Thursday, September 13, 2012

Jamuan Aidilfitri Pengkalan Pegoh meriah


Ahad 9 September 2012-Pengkalan Pegoh

Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Pengkalan Pegoh telah dijayakan dengan meriahnya apabila hampir 200 hadirin hadir meraikannya.
Selain disertai oleh saf pimpinan PAS Kawasan Gopeng, majlis itu juga tidak lengkap jika tidak dirasmikan oleh Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat (PAS).

Dewan Pemuda PAS Gopeng mengambil peluang pada malam itu untuk membuka mja pendaftaran da kaunter semakan pemilih. Sambutan golongan muda  memberangsangkan.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan lagu-lagu dakwah oleh saudara Mazlan iaitu bekas juara lagu-lagu P.Ramlie peringkat zon utara Perak.

Pihak Penerangan MTD mengambil kesempatan yang baik dengan menayangkan beberapa video khas isu hudud dan perlaksanaan syariah di Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA SUNGAI RAPAT










No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)