Wednesday, April 25, 2012

HARI INI SATU GERAI MELAYU DIROBOH.....ESOK LUSA?



Hari ini sebuah gerai melayu dirobohkan….esok lusa berapa lagi?

Baru sehari  yang lalu gerai perniagaan seorang berbangsa Melayu telah dirobohkan. Ini bukan isu melayu atau bukan melayu sebenarnya. Ini isu hayat dan kehidupan rakyat untuk mencari sesuap nasi.  Walaupun ada blogger UMNO yang berpandangan gerai tersebut bukan gerai orang Malaysia malah mereka menggelar gerai Tomyam no.6 itu diusahakan oleh warga asing hanya kerana pekerjanya dari kalangan kaum Patani yang mencari rezeki di tanahair ini.

Sedikit sebanyak tulisan blogger sebegitu memberi palitan negetif kepada UMNO yang tidak sensitif dengan keakraban dan keeratan hubungan antara rakyat malaysia dengan insan melatyu di selatan Thai. Malah kehadiran kaum patani di negara ini tidak menampilkan perbezaan yang ketara berbanding warga asing Bangladesh  atau Myamar.
Memang tidak dapat dinafikan gerai tersebut berada di ‘reserve atau rezab  jalan raya’ di Jalan Pengkalan Simpang Pulai Ipoh berdasarkan peruntukan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Akan tetapi mengapa hanya gerai itu dirobohkan?
Malah persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah apa pelan dan perancangan ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman selama ini untuk membantu dan melindungi masa depan gerai-gerai kaum melayu?

Suatu ketika dahulu Radzi Zainon dalam wawancara eksklusif yang disiar dalam Sinar Harian bertarikh 4 Januari 2012, beliau ada menampilkan kebimbangan beliau terhadap pembangunan pesat di sekitar Seksyen 18 yang kian meragut masa depan gerai melayu terutamanya. Malah lebih 20 tahun gerai-gerai ini tidak dilakukan penyusunan semula secara sistematik dan adil.

Akan tetapi jawapan pihak blogger UMNO yang ditaja sendiri oleh ADUN Sungai Rapat cukup mengecewakan malah menganggap Radzi sebagai memperjuangkan hak kaum Cina yang berniaga barangan runcit. Malah tulisan Sungai Rapat Online bertarikh 4 Januari 2012 juga mengatakan bahawa ‘berapa kerat sangat orang melayu membuka kedai runcit’ seolah-olah menafikan kemampuan orang melayu berniaga. Hakikatnya walaupun mereka tidak berniaga barangan runcit, kaum melayu banyak berniaga  makanan dan masakan ala thai yang cukup bercambah sekitar jalan utama Pengkalan Pegoh.

Adakah hanya disebabkan warga negara Malaysia berbangsa Melayu menyewakan kedai tomyam kepada orang Patani mengakinatkan  gerainya diroboh tanpa ada pembelaan oleh ADUN Sungai Rapat yang kelihatannya aktif berjanji dalam setiap siri ceramahnya. 

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat







No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)