Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Tuesday, November 26, 2013

Kenyataan Media - KERAJAAN PERLU PASTIKAN BAJET SAMPAI KE SASARAN DENGAN TELUS DAN SAKSAMA


KENYATAAN MEDIA ADUN SUNGAI RAPAT
26 NOV 2013

KERAJAAN PERLU PASTIKAN BAJET SAMPAI KE SASARAN DENGAN TELUS DAN SAKSAMA

Saya menyambut baik harapan kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh Dato’ Seri Zambry Abd Kadir yang ingin menjadikan peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM338.98 juta dalam Bajet 2014 Negeri Perak untuk memenuhi keperluan rakyat sekaligus menepati janji kerajaan selama ini.

Daripada peruntukan RM3 juta melalui Skim Tabaruk sehinggalah bajet RM 5 juta untuk perumahan rakyat, saya melihat banyak penambahbaikan peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan khusus untuk rakyat bawahan berbanding tahun-tahun yang lalu.

Namun begitu saya suka untuk mengingatkan kerajaan agar memastikan perjalanan aliran wang berkenaan benar-benar sampai ke akar umbi dan kepada yang berhak.

Dalam hal yang sama saya juga mengingatkan kerajaan agar berhemat dalam membelanjakan Bajet mengurus iaitu sekitar  RM673.63 juta kerana bajet ini sememangnya lebih berbanding bajet untuk pembangunan yang bakal dirasai oleh rakyat.

Pembaziran adalah suatu kemungkaran. Kerajaan perlu memantau sekiranya ada sisa baki projek mewah yang membazirkan kekayaan negeri perlu dihentikan dan dikaji semula. Kesemua acara rasmi kerajaan yang hanya melibatkan kemegaha inter eksekutif dan elit perlu dikawal sebaik mungkin. Lebih telus kerajaan perlu mewar-warkan sebarang bajet untuk aktivit mega dalam sidang DUN agar kesemua wakil rakyat mampu menjadi check and balance yang baik sesuai dengan kehendak sistem demokrasi negara kita ini.

Berbanding tahun lalu, peningkatan bajet untuk pengurusan adalah sekitar 7.5 peratus manakala bajet untuk pembangunan adalah sekitar 5 peratus. Peningkatan bajet pengurusan yang lebih tinggi inilah yang perlu diambil berat oleh semua kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang agar ia tidak disalahgunakan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YAB Dato’ Seri Menteri Besar untuk memperuntukkan  RM3,000 sebulan kepada 59 pusat khidmat ADUN bermula tahun hadapan termasuk kawasan yang diwakili ADUN pembangkang. Namun begitu alangkah adilnya jika peruntukan geran RM 250 ribu yang diperuntukkan kepada wakil rakyat pemerintah juga dianugerahkan kepada wakil rakyat pembangkang yang juga merupakan rakyat negeri Perak ini. Hal ini adalah kerana geran bernilai tinggi itu mampu memakmurkan kawasan-kawasan seluruh Perak jika ia disalurkan kepada yang berhak dan memerlukan. Budaya menjadikan Bajet dan peruntukan wakil rakyat yang dijadikan pesta meraikan kroni dan penyokong sahaja perlu ditamatkan.

Bersempena perbahasan bajet ini juga saya yang terpilih untuk menggangotai Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)  Pengangkutan Awam MMK bagi Menangani Jenayah juga menggesa kerajaan negeri untuk turut sama menyertakan atau melibatkan wakil rakyat pembangkang dalam Jawatankuasa Tindakan Majlis Daerah dan juga dalam hal ehwal pengurusan GLC. Sepertimana yang diketahui umum, GLC adalah nadi kerajaan negeri dan sumber untuk memastikan bajet defisit negeri kita ini kembali pulih melalui pemerkasaan dan memaksimakan potensi GLC di negeri Perak.

Y.B Radzi Zainon
ADUN Sungai Rapat

Friday, November 15, 2013

Lagi isu setinggan; Harga premium mahal, tanah kecil pula yang diberi


13 Nov 2013- Ipoh

Satu sesi lawatan antara YB Us Radzi dan YB Howard Lee, ADUN Pasir Pinji ke Kg Sri Keramat, Kg Sri Murni dan Kg Tok Cendang -Kampung Setinggan, Pasir Putih Ipoh diadakan pada 13 Nov bertujuan untuk meninjau penempatan semula bekas penghuni setinggan.

YB Radzi yang terkenal dengan perjuangan membela rakyat setinggan meninjau dengan lebih dekat perkembangan dan kemajuan penempatan semula bekas penghuni kampung-kampung setinggan, iaitu Kg Sri Murni, Kg Tok Cendang dan Kg Sri Keramat yang melebihi 300 orang. Ramai yang masih resah dan mengeluh panjang dengan nasib yang menimpa mereka kerana projek penempatan semula ini memakan masa yang terlalu lama untuk diselesaikan dan disempurnakan, kira-kira sejak zaman Pakatan Rakyat mengetuai kerajaan Perak pada 2008 lagi.  

Pada ketika itu, Dato Seri Nizar telah berkesempatan melawat kampung-kampung ini dan memberi komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Namun kerajaan PR tidak bertahan lama setelah berlaku rampasan kuasa.   Ada yang menghuni di sini telah melebihi 30 tahun, namun semasa zaman Pakatan Rakyat memerintahlah nasib mereka mula diambil peduli.

Kawasan tiga kampung berkembar berkeluasan 84 ekar ini sangat strategik di tengah-tengah kawasan pembangunan baru Station 18 dalam Bandaraya Ipoh.    Oleh itu, ia menjadi kawasan hartanah bernilai tinggi. Namun nasib bekas penghuni setinggan terus tidak menentu kerana untuk mendapatkan satu lot tanah mereka terpaksa menyediakan hampir RM10,000 untuk penyediaan tapak dan bayaran premium. Tambahan pula tapaknya jauh lebih kecil daripada yang dijanjikan iaitu hanya berkeluasan 45×70 kaki sahaja, sedangkan yang dipersetujui bersama-sama pada asalnya 50×80 kaki.    

Bagi golongan yang telah lanjut usia dan tidak berkemampuan, mereka mungkin "terpaksa" melupakan angan-angan dan cita-cita mereka untuk mendapat sekeping tanah bergeran di sini walaupun telah hidup dan turut membesarkan anak-anak mereka di kampung setinggan ini sejak sekian lama.


Tiada siapa yang mampu membela mereka. Mereka bagaikan telah terjatuh ditimpa tangga pula. Hanya kerajaan yang benar-benar berkebajikan dan prihatin akan nasib mereka mampu membela mereka. Adakah kerajaan BN mampu, kita tunggu dan lihatlah kesudahannya. Kami hanya mampu membawa kisah duka mereka.







Thursday, November 14, 2013

Parlimen: PR Bantah bazir RM 1.6 juta, BN koyak kertas Usul






14 Nov 2013 

Mungkin boleh dikatakan hari ini adalah hari mengoyak kertas di parlimen Malaysia. Dikhabarkan pagi tadi mengoyakkan kertas usul berhubung penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana dikatakan menghina Dewan dan Speaker.

Pada waktu petang semasa membahas usul yang dibawa oleh YB Hajjah Fuziah Salleh (AP Kuantan) wakil rakyat BN berang dan membuat ribut seperti yang terakam dalam video di atas kerana usul itu menemplak bajet kerajaan untuk 5 penasihat koruptor BN untuk menjadi penasihat kerajaan dalam bidang tertentu.

Mereka antaranya adalah Dato' Seri Noh Omar yang dilantik penasihat  PM untuk menangani  kerajaan Selangor sedangkan Selangor telah ada MB. Tindakan ni seolah tindakan strategi jentera UMNO menawan Selangor dan mengapa bajet negara di bawah Jabatan Perdana Menteri dikeluarkan untuk membayar elaun beliau?.

UMNO juga terlalu cintakan koruptor wanita bernama Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil yang dilantik sebagai penasihat hal ehwal wanita sedangkan Menteri Hal Ehwal Wanita telah ada. 

Tan Sri Rais Yatim pula diamanahkan sebagai penasihat Budaya? Ia melucukan kerana menteri seolah-olah telah menjadi dungu sehingga memerlukan mantan menteri dibayar elaun untuk mentusyenkan Menteri baru!

Bagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, bajet sebanyak RM 1.6 juta untuk membayar elaun 5 orang insan yang ada rekos korupsi ini adalah suatu pembaziran, berniat nepotisme, berunsur percaturan politik serta menyeleweng wang rakyat.

Antara Ahli Parlimen yang dihalang berucap walaupun pada awalnya dibenarkan adalah AP temerloh YB Nasrudin Tantawi. Akhirnya AP Pakatan keluar Dewan Beramai-ramai. BN pula galak menjerit dan mengoyak kertas usul. 

Sekian Hikayat Perjuangan Membawa usul Menyelamatkan Wang rakyat di Malaysia!

Muhammad Nuruddin Bashah

Monday, November 11, 2013

ADUN Sungai Rapat Tukar Pandangan dengan Majlis Agama


7 November 2013- Batu Gajah

Satu  kunjungan hormat pihak ADUN Sg Rapat dan rombongan Pusat Khidmat PAS ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Bt. Gajah dan Pejabat JKM Daerah Bt. Gajah telah diadakan pada hari ini.

Tujuan kunjungan ini adalah bertujuan untuk berbincang dari hati ke hati serta bertukar-tukar fikiran dengan Pegawai Majlis Agama Islam. Kunjungan YB Radzi dan rombongannya ini berlangsung hampir sejam, iaitu bermula seawal jam 9.15 pagi hingga jam 10.10 pagi sebelum turut mengunjungi  pula ke Pejabat Jabatan Kebajika Masyarakat  kira-kira 5 minit perjalanan dari pejabat ini.

Di JKM, beliau disambut pula oleh kakitangan JKM dengan diketuai En. Mohd Noor selaku pegawai utama di Pejabat JKM Bt. Gajah dan  berakhir pada jam 11.00 pagi.

Sebagai cenderahati YB Radzi menyampaikan hamper berisi buah-buahan kepada anggota kedua-dua jabatan yang diziarahi sebagai tanda hubungan baik dan kerjasama erat antara pihak ADUN dan agensi kerajaan.



Wednesday, November 06, 2013

Nota Mudah Faham- ISU GULA SUBSIDI ATAU KRONI?


Nota Mudah Faham- ISU GULA SUBSIDI ATAU KRONI?
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah

Kronologi Subsidi ditarik - Pelbagai Alasan


  1. Tahun 2011 


  • Subsidi gula ditarik 20 sen harga jadi 2.30/KG
  • Alasan terlalu banyaknya penyeludupan gula ke Negara Thailand, dengan menaikkan harga gula, dapat kurangkan penyeludupan gula ke negara jiran. (Berita Harian 14 Mei 2011)

       2.Tahun 2012 - Belanjawan 2013

  • pengurangan subsidi 20 sen sekilogram harga jadi 2.50/KG
  • Kerajaan masih  menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram ( RM278 juta)
  • Alasan pesakit diabetes 2.6 juta rakyat.

      3.Tahun 2013 - Belanjawan 2014

  • Menghapuskan subsidi gula RM551.25 juta, hapuskan subsidi 30 sen harga jadi 2.84 /KG
  • Alasan juga pesakit diabetes 2.6 juta. 
Harga Gula dunia turun, Malaysia pula naik.


  1. Laman web Futures pada September 2013 - peningkatan pengeluaran gula di Brazil, India dan Thailand, dalam masa yang sama permintaan gula rendah di pasaran dunia.
  2. Harga gula dunia sebenarnya rendah.

Gula dan Kroni UMNO

  1. Perbahasan Bajet 2014
  2. penghapusan subsidi itu hanya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM551.25 juta.
  3. Penghapusan subsidi 34 sen sekilogram beri keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula sehingga RM1 bilion 
  4. Keuntungan 20% hingga 25%. (Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) milik Felda Global Ventures dan Central Sugar milik Tradewinds yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary )
  5. kenaikan kelima sejak industri gula dikuasai Syed Mokhtar pada 2009 hingga 2013.


Harga naik kerana Kerajaan beli gula mahal


  1. Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - kerajaan sain perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga AS$25 (RM78.59) setiap 45.36 kg.
  2. Harga pasaran = AS$18.91 (RM59.44) setiap 45.36 kg
  3. Beza harga kontrak melebihi 10 % daripada harga pasaran. 
  4. Kerajaan  menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.
  5. Malaysia (BN) tidak menyediakan pakar untuk membaca pasaran selain kumpulan perunding sebelum membuat sesuatu perjanjian dengan pengeluar gula antarabangsa.


Gula bukan komoditi anjal



  1. Jika barang anjal, sedikit sahaja perubahan harga akan menyebabkan permintaan barang berkurangan mendadak atau bertambah mendadak.
  2. Ceteris Paribus (all other things being equal.)
  3. Semakin tinggi harga barang, semakin kurang kuantiti barang yang diminta.  
  4. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang semakin banyak kuantiti barang yang diminta 
  5. Dari segi teori permintaan (ekonomi), gula dikategorikan sebagai barang mesti dan bersifat tidak anjal sempurna. Maksudnya, perubahan harga gula tidak akan memberi kesan kepada perubahan kepada kuantiti gula yang diminta
  6. Naik harga gula tidak semestinya rakyat tidak membeli atau kurang mencari gula.
  7. Pesakit diabetes sentiasa meningkat dengan kadar sebanyak :

6.3 % pada 1986,
8.3 % pada 1996,
14.9 % pada 2006
20.8 %. Pada 2011

     10.Punca sebenar diebetes - berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

      11.Faktor-faktor yang mempengaruh permintaan Gula;-

  • Harga barang itu sendiri ( harga naik mungkin kurang beli)
  • Harga barang lain (barang pengganti dan penggenap jika ada pengganti gula)
  • Citarasa (citarasa asia memang perlukan gula, sukar kurang permintaa hanya disebabkan harga)
  • Pendapatan (faktor pendapatan kurang mempengaruhi penggunaan gula di Malaysia)


Gula adalah ‘barang mesti’ (Tak anjal sempurna)



  1. Barang yang diperlukan oleh pengguna dan permintaan terhadap barang ini tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat pendapatan. Kuantiti barang diminta tetap sama walaupun tingkat pendapatan pengguna berubah. Contoh barang mesti ialah gula, garam dan beras. 
  2. Contohnya garam. Apabila harga naik dari 50sen ke 60 sen atau sebaliknya. Kuantiti   permintaan garam tetap pada 1kg sebulan. 
  3. Grafnya menegak.
  4. Harga naik dari P 0 hingga P2, namun permintaan tetap Q0. 
  5. Rakyat tanggung kos walaupun naik kerana tiada alternatif seperti rokok (pilihan rokok daun/rokok seludup)



Nota Mudah Faham- NASIB EKONOMI NEGARA PASCA PRU 13


Nota Mudah Faham- NASIB EKONOMI NEGARA PASCA PRU 13
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah

Defisit dan Hutang 
  1. Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit 16 tahun berturut-turut.
  2. Hutang negara  bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK. (Maybank Berhad)
  3. Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 - gabungan pinjaman tidak boleh lebih 55 peratus dari (KDNK).


Pendapatan Negara

  1. Sejak lima tahun lalu, pendapatan negara telah meningkat kepada RM50 bilion namun ia dibazirkan
  2. Petronas terpaksa menyumbangkan lebih RM30 bilion setahun sejak 2008. 
  3. 1.8 juta rakyat Malaysia membayar cukai Pendapatan peribadi, (hanya 28% daripada jumlah keseluruhan 6.4 juta orang pembayar cukai berdaftar atau 14% daripada keseluruhan 13 Juta Tenaga kerja; 
  4. 107,043 Syarikat  membayar Cukai Pendapatan korporat Daripada 508,150 syarikat Membayar cukai yang berdaftar; 
  5. Pergantungan Berlebihan kepada Minyak dan Gas yang Menyumbang 35%-­‐40% daripada jumlah pendapatan;


Pembaziran
  1. RM20  bilion  hingga RM30 bilion boleh dijimatkan sekiranya  semua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan Ketua  Audit Negara dihentikan (Laporan Audit 2012).


Contoh pembaziran 2012:
  1. Pembaziran dianggarkan sebanyak RM1.6 billion. dari  2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 billion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang dan juga CCTV yang tidak berfungsi.
  2. Kementerian Kerja Raya mengalami kerugian kira-kira RM1.1 billion atau 50 peratus daripada nilai asal akibat kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor.
  3. Dari tahun 2010 hingga 2012, sebanyak 83 projek mansuh dianggarkan berjumlah RM2.2 billion.
  4. Manakala Kementerian Pengangkutan pula membelanjakan hampir RM1.42 billion dari jumlah peruntukan RM1.47 billion untuk menambah baik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
  5. Walaupun lebih 96 peratus peruntukan telah diguna, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996 ini masih belum siap.
  6. Bukan sekadar RM20 juta. Sebenarnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membayar RM270 juta kepada jururunding latihan bahasa Inggeris daripada Britain, jawapan Parlimen yang saya terima daripada Menteri Pendidikan, Kementerian telah melantik tiga perunding luar iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group, dalam program tiga tahun yang bertujuan untuk 'meningkatkan kapasiti' guru bahasa Inggeris.
  7. Pihak kementerian menjelaskan,  tiga firma perunding telah dianugerahkan kontrak mulai tahun 2011 hingga 2013 dengan kos keseluruhan berjumlah RM268.5 juta atau RM89.5 juta setahun. 


Ciri dan masalah utama Bajet 2014- 
  1. Perbelanjaan pengurusan negara naik daripada RM 216.2 billion (2013) kepada RM 217.6 billion (2014), (Kementerian membazir)
  2. Perbelanjaan pembangunan dikurangkan daripada RM 45.1 billion (2013) kepada RM 44.5 billion (2014). (pembangunan dikurang)



Keadaan ekonomi rakyat

  1. FOMCA melaporkan sejumlah 47% pekerja muda di negara ini dibebankan dengan jumlah hutang yang begitu serius. 
  2. Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30% daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang.
  3. Nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada KDNK berada pada tahap 83%, antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding 71.7% pada 2009 dan 39% pada permulaan krisis kewangan Asia 1997. 


Subsidi ditarik

  1. Sejak 2008 Subsidi RM74 billion untuk rakyat ditarik balik, subsidi RM84 billion untuk korporat dikekalkan.
  2. Bajet 2014 memotong RM7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat.
  3. Sebelum Bajet 2014 kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta  
  4. Tarik subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM505.4 juta 
  5. Akibat penghapusan subsidi gula-  industri gula akan dimonopoli oleh 2 syarikat utama iaitu Malaysian Sugar Manufacturing (dimiliki Felda Global Ventures) dan Central Sugar (dimiliki Tradewinds).
  6. Pendapatan kasar industri gula adalah sekitar RM 4 billion setahun. 
  7.  Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15%. 
  8. Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini dijangka melonjak ke 20% hingga  25%.

Tuesday, November 05, 2013

Nota Mudah Faham- GST BAHAM RAKYAT BAWAHAN


Nota Mudah Faham- GST BAHAM RAKYAT BAWAHAN
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah

Sebelum GST (Goods and Services Tax)


  1. Orang Cina ialah pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. 
  2. Kaum Cina  membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. 
  3. Hingga kini, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus (tahun 2004)  
  4. Kaum Melayu majoriti tidak terkena cukai pendapatan hanya cukai tidak langsung seperti SST (Sales Tax and Services Tax).
  5. Selepas GST, Melayu susah pun terpaksa bayar cukai.


Beza GST dan SST


  1. GST  atau CBP (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) akan dilaksanakan di negara ini. Kadar asal yang diumumkan sebelum ini ialah 4%. 
  2. Ia adalah lebih rendah dari Sales tax (6%) dan Services tax (10%) yang memang telah dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan terpilih (barang mewah/bukan keperluan) cth bil telekomunikasi, langganan ASTRO, Pizzahut, KFC, Tesco, Parking, tiket wayang dsbnya. 
  3. GST  akan dikenakan kepada semua barangan tanpa kecuali. Ini termasuklah pakaian, susu, tepung, beras, semua barang keperluan, tiket bas, LRT, ubat-ubatan dan seterusnya walaupun kerajaan nafi kenakan kepada beberapa barang makanan. Namun kesan pengeluaran yang naik harga akibat GST akan  menghasilkan barang makanan itu naik juga.
  4. SST ditanggung oleh mereka yang mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli barang-barang dan melanggan perkhidmatan yang diketegorikan sebagai 'mewah'. 
  5. GST pula akan ditanggung oleh semua rakyat kerana semua barangan dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan dikenakan GST. Namun kadarnya lebih rendah iaitu 4% berbanding 6% bagi cukai jualan dan 10% bagi cukai perkhidmatan. 
  6. Kadar yang lebih rendah ini mungkin menguntungkan orang yang mampu berbelanja namun bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan menanggung GST yang sebelumnya tidak ditanggung oleh mereka 


Alasan kerajaan ingin GST


  1. GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada.  
  2. Antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia ada adalah seperti 
    1. kesan cukai bertindih, 
    2. cukai berganda dan cukai bertingkat, 
    3. isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. 
  3. GST yang sudah dilaksanakan di lebih 140 negara dikatakan BN  hanya akan memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah, malah seluruh rakyat selain meningkatkan hasil cukai kerajaan serta mengelakkan ketirisan dalam menjana pendapatan negara. (Soalnya ketirisan RM 20 bilion adalah akibat rasuah, salah urus kementerian/agensi kerajaan - rujuk laporan Audit Negara 2012)



Sebenarnya kenapa kerajaan ingin GST?


  1. Sebenarnya GST   dilaksana kerana kerajaan gagal mendapat kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh dari pembayar yang cukup ‘haul’  menyebabkan pendapatan negara bocor.
  2. Logiknya pencarum aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13  juta. Sebalik menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar cukai. 
  3. Kerajaan ingin dapat pendapatan RM27 bilion setelah membazir RM 20 bilion 2012. (Laporan Audit Negara 2012)


Kesan GST (selepas dilaksana 1 April 2015)


  1. Tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan.
  2. Kalaupun barang itu tidak dkenakan GST, harga akan tetap melambung kerana penarikan subsidi atau akibat GST yang menaikkan kos pengilangan barang itu.
  3. Konsep win-win situation yang BN hebahkan- 70 peratus Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dijangka menikmati pengecualian GST, manakala syarikat besar pula akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi beberapa yuran profesional. 
  4. Hakikatnya peralatan, servis dan bahan mentah perusahaan kecil itu akan terkena GST juga dan perusahaan kecil tetap terpaksa berhadapan tekanan ekonomi.
  5. Hartanah kediaman tidak akan dikenakan GST tetapi bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan hartanah kediaman terkena GST.
  6. Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan tidak dikenakan GST.
  7. Dengan kenaikan bahan mentah/bahan maintenence  untuk memproduksi barangan di atas, adakah harga baragan itu tidak naik. Misalnya tarif elektrik industri, serta penyelenggaraan kilang. Tambah-tambah subsidi juga semakin ditarik balik menyebabkan harga barang tetap melambung.
Perhatikan rajah di bawah:-




  1. Sifir di atas memang menonjolkan harga yang dibayar pengguna kekal sama cuma yang membezakan ialah SST cukai hanya kerajaan dapat dari pengeluar sebaliknya GST kerajaan dapat ambil wang bagi setiap lapisan pemborong.
  2. Cuma adakah ada jaminan setiap lapisan tadi tidak menaikkan lagi harga untuk melindungi kerugian akibat membayar GST? Akibatnya pengguna akan terkena harga yang terakhir iaituakibat kenaikan dari pengeluar, kenaikan oleh pemborong dan kenaikan oleh peruncit.




GST boleh dilaksanakan tetapi...


  1. Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh.
  2. Najib kata Singapura buat GST.
  3. Singapura, cukai korporat dan cukai peribadi jauh lebih rendah antara 16 hingga 17 peratus.
  4. Malaysia walaupun diumum turun satu hingga dua peratus tetapi kadar dua cukai itu masih tinggi antara 23 hingga 24 peratus.
  5. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut. Masalahnya pendapatan minmum isi rumah kaum melayu paling meleset. (rujuk Ucapan Ketua Pembangkang dalam  Bajet 2014 Parlimen)
  6. Lebih 40% rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan; 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Melayu Sokong GST Melayu Tempah Malang

Melayu Sokong GST Melayu Tempah Malang

Hikayat malang kaum Melayu akan semakin memuncak apabila sebahagian besar kaum ini bersetuju dengan GST apabila mengundi BN dalam PRU ke-13 yang lalu. 63 peratus pengundi melayu yang memilih BN sebenarnya alpa dengan isu-isu seperti kalimah Allah (sedangkan KDN yang beri permit cetak bible bahasa melayu), isu ketuanan Melayu, Perdana Menteri Cina serta beberapa isu perkauman yang lain sehingga mereka lupa mereka semakin hampir dengan kondisi ‘makan pasir’.



Istilah Najibnomic bolehlah diertikan sebagai usaha menghisap kebahagiaan rakyat. Buktinya, kaum melayu yang selama ini terlalu kurang membayar cukai terutama cukai pendapatan kini terpaksa menghadapi gergasi cukai wajib yang bernama GST.

Menurut Dr.Mahathir Mohamad,masyarakat Cina ialah pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. Kaum Cina  membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga kini, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus (tahun 2004)  jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan kaum Cina a berada di RM 4437 ringgit. Akibatnya kaum Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan. Ini fakta.

Kaum melayu majoritinya tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana tidak cukup ‘haul’. Dengan pendapatan sederhana ditambah dengan banyak rebat dan tanggungan, kaum melayu hanya membayar cukai jalan, serta cukai SST yang terlalu sedikit.

Kaum Cina selama ini yang membayar banyak cukai pendapatan lantaran taraf ekonomi mereka. Dan itu adalah tanggungjawab mereka.

Kini apabila kerajaan berhasrat membuat GST yang sebenarnya telah dihebah sebelum pilihanraya lagi (majoriti kaum melayu tidak faham ekonomi), kaum melayu yang berada di taraf rendah ekonomi ini terpaksa pula membayar sebahagian besar cukai dalam barangan harian. Kalaupun barang itu tidak dkenakan GST, harga akan tetap melambung kerana penarikan subsidi atau akibat GST yang menaikkan kos pengilangan barang itu.


Kerajaan BN sedang  mengelirukan rakyat apabila mendakwa melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) harga barangan keperluan akan jauh lebih murah berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kata laman penerangan kerajaan pula,  GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada.  Katanya antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia ada adalah seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. 

Soalnya disini rakyat tidak mahu tahu cukai bertindih atau pengurusan cukai yang cekap. Yang mereka perlu tahu adaah kesan terhadap harga dan kemampuan mereka untuk membeli.



Sebenarnya antara perkara yang tidak dikenakan cukai di bawah SST tetapi akan dicukaikan melalui GST termasuk  susu, kopi, teh, air mineral, buah dalam tin, akhbar, alat tulis, beg sekolah dan lain-lain lagi keperluan rakyat bawahan.

Malah pengguna elektrik melebihi 200 KWH atau melebihi RM50 (yang menggunakan air cond misalnya) juga akan dikenakan cukai GST. 

SST (cukai lama) cuma terhad kepada restoran tertentu dan perkhidmatan profesional yang diberikan oleh akauntan, arkitek, perkhidmatan kenderaan bermotor dan pusat pembaikan, perkhidmatan telekomunikasi, keselamatan dan ejen hartanah. 

Mari kita perhatikan putar belit GST dalam hal hartanah. Kerajaan berkata  harta kediaman tidak akan dikenakan GST tetapi bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan hartanah kediaman terkena GST.

Perdana Menteri juga cuba mengusutkan minda rakyat apabila  mengumumkan bahawa bukan semua perkara dikenakan GST.

Katanya barang penting seperti Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan tidak dikenakan GST.

Dengan kenaikan bahan mentah untuk memproduksi barangan di atas, adakah harga baragan itu tidak naik. Misalnya tarif elektrik industri, serta penyelenggaraan kilang. Tambah-tambah subsidi juga semakin ditarik balik menyebabkan harga barang tetap melambung.

GST ini akan menggantikan cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (enam peratus) yang bermula masing-masing pada tahun 1972 dan 1975 lagi.

Sebenarnya GST  juga dilaksana kerana kerajaan BN gagal mendapat kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh dari pembayar yang cukup ‘haul’  menyebabkan pendapatan negara bocor.

Logiknya pencarum aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13  juta. Sebalik menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar cukai. 

Sama ada tidak membayar cukai atau melakukan pelbagai cara untuk mengelak cukai. Akibatnya kerajaan mencari poket rakyat bawahan untuk dirobek.

Perdana Menteri kita yang anti DAP dan PAP ini juga menegaskan bahawa Singapura mampu melaksanakan GST dan Malaysia wajar mengikuti langkah itu. 

Tetapi menurut mantan Timbalan Gabenor Negara Dr Rosli Yakob, di Singapura, cukai korporat dan cukai peribadi jauh lebih rendah antara 16 hingga 17 peratus sahaja. Ya memang Kerajaan BN  umumkan penurunan satu hingga dua peratus tetapi kadar dua cukai itu masih tinggi antara 23 hingga 24 peratus. Sekali lagi Perdana Menteri kita berbuat jenaka kepada rakyat bawahan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut. Masalahnya pendapatan minmum isi rumah kaum melayu paling meleset. 

Malah FOMCA sendiri mengatakan 60 peratus pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membayar hutang. Jadi bolehkah kerajaan menaikkan pendapatan isi rumah dahulu sebelum melaksana GST untuk mencapai win-win situation? Jawapannya situasi win-win situation adalah kempen haprak kerajaan BN yang semestinya tidak akan dilaksanakan.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Penerangan PAS Perak
AJK DPPK Gopeng

Galeri Foto: Muslimat Gopeng dan Baling PRK DUN Sungai Limau

Pada minggu pertama kempen, selepas saya kembali dari perkampungan Negeri Perak untuk PRK DUN Sungai Limau, Wardah (Isteri) pun nak bersama Muslimat Gopeng yang masih ada di sana...

Ini adalah sebahagian gambar kegiatan mereka...


Dok riki tengok mana rumah tak pi lagi....






YB Nasir Zakaria AP Padang Terap (Ketua Pemuda PAS Kedah) bersama rakyat..


Wardah bersama Muslimat Gopeng dan Baling....






Muslimat Baling.....














Wardah dukung salah seorang anak pengundi Tionghua.....





Monday, November 04, 2013

Politik Akhlak Atau Berakhlak dalam Politik- Pesuruhjaya PAS Perak


Politik Akhlak Atau Berakhlak dalam Politik

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
4 November 2013

“Kita berpolitik tidak seperti UMNO, kita tekankan politik yang diterasi elemen akhlak”, demikian saranan Pesuruhjaya PAS negeri Perak YB Ustaz Abu Bakar krpada perwakilan dalam Muktamar Dewan pemuda PAS perak kali ke-30 kelmarin.

Nasihat ADUN Titi Serong ini juga kepada para perwakilan pemuda agar membezakan politik akhlak dengan berakhlak dalam politik.

“ UMNO mempolitikkan akhlak, sebab itu mereka tergamak memakai kopiah dan tudungg labuh yang amat tidak disukai semata-mata mengaburi pengundi DUN Sungai Limau sekarang ini. Kita (PAS) berakhlak dalam politik iaitu akhlak menjadi teras atau tunjang kepada polisi siasah kita”, tambah beliau.

Dengan memperingati konsep akhlak sahajalah menurut Ustaz Abu Bakar, para pemuda dapat mengesampingkan propaganda musuh (UMNO) yang cuba memecah belahkan perpaduan sesama pemuda seluruh negara.


Beliau juga berpesan kepada perwakilan agar memahami syarat kesempurnaan kemenangan. Menurut beliau Sheikh Mustafa As Sibaie pernah berpesan agar para pejuang terutama golongan muda mengenali musuh terlebih dahulu. Kemudian strategi dicari berdasarkan pengenalpastian musuh tersebut. Strategi pula tidak akan berjaya jika tiada pengorbanan (tadhiyah) yang mengeluarkan keringat dan segenap harta dan masa pemuda.

“Mengenali musuh memerlukan kefahaman atau al fahmu. Istilah ini menjadi istilah Ifham (memberi kefahaman) dan tafahum (saling memahami). Dengan mengambil berat 20 usul peninggaan Al Banna, pasti saudara sekalian dapat mengenalpasti siapa kawan siapa lawan da pastilah strategi pemuda akan lebih tepat dan mengurangkan kerugian dakwah”, tambah beliau sebagai penutup ucapan sebagai wakil badan Perhubungan Negeri kelmarin.



Pekerja Swasta Domain Terbanyak- Pakatan Perlu Beri Perhatian



Pekerja Swasta Domain Terbanyak- Pakatan Perlu Beri Perhatian

Penulis sebagai salah seorang perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak cukup teruja dengan hujah perwakilan daripada Pasir Salak. Beliau berhujah berkenaan salah fokus Pakatan Rakyat dan PAS terutamanya dalam memenangi domain rakyat terbanyak.

Beliau berhujah berkenaan penumpuan manifesto kerajaan mahupun Pakatan Rakyat hanya memberi fokus manfaat kepada golongan penjawat awam dengan mengabai pelbagai aspek penting sektor swasta.

Pekerja sektor swasta adalah majoriti di kalangan pengundi Malaysia dan fakta yang beliau berikan adalah benar.

Menurut statistik September 2012 tenaga kerja Malaysia mencecah 12.96 juta.  Lebih daripada 50% atau 6 juta terdiri daripada pekerja-pekerja dalam sektor swasta.

Manakala jumlah penjawat awam hanya seramai 1.42 juta sahaja. Komposisi sebegini menyebabkan penulis menyokong perwakilan tersebut yang kurang bersetuju dengan janji Pakatan rakyat untuk memberi imbuhan RM 500 kepada penjawat awam dengan tiada imbuhan atau kemudahan tambahan untuk pekerja swasta.

Ketika kerajaan pusat BN meniru tindakan bijak Tuan Guru Nik Abd Aziz di Kelantan yang mengadakan cuti bersalin sebanyak 30 hari, pihak majikan swasta masih ramai yang memperuntuk cuti bersalin hanya sebanyak 2 bulan. 

Pada tahun 2010, Kementerian Sumber Manusia menyatakan bahawa tiada hasrat meminda undang-undang bagi menambah cuti bersalin pekerja swasta daripada 60 hari kepada 90 hari seperti dituntut Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).



Untuk menarik perhatian pekerja swasta mengapa tidak Pakatan Rakyat menjanjikan lebih cuti bersalin kepada pekerja swasta wanita?

Malah Satu kajian Dr Mohd Aizat Othman dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  yang dibentangkan di Persidangan Ekonomi Kebangsaan Malaysia (PERKEM) pada tahun 2012  mendapati pekerja wanita di sektor swasta dibayar gaji lebih rendah berbanding pekerja lelaki untuk bebanan kerja dan tanggungjawab yang sama. Inilah domain kebajikan yang perlu diberi perhatian.

Cuti adalah suatu kebajikan untuk memastikan pekerja kekal hidup dalam suasana seimbang, manusiawi serta harmoni. Cuti adalah masa untuk pekerja melepas tekanan, bergaul mesra dengan kaum keluarga serta mengambil tahu hal masyarakat dan kejiranan.

Mengikut Akta Pekerjaan 1955,  cuti tahunan minima bagi pekerja yang bekerja 1 tahun dan lebih dan kurang dari 2 tahun adalah 8 hari. 2 tahun lebih dan kurang dari 5 tahun cutinya adalah 12 hari dan lebih 5 tahun cutinya adalah 16 hari. Manakala cuti bagi kakitangan kerajaan pula adalah 25 hari (minimum).

Selaim jumlah domian pekerja swasta lebih besar, produktiviti dan sumbangan sektor swasta terhadap ekonomi negara amat perlu diambil perhatian. Perlaburan Swasa misalnya yang disumbang oleh swasta sebanyak 60 peratus tahun 2012 dan halini dimaklumkan dalam Dewan Rakyat. Jadi di mana peranan Pakatan Rakyat membela kaum majoriti ini?

Penulis tertarik dengan janji PSM dalam manifesto mereka antara nya menyebut janji pengiktirafan secara automatik kesatuan sekerja dan memudahkan lagi prosedur menubuhkan kesatuan sekerja (union) demi membela pekerja swasta. Malah PSM juga selama ini berjuang agar ditubuhkan satu Tabung Khas Bantuan Pekerja yang  diberhentikan kerja atas alasan kerajaan mampu menyuntik dana menyelamatkan syarikat gergsi mengapa rakyat bawahan tidak.

Manifesto BN pula lebih menumpukan anak emas mereka iaitu pekerja awam. Dalam Perkara ke 17 antara janji BN adalah memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam dan tiada apa yang dijanjikan untuk swasta.

Usaha Pakatan Rakyat untuk menjadikan ekonomi berasaskan knowledge driven economy amat dialukan. Lantaran itu manifesto Pakatan mensasarkan 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dilatih melalui Skim Perintis Rakyat yang menggabungkan peluang pekerjaan tetap dengan persijilan kemahiran berkala hingga ke peringkat Diploma Kemahiran.

Namun hakikatnya rakyat terutamanya pekerja swasta yang bekerja kilang, kerani mahupun pekerja di bawa paras eksekutif kebanyakannya tidak faham perjuangan ekonomi mapan atau tidak. Mereka tidak ambil pusing istilah bombastik ekonomi itu dan ini. Apa yang mereka lihat perkara rutin harian mereka. Bagaimana kesusahan, kepayahan dan kekurangan dalam hal pekerjaan mereka dibantu oleh kerajaan. Ya, pastilah kerajaan Pakatan Rakyat yang diharapkan membela domain swasta ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Penerangan PAS Perak
AJK Dewan pemuda PAS Kaw Gopeng 2013

Muslimat PAS Berzikir... Puteri dan Wanita UMNO melalak

Di Hari Pengundian Sungai Limau......

Lihat senario di pusat pengundia Sekolah Cina Aik Min. Musimat kekal berzikir dan bersabar walaupun tiada pokok untuk berteduh sebagaimana wanita UMNO.

Ini pula lalakan penyokong BN....

Pemuda PAS Perlu Seimbangkan Tiga Elemen Jamaah - Ustaz Nasrudin


Pemuda PAS Perlu Seimbangkan Tiga Elemen Jamaah - Ustaz Nasrudin

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
3 November 2013- Ipoh

Pemuda adalah aset tetap sebuah jamaah dan pemuda  perlu memiliki hati kental untuk terus kekal dalam perjuangan Islam bersama PAS.

“ Para pemuda tidak boleh selalu merajuk..sikit sikit letak jawatan, tidak puas hati letak jawatan, pemuda perlu tabah, berjiwa kuat kerana itulah ciri penting pemuda”, nasihat Ketua Pemuda PAS Malaysia YB Nasrudin Hassan Tantawi sebentar tadi di Tower Regency Hotel.

YB yang juga dikenali sebagai Ustaz Tantawi itu juga memberi peringatan agar para pemuda sabar dan kekal istiqamah walau apa badai melanda. Beliau dalam Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri erak kali ke-30 hari ini juga menegaskan betapa ramai sahabat handai yang sebaiah di kampus hanyut di lautan, bermaian di tepian aiar malah ada yang lemas dan karam. 

Mereka yang gagal bersama bahtera PAS atau jamaah yang diiktiqad untuk diintima’ sehingga akhir hayat dianggap gagal untuk sabar dan istiamah dalam meniti perjuangan. 

Beliau memetik ayat at Taubah 39 

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 

YB Nasrudin juga mengingatkan agar 3 elemen sawabit (tetap) jamaah dilaksana dan diltizam dengan syumul dan seimbang.

“ Ada yang hanya tumpu politik, akibatnya mukanya hanya muncul 5 tahun sekali sahaja malah kegiatannya tidak sejajar dengan kehendak Islam. Bagi yang hanya menumpu dakwah, amalnya hanya termaktub dalam kertas kerja sahaja, seminar itu wacana ini, kerja ala NGO dan hanya berteori tanpa kenal kerosakan sebenar rakyat. Bagi yang hanya taksub dengan tarbiah, mereka tidak mengamalkan latihan tarbiah yang diperolehi, biarkan ketirisan, rasuah dan kezaliman UMNO malah hanya menumpu peningkatan individu sahaja. Inilah akibat tidak seimbang” hurai beliau semasa menutup ucapan.

Beliau juga menginagtkan agar para pemuda menghentikan polemik profesional dan ulama’.

“ Sudah sudahlah...mari kita lihat kerosakan yang dicetus musuh utama kita di luar sana...cukuplah segala pertelingkahan atas asas salah faham, mari kita bangun cipta kebangkitan”, kata Ustaz Tantawi  lagi yang juga menyatakan hasrat untuk bersara sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia.

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)