Pemuda PAS Perlu Seimbangkan Tiga Elemen Jamaah - Ustaz Nasrudin
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
3 November 2013- Ipoh
Pemuda adalah aset tetap sebuah jamaah dan pemuda perlu memiliki hati kental untuk terus kekal dalam perjuangan Islam bersama PAS.
“ Para pemuda tidak boleh selalu merajuk..sikit sikit letak jawatan, tidak puas hati letak jawatan, pemuda perlu tabah, berjiwa kuat kerana itulah ciri penting pemuda”, nasihat Ketua Pemuda PAS Malaysia YB Nasrudin Hassan Tantawi sebentar tadi di Tower Regency Hotel.
YB yang juga dikenali sebagai Ustaz Tantawi itu juga memberi peringatan agar para pemuda sabar dan kekal istiqamah walau apa badai melanda. Beliau dalam Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri erak kali ke-30 hari ini juga menegaskan betapa ramai sahabat handai yang sebaiah di kampus hanyut di lautan, bermaian di tepian aiar malah ada yang lemas dan karam.
Mereka yang gagal bersama bahtera PAS atau jamaah yang diiktiqad untuk diintima’ sehingga akhir hayat dianggap gagal untuk sabar dan istiamah dalam meniti perjuangan.
Beliau memetik ayat at Taubah 39
“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
YB Nasrudin juga mengingatkan agar 3 elemen sawabit (tetap) jamaah dilaksana dan diltizam dengan syumul dan seimbang.
“ Ada yang hanya tumpu politik, akibatnya mukanya hanya muncul 5 tahun sekali sahaja malah kegiatannya tidak sejajar dengan kehendak Islam. Bagi yang hanya menumpu dakwah, amalnya hanya termaktub dalam kertas kerja sahaja, seminar itu wacana ini, kerja ala NGO dan hanya berteori tanpa kenal kerosakan sebenar rakyat. Bagi yang hanya taksub dengan tarbiah, mereka tidak mengamalkan latihan tarbiah yang diperolehi, biarkan ketirisan, rasuah dan kezaliman UMNO malah hanya menumpu peningkatan individu sahaja. Inilah akibat tidak seimbang” hurai beliau semasa menutup ucapan.
Beliau juga menginagtkan agar para pemuda menghentikan polemik profesional dan ulama’.
“ Sudah sudahlah...mari kita lihat kerosakan yang dicetus musuh utama kita di luar sana...cukuplah segala pertelingkahan atas asas salah faham, mari kita bangun cipta kebangkitan”, kata Ustaz Tantawi lagi yang juga menyatakan hasrat untuk bersara sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia.