Thursday, January 19, 2012

Kenyataan Media-Tahniah atas Keperihatinan ADUN Sungai Rapat

KENYATAAN MEDIA

15 Januari 2012

Tahniah atas Keperihatinan ADUN Sungai Rapat

Selepas siri penerangan dan pendedahan berkenaan isu setinggan yang belum selesai di bebrapa kampung di DUN Sungai Rapat di buat oleh Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg rapat (PAS) , pihak YB Dato’ Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan.

Terdahulu pihak kami telah menyantuni rakyat yang masih berada di status setinggan dan mengeluarkan kenyataan media berkenaan pada 8 januari 2012 yang bertajuk Isu Setinggan yang berlarutan di DUN Sungai Rapat.

Apa yang amat dikesalkan oleh pihak kami adalah kenyataan ‘penghasut rakyat’ yang telah dilabelkan kepada pihak kami sepanjang pendedahan masalah rakyat dilakukan. Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).

Perlu diperjelaskan pihak Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat bukan mempertikai usaha dan penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak YB sebaliknya cuba mempamerkan kekesalan rakyat bawahan berkenaan retorik ‘setinggan sifar di Sungai Rapat’ yang pernah diwar-warkan oleh pihak YB ADUN Sg rapat tersebut.

Bagi rakyat setinggan sifar bermaksud semua penduduk telah mendapat geran tanah dan bukan sekadar borang 5A dan pelbagai surat yang diberi. Malah pihak YB hanya turun padang secara responsif apabila pihak lain cuba membantu rakyat bersuara isu keperluan asasi rakyat iaitu tanah dan rumah.

Adakah cukup sekadar respon kepada kerja buat pembangkang sedangkan tugas tetap pihak ADUN adalah turun meneliti setiap masalah secara kerap dan menyelesaikannya bukan hanya pada setiap menjelangnya pilihanraya.

Pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak YB ADUN Sg rapat yang cukup cakna dengan setiap isu yang kami perjuangkan dan sebagai pulangannya, proses penerimaan geran terhadap rakyat akan dipercepatkan. Perkara yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat dan jika setiap siri pendedahan kami mendapat tindakan posistif sebegini ia membuahkan hubungan antara pihak kerajaan dengan pembangkang yang baik.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat (PAS)

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)