Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Monday, February 27, 2012

UMNO, PERKASA, JATI diam lihat artis hina Islam hadir ke Malaysia


Artis Antarabangsa Yang Hina ISLAM Ini Diberikan Tempat Paling Hebat Di Malaysia Untuk Membuat Konsert 29 Feb Ini...

Laman Web Artis Erykah Badu : www.erykah-badu.com
Laman Web Penganjur : http://www.pineappleconcerts.com/upcoming

Mana PERKASA? Mana UMNO? Mana JATI? Mana Hassan Ali Yang Sibuk Buat Road Tour Seluruh Negara Selamatkan Akidah Umat Islam Sedangkan Benda Yang Besar Macam Nie Pun Kamu Buat-Buat Tak Nampak... Tahniah Kerajaan 1Malaysia Yang Benar-Benar Perjuangkan "Melayu".. Wartawan Hina Islam Boleh Kamu Halau Masuk Malaysia... Artis Wanita Ini Kamu Berikan Tempat Istimewa Untuk Dia Buat Konsert... Tahniah Sekali Lagi Kerana "Prihatin" Dengan Umat Islam Yang Dihina......



Saturday, February 25, 2012

Cubaan ADUN Sungai Rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi

Cubaan ADUN Sungai rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi

25 Februari 2012- Ceramah Perpaduan Ummah yang diadakan oleh UMNO Bahagian Gopeng berdekatan ceramah Umum yang dilakukan oleh pakatan Rakyat di Changkat Larang malam ini merupakan kali ke-5 dilakukan oleh UMNO atas arahan YB Dato’ Hamidah untuk mengganggu program penerangan PAS dan Pakatan Rakyat selain tindakan yang sama di lakukan di Taman Maju Rapat pada 21 Feb yang terakhir dilakukan.

Melalui siri ceramah yang sarat dengan perkauman dan laungan selogan perkauman melayu, UMNO masih gagal melaksanakan program yang bersifat multi-kaum untuk menyangi program ceramah dan penerangan pakatan rakyat.

Menurut Ustaz radzi Zainon iaitu Penyelia DUN (PAS) Sungai Rapat, strategi YB Dato’ Hamidah sekarang adalah mengadakan ceramah yang diberi nama ceramah akidah dan perpaduan ummah di sebelah semua majlis ceramah Pakatan rakyat.

“hamidah sekarang tiada kerja melainkan meninjau di mana banner ceramah PAS dan Pakatan rakyat dan dengan wang yang cukup banyak dikerahkannya jentera UMNO untuk menganjurkan ceramah atas nama agama dan perkauman. Hamidah tetap gagal kerana masih gagal mengadakan program ‘ceramah mee segera’ ini dengan melibatkan komponen lain BN melainkan hanya penceramah melayu semata-mata” Jelas Ustaz Radzi Zainon kepada Unit Penerangan MTD Sg Rapat.

Menurut penduduk Changkat Larang, mujurlah ada limpahan air siasa najis di sebelah Dewan KEMAS kerana jika tidak pasti UMNO akan mengadakan ceramah di dewan berkenaan yang lebih dekat dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat.

Sebelum ini di Taman Maju Rapat, YB Hamidah cuba menganggu ceramah Dato’ Adnan bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak dengan mengambil tapak ceramah Pakatan Rakyat menyebabkan pihak PAS cawangan Taman Maju Rapat terpaksa memindahkan ceramah di kawasan homstay. Isi ceramah tersebut yang sarat dengan sifat bermuka-muka UMNO yang kononnya bencikan Pakatan Rakyat yang dikatakan bersekongkol dengan Zionis cukup menjelakkan beberapa hadirin wanita Kampung Sungai Terap Batu Gajah yang diarahkan hadir menggunakan beberapa bas tajaan UMNO.

Ceramah Pakatan Rakyat malam ini dimeriahkan oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Pusat, YB Thomas Soo (ADUN Pasir Pinji) dan Ustaz Radzi Zainon selaku pengerusi majlis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat







Tuesday, February 21, 2012

Bantuan pantas PAS terhadap mangsa banjir Kampung Seri Jaya jadi pujian

Bantuan pantas PAS terhadap mangsa banjir Kampung Seri Jaya jadi pujian

21 Februari 2012- Tindakan pantas PAS Batu Gajah serta Skuad bantuan Pusat Khidmat DUN (PAS) Sungai Rapat membantu mangsa banjir di kampong Seri jaya Batu Gajah perlu diberi pujian, begitulah luahan perasaan beberapa penduduk Kampung berkenaan selepas misi bantuan dan menyelamat dilakukan tamat pada 1.15 tengahari ini.

Kerja menyelamat dan bantuan bermula pada jam 10.30 pagi dengan meranduk air banjir memindahkan perabot dan peralatan mangsa.

Seperti biasa segala aktiviti yang dilakukan oleh Pusat Khidmat PAS yang diketuai oleh Ustaz Radzi Zainon pasti akan diikuti oleh pihak YB Dato’ Hamidah Osman yang hanya sempat hadir pada jam 4.00 petang selepas kerja bantuan dilakukan oleh petugas PAS Batu Gajah dan Pusat Khidmat PAS.

Malah selepas jam 5.30 petang Ustaz Radzi Zainon sempat beramah mesra bersama penduduk kampong dabn mangsa banjir dan hanya disertai oleh YB ADUN Sg Rapat pada jam 6.00 petang di perkarangan Masjid Seri Jaya.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Sunday, February 19, 2012

Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat

Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat

Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.


Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.

Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.

Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.

Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan peranan mendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.

Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.








Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.



Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.

En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Tuesday, February 14, 2012

Pelbagai Kaum meriahkan Dialog Rakyat di DUN di Sungai Rapat

Pelbagai Kaum meriahkan Dialog Rakyat di DUN di Sungai Rapat

Dialog Rakyat yang melibatkan 4 orang ahli panel mewakili komponen parti dalam Pakatan Rakyat telah diadakan di UPU Desa Pelancongan pada 12 Februari 2012 baru-baru ini. Menurut Penyelia DUN Sungai rapat (PAS) Ustaz Radzi Zainon, dialog ini antara yang paling berjaya diadakan di kawasan Parlimen Gopeng kerana melibatkan kehadiran pelbagai kaum terutama kaum India.

Ahli-ahli panel yang diundang ialah Ustaz Radhi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Sg Rapat, YB Dr Lee Boon Chye (ahli parlimen Gopeng), YB Sivakumar (ADUN Tronoh) dan YB Thomas Soo (ADUN Ipoh Timur). Dialog Rakyat ini dipengerusikan oleh Muhammad Nuruddin Bashah yang bertindak sebagai moderator.

Majlis ini berjaya menarik pendengar yang bukan sahaja dari kaum Melayu malah kaum India dan Cina turut hadir.

Hujan renyai yang turun di awal majlis tidak menghalang masyarakat di sekitar kawasan Desa Pelancongan hadir dan mendengar penerangan isu rakyat dari ahli-ahli panel yang bersedia turun padang pada bila-bila masa.

Pada pusingan pertama Dialog Rakyat, setiap ahli panel diajukan soalan oleh moderator berkenaan pemberian RM500 kepada rakyat serta permasalahan setinggan yang dihadapi masyarakat setempat. YB Sivakumar pula diminta menjelaskan kepada pendengar yang hadir berkenaan sikap dan ucapan Perdana Menteri yang seperti cuba ‘mengugut’ dan ‘merasuah’ masyarakat India ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves berlangsung baru-baru ini.

Pusingan kedua dialog bertambah hangat apabila pendengar dari kalangan kaum India bangun bertanyakan soalan kepada ahli panel dan mmberi pandangan mereka tentang hak mereka terhadap wang RM 500 berkenaan.

Dialog ini lebih berkesan apabila Moderator dan peganjur membenarkan hadirin dan para panel berucap dalam bahasa ibunda untuk menjadikan komunikasi dan mesej disampai secara berkesan. Hal ini diambil pelung oleh YB Sivakumar untuk bercakap dalam bahasa tamil hamper 20 minit semasa penggulungan akhir hujah beliau.

Kehadiran ahli panel yang berbilang kaum benar-benar membuat masyarakat yang hadir teruja untuk bertanya soalan berkenaan situasi yang berlegar di sekeliling mereka. Ahli panel turut menjawab soalan dalam bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pemahaman masyarakat. Antara topic yang sepakat ditolak oleh para panel da hadirin ialah DAP tidak pernah menunggang PAS dan PAS tidak pernah terdetik untuk mempergunakan DAP. Malah dari aspek komposisi kaum dan jumlah kerusi ternyata propaganda DAP ingin menubuh kerajaan dan merebut jawata terteinggi adalah pembohongan UMNO dan BN yang paranoid dengan kemesraan politik DAP-PAS.

Sebelum sesi penggulungan dialog, Cikgu Khairuddin, aktivis masyarakat yang banyak berjuang untuk kepentingan peniaga di TEMAN diberi penghormatan untuk menceritakan kronologi permasalahan di TEMAN yang kini dilihat sebagai projek ‘gajah putih’ kerajaan BN. Sehingga kini, TEMAN telah bertukar nama sebanyak tiga kali sedangkan permasalahan dalaman peniaga dilihat tetap tidak selesai walaupun beberapa majlis besar yang dihadiri Menteri telah diadakan beberapa kali di tempat tersebut. Terbaru, PM akan hadir pada 14 Februari ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) iaitu nama terbaru yang diberikan kepada TEMAN.

Di akhir majlis, sesi cabutan bertuah diadakan. Semua ahli panel turut menyumbang cenderahati buah-buahan yang sepatutnya diterima mereka untuk dijadikan hadiah tambahan cabutan bertuah.

Selain ceramah perdana dan ziarah rakyat, Dialog rakyat adalah suatu produk Lajnah Penerangan yang paling laris di DUN Sungai Rapat sejak ia diperkenalkan pada bulan Februari 2011 tahun lalu.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat











Thursday, February 09, 2012

NAMBIKE maksudnya :KEPERCAYAAN

Saya tertarik dengan komen Abdullah Ghouse dalam malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/188467


NAMBIKE maksudnya :KEPERCAYAAN.
1.Rakyat percaya Najib tk boleh conrol bininya Rosmah.
2.Rakyat tahu Najib tk boleh buat ckp apa pasal NFC
3.Rakyat percaya Altantuya dpt komisen RM115j dlm pembelian Scorpene.
4.Rakyat percaya Najib menfitnah DSAI
5.Rakyat percaya bg BR1M RM500 , Baucar RM200 l itu semua duit rakyat kerana nak tutup kelemahan BN.
6.Rakyat mmg dah bagi kepercayaan BN memerintah 54 tahun bersamaan 12 kali PRU.

Thursday, February 02, 2012

Ceramah Berkembar; Strategi lambang paranoid UMNO

Ceramah Berkembar; lambang paranoid UMNO

Sikap kebudak-budakan jentera UMNO Gopeng kembali terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi UMNO Gopeng di bawah arahan YB Dato’ Hamidah Osman mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini, 1 Februari 2012.

Sehingga kini, hanya UMNO Perak dan Melaka sahaja yang melaksanakan dasar pembutaan maklumat kepada rakyat melalui usaha menutup kehadiran rakyat ke majlis ceramah Pakatan Rakyat dengan mengadakan program ceramah serentak atau boleh dikatakan sebagai ceramah berkembar.

Jika di Barat, kita melihat demokrasi matang mereka mengakibatkan pembangkang bebas berceramah dan berpidato di merata tempat. Pihak parti lain pula akan menghormati pihak yang sedang berceramah dengan tidak menimbulkan gangguan seperti apa yang UMNO ajar kepada anak muda di Perak.

Rakyat Batu Gajah dan Gopeng dapat menilai insiden malam ini yang dimeriahkan dengan ceramah oleh Bob Lokman dan YAB Dato’ Seri Ir Nizar sebagai simbol paranoid ADUN Sg Rapat (YB Dato’ Hamidah Osman) terhadap kebangkitan rakyat Gopeng dan Batu Gajah yang bakal menolak beliau dalam PRU-13 nanti.

UMNO mengekalkan prestasi sebagai parti yang tidak membangunkan generasi berakhlak apabila sanggup mengupah remaja bermotor untuk membuat bising sambil memegang bendera BN di kawasan ceramah Pakatan Rakyat. Lebih lucu, beberapa remaja telah ditahan oleh polis yang berkawal di tapak ceramah kerana menunggang sambil memegang bendera.

Sekitar 300 orang yang menghadiri ceramah UMNO tanpa permit ini kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, wang kopi dan duit minyak bagi remaja motosikal yang ditaja oleh UMNO. Malah ada yang sanggup menunggu hingga 11.30 malam semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah!

Adakah UMNO menilai majlis malam ini di Kampung Pisang sebagai majlis penerangan jika kehadiran di khemah-khemah UMNO hanya disertai oleh wanita-wanita Melayu, kanak-kanak, pelajar sekolah dan para penunggang motosikal remaja bawah umur? Adakah strategi UMNO memberi penerangan dengan diupah dengan cabutan bertuah?

Rata-rata rakyat menyatakan negeri Perak boleh bangkrap kerana penerangan UMNO sebegini terpaksa menelan wang belanja sebanyak RM 60 000 hanya dalam tempoh semalam! Sedangkan ceramah Pakatan Rakyat bersebelahan hanya menggunakan modal RM 1000 sahaja!

Dari jeritan dan laungan serak suara ADUN Sg Rapat melaungkan ‘Hidup UMNO’ pada jam 11.45 malam melambangkan kehampaan beliau kerana majlis penerangan UMNO itu hanya dipenuhi dengan penceramah (termasuk ADUN) yang bukan berceramah sebaliknya menjerit dan menempik sehingga beberapa remaja menutup telinga di belakang khemah.

Disebabkan mereka menjerit dan melalak dengan dahsyat dengan harapan menutup pembesar suara Pakatan Rakyat, mereka hanya mampu berceramah sehingga jam 11.30 malam sahaja, manakala Pakatan Rakyat yang berceramah tenang mampu bertahan sehingga 12.20 malam. Malah 20 minit tambahan selepas jam 12 tengah malam diberi atas kebenaran OCPD Balai Polis Batu Gajah kerana awal ceramah terganggu akibat hujan.

OCPD yang bersimpati dengan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berhujan semata-mata mempertahankan majlis yang sah mendapat permit polis telah dipuji sendiri oleh YAB Dato’ Seri pada muqaddimah ceramahnya.

Ternyata paranoid UMNO Gopeng akan terus mencengkam kerana ternyata sasaran mereka untuk mengatasi majlis Pakatan Rakyat memberi maklumat dan memahamkan rakyat tidak berjaya.

Jika dibincang dari aspek majmuk kaum, ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan status sebagai majlis ceramah multi-kaum yang berkesan. Sebaliknya cukup memalukan apabila ADUN Sg Rapat mengarahkan pihak urusetia majlis UMNO memasang lagu 1 Malaysia dengan kuat sedangkan majlis mereka hanya dipenuhi dengan kaum Melayu serta ceramah yang sarat dengan perkauman dan sorakan Hidup Melayu.

Kecerdikan rakyat Gopeng dan Batu Gajah kian nampak melalui kehadiran pendengar yang semakin ramai serta konsisten sehingga tamat majlis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)