Sunday, October 04, 2009

Wang bantuan jernih selepas ditapis...

Lebih 3000 lagi mangsa gempa Bumi di Sumetera Barat terperangkap. Cukup menyayatkan hati dan cuba bayangkan keadaan kaawasan terpencil yang mendadak hilang air bersih, makanan, bantuan ubat dan elektrik. Bayangkan betapa kelam kabutnya manusia.

RM 500 000 telah didermakan oleh Malayan Banking Berhad kepada tabung NSTP-Media Prima. Cek palang besar pintu rumah diberikan secara rasmi disiar oleh media cetak.

Jangan pulaa wang-wang sebegini disalah guna pula mengalir melalui perangkap air ala-ala BIO Aura. Melalui pengalaman kawan-kawan saya yang bekerja dalam NGO kebajikan, selalunya wang bantaun ada yang akan 'mark up' untuk tujuan peribadi...wang mengalir macam ir dicelahan penapis air...air jadi jenih, macam wang.....berjuta wang derma masuk....beberapa helai sahaja wang masuk menyelamatkan nyawa manusia...

Apapun, rakyat Malaysia, teruskan menyumbang dan berdoa untuk rakyat Padang.

Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)