Thursday, December 17, 2015

PASTI SUNGAI PETANI CECAH 30 BUAH BUKTI PASTI PILIHAN MASYARAKAT

PASTI SUNGAI PETANI CECAH 30 BUAH BUKTI PASTI PILIHAN MASYARAKAT

Sg.Petani, 12 Dec 2015 – Pemuda PAS kawasan Sg.Petani melalui Jabatan PASTI terus giat untuk memperkembangkan program pendidikan awal kanak-kanaknya melalui pembukaan PASTI baru.
Bersempena dengan musim persekolahan tahun 2016 yang akan bermula pada bulan hadapan, sebuah lagi pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dibuka di kawasan Sungai Petani menjadikan jumlah keseluruhan PASTI di Sg.Petani berjumlah 30 buah.

Kali ini, Bandar Utama Casa Impian menjadi tempat pilihan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat yang rata-ratanya baru menduduki kawasan perumahan tersebut dan kebanyakkannya mempunyai anak-anak kecil.





Bertempat di PASTI baru ini yang diberi nama PASTI Nurul Iman, telah berlangsung majlis perasmian dan kenduri kesyukuran bersempena dengan pembukaan PASTI ini.

Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Haikal bin Abdul Mutallib, yang juga Pengerusi PASTI kawasan Sg.Petani. Dalam ucapannya, beliau berharap supaya masyarakat setempat dapat memanfaatkan pembukaan PASTI dikawasan tersebut supaya anak-anak dapat dididik dengan acuan Islam seawal kecil lagi.
Pada majlis itu juga telah berlangsung majlis menandatangani memorandum persefahaman antara pengurusan PASTI Nurul Iman yang diwakili oleh Pengurusnya iaitu En. Zaidi bin Md Noor dan Dewan Pemuda PAS Sg. Petani yang diwakili ketuanya iaitu En. Muhd Izzwan bin Ismail.

Melalui memorandum ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam melancarkan perjalanan PASTI bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Wednesday, December 02, 2015

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI BANTU SIAPKAN RUMAH IBU TUNGGAL


Sg.Petani, 28 Nov 2015 – Pemuda PAS kawasan Sg.Petani melalui jabatan amalnya terus giat melaksanakan aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat. Bertempat di Kampung Sg.Emas, Kota Kuala Muda pada Sabtu yang lalu, kali ini mereka terlibat dalam projek membaiki rumah ibu tunggal yang separa siap.

Projek yang dijalankan secara gotong royong ini melibatkan anggota-anggota Jabatan Amal Sg.Petani dan disertai oleh penduduk setempat. Bermula pada awal pagi, mereka telah berkumpul dan membahagi-bahagikan tugas-tugas, antaranya membancuh simen, menampal dinding dan memasak untuk semua petugas. Secaranya khususnya, tugasan utama projek membaiki rumah ibu tunggal ini adalah menampal dinding rumah yang terbengkalai sekian lama untuk keselesaan keluarga tersebut.
Menurut pengarah program iaitu En. Khairul Nizal bin Osman, yang juga Penyelaras Unit Amal Sg.Petani, projek ini sebagai salah satu dari misi PAS Kedah iaitu kebajikan dengan membantu memenuhi keperluan asas golongan yang tidak berkemampuan. Rumah sebagai tempat kediaman seharusnya memenuhi ciri-ciri sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan selain tempat pembesaran anak-anak.







Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, 2 buah rumah yang sebelumnya separa siap berjaya disudahkan dengan jayanya. Rata-rata ahli Unit Amal yang ditemuai melahirkan rasa puas hati atas segala penat lelah yang akhirnya berbaloi dengan kejayaan menyiapkan projek ini.
Untuk terbitan Sinar dan Harakah






Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)