Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, March 29, 2012

Kes jalan Menglembu Ipoh....

saya pun hampir setiap hari lalu jalan pintas sebab jalan ditutup setahun....dah hampir Jun 2012, haram apa pun tak buat lagi...

Jalan tutup setahun, jambatan terbengkalai 5 bulan

V Sivakumar,

Jambatan Sungai Guntong di Jalan Lahat telah ditutup untuk kerja-kerja naik taraf pada bulan Jun 2011. Kerja-kerja naik taraf jambatan ini perlu kerana kawasan ini sentiasa menghadapi masalah banjir kilat apabila berlaku hujan lebat.

Penduduk kawasan ini termasuk pengilang-pengilang sentiasa terdedah kepada bahaya banjir. Banyak kerugian yang dialami oleh penduduk kawasan ini akibat banjir yang sering dialami.

Oleh itu, selepas perkara ini dibangkitkan beberapa kali akhirnya kerajaan telah bersetuju untuk memperbesarkan sungai dan menaik taraf jambatan di situ.

Walaupun projek naik taraf jambatan itu telah dimulakan pada bulan Jun 2011, tetapi banyak lagi kerja belum diselesaikan. Papan tanda menunjukkan bahawa projek ini akan diselesaikan pada bulan Jun 2012.

Tambahan pula projek ini terbengkalai selama 5 bulan. Tidak ada apa-apa kerja yang sedang dijalankan oleh pihak kontraktor di jambatan ini. Jika projek telah dihentikan separuh jalan maka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk kawasan ini.

Penutupan Jalan Lahat yang menuju ke Mengelembu ini memyebabkan gangguan lalulintas kepada semua orang yang menggunakan jalan tersebut. Penduduk-penduduk yang mahu pergi ke Pekan Menglembu, Pasar Borong, Lahat, Bukit Merah dan Batu Gajah terpaksa mengambil satu pusingan yang besar. Ini amat menyulitkan, memakan masa dan kos petrol meningkat kepada penduduk dan pengguna jalan ini.

Kerajaan membiarkan projek ini terbengkalai selama lebih 5 bulan tanpa memberi sebarang alasan kepada orang ramai. Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat tidak dipedulikan. Apabila perkara ini ditanyakan kepada Datuk Bandar Ipoh, beliau memberitahu bahawa terdapat banyak kabel-kabel TNB dan Telekom di bawah tanah yang perlu diselenggarakan dahulu.

Kenapa perkara ini tidak diselidik dan dikaji sebelum projek dimulakan? Kenapa selepas mengorek jambatan baru mengetahui ada terdapat banyak kabel di situ? Alasan ini adalah sangat kebudak-budakan dan membuktikan ketidak cekapan pihak kerajaan menguruskan perkara-perkara teknikal seperti ini. Kenapa nasihat daripada Jurutera Daerah tidak diperolehi sebelum memulakan kerja-kerja naik taraf?

Apabila tersangkut, projek dibiarkan tergendala begitu sahaja untuk sekian lama. Pihak yang menjadi mangsa ialah penduduk, peniaga dan pengilang di kawasan ini.

Jika projek ini dimulakan sekarang pun mungkin akan mengambil masa sehingga hujung tahun untuk menyiapkan kerja-kerja naik taraf itu. Tetapi, setakat ini tidak nampak apa-apa usaha daripada pihak kerajaan mahupun kontraktor untuk memulakan kerja dalam tempoh terdekat.

Oleh yang demikian, orang ramai di kawasan itu telah mengambil keputusan untuk membantah kelewatan pembinaan jambatan itu. Mereka mendesak supaya Datuk Bandar Ipoh memberi penjelasan kenapa projek ini berhenti dan tidak dimulakan dengan segera.Bersama-sama penduduk kawasan yang membantah ialah V.Sivakumar (AdunTronoh), Lim Pek Har (Adun Menglembu), Yee Sue Kai (Adun Pokok Assam) dan The Hock Ke (Setiausaha Organisasi DAP Perak).

Lim Pek Har, Adun Kawasan Menglembu telah memasukkan satu soalan berhubung dengan perkara ini dalam Persidangan Dewan Negeri Perak yang akan bermula pada 3 April 2012.


V Sivakumar ialah Adun Tronoh dan Timbalan Pengerusi DAP Perak

Sunday, March 25, 2012

CERAMAH MULTIMEDIA PEMUDA GOPENG TEKNIK BERKESAN TARIK HADIRIN

CERAMAH MULTIMEDIA PEMUDA GOPENG TEKNIK BERKESAN TARIK HADIRIN

21 Mac 2012 Sungai Rapat- Dewan Pemuda PAS Gopeng telah menampilkan siri penerangan yang lebih interaktif dan berkesan iaitu roadshow ceramah multimedia di seluruh DUN Sungai Rapat. Program ini terbukti berkesan semasa pertama kali dilancarkan di markaz PAS UPU Desa Perlancongan pada 21 Mac yang lalu.

Ceramah Multimedia kali pertama ini adalah hasil kerjasama Dewan Pemuda Kawasan bersama MTD Sungai Rapat. Menurut saudara Haris Alimudin selaku Naib Ketua Pemuda DPP Gopeng, program pada malam tersebut adalah langkah permulaan sebelum pemuda akan bergerak dari satu UPU ke satu UPU. Beliau yang juga merupakan seorang peguam turut menyampaikan ceramah penutup dalam program berkenaan.

Program Ceramah Multimedia meliputi beberapa aktiviti yang bermula dengan Ucapan Aluan Ketua DPPK Gopeng ym Saudara Raja Muhammad Yusuf diikuti dengan pembentangan slide penerangan oleh Saudara Tarmizi selaku ketua Jentera Pilihanraya DPPK Gopeng dan dipengerusikan oleh saudara Muhammad Nuruddin selaku Ketua Penerangan DPPK Gopeng.

Selain Ceramah penutup oleh saudara Haris, ceramah yang menggunakan LCD dan multimedia ini turut memaparan beberapa klip video yang menarik perhatian hadirin sehingga tiada hadirin yang pulang sebelum selesai majlis.

Antara klip video yang ditayang adalah Filem pendek Gua Ikut Enta lakonan DPP Malaysia, Video Rosmah PM Malaysia serta video Isu setinggan di Batu Gajah.

Rata-rata hadirin bersetuju kaedah tayangan video, persembahan multimedia lebih menarik, berkesan dan mudah difahami berbanding ceramah biasa.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng










Friday, March 23, 2012

GTP 1 Malaysia perbodohkan rakyat

GTP 1 Malaysia perbodohkan rakyat

Selepas menonton beberapa kali iklan GTP (Goverment Transformation Program) 1 malaysia yang ditayang oleh media televisyen setiap hari saya mendapati terdapat elemen double standard yang diamalkan oleh kerajaan dalam GTP tersebut.

Bagi iklan berkenaan usaha kerajaan untuk transformasi Negara agar memerangi rasuah kelihatan bahawa kerajaan BN hanya memperbodohkan rakyat malah meletakkan rakyat sebagai suatu kasta yang jauh ke bawah berbanding dengan kasta para elit UMNO.

Bayangkan dalam iklan berkenaan, kartun yang dipaparkan menampilkan kisah seolrang pekerja yang terpaksa merahsuah untuk mendapat tender (projek tertentu). Akibatnya selepas ditahan SPRM, nama si pekerja disenarai hitam oleh SPRM dalam laman sesawang SPRM sehingga menyebabkan si pekerja sukar mendapat lagi pekerjaan kerana telah mati kariernya kerana dosa rasuah yang telah dilakukan.

Adakah kaedah ssebegini diamalkan oleh Perdana Mneteri kita terhadap menteri cabinet UMNO/BN yang terlibat dengan rasuah?

Bagaimana Tan Sri Isa Samad disah bersalah rasuah oleh Disiplin UMNO pada pemilihan 2004, masih bertanding pemilihan 2009 dilantik menjadi calon Bagan Pinang 2009 atas alasan ianya pilihan rakyat tempatan?

Adakah kerajaan menganggp rakyat Bagan Pinang bodoh sehingga terpaksa memilih calon yang sepatutnya diblack list dalam web SPRM? Lebih terserlah double standard jelas dari iklan tersebut, si pekerja biasa yang rasuah akan mati kariernya sebaliknya si Menteri rasuah diberi peluang pula sebagai pengerusi Felda!

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sg Rapat

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)