Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, February 28, 2016

JABATAN AMAL PAS KONSISTEN BANTU RAKYAT BAIKI RUMAH GOLONGAN FAKIR

JABATAN AMAL PAS KONSISTEN BANTU RAKYAT BAIKI RUMAH GOLONGAN FAKIR

Sg.Petani- 21 Feb 2016

Pemuda PAS kawasan Sg.Petani melalui Jabatan Amal nya terus giat melaksanakan aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat. Bertempat di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, kali ini mereka terlibat dalam projek membaiki rumah seorang penduduk yang dalam keadaan daif.
Projek yang dijalankan secara gotong royong ini melibatkan anggota-anggota Jabatan Amal Sg.Petani dan disertai oleh lebih 30 orang penduduk setempat.

Seawal pagi, mereka telah berkumpul dan membahagi-bahagikan tugas-tugas, antaranya membancuh simen, menampal dinding, mengikat bata, membaiki dan menukar atap baru dan tidak ketinggalan kaum muslimat yang turut hadir membantu kerja-kerja memasak untuk semua petugas. Secaranya  keseluruhannya, projek pembaikan ini mengambil masa 2 hari yang bermula pada pagi Jumaat dan siap sepenuhnya pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Sg.Petani  iaitu En. Muhammad Izzwan bin Ismail, projek ini adalah kesinambungan dari program pembaikan rumah ibu tunggal dan rumah daif yang telah dijalankan. Projek pembaikan rumah dipilih memandangkan amat jarang NGO-NGO dan pihak berwajib yang melaksanakan program seumpama ini berbanding program bantuan barangan yang lebih ramai pihak melaksanakannya. Rumah sebagai tempat kediaman seharusnya memenuhi ciri-ciri sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan selain tempat pembesaran anak-anak.

Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, rumah yang sebelumnya dalam keadaan daif berjaya diperbaiki dengan jayanya melibatkan penukaran atap baru, pembesaran ruangan rumah dan lantai dan penurapan dinding yang sebelumnya dalam keadaan berlubang.

Penduduk  Permatang Berangan kian merasai kesan kebajikan yang dianjur oleh Jabatan Amal ini kerana beberapa rumah golongan miskin akan dibaiki kelak sekitar kawasan ini.





PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)