Monday, January 14, 2013

TAHUN 2012 - SEPINTAS LALU ISU DUN SUNGAI RAPAT


TAHUN 2012 -  SEPINTAS LALU ISU  DUN SUNGAI RAPAT
Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Ketua Unit Penerangan MTD)

JANUARI
1.      Skuad Anti setinggan Batu Gajah bertindak[1]
a.       Tujuan = Menyanggah retorik Setinggan Sifar[2].
b.      Rentetan daripada wawancara Sinar Harian bersama Ustaz radzi Zainon yang disiarkan dalam akhbar Sinar bertarikh 4 Januari 2012 (Rabu) baru-baru ini yang mengupas isu setinggan yang belum selesai di DUN Sg rapat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diberi nama Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Arifin.
c.       di Kampung Ara payung dan Kampung Teluk Pedang dan mendapati status beberapa puluhan rumah masih belum diiktiraf sebagai sah (tidak bergeran).
d.      Kampung Teluk Pedang sahaja, sekitar belasan rumah yang dibina sejak tahun 1970an belum diberi geran sehingga kini.
e.       Terdapat beberapa rumah kaum India yang tidak mendapat geran walaupun telah mendirikan rumah selama lebih 27 tahun di kampung berkenaan.
f.       Di Kampung Ara Payung, Makcik Rohimah yang telah berada di rumah bersebelahan jalan keretapi sejak berumur 19 tahun dan kini beliau berumur 74 tahun dalam status tanah setinggan.

2.      Hamidah turun Padang –Isu Setinggan
a.       Selepas siri penerangan Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) , pihak YB Dato’ Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan[3].
b.      Kenyataan ‘penghasut rakyat’ yang telah dilabelkan.
c.       Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).

FEBRUARI
1.         Hamidah selinsing seluar tunjuk aurat di Batu gajah[4]
a.         Hamidah melawat pusat banjir di lewat petang sedangkan Ustaz Radzi Zainon meredah banjir dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.

MAC
1.        Pelajar SAR Dihalau UMNO
    1. Pada  Mac 2012 pelajar SAR dipindah ke bawah khemah di perkarangan surau atas arahan Ketua Cawangan UMNO Desa Aman.
    2. Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.
    3. Selang dua minggu pelajar tergesa-gesa dipindahkan  semula ke Dewan Orang Ramai.  Isu ini berpunca daripada sikap salahguna harta awam untuk kegunaan politik parti UMNO.

APRIL
  1. Hamidah pandang sepi isu roboh gerai[5]
    1. Isu perobohan gerai Tomyam di Jalan Pengkalan Pegoh pada 24 April 2012
    2. perobohan gerai milik Puan Zam binti Jabar itu a pernah mendapat perhatian Toh Muda OKK Panglima Kinta Seri Amar Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Abd Wahab Bin Dato’Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung sehingga Y Bhg Dato’ pernah memberi surat  sokongan terhadap rayuan Puan Zam kepada Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh.
    3. Puan Zam juga pernah memberi surat rayuan kepada YB Datuk Hamidah sendiri berkenaan isu ini.
    4. Rayuan terhadap Datuk hamidah sebenarnya tepat memandangkan Datuk hamidah sendiri pernah menjanjikan dalam cadangan beliau yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 17 Oktober 2012 bahawa  beliau akan berusaha mendapatkan tanah seluas 0.8 hektar yang masih berpaya untuk dijadikan kawasan pemindahan peniaga gerai makan di sepanjang jalan berkenaan.
    5. beliau hanya bereaksi dan turun padang selepas penduduk membuat kenyataan akhbar pada 14 oktober 2010.
    6. Menurut Datuk Hamidah juga gerai yang sepatutnya telah runtuh pada tahun 2010 itu hanya selamat untuk seketika, disebabkan peruntukan melebar jalan belum diperolehi.

  1. Lagi tinjauan Setinggan Kg bendera
    1. 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak turun padang[6].
    2. Saudara Halil, memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan.
    3. Penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.
    4. Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak.
    5. Beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun.
    6. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.
    7. Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan layak wujud pada tahun 1960an
    8.  Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato' Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri

  1. Pemuda PAS Gopeng Desak Datuk Hamidah Debat[7]
    1.  24 APRIL 2012 Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mendesak YB Datuk Hamidah Osman untuk menyahut cabaran Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat)
    2. Hal ini disebabkan beliau kerap menganggu ceramah-ceramah PAS serta kerap mencabar Radzi Zainon berdebat.
    3. Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010  “ Saya cabar beliau (Radzi) untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya”.
    4. Pihak PAS telah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak YB Dato’ melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010.
    5. Sebagai jawapan pihak YB Dato’ sendiri telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010.
    6. Radzi telah menjawab cadangan itu untuk berdebat di mana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010.
    7. Selepas tarikh 21 Ogos 2010, tiada jawapan balas dari Hamidah.
    8. Tarikh surat debat (register letter) 23 April 2012


  1. Hamidah Osman telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)[8]
    1. Menurut maklumat siasatan SPRM kali ini tertumpu kepada kes tuntutan palsu jamuan makan tengahari oleh Hamidah melalui  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008.
    2. Tuntutan jamuan makan tengahari tersebut adalah di dalam bulan Ramadhan, bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa.

  1. Hamidah hantar utusan untuk mengugut blogger Azizul Nizam[9]
    1. 17.04.12):  ada utusan daripada Hamidah yang datang ke rumah ibu Azizul  untuk berjumpa tempoh untuk datang diberi sehingga jam 10.30 pagi sahaja, jika tidak pihak polis yang akan datang untuk menggari dan menangkap Azizul. 
    2. Laporan polis telah dibuat terhadap Hamidah.
    3. Utusan Hamidah minta Azizul tarik balik posting Rasuah Hamidah disiasat SPRM[10].

MEI
1.      Memorandum kepada Hamidah.
a.       Memorandum bertarikh 4 Mei 2012 ditujukan kepada Dato’ Hamidah Osman, Datuk Haji Roshidi Datuk Bandar Ipoh yang disediakan  oleh Penduduk Taman Pegoh Aman.
Antara isi memorandum adalah[11]:
•           Bantahan projek ‘bangunan’ di Taman Permainan Taman Pegoh Aman.
•           Penduduk berhadapan padang telah membayar RM 1000 semasa membeli rumah     untuk kemudahan padang.
•           Dahulu TNB mengambil sedikit ruang kini bangunan pula dibina ‘dipercayai’ adalah Sekolah Agama Rakyat.
•           Tidak BERNIAT membantah pembinaan sekolah sebaliknya mohon pertimbangkan alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai.
•           Mohon adakan sesi dialog dengan penduduk (Datuk Hamidah tidak pernah turun berdialog)

2.      Sidang Media Taman Pegoh Aman
    1. 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng), En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.

3.      UMNO tuduh Dr Lee
a.       Sinar Harian bertarikh  31 Mei 2012 pula, UMNO yang menggunakan nama penduduk Taman Pegoh Aman telah menyelar YB Lee Bon Chai atas tuduhan menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Lebih melucukan gambar memaparkan wakil penduduk yang dimaksudkan adalah pemimpin UMNO sekitar Pengkalan gate, Pengkalan Pegoh dan Desa Aman bukannya penduduk Taman Pegoh Aman yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4.      UMNO Perak Gadai tanah Kubur Islam[12]
a.       21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.
b.      Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat.
c.       Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.
d.      Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.
e.       Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan.
f.       Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.

JUN
1.      Permohonan Hamidah ditolah Hakim
a.       Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.
b.      Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.[13]

2.      Tuduhan Hamidah Mereka tidak Sensitif Agama.
a.       2 Jun 2012 pula, Datuk Hamidah Osman melalui Sinar Harian bertajuk ‘Mereka Tidak Sensitif agama’
b.      Menyelar pembangkang yang dikatakan tidak menghargai usaha kerajaan negeri membina sekolah agama malah cuba menghasut rakyat berdemostrasi.
c.        Isu tidak menghargai usaha kerajaan tidak timbul memandangkan datuk hamidah sendiri tidak menceritakan kronologi isu sekolah berkenaan secara terperinci bermula isu pengusiran pelajar sekolah berkenaan dari Dewan Orang ramai ke dalam khemah ala pelarian selama 2 minggu.
d.      Datuk Hamidah juga tidak mendedahkan pula kenyataan pihak Sungai rapat Online (web UMNO) yang mengaku bahawa UMNO memerlukan Dewan Orang ramai untuk kegunaan parti UMNO menjelang pilihanraya.

·         16-Jun-12 Edaran book let kenyataan media di Majlis dialog ADUN
·         29-Jun-12 Perjumpaan PR dgn Ibu bapa pelajar SAR
·         18-Jun-12 Video Panas Hamidah halau rakyat
·         29-Jun-12 Edaran Booklet Kenyataan Media

JULAI
1.         Kaunter isu SAR
·         1 Julai 2012 7 Dalil Hamidah bukan pembela SAR
·         1 Julai 2012 Berita Radzi kesal Fitnah Hamidah
·         1 Julai 2012 Video kenyataan Radzi majlis Dialog Ibu Bapa 29 Jun

2.         Hamidah anjur Demostrasi[14]
a.         1 Julai Hamidah mengarahkan beberapa SAR di DUN Sungai Rapat ini untuk ikut sama berhimpun dalam demo mempertahankan SAR Desa Aman.
b.         katanya perhimpunan melibatkan 700 orang mewakili 40 NGO!
c.         Kata Hamidah: Jika Radhi Zainon dan Lee Bon Chye masih berdegil untuk mengganggu pembinaan Sekolah Agama Rakyat maka mereka sanggup bermandi darah kerana mempertahankan Agama Islam adalah wajib bagi umat Islam.

3.         Kaunter isu SAR
·         2 Julai 2012 Design Risalah SAR negeri
·         2 Julai 2012 Video rintihan Rakyat Taman Pegoh Aman

4.         Hamidah Halau Ahli Parlimen Gopeng
a.       16 Jun 2012, Hamidah hadir disatu majlis ramah mesra dan dialog dengan penduduk tempatan anjuran beliau  berkaitan dengan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Aman.
b.      Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Lee Boon Chye dan Radzi Zainon[15] .
c.   Majlis tersebut sepatutnya merupakan majlis ramah mesra dan dialog, tapi nampaknya hanya untuk mereka yang setuju dengan Umno. Sesiapa yang hendak membantah, dipersilakan balik.
d.   Walaubagaimanapun, dalam sidang medianya, Hamidah menuduh Lee Boon Chye dan Radzi datang untuk mengacau majlis tersebut.

OGOS


SEPTEMBER
1.      Ketua Pemuda UMNO Gopeng didakwa!
a.       25 Sept 2012  Bernama melaporkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen[16]
b.       tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
c.       Mohd Arlizam, 37, mengaku tidak bersalah (Hakim Asmadi Hussin).
d.       Didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
e.       Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
f.        Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

OKTOBER
1.      Hamidah taja Kelab Media Perak ( UMNO )[17]
a.       Dato’ Hamidah Osman, bagi pihak kerajaan negeri dan Pelancungan Perak, menyampaikan derma RM30,000 kepada kelab tersebut dalam satu upacara yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 25 Oktober lalu.
b.      Pasukan Kelab Media Perak ini akan bertolak ke Lombok pada hari Sabtu, 3 November 2012 dan kembali pada hari Ahad, 11 November. Pendakian dirancangkan pada 4 November hingg 6 November.


NOVEMBER
1.                  Hamidah ingin tarik hati kaum India.
a.       Hamidah memberi sumbangan kepada  100 orang kaum India yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Ara Payung telah diberikan bantuan kotak berisi  makanan sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi[18].
b.      Menurut blogger UMNO Ini membuktikan dakwaan pembangkang bahawa YB Dato Hamidah Osman meminggirkan kaum India adalah salah sama sekali. Sebelum ini Hamidah terkenal dengan penghinaan terhadap kaum India.
c.       Sebelum ini pada 2008, Pengerusi MIC Bahagian Gopeng, M. Krishnan merayu masyarakat India supaya tidak lagi membangkitkan isu berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Hamidah Osman yang disifatkan menghina kaum tersebut[19].
d.      Hamidah membangkitkan kemarahan masyarakat India di negara ini termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila bertanyakan kepada Sivakumar sama ada bersetuju dengan peribahasa mengatakan 'kalau jumpa ular dan orang India, bunuh orang India dulu'[20].
d.

DISEMBER
2.      Fiesta Wanita Hamidah tidak laku[21]
a.       Rungutan  daripada orang Batu Gajah termasuk orang Umno dan Blogger Umno tu sendiri pasai program Fiesta Wanita dan Keluarga 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Dato' Hamidah Osman di Arena Square, Batu Gajah.
b.      Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula 3 hari lalu iaitu 6 Disember hingga 16 Disember 2012. Langsung tak ada orang.
c.       Banner merata tempat dah gantung termasuk banting. Kos beribu ringgit.
d.      Kereta pasang speaker buat hebahan di merata tempat, terdesak tarik orang datang program tersebut.
e.       RM1000 sewa tapak.

3.      Hamidah Paranoid
a.       23 Disember Hamidah Osman Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng atas tuduhan mengugut[22].
b.      Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.
c.       Hamidah takut kerana DAP ingin saman UMNO kerana fitnah isu tanah di kelantan
d.      Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman pada hari empat Sidang Dun ke-12[23]
4.      Timbalan Perdana Menteri cuba mainkan kaum India Gunung Rapat[24].
a.       Menurut YB V Sivakumar (Tronoh) Sehingga hari ini wang yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat masih belum ada.
b.      Muhyiddin janji  RM2.5juta untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat pada November 2011 sewaktu berucap di Progaram Pesta Deepavali di Little India, Jalan Lahat, Ipoh.
c.       Tapak baru diluluskan  oleh kerajaan  negeri di Ampang pada bulan Mei 2012.
d.      Datuk Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat dan Datuk Veerasingam, Penasihat kepada Menteri Besar Perak telah menyerahkan dokumen geran tanah itu kepada pihak sekolah dan PIBG.
e.       Hamidah janji  bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 3 bulan dan bangunan baru itu akan siap bina selepas 1 tahun.



BIL
TARIKH
TEMPAT
PAS
UMNO
1
10 Ogos 2010
Taman Jutaria
YB Dr Mohd Hatta Ramli
Bacaan Yasin selang sebelah rumah, menggunakan pembesar suara yang terlalu kuat
2

1 Feb 2012
Kampung Pisang Pasti Al Munir
YB Nizar, Bob Lokman
YB Rosli Terong dan YB Hamidah Sg Rapat
3
21 Feb 2012
Taman Maju Rapat
Dato’ Adnan Ibrahim
Rampas tapak ceramah PAS di padang, PAS tukar tempat ke rumah homestay
4
25 Feb 2012

Changkat Larang
Us Nik Zawawi
Tidak dikenali

5
25 Mac 2012
Kampung Sg Rokam
YAB Nizar , Dr Khairudin
YB Hamidah
6
10 April 2012
Padang Taman Soon Choon
YB Salahuddin, YB Sivakumar
Us Fathul Bari, YB Hamidah
7
23 April 2012



Desa Pakatan
YAB Nizar, Pak Samad, YB Dr Lee Boon Chye, Tim AMK Pusat
Mengadakan majlis makan malam,
bunga api, tarian separa bogel cina, minum arak
8
19 April 2012

Kampung Sg Rokam
Rafizi Ramli, Dr Mujahid
Hamidah cuba ganggu buat bacaan Yasin tepi markaz tetapi PAS ubah tempat
9
30 Mei 2012
Kg Ara Payung, Batu Gajah
Dato’ Adnan
Dayangku Intan
AC Mizal, YB Hamidah

10
17 Mei 2012 (Khamis)
Kg Seri Jaya, Batu Gajah
Dr Aziz Bari
Ceramah Nizar Pembohong Bersiri
11
6 Jun 2012
Kampung Pisang
Wan Aisyah dan Laksamana Imran Abd Hamid
Majlis kesyukuran  sempena majlis pecah tanah yang belangsung petang itu hanya 100 meter dari program PAS
12
7 Jun 2012 (Jumaat)
Taman Maju Rapat
Wan Aishah
Ust Huri Alias
Pertandingan Karaoke (anjuran RELA Maju Rapat)
13
10 Jun 2012 (Ahad)
Taman Jutaria, Batu Gajah
Ust Misbahul Munir
Pak Jabit
Baharudin Omar



[2] laporan BERNAMA pada 11 Oktober 2011 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat dianggap oleh Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman sebagai kawasan pertama di Perak yang mencapai matlamat ‘setinggan sifar’.
[10] Perangai Hamidah memang pelik. Bila ada kes rasuah orang hebah beliau akan ugut dan gelabah. Bila dia fitnah DAP ambil tanah di Kelantan dan Nga Kor Meng ingin buat laporan polis, dia hebah mengatakan Nga Kor Meng sedang ugut beliau. Beliau seorang perempuan yang emosi, mengada-ngada dan paranoid dengan kesalahan sendiri- komentar penulis.
[20] Ibid

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)