Thursday, April 26, 2012

KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012 DI MANA JANJI DATUK HAMIDAH BANTU PENIAGA GERAI MAKAN MELAYU PENGKALAN PEGOH?

KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012

DI MANA JANJI DATUK  HAMIDAH BANTU PENIAGA GERAI MAKAN MELAYU PENGKALAN PEGOH?

Isu perobohan gerai Tomyam di Jalan Pengkalan Pegoh 24 April 2012 adalah satu insiden besar dan  jangan hanya dipandang dari aspek perundangan akta semata-mata sehingga kita melupakan implikasi dan kesan besar kepada masa depan peniaga melayu di kawasan Pengkalan Pegoh.
Adakah rakyat sedar bahawa mangsa perobohan gerai milik Puan Zam binti Jabar itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Toh Muda OKK Panglima Kinta Seri Amar Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Abd Wahab Bin Dato’Seri Azizul Hassan Orang Besar jajahan Manjung sehingga Y Bhg Dato’ pernah memberi surat  sokongan terhadap rayuan Puan Zam kepada Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh.

Malah Puan Zam juga pernah memberi surat rayuan kepada YB Datuk Hamidah sendiri berkenaan isu ini. Rayuan terhadap Datuk hamidah sebenarnya tepat memandangkan Datuk hamidah sendiri pernah menjanjikan dalam cadangan beliau yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 17 Oktober 2012 bahawa  beliau akan berusaha mendapatkan tanah seluas 0.8 hektar yang masih berpaya untuk dijadikan kawasan pemindahan peniaga gerai makan di sepanjang jalan berkenaan.
Beliau juga pernah menyatakan bahawa pihak beliau memang bercadang untuk memindahkan kesemua peniaga melayu berkenaan di tempat yang sewajarnya malah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Kini selepas 19 bulan di mana janji Datuk Hamidah? Adakah beliau hanya bereaksi dan turun padang selepas penduduk membuat kenyataan akhbar pada 14 oktober 2010?  Menurut Datuk Hamidah juga gerai yang sepatutnya telah runtuh pada tahun 2010 itu hanya selamat untuk seketika, disebabkan peruntukan melebar jalan belum diperolehi.  Adakah janji sebegini layak dikeluarkan oleh seorang ADUN? Apa pula nasib gerai-gerai lain yang ‘sebangsa’ dengan gerai Puan Zam selepas peruntukan diluluskan? Sebagai wakil rakyat beliau harus menunaikan janji malah berusaha memberi tapak baru untuk gerai-gerai berkenaan meneruskan kehidupan mencari rezeki di kawasan berkenaan.

Berdasarkan beberapa ‘trend’  yang mampu dinilai rakyat, YB Datuk Hamidah kelihatannya masih tidak menjalankan tugasnya untuk turun menyelesaikan masalah rakyat sehingga selesai. Sikap beliau kelihatan masih banyak bergantung kepada para pembantu  yang diutuskan untuk meninjau kawasan rakyat tanpa menapak kaki sendiri manilai, memperhalusi keadaan sosio-kehidupan rakyat yang bernaung di kawasan DUNnya sendiri.  Pemimpin UMNO seperti beliau seharusnya lebih cakna dan sensitif dengan kesusahan rakyat bukan sekadar beretorik dalam ceramah-ceramah UMNO sahaja.

Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS)
DUN Sungai Rapat




Surat Pemberitahuan kesalahan pembinaan gerai di Rezan jalan



  


 Janji-janji Hamidah

 

Surat Sokongan Orang Besar Jajahan Manjung Dato' Abd Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan kepada Dato' Haji Roshidi Datuk bandar Ipoh 

 

Surat Rayuan Puan Zam Binti Jabar kepada YB Datuk Hamidah

Wednesday, April 25, 2012

Tontonlah pembongkaran kerajinan kerja ADUN Sungai Rapat di Kg Bendera

HARI INI SATU GERAI MELAYU DIROBOH.....ESOK LUSA?



Hari ini sebuah gerai melayu dirobohkan….esok lusa berapa lagi?

Baru sehari  yang lalu gerai perniagaan seorang berbangsa Melayu telah dirobohkan. Ini bukan isu melayu atau bukan melayu sebenarnya. Ini isu hayat dan kehidupan rakyat untuk mencari sesuap nasi.  Walaupun ada blogger UMNO yang berpandangan gerai tersebut bukan gerai orang Malaysia malah mereka menggelar gerai Tomyam no.6 itu diusahakan oleh warga asing hanya kerana pekerjanya dari kalangan kaum Patani yang mencari rezeki di tanahair ini.

Sedikit sebanyak tulisan blogger sebegitu memberi palitan negetif kepada UMNO yang tidak sensitif dengan keakraban dan keeratan hubungan antara rakyat malaysia dengan insan melatyu di selatan Thai. Malah kehadiran kaum patani di negara ini tidak menampilkan perbezaan yang ketara berbanding warga asing Bangladesh  atau Myamar.
Memang tidak dapat dinafikan gerai tersebut berada di ‘reserve atau rezab  jalan raya’ di Jalan Pengkalan Simpang Pulai Ipoh berdasarkan peruntukan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Akan tetapi mengapa hanya gerai itu dirobohkan?
Malah persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah apa pelan dan perancangan ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman selama ini untuk membantu dan melindungi masa depan gerai-gerai kaum melayu?

Suatu ketika dahulu Radzi Zainon dalam wawancara eksklusif yang disiar dalam Sinar Harian bertarikh 4 Januari 2012, beliau ada menampilkan kebimbangan beliau terhadap pembangunan pesat di sekitar Seksyen 18 yang kian meragut masa depan gerai melayu terutamanya. Malah lebih 20 tahun gerai-gerai ini tidak dilakukan penyusunan semula secara sistematik dan adil.

Akan tetapi jawapan pihak blogger UMNO yang ditaja sendiri oleh ADUN Sungai Rapat cukup mengecewakan malah menganggap Radzi sebagai memperjuangkan hak kaum Cina yang berniaga barangan runcit. Malah tulisan Sungai Rapat Online bertarikh 4 Januari 2012 juga mengatakan bahawa ‘berapa kerat sangat orang melayu membuka kedai runcit’ seolah-olah menafikan kemampuan orang melayu berniaga. Hakikatnya walaupun mereka tidak berniaga barangan runcit, kaum melayu banyak berniaga  makanan dan masakan ala thai yang cukup bercambah sekitar jalan utama Pengkalan Pegoh.

Adakah hanya disebabkan warga negara Malaysia berbangsa Melayu menyewakan kedai tomyam kepada orang Patani mengakinatkan  gerainya diroboh tanpa ada pembelaan oleh ADUN Sungai Rapat yang kelihatannya aktif berjanji dalam setiap siri ceramahnya. 

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat







Tuesday, April 24, 2012

Siapa bertanggungjawab majlis maksiat Desa Pakatan?

Siapa bertanggungjawab majlis maksiat Desa Pakatan?

Beberapa blogger UMNO menafikan bahawa majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel, hidangan babi panggang dan arak dianjurkan oleh pihak mereka untuk menyaingi program Perlancaran BERSIH 3.0 peringkat parlimen Gopeng yang diadakan di Taman Desa Pakatan semalam 24 April 2012.



Majlis maksiat itu telah diadakan hanya sejauh 10 meter dari tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 yang diserikan dengan pembaziran letupan bunga api yang cukup mahal.

Jika ia bukan anjuran YB hamidah, adakah ia anjuran MCA atau penduduk tempatan?” ulas Radzi Zainon semasa ditemubual oleh Unit penerangan MTD Sungai Rapat.

Menurut tinjauan pada malam itu ramai penduduk tempatan berbangsa Cina menafikan mereka sebagai penganjur malah kaum Cina tidak pernah menganjurkan aktiviti sebegitu disebelah mana-mana majlis lain apatah lagi majlis yang dihadiri oleh kaum melayu yang tidak boleh dekat dengan daging babi dan arak. Malah beberapa penyokong MCA juga menafikan penganjuran tersebut.

Petanda mudah ia anjuran YB Hamidah ialah speker majlis tarian itu senagaja dikuatkan sedangkan hadirin majlis maksiat itu hanya seramai 12 orang ! Dan mengapa pula bunga api yang cukup mahal dan berbunyi bising sengaja dinyalakan semasa orang lain sedang berceramah? “komen Radzi Zainon lagi.

Sebenarnya jika ia anjuran penduduk tempatan sekalipun seperti didakwa oleh blogger UMNO, penduduk selalunya boleh diajak berbincang malah akan mengambil sisi ‘win-win situation’ bukan berkeras dan degil seperti semalam. Ternyata seperti ia adalah arahan pihak tertentu yang selama ini giat dan rajin melaksanakan agenda provokasi terhadap majlis Pakatan Rakyat di DUN Sungai Rapat.

Jika sebelum ini UMNO menjemput ‘ustaz segera’ untuk berceramah walaupun tajuk bernada ‘rasis’ dan tidak relevan dengan keadaan semasa, kali ini mereka tidak sempat menjemput ustaz atau penceramah melayu sehingga terpaksa memberi bajet untuk diadakan majlis maksiat. Politik matlamat menghalalkan cara sebegini cukup jijik dan akan memakan diri mereka sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH

KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012

DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH


Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mengutuk tindakan UMNO yang menganjurkan majlis maksiat 10 meter dengan tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng malam semalam 23 April 2012.

Berdasarkan makluman penduduk tempatan majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel dan disertai dengan minuman arak dan 4 ekor babi panggang bukan dianjurkan oleh MCA bahagian Gopeng. Jika ia bukan anjuran MCA siapa pula yang sanggup menganjurkan majlis untuk mengganggu program Pakatan Rakyat dan PAS?

Mengikut ‘trend’ terkini, budaya mengganggu program penerangan Pakatan rakyat kesemuanya dianjurkan atas tajaan YB Datuk Hamidah Osman.

Dewan Pemuda PAS Gopeng mendesak pihak tertentu baik anggota profesional atau badan khas untuk menyiasat bagaimana seorang ADUN boleh menganjurkan begitu banyak program ceramah segera tanpa perancangan awal, dengan bayaran tinggi untuk mengupah para makcik-makcik serta sewaan bas untuk mengangkut hadirin. Pemuda PAS juga menyarankan agar YB Datuk Hamidah Osman menyahut cabaran Saudara Radzi Zainon untuk berdebat sahaja memandangkan keghairahan beliau untuk berceramah dengan spekaer yang cukup kuat sehingga mengganggu masyarakat sekitar.
YB Datuk Hamidah juga dikatakan telah membazir wang dengan menganjurkan program yang cukup jelak dengan tarian seksi dan hidangan babi dan arak serta meletupkan beberapa kali bunga api yang hanya dibazirkan wang semasa sambutan kemerdekaan atau perayaan sahaja.

Apakah tujuan sebenar beliau? Jika benar ingin memberi penerangan kepada rakyat tempatan sila anjurkan amjlis yang beradab. Mengapa pula perlu ‘mengimport’ makcik-makcik UMNO daripada Batu gajah semata-mata untuk mendengar ceramah di Song Choon dan Changkat Larang sebelum ini? Bukankah ia membazir dan tidak menepati misi penerangan untuk memberi maklumat ke akar umbi?

Dewan pemuda PAS Gopeng juga mengucapkan tahniah kepada para petugas polis dan Unit Amal yang berjaya mengawal keselamatan dan keamanan sepanjang program, malah kami memuji sikap ‘sabar dan ‘gentleman’ para hadirin dan penyokong BERSIH yang ditonjolkan.

Ternyata bajet tinggi yang ADUN Sungai rapat keluarkan untuk menimbulkan provokasi dalam majlis Pakatan Rakyat tidak berjaya dan ADUN sebegini perlu dihukum melalui undi rakyat yang menolak calon tanpa kredebiliti seperti beliau.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng




KENYATAAN MEDIA PEMUDA PEMUDA DESAK DATUK HAMIDAH BERDEBAT DENGAN SAUDARA RADZI

KENYATAAN MEDIA PEMUDA
PEMUDA DESAK DATUK HAMIDAH BERDEBAT DENGAN SAUDARA RADZI
24 APRIL 2012
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mendesak YB Datuk Hamidah Osman untuk menyahut cabaran Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat) sekiranya beliau serius dalam isu masyarakat dan kepentingan hak melayu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng menganggap sikap beliau yang hanya suka mengganggu ceramah penerangan PAS dan Pakatan Rakyat di DUN berkenaan sebagai sikap penakut dan bacul dalam berbahas.
Jika benar beliau berani dan ikhlas, sila sahut cabaran debat dan tunjukkan kemampuan berdialog.

Baru-baru ini Dewan Pemuda berasa malu terhadap kaum Cina dan India di Taman Song Choon kerana beliau yang bukan sahaja seorang pemimpin malah seorang wanita bertudung, sanggup melalak dan menjerit seperti insan kekurangan iman.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng






Monday, April 23, 2012

DEBAT Radzi VS Hamidah ; siapa yang mula mencabar ?

Ustaz Radzi Zainon akan ajak Dato' Hamidah berdebat !!!!!!!

Mengapa tiba-tiba?

Sebenarnya jemputan untuk berdebat ini adalah sebagai reaksi daripada cabaran awal pihak YB Dato’ yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010 yang berbunyi

“ Saya cabar beliau untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya”.

Pihak PAS telah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak YB Dato’ melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010.

Sebagai jawapan pihak YB Dato’ sendiri telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010.

Radzi telah menjawab cadangan itu malah PAS memang bersedia untuk berdebat di mana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010. Akan tetapi pihak PAS telah memberi cadangan agar lebih baik diadakan di kawasan terbuka untuk membuka ruang selesa kepada kaum bukan melayu untuk turut sama menyertai dan menyaksikan majlis debat berkenaan.

Selepas tarikh 21 Ogos 2010, tiada jawapan balas daripada pihak YB Dato’ sehinggalah PAS Kawasan Gopeng memutuskan untuk menjemput YB dato’ secara rasmi melalui surat yang bakal diserahkan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD SUNGAI RAPAT










KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012 HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012

HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

Dalam meneruskan Misi Menjejaki Isu Rakyat Terpinggir yang dianjur khusus oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, pada 21 April 2012 yang lalu kami meneruskan agenda dengan menyiasat sendiri rintihan daripada kalangan pengusaha bengkel besi dan kereta sepanjang jalan utama Kampung Seri Jaya.

Sejurus sahaja saya mendapat maklumat berkenaan isu tanah bengkel yang bakal dikosongkan, saya bergegas ke sana bersama Rombongan PAS Batu Gajah dan Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.

Tuan Haji Sarjee iaitu salah seorang pemilik bengkel besi di hadapan jalan menghala ke Pasaraya TF itu telah memaklumkan bahawa pihak pemaju ingin memindahkan kesemua bengkel tersebut ke suatu kawasan yang lebih jauh daripada ‘market coverage’ mereka. Dengan hanya diberi tempoh masa dua minggu dan pampasan RM 5000 mereka diminta berpindah ke kawasan baru yang disediakan 4 tiang berbumbung tanpa ada dinding untuk melindungi peralatan bengkel mereka!

Mereka telah mencari rezeki di kawasan berkenaan selama lebih belasan tahun malah tanah yang mereka duduk hari ini bukanlah bertaraf setinggan kerana diberi hak dan kebenaran oleh Syarikat Timah Jerneh yang dahulunya memajukan kawasan perlombongan berdekatan.

Memandangkan kawasan tersebut telah diserahkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada pemaju baru, pihak pemaju mengarahhkan pula mereka berpindah sedangkan mereka sebenarnya dalam proses menuntut geran tanah berkenaan.

Lebih malang apabila isu tanah sebegini tidak mendapat perhatian YB Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN kawasan berkenaan malah menurut Tuan Haji Sarjee YB Dato’ tidak pernah menjenguk kawasan bengkel-bengkel berkenaan.

Pada pengamatan saya, usaha para pengusaha bengkel tersebut perlu diberi perhatian kerajaan memandangkan mereka terdiri daripada kalangan bumiputera yang sanggup berjuang mempertahankan perniagaan sendiri. Apalah salahnya UMNO selaku parti yang mengaku membela Melayu untuk celik membuka mata dan turun ke bawah melihat sendiri rintihan kaum Melayu yang berniaga di sana.

Pihak kami berjanji akan terus mendesak kerajaan BN untuk menyuarakan hasrat rakyat sekaligus berjanji tuidak akan mealukan agenda yang sama sekiranya PAS diberi mandat mentadbir kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat






Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)