Thursday, January 24, 2013

Bakal calon Istiqamah aset kemenangan PAS di DUN Sg Rapat


Bakal calon Istiqamah aset kemenangan PAS di DUN Sg Rapat

Sungai Rapat- 24 Januari 2013
Walaupun gagal menguasai Kerusi DUN N43 Sungai Rapat dalam PRU-12 yang lalu, Radzi Zainon kekal sebagai pemimpin alternatif yang cukup konsisten dengan kerja membantu rakyat sehingga kini.
Malah sikap istiqamah beliau yang kelihatannya membuat kerja pilihanraya bukan sekadar menjelang pilihanraya malah kini  telah berlanjutan selama 5 tahun.





Aktiviti yang konsisten berterusan serta kegiatan membantu rakyat serta mudah dijumpai atau diajak berbincang menyebabkan Radzi Zainon sebagai calon bukan sekadar pilihan PAS Kawasan Gopeng dan Negeri Perak, malah ia memnag menjadi pilihan majoriti rakyat DUN Sungai Rapat” jelas Tuan Haji Abd Rahim bin Md Arif yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gopeng.

Dengan jumlah pengundi seramai 28830 orang pada tahun 2008 dan jumlah keluar mengundi sebanyak 72.98%, Radzi bin Zainon (PAS) berjaya memperolehi  undi sebanyak 9,999 manakala YB Datuk Hamidah bt. Osman (BN) memperolehi  jumlah undi 10,635 dengan majoriti hanya 636 undi berbanding dalam keputusan pada tahun 2004 YB menang dengan majoriti 6,269 undi. Kini pengundi di DUN Sungai Rapat sudah mencecah lebih 42000 orang dan kita bakal melihat kebangkitan pengundi muda kali ini.

Radzi bukan sekadar melakukan tugasan menyantuni rakyat melalui kerjasama PAS Gopeng, malah beliau mendapat sokongan dan bantuan kuat daripada PAS Kawasan Batu Gajah dan Ipoh Timur yang juga berkongsi DUN Sungai Rapat.

Slogan Sungai Rapat Milik Kita bukan lagi retorik apabila melihat situasi UMNO yang masih tidak keruan dan goyah dalam soal pemilihan calon.

Menurut Radzi Zainon, “memang YB Datuk Hamidah Osman yang ‘run the show’ seluruh DUN Sungai Rapat, namun beliau bukanlah calon pilihan rakyat. Malah senarai beberapa calon kedua dan ketiga juga belum ditentukan sebagai calon tuntas DUN ini. Hal ini jelas apabila melihat aktiviti kegiatan mereka tidak berterusan, tersekat-sekat, tenggelam timbul serta tiada susulan dalam setiap aktiviti kebajikan mereka. Strategi Datuk Hamidah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat selama sebanyak lebih 13 kali amat dibenci rakyat malah dikritik oleh pengikutnya sendiri kerana membazir dan tidak ikhlas”.

UMNO Gopeng kelihatan apologatik, hanya responsif terhadap isu kebajikan yang PAS dan Pusat Khidmat PAS lontarkan atau bongkar. Sebagai contoh setiap kali isu setinggan dibongkar di Kg teluk Pedang, Kampung Bendera, Seri Jaya dan Pengkalan Gate Lama, isu lampu jalan Pengkalan Gate Tambahan  dan isu jalan raya tidak berturap lebih 20 tahun di  Kampung Bendera, UMNO akan hadir paling lewat seminggu ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tindakan kerana takutkan kehilangan pengundi. Mereka tidak melaksanakan aktiviti proaktif dan ikhlas untuk membantu rakyat.

Kepimpinan UMNO Gopeng yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dan korupsi Insya Allah akan ditolak rakyat walaupun Zamby Abdul Kadir menyatakan BN Perak ingin memastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah serta ingin menyahut seruan  Presiden BN untuk mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon.




Ungkapan beliau dalam laporan BERNAMA  bahawa siapa yang terpilih menjadi calon nanti, jentera  perlu sokong atas nama parti BN dan perlu berlapang dada bagi yang tidak terpilih serta amaran jangan berlaku pertempuran sesama jentera dalam parti sebaliknya medan pertempuran adalah  dengan pembangkang mengambarkan senario jentera BN Sungai Rapat yang berpecah belah. Budaya gilakan pangkat tiada dalam jentera PAS Sungai Rapat.

Apabila ditanya strategi umum PAS untuk menang di DUN Sungai rapat beliau menyatakan ada beberapa strategi utama yang digunakan iaitu
  1.          Agenda kebajikan, menyediakan kertas kerja cadangan dan ‘trouble shoot’ sesuatu isu rakyat walaupun tidak memiliki sebarang kuasa eksekutif.
  2.          Santuni Kedai kopi yang cukup disukai rakyat. Melalui kunjungan kerap beliau ke kedai-kedai kopi beliau berjaya menganalisa masalah, isu dan mendengar sendiri luahan rasa rakyat.
  3.          Program ilmiah di Masjid, surau-suarau kerana Radzi sendiri memiliki latar belakang tarbiah Islamiyyah yang baik sejak zaman kampus. Tarbiah bekalan beliau menyebabkan beliau mampu menyampaikan tazkirah, menganalisa isu agama dan global dengan baik.
  4.          Program rekreasi dan aktiviti bersama anak muda. Beliau yang merupakan bekas Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh pada tahun 1996 sebenarnya lasak walaupun lembut dalam tutur kata. Beliau mahir dalam permainan bola sepak sehingga Piala Radzi zainon diwujudkan walaupun beliau belum bergelar  seorang ‘Yang Berhormat’.
  5.          Aktiviti gotong royong seperti membersih surau dan kubur serta membantu membaiki rumah rosak seperti kes ribut di Sungai Rokam dan warga emas di Pengkalan Gate  kerap diadakan. Kerjasama Dewan Pemuda Gopeng dan Batu Gajah serta Unit Amal Gopeng, Ipoh Timur dan Batu Gajah amat membantu kejayaan aktiviti sebegini.


Sepanjang 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, Radzi Zainon bertindak mendekati masyarakat atas kapasiti beliau sebagai ahli majlis Tindakan Daerah Kinta, ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Pengalaman berharga 11 bulan itu digunakan oleh beliau untuk mengenali selok belok ekeskutif dan pentadbiran kerajaan negeri.

Rakyat secara umum menganggap DUN Sungai Rapat memang memiliki ikon yang jelas iaitu Radzi  walaupun keterbatasan hebahan media yang tidak menyebelahi PAS. Beliau dianggap calon ‘cerdik’ dan proaktif, optimis dan berjiwa Islam serta bertindak sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan. Hal ini diakui sendiri oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah Tuan Haji Ismail Bin Ariffin.

PAS yakin dengan kewibawaan Radzi untuk mengambil alih kerusi N43 Sungai Rapat daripada tangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
MEDIA sungai Rapat

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)