Sunday, February 28, 2016

GURU PASTI SUNGAI PETANI TEKAD PERTINGKAT PRESTASI CAPAI TAHP PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERBAIK

GURU PASTI SUNGAI PETANI TEKAD PERTINGKAT PRESTASI CAPAI TAHP PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERBAIK


SUNGAI PETANI - 27 Feb 2016

Guru PASTI perlu menjadi simbol dakwah dan akhlak Islam, demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau semasa berucap di Muktamar Tahunan majlis Guru PASTI Sungai Petani. PASTI Sungai Petani kini mencecah 30 buah PASTI dan memiliki 1000 pelajar merangkumi usia 4, 5 dan 6 tahun.

Muktamar tahunan yang berperanan memilih jawatankuasa baru MGP (Majlis Guru PASTI) tahun ini diadakan di D’Vista Hotel Sungai Petani dengan dirasmikan oleh Ustaz Zulkifli Jusoh Pengarah PASTI Negeri Kedah.

Ustaz Zulkifli mengingatkan betapa perlunya PASTI terus memacu kemajuan terutama dari aspek pengurusan, ketelitian dalam penyampaian intipati pelajaran, berusaha menanam akhklak mulia kepada kanak-kanak sebelum mereka berpindah ke sekolah rendah biasa.

“Produk PASTI yang lebih ribuan setiap tahun telah memberi kesan kepada sekolah sekitarnyakerana anak-anak PASTI memiliki kemahiran terutama dalam ilmu agama, bacaan Al Quran, asas 3 bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) serta mampu memimpin solat berjemaah semasa darjah satu dan inilah compettive advantage yang ada pada PASTI serta telah mempengaruhi banyak pusat endidikan pra sekolah lain di Malaysia”, jelas Ustaz Zulkifli.

Dalam pemilihan semalam, Ustaz Habibon Bin Othman telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Guru-Guru PASTI Sungai Petani.

JABATAN AMAL PAS KONSISTEN BANTU RAKYAT BAIKI RUMAH GOLONGAN FAKIR

JABATAN AMAL PAS KONSISTEN BANTU RAKYAT BAIKI RUMAH GOLONGAN FAKIR

Sg.Petani- 21 Feb 2016

Pemuda PAS kawasan Sg.Petani melalui Jabatan Amal nya terus giat melaksanakan aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat. Bertempat di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, kali ini mereka terlibat dalam projek membaiki rumah seorang penduduk yang dalam keadaan daif.
Projek yang dijalankan secara gotong royong ini melibatkan anggota-anggota Jabatan Amal Sg.Petani dan disertai oleh lebih 30 orang penduduk setempat.

Seawal pagi, mereka telah berkumpul dan membahagi-bahagikan tugas-tugas, antaranya membancuh simen, menampal dinding, mengikat bata, membaiki dan menukar atap baru dan tidak ketinggalan kaum muslimat yang turut hadir membantu kerja-kerja memasak untuk semua petugas. Secaranya  keseluruhannya, projek pembaikan ini mengambil masa 2 hari yang bermula pada pagi Jumaat dan siap sepenuhnya pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Sg.Petani  iaitu En. Muhammad Izzwan bin Ismail, projek ini adalah kesinambungan dari program pembaikan rumah ibu tunggal dan rumah daif yang telah dijalankan. Projek pembaikan rumah dipilih memandangkan amat jarang NGO-NGO dan pihak berwajib yang melaksanakan program seumpama ini berbanding program bantuan barangan yang lebih ramai pihak melaksanakannya. Rumah sebagai tempat kediaman seharusnya memenuhi ciri-ciri sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan selain tempat pembesaran anak-anak.

Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, rumah yang sebelumnya dalam keadaan daif berjaya diperbaiki dengan jayanya melibatkan penukaran atap baru, pembesaran ruangan rumah dan lantai dan penurapan dinding yang sebelumnya dalam keadaan berlubang.

Penduduk  Permatang Berangan kian merasai kesan kebajikan yang dianjur oleh Jabatan Amal ini kerana beberapa rumah golongan miskin akan dibaiki kelak sekitar kawasan ini.





Friday, February 19, 2016

SEKITAR PENYINGKIRAN MUKHRIZ

KAJIAN SEKITAR PENYINGKIRAN MUKHRIZ
Jabatan Strategik DPPN Kedah 2016
Muhammad Nuriddin Bashah

JANUARI
10 hari plot awal menumbangkan Mukhriz
  1. 20 Januari- Sekumpulan pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaanterhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

  1. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri.

  1. 20 Januari- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerahkan sepenuhnya kepada rakyatsupaya menilai prestasinya sejak Barisan Nasional berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13. “Serah kepada rakyat menilai keberkesanan pentadbiran saya,” katanya.

  1. 20 Januari- Hampir 1,000 orang berkumpul di pekarangan Bangunan UMNO Negeri Kedah pada malam 20 Januari sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

  1. Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam, menunggu ketibaan Mukhriz di bangunan itu dikatakan untuk menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun.

  1. 21 Januari- Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata pakar-pakar perlembagaan.

  1. 21 Januari- Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyatakan sokongan kepada bapanya melalui satu status yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya pada Rabu.

  1. 21 Januari- Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan sokongan kepada Mukhriz. Menurut beliau, Mukhriz adalah seorang pemimpin UMNO yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat.

  1. 21 Januari- Penyokong bola sepak Kedah tidak mahu kehilangan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

  1. 21 Januari- Mukhriz menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada UMNO dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.

  1. 21 Januari- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.

  1. 21 Januari- Mukhriz memberi amaran untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menganiayai dirinya dan rakyat Kedah.

  1. 22 Januari- Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang terlibat dalam mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) enggan berkongsi butiran mengenai apa yang dibincangkan.

  1. 23 Januari- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kemelut politik Kedah.

  1. 23 Januari- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru agar krisis dalaman UMNO Kedah diselesaikan secara rasional dan penuh semangat kekeluargaan.

  1. 24 Januari- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya ‘gila jawatan menteri besar’.

  1. 25 Januari- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang cuba menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah merupakan kumpulan sama yang menyebabkan UMNO kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

  1. 25 Januari- Tidak timbul isu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

  1. Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.

  1. 27 Januari- Mukhriz berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

  1. 29 Januari- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.

  1. 29 Januari- Mukhriz diminta keluar dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Arahan itu diberi oleh setiausaha agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

  1. 29 Januari- Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak beberapa cadangan nama sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz.

  1. 30 Januari- Ketidakhadiran enam anggota Exco kerajaan negeri Kedah ke mesyuarat Exco pada 27 Januari lalu mencetuskan kemurkaan Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, kata Mukhriz.

  1. 31 Januari- Mukhriz mengesahkan beliau tidak akan menghadiri pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

FEBRUARI
3 Hari sahaja mengabsahkan Bashah sebagai MB baru. (jumlah hari 13 hari sahaja)
  1. 1 Februari- Susulan krisis politik yang melanda negeri Kedah, 20 daripada 21 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.

  1. 1 Februari- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri enggan mengulas kenyataan Mukhriz mendesak supaya pemimpin UMNO terlibat memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

  1. 2 Februari- Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah berkumpul di sebuah hotel di Alor Setar bagi membincangkan krisis UMNO negeri.

  1. 2 Februari- Seramai 13 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri Kedah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung isu kedudukan menteri besar.

  1. 2 Februari- Kemelut politik Kedah yang berlarutan hampir dua minggu bakal menemui noktah apabila menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sah akan digantikan.

  1. Menurut sumber terdekat dengan menteri besar, Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu berhubung keputusan itu.

  1. 3 Februari- Mukhriz umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

  1. 3 Februari- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.



Reaksi PAS

  1. 22 Januari PAS Kedah menyatakan sokongan secara tidak langsung ke atas desakan UMNO Kedah supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan bagi digantikan dengan individu yang lebih layak dalam mentadbi1r.
    1. PJ Kedah anggap Mukhriz gagal dalam memimpin kerajaan Kedah.
    2. PAS telah lama membongkar salah pimpin dan tatakelola negeri oleh Mukhriz yang mengenepikan rakyat bawahan.
  2. 21 Januari-Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim menganggap Tindakan Umno Kedah secara tiba-tiba mendesak menteri besar berundur cuba alih perhatian daripada tindakan terkini peguam negara memulangkan kertas siasatan SRC International kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)2.
  3. 1 Feb 2016, PAS mengambil sikap berkecuali3.
    1. Kata Presiden PAS, PAS akan berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi berakhlak dan beradab dalam isu tersebut.
    2. Berharap agar kemelut itu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.

  1. ADUN pembangkang Kedah mengambil sikap bersama; membantah sekeras-kerasnya tindakan sebahagian pemimpin BN negeri ini yang cuba menurunkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dari kedudukannya selaku Menteri Besar melalui cara yang tidak etika4.
    1. Tidak beradab tersebut dibuat sewaktu negeri ini sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.


Faktor kejatuhan Mukhriz (sisi kritikan)
Sumber : blog UMNO, penyokong UMNO dan penganalisa politik.
  1. PM berasa tergugat dengan kritikan dan kutukan menghina dari MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. (Isu 1MDB)
  2. pernah mencadangkan supaya kadar cukai barangan dan perkhdimatan (GST) dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus yang disifatkan membebankan rakyat.
  3. Mukhriz gagal jalin hubungan erat dengan Ketua Bahagian (tidak guna hanya baik dengan rakyat)
  4. Mukhriz adalah dirinya tersalah pilih penasihat dan para pegawai. Kerana mereka dipercayai ‘bekerja untuk menjaga kedudukannya’.
  5. Gagal untuk membentuk satu pentadbiran Kedah yang kukuh.5
  6. Pegawai terlalu ramai
  7. Exco yang dilantik itu tidak amanah.
  8. Contohnya Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Azimi Daim. Pemimpin ini kerap bercakap mengenai perkara tidak sepatutnya. Sehingga ada ketika dia kerap terlepas cakap hingga menampakkan diri mereka sebenarnya bermasalah, dan hanya tahu mengambil kesempatan.
  9. Gagal untuk memenuhi manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.

Bermula sejak tahun lalu lagi6
  1. Kegagalan Mukhriz menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan serangan berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga bapa Mukhriz, terhadap Najib.
  2. Pada 12 April 2015 , anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin secara terbuka mendesak Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar kerana gagal menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Najib sebagai perdana menteri, terutama berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  3. Sehari selepas itu, Mukhriz dilaporkan berkata tindakan Ahmad Lebai itu terlalu ghairah dan sepatutnya menunggu sehingga kenyataan rasmi oleh Umno Kedah pada 24 April mengenai sokongan Umno negeri itu terhadap Najib.
  4. Enam hari kemudian iaitu pada 18 April 2015, Badan Perhubungan Umno negeri mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan Mukhriz membincangkan sokongan terhadap Najib, tindakan Dr Mahathir mengkritik Najib, serta tindakan Ahmad mendesak Mukhriz meletak jawatan.
  5. Mukhriz pula dilihat turut mempertahankan kritikan Dr Mahathir terhadap parti dan Najib.
  6. Sementara itu, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 28 Julai 2015, Mukhriz adalah antara pemimpin Umno yang turut menziarahi Timbalan Presiden Umno itu di kediamannya di Kuala Lumpur.
  7. Sehari selepas itu, Mukhriz berkata lawatannya ke atas Muhyiddin itu sebagai kunjungan biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas jasanya terhadap Kedah, dan berkata Najib mempunyai hak untuk melakukan rombakan kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukan.
  8. Mukhriz yang didakwa tidak mesra dengan kerajaan Persekutuan, pada 19 Ogos 2015 menafikan dakwaan itu semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah.
  9. 11 Disember 2015 semasa Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Mukhriz mengadakan majlis makan malam meraikan perwakilan Umno negeri di Saloma Bistro.Majlis itu turut dihadiri Muhyiddin serta Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan antara menteri yang digugurkan dalam rombakan kabinet pada Julai 2015.

Akibat penyingkiran Mukhriz (sisi sokongan)
  1. Ada pimpinan UMNO ramalkan Kedah mungkin mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum 20187. Antaranya Tun Mahathir.
  2. Muhkriz telah menjejalah ke seluruh negeri itu dan telah berjaya menembusi kubu kuat PAS.
  3. Kata mereka (penyokong Mukhriz) PAS pun menyokong Mukhriz sebagai menteri besar dan begitu juga dengan akar Umno dan bukan Umno. Beliau menarik golongan remaja, warga emas, belia menyokong beliau, dan mereka datangnya dari semua kumpulan etnik.
  4. Beliau mudah didekati dan tidak kontroversi.
  5. Akar umbi menolak sebarang penukaran MB.
  6. Cadangan pembinaan lapangan terbang Kulim, yang masih dalam kajian, dan menafikan bahawa projek ini telah ditangguhkan kerana hubungan yang tidak rapat antara Muhkriz dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (Kelewatan dalam pelan lapangan terbang Kulim juga disebabkan oleh halangan terhadap projek itu dari kerajaan Pulau Pinang dan Umno negeri, yang lebih suka Lapangan Terbang di Alor Setar diperbesarkan)
  7. Satu lagi contoh, yang disebutnya, ialah Zon Hi-Tech Kulim, yang diilhamkan oleh Mahathir dan telah menarik pelaburan kira-kira RM1 bilion di bawah pentadbiran Muhkriz.
  8. Menolak dakwaan Ahmad Bashah yang Muhkriz tidak berada di Kedah pada hujung minggu dan sentiasa pergi ke Kuala Lumpur.
  9. Mukhriz telah bekerja untuk menyelesaikan semua tunggakan berhubungan dengan permohonan tanah.
  10. Mukhriz menghabiskan masa berurusan dengan ramai pelabur yang datang ke Kedah untuk mencari peluang pelaburan dan beliau juga telah pergi ke luar negara untuk mendapatkan untuk menarik pelaburan.

Pendedahan sayap UMNO

  1. Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid ketika mendedahkan kepimpinan Umno Kedah dan bahagian telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan8.
    1. Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, mereka diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan mereka tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan.

Pandangan rakyat

  1. Tinjauan Sinar Harian Online di laman sosial mendapati majoriti pelayar terkejut dengan khabar mengenai Umno Kedah yang hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir9.
  2. Servey kerajaan negeri (lihat di bawah)10

JIKA INGINKAN SOFT COPY SILA EMAIL : jihadin82@gmail.com

4 Kenyataan media bersama 2 Feb 2016.

10 Laporan Kajian Jabatan Penerangan Kedah mengenai Respon Rakyat Isu MB Kedah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)