Tuesday, April 24, 2012

DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH

KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012

DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH


Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mengutuk tindakan UMNO yang menganjurkan majlis maksiat 10 meter dengan tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng malam semalam 23 April 2012.

Berdasarkan makluman penduduk tempatan majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel dan disertai dengan minuman arak dan 4 ekor babi panggang bukan dianjurkan oleh MCA bahagian Gopeng. Jika ia bukan anjuran MCA siapa pula yang sanggup menganjurkan majlis untuk mengganggu program Pakatan Rakyat dan PAS?

Mengikut ‘trend’ terkini, budaya mengganggu program penerangan Pakatan rakyat kesemuanya dianjurkan atas tajaan YB Datuk Hamidah Osman.

Dewan Pemuda PAS Gopeng mendesak pihak tertentu baik anggota profesional atau badan khas untuk menyiasat bagaimana seorang ADUN boleh menganjurkan begitu banyak program ceramah segera tanpa perancangan awal, dengan bayaran tinggi untuk mengupah para makcik-makcik serta sewaan bas untuk mengangkut hadirin. Pemuda PAS juga menyarankan agar YB Datuk Hamidah Osman menyahut cabaran Saudara Radzi Zainon untuk berdebat sahaja memandangkan keghairahan beliau untuk berceramah dengan spekaer yang cukup kuat sehingga mengganggu masyarakat sekitar.
YB Datuk Hamidah juga dikatakan telah membazir wang dengan menganjurkan program yang cukup jelak dengan tarian seksi dan hidangan babi dan arak serta meletupkan beberapa kali bunga api yang hanya dibazirkan wang semasa sambutan kemerdekaan atau perayaan sahaja.

Apakah tujuan sebenar beliau? Jika benar ingin memberi penerangan kepada rakyat tempatan sila anjurkan amjlis yang beradab. Mengapa pula perlu ‘mengimport’ makcik-makcik UMNO daripada Batu gajah semata-mata untuk mendengar ceramah di Song Choon dan Changkat Larang sebelum ini? Bukankah ia membazir dan tidak menepati misi penerangan untuk memberi maklumat ke akar umbi?

Dewan pemuda PAS Gopeng juga mengucapkan tahniah kepada para petugas polis dan Unit Amal yang berjaya mengawal keselamatan dan keamanan sepanjang program, malah kami memuji sikap ‘sabar dan ‘gentleman’ para hadirin dan penyokong BERSIH yang ditonjolkan.

Ternyata bajet tinggi yang ADUN Sungai rapat keluarkan untuk menimbulkan provokasi dalam majlis Pakatan Rakyat tidak berjaya dan ADUN sebegini perlu dihukum melalui undi rakyat yang menolak calon tanpa kredebiliti seperti beliau.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng




No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)