, hampir 100% Cina mengundi PH. Pengundi India semakin banyak peratusan mengundi PH.

3.       Walaupun pengundi melayu berpecah banyak kali PRU, tetapi 2022 yang lalu pengundi melayu sudah ada kecenderungan memilih PN.

4.       Kini berlaku polarisasi undi berdasar kaum. Hampir 100% PH mendapat undi kaum bukan melayu.

5.       Halatuju politik Malaysia seolah olah  ditentukan oleh orang bukan politik. Cina pernah tolak DAP 1999 dan 2004 hingga kalah banyak pemimpin kanan DAP. Terbukti DAP bukan memegang kunci pengarahan Cina untuk mengundi mereka.

6.       Kapitalis, taikun ekonomi gelab (maksiat) yang membawa halatuju politik samada menolak satu satu koalasi atau menerimanya.

7.       Misalnya Islam Hadhari Pak Lah pernah memberi kepanasan kepada golongan ekonomi hitam ini hingga mereka mendesak kaum bukan melayu menolak DAP yang bersama PAS ketika itu.

8.       Sebab itu kempen mengharam judi dan sikap PAS ini menjadi pencabar utama kepada golongan maksiat ini.

9.       Presiden PAS pernah sebuat pemberi rasuah adalah majoriti dari bukan Islam bermaksud golongan ini iaitu taikun kapitalis ekonomi hitam ini secara khusus.

10.   Kempen DAP bahawa jika PAS memerintah akan jadi itu ini adalah hanya memanjangkan hasrat pemain ekonomi hitam ini yang mendesak parti politik.

11.   Golongan yang paling banyak menggelegak dengan isu RUU 355 adalah golongan pemain ekonomi hitam.

12.   Pengundi melayu juga boleh mengundi terarah dengan isu kebangkitan yang sedia ada, anak bangsa, isu agama Islam, isu ketuanan umat Islam dan syariah.

 

View Berjasa:

1.       Ada kajian kata status quo kebangkitan PRU 15 perlahan dan tidak berpanjangan hingga PRN.

2.       Ubah kerajaan negeri mungkin tiada signifikan kepada perubahan negara secara umum. Jadi hal ini juga jadi pertimbangan sesetengah anak muda.

3.       Berlainan kerajaan negeri dengan pusat juga tidak memberi kesan besar kepada penradbiran negeri kerana sistem federalisasi yang kita ada. Jadi tidak timbul isu negeri perlu sama aliran parti dnegan pusat.

4.       Negeri PN setakat hari ini meneruskan semua projek dan plan kerajaan terdahulu. Maka perubahan dari PH ke PN akan menjadi lebih baik lagi misalnya KXP Kedah direalisasikan oleh PN walau disebut oleh PH.

 

View PAS:

1.       Politik Malaysia sejak 2018 telah berlaku tukar PM 3 kali dan berubah kerajaan negeri. Pertukaran kerajaan negeri negeri  itu dan perubahan 3 kali PM itu tidak sama dengan negara luar yang rumit, rusuhan dll.

2.       Rakyat Malaysia matang berpolitik sebenarnya. PN tidak mengubah dasar-dasar yang dibuat kerajaan dahulu dan penjawat awam selesa tiada pertukaran di bawah PN.

3.       Dato Azmin berjaya tarik Tesla, Geelee dan diclaim oleh Madani bahawa mereka yang buat.

4.       Tidak timbul diskriminasi pusat terhadap negeri melainkan sebab Madani tiada kematangan politik (berbalas dendam) kerana sejak 1998 politik buat kacau menjadi elemen PMX.

5.       Limpahan ekonomi juga akan ke pantai timur selepas ECRL siap dan diskriminasi terhadap pantai timur adalah merugikan Malaysia secara umum.

 

 

Saturday, July 22, 2023

FIQH TA'AYUSH DALAM MASYARAKAT MAJMUK KONTEMPORARI

 



FIQH TA'AYUSH DALAM MASYARAKAT MAJMUK KONTEMPORARI

MAJLIS PERSIDANGAN ANTARABANGSA 2023

01 JUN 2023 | KHAMIS DEWAN KONVENSYEN, TAMAN TAMADUN ISLAM

DATO' SERI DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (MALAYSIA)

Link video: https://www.youtube.com/watch?v=ZHRKXtux604

Link kertas kerja yang dibentang di sini: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2826-bayan-linnas-siri-ke-155-konsep-fiqh-ta-ayush-isu-di-malaysia-dan-penyelesaiannya

1.       Firman Allah dalam isu pelbagai kaum adalah ayat 13 surah al Hujurat

2.   يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

3.       Litaarafu لِتَعَارَفُوا  untuk saling  mencari rakan untuk hidup Bersama, mengeluarkan sifat ekstrim dalam sesebuh kaum.

4.       Fiqh taayush  - kefahaman untuk  hidup secara kebersamaan. (asal perkataan saling hidup)

5.       Dalam Mu’jam al-Lughah al-Arabiyyah al-Mu`asarah (no. 3518) oleh Dr. Ahmad Mukhtar al-Hamid dinyatakan: (تعايشَ يتعايش، تعايشًا، فهو مُتعايش)

§  hidup atas sikap kasih sayang, beri memberi, dan kejiranan yang baik.

§  Dua orang sahabat hidup berta’ayush ketika mengembara atas kasih sayang.

§  Dua negara berta’ayush secara kehidupan yang aman. Al-Ta’ayush al-silmi (التَّعايش السِّلميّ) antara negara iaitu persefahaman antara negara untuk tidak melampaui batas atas satu sama lain.

§  Manusia berta’ayush bermaksud mereka hidup dalam satu zaman dan tempat.

 

6.       Dari segi istilah, kalimah al-ta’ayush ialah satu terma yang baharu dan kontemporari. Jika terma yang hampir sama dengan maksud ta’ayush turut digunakan seperti

a.       tasamuh, (saling lapang dada)

b.       taqarub, (saling mendekati)

c.       tasakun, (saling menetap)

d.       takamul (saling melengkapi)

e.       tajanus.(saling sejenis)

 

7.       Ia berkait juga dengan Al-tasākun (التساكن) yang bermaksud tinggal bersama atau cohabitation.

8.       Konsep asal fekah: ta’ayush ialah (kehidupan) antara kita dan bukan Islam yang menetap di sekeliling kita dari kalangan ahli zimmah yang dinamakan sekarang sebagai warganegara dan juga kehidupan antara golongan bukan Islam yang ada perjanjian (mu’ahad).

 

9.       Ta’ayush bermaksud anda hidup bersama dengan orang lain dalam keadaan boleh menerima kewujudan masing-masing dan secara harmoni sama ada mereka menyamai anda atau berbeza tanpa salah seorang menghalang kehidupan yang lain fokus al-ta’ayush antara orang Islam dan bukan Islam dalam sebuah negara.

 

10.   Tujuan fiqh  al-ta`ayusy ialah memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam dan mengajak kepadanya. Jika mereka tidak menerimanya sebagai agama sekalipun maka ketika itu hendaklah kita meletakkan kaedah-kaedah bagi mengelakkan pertumpahan darah, menjamin manusia untuk melakukan aktiviti di atas muka bumi, meninggikan keadilan ke atas mereka, dan saling menolong pada perkara yang boleh dilakukan bersama.

 

11.   Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka. وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا

Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.”(Surah al-A’raf: 73)

 

12.   Allah tidak larang bergaul dengan bangsa lain selagi pergaulan tidak memerangi umat Islam dan tidak mengusir umat Islam dari tanah mereka (seperti Israel di Palestin).

 

13.   Zaman sekarang istilah zimmi boleh dikata tiada lagi tetapi yang ada fiqh muwathonah. (Hak hak kenegaraan)

 

14.   Konsep di Malaysia : Hubungan antara golongan Islam dan bukan Islam dalam sesebuah Negara dinamakan muwatanah (kewarganegaraan) yang mana masing-masing dilindungi di bawah satu perlembagaan yang sama. Ia agak berbeza dengan prinsip yang ada pada zaman silam iaitu golongan bukan Islam lebih dikenali sebagai zimmi. Istilah yang terpakai ialah MUWATIN atau warganegara

15.   Perkara 8 perlembagaan negara (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

 

16.   Pesanan Rasulullah  مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak memberi rahmat maka tidak akan dirahmati”. Riwayat al-Bukhari (5997)

17.   Al Quran juga ajar kita menjaga hubungan silaturahim dan sesama warganegara.

HUBUNGAN PAS DENGAN NON-MUSLIM DALAM PERSAINGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA 1951-2020

 



HUBUNGAN PAS DENGAN NON-MUSLIM DALAM PERSAINGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA 1951-2020

Muhamad Faisal Ashaari, Nor Syuhada Roslan dan Zulkefli Aini

Ringkasan: Muhammad Nuruddin Bashah

1.       Langkah tertib pendekatan politik PAS kepada non-Muslim dalam tiga bentuk pendekatan.

 

2.       Pertama, tafahum iaitu mendekati dan memahami. fasa tafahum ketika PAS berada  dalam  kerajaan  campuran  dan  penubuhan  Chinese  Consultative  Council (CCC). 

 

3.       Kedua, Ta’awun iaitu tolong menolong dan bekerjasama; apabila dapat menerima non-Muslim sebagai ahli bersekutu dan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

 

4.       Ketiga, Tahaluf iaitu pakatan politik. fasa Tahaluf  apabila  dapat  menubuhkan  Kelab Penyokong  PAS  dan  membentuk  Barisan  Alternatif  (BA)  dan  Pakatan  Rakyat (PR) dengan DAP

 

5.       PAS mempunyai dasar lama untuk menarik diri daripada mana-mana gabungan politik yang dilihat memudaratkan Islam dan masyarakat bumiputera. Pada tahun 1953, PAS menyertai perbincangan National Convention mengenai pilihan raya segera dan kemerdekaan, tetapi tuntutan mereka tidak diambil kira. Akibatnya, PAS menarik diri daripada perbincangan kerana percaya ia tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam. Presiden PAS, Tuan Haji Ahmad Fuad, percaya bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menubuhkan negara Islam, namun pandangannya tidak diterima parti itu. Pada pilihan raya 1955, PAS secara rasmi tidak sehaluan dengan mana-mana parti dan hanya berjaya memenangi satu kerusi sahaja.. 

 


6.       Pada 1982, Dewan Pemuda PAS meluluskan usul mendekati masyarakat bukan Islam dan ini membawa kepada penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) oleh PAS. Mereka meletakkan calon Cina Muslim dalam pilihan raya 1986 tetapi tidak berjaya memenangi mana-mana kerusi. CCC kemudiannya dibubarkan dan bertukar menjadi sebuah parti politik bernama Chinese Communal Congress (CCC) yang menyokong PAS dan perjuangan mereka untuk negara Islam dari luar parti.

 

7.       Menjelang  PRU  ke  10,  PAS  telah  berjaya  membentuk TahalufSiyasi dengan DAP yang membentuk Barisan Alternatif (BA). Hasil dari sokongan  semua  pihak,  PAS  telah  berjaya  mengekalkan  Kelantan  dan menawan Terengganu pada PRU 1999. Antara isu yang berbangkit dalam BA selepas 1999 ialah isu pembentukan negara Islam kerana ia merupakan matlamat  perjuangan  PAS.  Namun,  DAP  tidak  bersetuju  dengan  konsep negara Islam kerana bercanggah pula dengan konsep Malaysian Malaysia yang menjadi pegangan mereka. Apabila berlaku 9/11 pada 2001 kempen memerangi keganasan digiatkan di peringkat global, maka DAP menarik diri kerana tekanan dalaman terhadap mereka. 

 

8.       Pada 2003, PAS mewujudkan Kelab Penyokong PAS (KPP) untuk menarik pengundi bukan Islam selepas DAP keluar daripada pakatan itu. Kelab ini ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2004 sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum 2004. Pada 11 September 2007, pemimpin PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan logo dan slogan "PAS For All" bagi menekankan komitmen parti itu terhadap perpaduan negara. Slogan dan logo ini menjadi simbol yang digunakan oleh parti, dan ungkapan "PAS Untuk Semua" menjadi tema ucapan dasar Presiden pada Sidang Kemuncak PAS 2008 di Ipoh.

Rujukan:

Ashaari, M. F., Roslan, N. S., & Aini, Z. (2020). HUBUNGAN PAS DENGAN NON-MUSLIM DALAM PERSAINGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA 1951-2020. Al-Hikmah, 12(2), 93-114. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/419

AKTA HASUTAN ; APA KATA MEREKA

 


AKTA HASUTAN ; APA KATA MEREKA

Muhammad Nuruddin Bashah

Latar belakang kes/isu:

Tulisan ini disusun rentetan tangkapan dibuat pada jam 3 pagi terhadap Meteri Besar Kedah Dato Seri Hj Mohd Sanusi Md Nor baru baru ini. Dua pertuduhan dikenakan kepada Menteri besar Kedah 18 Julai yang lalu.

Pertuduhan pertama, Menteri besar Kedah itu didakwa ddilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara pada jam 11 malam, 11 Julai : mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh mencetuskan ketidaksetiaan kepada Raja-raja. (Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.)

Pertuduhan kedua: di tempat yang sama:  didakwa mempertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan. (Mstar, 2023, Julai 18).

Untuk mengetahui punca pertuduhan, video ucapan MB Kedah boleh diakses melalui tik tok dan FB dan disir dalam Malaysiakini.

Pertuduhan pertama

Sultan, satu-satunya Sultan yang ada susur galur daripada hari pertama kerajaan Kedah ditubuh sampai sekarang ini Sultan tu dari satu susur jalur tak pernah putus, Kedah Darul Aman. Haa.. hebatnya Sultan Kedah nih.. bukan koman-koman, Sultan tara tu, hangpa bayangkan tengok Menteri Besaq. Sultan hebat macam tu tak akan pilih Menteri Besaq cokia macam Amir tuh. Inci pon tak berapa cukup.. hahaha. Tarik balik pasal inci.

 

Pertuduhan kedua

Pada Ketika, Anwar Ibrahim dia rasa nak untung dia, dia akan guna titah Diraja nih habis-habisan walaupun orang lain tak dengaq. Tuan-tuan dengaq tak kata Agong kata tubuh Kerajaan Perpaduan, Tuan-tuan dengaq tak? Takdak sapa di dunia inl dengaq dia sorang ja. Takdak.. takdak sapa dengaq. Dalam vid dalam video takdak, dalam tv takdak, dalam surat habaq takdak, takdak sapa dengaq, Anwar Ibrahim sorang dengaq. Satu Malaysia percaya kat dia. Dia habaq kata Agong titah tubuh kerajaan perpaduan, ada sapa pi tanya Agong Tuanku titah ka Tuanku? Takdak haaa.. dia guna titah diraja tu di kata untuk tubuhkan kerajaan perpaduan himpunkan segala hoi ya

Latar belakang akta

Akta Hasutan 1948 telah diterima pakai oleh raja-raja British dari abad ke-19 dari India penjajah ke Tanah Melayu sebelum merdeka. Tujuannya adalah untuk memerangi ancaman Komunis.

Akta Hasutan berasal sebagai suatu Enakmen (Enakmen 13/1939), kemudian sebagai Ordinan (Ordinan 14/1948) dan kemudiannya dipinda dan diluluskan sebagai Akta Hasutan (Akta 15/1970), yang telah dikuatkuasakan pada14 April 1970.

Akta itu sejak itu telah melalui dua pindaan besar. Pindaan pertama memperkenalkan peruntukan yang berkaitan dengan perlindungan Bumiputera kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan  Persekutuan, monarki dan terunggul kedudukan bahasa kebangsaan. Pindaan kedua menyekat dan meluaskan takrifan menghasut dengan menghapuskan perbuatan menghasut terhadap kerajaan dan kehakiman sambil menambah perbuatan menghasut yang berkaitan dengan agama dan ceramah pemisahan. (Ramlee, M. H., & Norkhair, M. I., 2016)

Terdapat bangkangan yang kuat terhadap Akta Hasutan terutamanya ahli politik pembangkang, aktivis sosial, SUARAM dan juga Majlis Peguam Malaysia. Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah bercakap mengenai pemansuhan akta pada 11 Julai 2012 yang akan  digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional,tetapi dia kemudian mengisytiharkan padea  27 November 2014 untuk  mengukuhkan akta itu.  Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri semasa untuk mengekalkan akta tersebut tetapi beliau juga mengingatkan bahawa perbuatan itu sendiri bukanlah alat atau cara untuk mengekalkan kuasa. (Ramlee, M. H., & Norkhair, M. I., 2016)

 

Tun Abdullah telah membuka lembaran baru pendemokrasian negara ini dengan dasar lunak beliau terhadap perkembangan media baru. Walaubagaimanapun pengenduran kawalan ini telah memberikan kesan terhadap integrasi nasional. Semenjak penghapusan ISA, pindaaan Akta Media Cetak dan Penerbitan dan Akta Buang Negeri pada 2012 kes-kes yang melibatkan perkara sensitif atau yang bersifat sentimen kerap dilaporkan. Kebebasan bersuara yang mempertikaian hak istimewa dan perkara sensitif telah mencetuskan konflik etnik yang tiada kesudahan. Kebebasan bersuara yang termaktub dalam perkara 10 menggariskan limitasi seperti institusi Raja, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa Melayu. Namun pertikaian hak kebebasan dan kesaksamaan ini sering menjadi sumber konflik sejak awal pembentukan negara. (Zakaria, J., & Daud, S. 2018).

 

Peruntukan akta ini

Akta Hasutan 1948 Antara peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 (Sedition Act) ialah Tafsiran ‘menghasut’  bermaksud ‘apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut’.

Peruntukan dalam seksyen 3 (1) iaitu:

“Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan- (a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan.”

Seterusnya dalam seksyen 3(1)(f) iaitu:

“ bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.”

Maka sesiapa yang melanggar peruntukan diatas boleh dihukum dibawah Seksyen 4 bagi kesalahan pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun. (Yusof, F., & Hassan, M. S. 2020)

Pakar undang-undang memberi komen: Jika  hendak mengekalkan Akta Hasutan, kita perlu perihalkan supaya jelas perkara ini. Adakah takrifan menghasut, menimbulkan kebencian? Apabila kita terlalu umum, ia akan menimbulkan penafsiran yang mengelirukan.

Keperluan Akta Hasutan satu persektif.

Satu kes yang cukup biadab berlaku  melalui tindakan penulis blog iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar di dalam laman Facebook dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut The (babi)… wangi, enak, menyelerakan!)’ dan mengandungi logo Halal pada 12 Julai 2013. Mereka telah disiasat mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghasut dan mencetuskan permusuhan serta perbalahan antara agama.

Selain kes-kes tersebut, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menunjukkan bahawa 21296 kes telah diterima yang berkaitan dengan kandungan berunsurkan perkauman, keagamaan dan menghina etnik, agama dan institusi beiraja (3R-race, religion and royalty) dalam tempoh enam minggu pertama penubuhan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM, MCMC sejak ditubuhkan pada 17 Ogos 2019. Angka ini sangat membimbangkan kerana penghinaan terhadap institusi beraja dapat menggugat keamanan dan mencetuskan huru-hara. Hal ini kerana sebarang tindakan atau ancaman untuk membangkitkan perasaan tidak suka terhadap YDPA adalah termasuk ke dalam salah satu perbuatan subversif dan memudaratkan ketenteraman awam. (Razali, N. A., Razali, A., & Abdullah, M. S. 2021)

Kata Tun Salleh Abbas, “Di Malaysia kebebasan bercakap adalah satu sistem nilai yang menekankan kepada satu tugas dan juga hak yang perlu kepada keharmonian sosial-politik. Kebebasan bercakap dan bersuara ini dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah (defamation). Kata-kata yang tidak menjadi hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah, atau kata-kata yang melanggar hak keutamaan parlimen dan dewan negeri”. (Yusof, F., & Hassan, M. S. 2020)

 

Kes hina raja dan istana  yang berjaya sabit hukum.

  1. 22 Jun 2022 (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/968619/pembantu-kedai-dipenjara-denda-rm5000-hina-raja-perlis )

Nama: Muhamad Basri Shah Rohani@Mahadi, 31, pembentu kedai runcit

Lokasi: Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan

Hakim: Musyiri Peet

Kesalahan:  menghina Raja Perlis di laman sosial

Hukuman: dipenjara setahun dan denda RM5,000

Akta: Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15)

  1. 9 Julai  2019 ( https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/582834/wan-ji-dipenjara-setahun )

Nama: Wan Ji Wan Hussin, pendakwah bebas

Lokasi: Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah

Hakim: Datuk Abdul Halim Aman

Kesalahan:  menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor,

Hukuman: dipenjara setahun 9 Julai 2019  

Akta: Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948

.

  1. 13 April 2023 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/956510/buruh-dipenjara-6-bulan-kerana-hina-agong-bangkitkan-isu-perkauman )

Nama: Abdul Rahim Abdullah, 49, buruh

Lokasi: KL

Hakim: N Priscilla Hemamalini

Kesalahan:  menghina Yang di-Pertuan Agong dan membangkitkan isu perkauman menerusi Facebook

Hukuman: dipenjara 6 bulan  

Akta: Sesyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

 

  1. 13 Dec 2022 (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/12/1039021/pekerja-kilang-didenda-rm3500-hina-agong-permaisuri-agong )

Nama: Ronney Soo Eng Lee, 44 pekerja kilang

Lokasi: Melaka

Hakim: Sharda Shienha Mohd Suleiman

Kesalahan:  menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong di kilang

Hukuman: didenda RM3,500

Akta: Seksyen 504 Kanun Keseksaan

  1. 8 Jun 2022 ( https://www.utusan.com.my/terkini/2022/06/didenda-rm5000-hina-islam-institusi-raja/ )

Nama: Prajiv Lionel Proctor, 40 sukarelawan

Lokasi: di KM4 Bukit Piatu dalam daerah Melaka tengah

Hakim: Nariman Badruddin

Kesalahan:  membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik menghina agama Islam dan institusi raja.

Hukuman: didenda RM5,000

Akta: mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

  1. 3 Julai 2020 ( https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/706919/denda-rm5000-hina-sultan-tengku-mahkota-johor )

Nama: Mahadi Ibrahim, 58 pesara

Lokasi: Kajang

Hakim:

Kesalahan:  kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi aplikasi WhatsApp

Hukuman: didenda RM5,000

Akta: Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

  1. 4 Julai 2020 ( https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganggur-gagal-bayar-denda-rm27000-kerana-hina-agong-249735 )

Nama: Sahril Zainudin, 26 penganggur

Lokasi: Kajang

Hakim: M. M. Edwin Paramjoth

Kesalahan:  menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu dan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib, 31, untuk membuat hantaran itu telah banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu.

Hukuman: hukuman denda RM27,000

Akta: Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan

 

  1. 6 Julai 2020 ( https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/707904/pekerja-kilang-dipenjara-10-bulan-hina-agong-permaisuri-agong-di-laman )

Nama: Shahril Mohd Sarif, 37 pekerja kilang.

Lokasi:

Hakim: MM Edwin Paramjothy

Kesalahan:  

Hukuman: sebelum ini dipenjara2 bulan  kerana menghina Yang di-Pertuan Agong,  tidak serik sekali dikenakan hukuman penjara 10 bulan atas tuduhan menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong di Instagramnya

Akta: Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

 

  1. 26 Mac 2018 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/324651/suri-rumah-dijel-8-bulan-hina-yang-di-pertuan-agong )

Nama: Samsiah Samsuddin 44 suri rumah

Lokasi: Pengkalan Chepa

Hakim: Ahmad Bazli Bahruddin

Kesalahan:  Menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V,

Hukuman: penjara 8 bulan

Akta: Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

 

  1. 7 Jun 2016 ( https://www.malaysiakini.com/news/344367 )

Nama: Muhammad Amirul Azwan Mohd. Shakri, 19, remaja belum bekerja

Lokasi: JB

Hakim: Sabariah Atan

Kesalahan:  menghina Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.

Hukuman: penjara setahun

Akta: Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

 

Dari 10 sampel kes di atas akta yang digunakan untuk hukum penghina raja adalah:

  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • Kanun Keseksaan
  • Akta Hasutan 1948

Dari 10 sampel dan banyk sample dalam jurnal menunjukkan kelompok yang menghina raja:

  • Penganggur
  • Pekerja bawahan
  • Golongan yang tertekan dengan masalah sosial ekonomi
  • Golongan terlalu banyak menggunakan medsos.

 

Kuasa polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya boleh menangkap pada bila-bila masa sesiapa sahaja yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tambahnya, individu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Ni disiasat berhubung perkara 3R (agama, bangsa, raja) yang membawa kepada tindakan berkenaan.

Polis boleh menahan pada bila-bila masa orang yang disiasat mengikut undang-undang berkaitan kerana mereka tidak ' non-siezable’ ' (tidak perlu ditahan).

Seksyen 4 (1) (Akta Hasutan) ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang lazim ditahan, bukannya ‘non-seizable’ (tidak perlu ditahan) dan ia adalah ‘seizable offence (kesalahan yang boleh ditahan). (Nordin, 2023)

 

Double standard Anwar dulu dan sekarang

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk mendakwa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor kerana kenyataan Sanusi mengenai institusi diraja dilihat sebagai tidak menghormati. Anwar menyatakan beliau secara amnya tidak menyokong penggunaan Akta Hasutan, tetapi dalam kes ini, beliau percaya ia perlu untuk menjaga kedudukan dan maruah kerabat diraja. Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pendakwaan Sanusi bermotifkan politik. (Ahmad Suhael Adnan dan Amirul Aiman Hamsuddin, 2023)

Bagaimana sikap beliau sebelum itu dalam kes Wan Ji yang lebih terang terangan mahu menggantikan feudal kepada republik. Wan Ji adalah pendokong PH yang tegar.

Kata hakim semasa menghukum Wan ji:

“Terhadap apa yang dinyatakan tertuduh (Wan Ji) ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya adalah sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-raja. Walaupun sebagai warganegara kita diberi banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan” (Yusof, F., & Hassan, M. S. 2020).

Anwar Ibrahim sebelum ini bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan penahanan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan 1948. Anwar menyatakan kepercayaannya bahawa hukuman penjara setahun ke atas Wan Ji adalah keterlaluan dan mengkritik keputusan pendakwaan dan mahkamah. PKR juga menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Wan Ji.  (Yaacob, J. F. 2019, Julai 10).

 

Bantahan dari  mereka yang mendokong ideologi PH dan pihak selain PN.

  1. Parti ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak bersetuju Akta Hasutan digunakan untuk menahan dan mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini. Muda dan PSM menunjung Perlembagaan Persekutuan menjadi batu asas kepada sistem demokrasi Malaysia. MUDA dan PSM juga menolak kenyataan yang dibuat Sanusi, kerana dianggap amat tidak matang dan dangkal yang dibuat di atas pentas ceramah politik. Melalui kenyataan bersama Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PSM, Michael Jeyakumar Devaraj, pihak terlibat turut menggesa supaya akta berkenaan dimansuhkan.  (Yahya, 2023)

 

  1. Kata peguam Zaid Ibrahim , para pengkritik Akta Hasutan telah berdiam diri dalam kes penangkapan Muhammad Sanusi Md Nor. Zaid, yang sebelum ini menyokong pembentukan kerajaan oleh UMNO dan Pakatan Harapan pada tahun lalu, berkata mereka kini sibuk mengejar mereka yang mengecam mereka.Zaid menyindir, katanya pada asasnya, pencapaian paling penting yang dicapai oleh kerajaan Madani adalah pelaksanaan Akta Hasutan terhadap lawan politik mereka. Ambiga Sreenevesan juga menyokong ulasan Zaid, yang menyifatkan tindakan Kerajaan terhadap lawan politik mereka sebagai tidak boleh diterima sepenuhnya. Zaid juga bercakap tentang kepimpinan  baharu Badan Peguam Malaysia, yang sebelum ini mengecam penggunaan Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan Harapan.  Selain itu, Zaid memuat naik hantaran di akaun Twitternya yang menyatakan bahawa orang ramai harus berhati-hati apabila bercakap tentang Raja-Raja Melayu atau mereka akan menghadapi akibat daripada tindakan mereka. Sindir beliau lagi, PH  tidak sepatutnya mengatakan bahawa Menteri Besar adalah badut kerana ia akan dianggap menghina Raja-Raja Melayu kerana melantik badut sebagai Menteri Besar. Jangan mengatakan bahawa Raja-Raja Melayu kaya, kerana ia boleh membawa maksud bahawa kekayaan itu diperoleh dengan cara yang tidak wajar jika semudah itu menyabitkan Akta Hasutan kepada rakyat.  (Samudera, W., 2023, July 18)

 

  1. Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, walaupun sebelum ini akta itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah lenyap dari perundangan negara. Katanya dalam Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO , mungkin ini lagi satu episod tidak konsisten berlaku. Sementara itu, Khairy Jamaluddin yang bersetuju dengan pandangan Shahril berkata, para pemimpin antaranya yang ada dalam kerajaan sekarang ini, dahulunya mahu peruntukan dalam akta lain tanpa menggunakan Akta Hasutan. Kini, ada beberapa  pemimpin termasuk peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegur balik apa telah jadi kepada reformasi sedangkan mereka kononnya memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan tetapi  hari ini senjata yang sama digunakan terhadap seorang musuh politik atau seorang ahli politik daripada parti lawan.  (Awani, A., 2023, July 19).
  2. Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menyelar penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, mengingatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tentang pendiriannya menentang undang-undang sewaktu masih menjadi pembangkang.

 

  1. Menurut pengarah LFL Zaid Malek kecaman PH dan ketuanya Anwar Ibrahim terhadap undang-undang ini nampaknya hanya apabila tindakan dikenakan terhadap mereka sahaja. Beliau juga mengatakan ianya sebagai "hari hitam buat negara", dan suatu yang  "mengerikan" bahawa pertuduhan Sanusi telah berlaku di bawah kerajaan pimpinan PH. Perdana menteri dan menteri dan ahli Parlimen PH yang lain mengetahui tentang perkara ini, itulah sebabnya ia sentiasa menjadi sebahagian daripada janji kempen mereka untuk memansuhkan undang-undang ini.  Anwar sendiri, tidak menghormati institusi diraja sebelum ini kerana berkempen mendesak Agong membatalkan pengisytiharan darurat pada 2021. (Writers, 2023)

 

  1. Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mendesak kerajaan Malaysia untuk memindah Akta Hasutan yang disifatkan sebagai senjata kepada pemerintah untuk menyerang pihak pembangkang. Menurut APHR, klausa-klausa yang disebut di bawah akta berkenaan adalah tidak jelas dan membawa maksud yang terlalu luas. Merujuk kepada penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, APHR berkata, walaupun sesuatu pandangan itu dianggap kasar bagi sesetengah pihak, namun sekiranya ia disuarakan dalam suasana aman, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk didakwa di bawah akta berkenaan. (Awani, A., 2023a, July 19)
  2. Menurut Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), untuk mengelakkan Akta Hasutan dimansuhkan, definisi hasutan dalam akta tersebut perlu ditakrifkan dengan lebih jelas. Takrifan yang longgar sekarang ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan juga mahkamah. Jika perbuatan itu ingin dikekalkan, ia perlu menyatakan sama ada ia merujuk kepada tindakan yang menghasut atau penuh kebencian. Takrifan yang tidak jelas menjadikannya sukar untuk membuktikan niat di mahkamah, kerana kesalahan jenayah memerlukan bukan sahaja perbuatan jenayah tetapi juga motif jenayah. Panjang prosiding jenayah bukanlah isunya, sebaliknya membuktikan bahawa tindakan itu termasuk dalam undang-undang sedia ada. (Awani, A.,2023a, July 18).

Dari rumusan di atas kelihatan golongan liberal/sekular dan pengamal undang-undang konsisten dengan pendirian membantah Akta Hasutan walaupun menimpa pihak yang berlawanan dengan  mereka seperti PN/PAS.

Rujukan:

Mstar. (2023, July 18). Sanusi Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Hasutan - Semasa. mStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2023/07/18/sanusi-mengaku-tidak-bersalah-atas-tuduhan-hasutan

 

Nordin, A. (2023, July 18). Individu disiasat Bawah Akta Hasutan Boleh Ditahan Bila-bila Masa - Razarudin. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/07/18/individu-disiasat-bawah-akta-hasutan-boleh-ditahan-bila-bila-masa-razarudin/

 

Writers, S. (2023, July 18). Kumpulan Peguam Selar Penggunaan Akta Hasutan Terhadap Sanusi. MalaysiaNow. https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/18/kumpulan-peguam-selar-penggunaan-akta-hasutan-terhadap-sanusi

 

Ahmad Suhael Adnan dan Amirul Aiman Hamsuddin. (2023, July 18). Sanusi Didakwa ikut Akta Hasutan Sebab Sentuh Martabat diraja - Anwar. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989039/sanusi-didakwa-ikut-akta-hasutan-sebab-sentuh-martabat-diraja-anwar

Yahya, R. (2023, July 18). Muda, PSM Tak Setuju Akta Hasutan Terhadap sanusi. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/268947/berita/politik/muda-psm-tak-setuju-akta-hasutan-terhadap-sanusi

 

Yaacob, J. F. (2019, July 10). Hukuman Wan Ji: Anwar Bincang Dengan PM. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/36922/berita/nasional/hukuman-wan-ji-anwar-bincang-dengan-pm

 

Samudera, W. (2023, July 18). Kerajaan Madani Guna Akta Hasutan, Zaid Ibrahim Tempelak Majlis Peguam. Samudera.my - Rentas Dimensi. https://www.samudera.my/kerajaan-madani-guna-akta-hasutan-zaid-ibrahim-tempelak-majlis-peguam/

 

Awani, A. (2023, July 19). “Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim...” - Shahril. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-politik/sewaktu-jadi-pembangkang-dulu-kata-akta-hasutan-ini-zalim-shahril-428869

 

Awani, A. (2023a, July 19). Kes Sanusi: APHR desak Malaysia pinda Akta Hasutan. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-sanusi-aphr-desak-malaysia-pinda-akta-hasutan-428818

Awani, A. (2023a, July 18). Akta Hasutan: Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas - Pakar undang-undang. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-hasutan-pinda-tafsiran-hasutan-supaya-lebih-jelas-pakar-undangundang-428711?utm_source=news_keyword_widget&utm_medium=data-embed&utm_campaign=20230721+News-Keyword-akta+hasutan&_gl=1%2Ag21wqj%2A_ga%2ANDI1Nzg1NzE1LjE2ODk5MjM2MDY.%2A_ga_2WBWP426R6%2AMTY4OTkzODM5NS4yLjEuMTY4OTkzODgzMC4wLjAuMA..

Razali, N. A., Razali, A., & Abdullah, M. S. (2021). Isu-isu Survival Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 178-188.

AGUS, M., & MASHRIL, M. (2019). PENGARUH AKTOR CAMPUR TANGAN HALUS DALAM PRU-14 THE INFLUENCE OF SOFT-INTERVENTION ACTORS IN GE-14. Jebat, 46(2), 178.

Abdullah, M. H. T., Ahmad, A. L., & Bahrom, H. (2014, June). Pengaruh blog ke arah pencapaian demokrasi di Malaysia. In Proceedings of The 1st Academic Symposium on Integrating Knowledge (The 1st ASIK): Integrating Knowledge with Science and Religion (p. 46). Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies.

Ramlee, M. H., & Norkhair, M. I. (2016). Sedition Act 1948: a legal study on the relevancy of the act.

 

Zakaria, J., & Daud, S. (2018). Menelusuri Pendemokrasian di Malaysia: Impak terhadap Pencapaian Integrasi Nasional. e-Academia Journal, 7(1).

 

Yusof, F., & Hassan, M. S. (2020). Kes Penghinaan Raja-Raja/Yang Di-Pertuan Agong Di Media Sosial: Tindakan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Kebebasan Bersuara. Journal of Law and Governance, 3(1), 127-142.

 

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)