Sunday, September 02, 2012

PAS Perak kesal gejala malam merdeka, media diusir


http://perakitedaily.blogspot.com/2012/09/pas-perak-kesal-gejala-malam-tahun-baru.html


PAS Perak kesal gejala malam merdeka, media diusir

IPOH: PAS Perak hairan kenapa tiada usaha pencegahan daripada Kerajaan Negeri Perak melalui Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) ketika banyaknya berlaku insiden sumbang gejala sosial di kalangan anak muda pada malam ambang kemerdekaan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pihaknya mendapat maklumat pihak JAIPk tidak dibenarkan menjalankan operasi pencegahan.

Menurutnya, hasil pemerhatian pihaknya, terdapat banyak aktiviti gejala sosial berlaku pada malam tersebut tanpa ada pemantauan dan halangan daripada pihak berkuasa.

Ahmad Nuri berkata, semasa Ekspedisi Dakwah Malam Merdeka anjuran PAS Perak di Padang Polo Ipoh, pihaknya mendapati pelbagai aktiviti maksiat berlaku.

“Kami sangat sedih kerana kegiatan mereka tidak langsung dipantau dan dibanteras,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menghalang petugas media menjalankan tugas ketika Hari Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.

Katanya, pihaknya hairan tindakan pihak Polis mengusirnya daripada majlis tersebut sedangkan petugas media itu sedang menjalankan tugas dan mempunyai kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

“Ianya menunjukkan seperti berlaku perkara yang ingin disembunyikan dari pengetahuan umum,” ujar beliau.

Ahmad Nuri menjelaskan, sudah tentu kedua-dua insiden ini amat mengecewakan rakyat Perak dan ianya perlu dijelaskan dengan segera.

“Kami mendesak agar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberikan penjelasan di atas kedua insiden ini dimana beliau mempunyai bidang kuasa bagi memulihkan kembali keadaan yang tidak sewajarnya berlaku.

Kami mengharapkan suasana ini tidak akan berlaku lagi berikutan ianya menjejaskan nama baik negeri Perak,” tegas beliau.
 
Muhammad Faeez Bin Azahar
Setiausaha Kerja Penerangan,
Badan Perhubungan Pas Perak

Wartawan Sambilan Harakah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)